CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Acong

[Jenayah] Mangsa penyelewengan JPJ Penang mengamuk

[Copy link]
Post time 30-12-2015 05:00 PM | Show all posts
patut la kawan aku laki dia keje jpj je tp hidup mewah mcm artis fofular hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2015 05:21 PM | Show all posts
Dengar dalam berita Sinar FM tadi "Lelaki yang menimbulkan kekecohan di JPJ PPinang akan didakwa di mahkamah PP esok.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 05:24 PM | Show all posts
hayati_hassan replied at 30-12-2015 03:40 PM
aku ada kawan yg penah keja JPJ
dia cakap duit gaji lnsg tak sentuh
belanja duit sampingan jeh

Kawan kawan boikot sebab dia tak ambil rasuah kah?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 05:25 PM | Show all posts
Odyman replied at 30-12-2015 05:21 PM
Dengar dalam berita Sinar FM tadi "Lelaki yang menimbulkan kekecohan di JPJ PPinang akan didakwa di  ...

Kena dakwa sebab apa ya? Makin menarik isu ini
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
abas8888 replied at 30-12-2015 04:49 PM
kereta klon ni kalau tak silap road tax pun tak ada..sebab memang tak boleh buat road tax...geran  ...

jadi ko rs sape yg pandai dan berani buat bisness ni?aku mmg yakin org yg tau selok belok biz camni org jpj gak
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang lahanat dah sita pastu lelong. Bugima perangai cari duit
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2015 06:04 PM | Show all posts
no wonder mamu ni bising...betul la dia kata kalau org guna kete tu buat aktiviti x elok memang mamu la yg kena...sbb nama mamu masih atas ada lg atas kete tu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Jawapan camtu kalo duk sektor swasta lama dah kena buang....mereput jek la dlm sektor kerajaan tu..hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2015 09:39 PM | Show all posts
Lelaki buat kecoh di JPJ Batu Uban akan didakwa esok

http://www.themalaysianinsider.c ... n-akan-didakwa-esok
Published: 30 December 2015 7:12 PM

Lelaki yang menimbulkan kekecohan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Batu Uban, di George Town yang rakaman video insiden itu menjadi viral semalam, akan didakwa di mahkamah esok.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata kertas siasatan berhubung rakaman video itu dikemukakan kepada Pejabat Timbalan Pendakwaraya (DPP) dan pihaknya sudah mendapat arahan untuk mendakwa peniaga berusia 45 tahun itu.

"DPP meneliti kertas siasatan kes berkenaan dan mengeluarkan arahan mendakwa lelaki itu di mahkamah esok mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan," katanya di George Town hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan rakaman video seorang lelaki yang berang menimbulkan kekecohan di pejabat JPJ itu menjadi viral selepas dikongsi semula di beberapa laman sosial antaranya Facebook semalam.

Video berdurasi 4 minit menerusi akaun dipercayai milik peribadi lelaki atas nama Amin Beyond itu memaparkan dia sedang naik angin selepas mendakwa tidak boleh memperbaharui cukai jalan keretanya.

Mior Faridalatrash berkata berdasarkan siasatan polis, kejadian dalam rakaman video yang tersebar sejak semalam itu berlaku kira-kira jam 4.45 petang 26 November lepas dan lelaki yang merupakan peniaga itu datang ke pejabat JPJ Batu Uban untuk memperbaharui cukai jalan kenderaannya.

"Bagaimanapun dia menimbulkan kekecohan dan bertindak memaki hamun serta mengeluarkan kata-kata kesat kepada pegawai JPJ di situ selepas gagal berbuat demikian kerana kenderaannya disenarai hitam ekoran terdapat beberapa saman yang belum dijelaskan.

"Ekoran kejadian itu, pegawai JPJ yang terlibat membuat laporan polis pada hari yang sama," katanya.

Menurutnya, polis turut menerima satu laporan polis daripada lelaki itu semalam yang mendakwa terdapat penyalahgunaan kuasa oleh JPJ berhubung kes memperbaharui cukai jalan keretanya.

"Berhubung laporan polis yang dibuat lelaki itu, kami merujuk ia kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pulau Pinang untuk tindakan lanjut," katanya. – Bernama, 30 Disember, 2015.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 10:08 PM | Show all posts

...... mamat tu kata kereta yang dia nak renew cukai jalan tu tak ada saman ...setelah disuruh semak kat polis selepas dia tak dapat perbaharui cukai di jpj ....

belit selagi boleh .....
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by scorpionkiki at 30-12-2015 10:26 PM
EJALTI replied at 30-12-2015 09:39 PM
Lelaki buat kecoh di JPJ Batu Uban akan didakwa esok

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/ar ...


Sampai skrg apa yg mamu tu kata mmg tak bercanggah langsung....dgn jawapan jpj walau kita nampak yg jpj try nak belit...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2015 11:05 PM | Show all posts
scorpionkiki replied at 30-12-2015 10:24 PM
Sampai skrg apa yg mamu tu kata mmg tak bercanggah langsung....dgn jawapan jpj walau kita nampak ...

amin yg membelit atau JPJ?   
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 11:08 PM | Show all posts
Kita tengok siapa yang terbelit
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 11:10 PM | Show all posts
macam JPJ yang spin story. come on la jpj...JPJ's reputation dan dirty laundry ni dah berkurun semua tau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2015 11:37 PM | Show all posts
nie kes geran berhantu atau kereta berhantu?     
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 05:19 AM From the mobile phone | Show all posts
limesherbet replied at 30-12-2015 11:10 PM
macam JPJ yang spin story. come on la jpj...JPJ's reputation dan dirty laundry ni dah berkurun semua ...

Kan....mamu ni nak didakwa bukan SBB menipu...tp SBB guna bahasa kasar pd penjawat awam.

Masalah dia mmg betul pun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2015 05:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Acong replied at 30-12-2015 11:05 PM
amin yg membelit atau JPJ?

Jpj of course...ikut pemahaman aku
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 08:33 AM | Show all posts
cherub replied at 30-12-2015 12:34 AM
Ada jugak org ingat lagi hankyu jaya.
JPJ mmg terukla. Dulu kini selamanya.

masa tu glamer arr gi hankyu; bawak 5 ringgit power dah; beli Parker Pen sebab abang bagi 10 ringgit sebab dapat hadiah skolah.. terus beli Pen Parker tu... sampailah kehari ini pen tu ade, guna dalam semua exams SPM ke A Levels ke tiap tiap exams medical faculties, postgrad exams etc etc..27 tahun nan lalu. Power Parker nih.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 09:29 AM | Show all posts
abis tu kalau dah kena tendang sana sini macam bola takdak sapa yg boleh tolong mamu ni mst la dia hangin. kalau kena kat batang idung sndri pun hangin satu badan
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 09:35 AM | Show all posts
Maknanya bukan JPJ Melaka je sengal ubi seluruh Malaysia pun sengal ubi.. jadi tak salah la aku cop semua JPJ ni baghal... Aku malas nak cerita sbb banyak sangat kelemahan yang aku tgk...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.103953 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list