 
Disebutkan dalam ayat Al Quran, عَالِيَهُمْ ثِيَابُ سُنْدُسٍ خُضْرٌ وَإِسْتَبْرَقٌ وَحُلُّوا أَسَاوِرَ مِنْ فِضَّةٍ وَسَقَاهُمْ رَبُّهُمْ شَرَابًا طَهُورًا “Mereka memakai pakaian sutera halus yang hijau dan sutera tebal dan dipakaikan kepada mereka gelang terbuat dari perak, dan Rabb mereka memberikan kepada mereka minuman yang bersih.” (QS. Al Insan: 21). Dari Abu Romtsah Rifa’ah At Taimiy, ia berkata, خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَيْهِ ثَوْبَانِ أَخْضَرَانِ “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah menemui kami dalam keadaan memakai dua pakaian (pakaian atas dan bawah) yang berwarna hijau.” (HR. An Nasai no. 5319. Hadis ini sahih menurut Syaikh Al Albani) Dalam Tuhfatul Ahwadzi disebutkan, “Pakaian warna hijau adalah pakaian penduduk syurga sebagaimana ada riwayat yang menyebutkan hal ini. Juga dalam ayat Al Quran disebutkan “Mereka memakai pakaian sutera halus yang hijau”. Warna hijau ini lebih mengenakkan pandangan dan selalu nampak indah.” Syaikh As Sa’di menyatakan tentang ayat di atas, “Allah menjadikan untuk penduduk syurga dua jenis pakaian sutera yang berwarna hijau.” Lihat Taisirul Karimir Rahman. 
Wallahu'alam..........................
Pemenang boleh emelkan kepada [email protected] DENGAN TAJUK SAYA BERJAYA JAWAB KUIZ untuk menuntut hadiah Ebook .

|