CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zarul427

MERGED : All About Medan, Sumatera Utara

   Close [Copy link]
Post time 30-6-2011 08:59 AM | Show all posts
Day 2
Bangun pagi sebab Ricko  bagitau kena bgn awal untuk naik feri pertama ke Pulau Samosir. Kena bayar Rp300k utk bawa kereta. Hotel Danau Toba best gak sebab betul2 depan lake toba. Lepas sarapan pagi, terus gerak ke pelabuhan.
Tengok ada ramai org pakai baju cantik, yang perempuan siap pakai baju lace mcm pengantin lagi. Ingatkan ada kenduri kawen, rupanya kenduri batak mati! Sambil tunggu feri, ada lah jugak penjual telur itik rebus, kacang rebus melilau2 cari pelanggan. Dari jeti boleh tgk orang batak mandi manda sambil basuh baju & budak2 buat pertunjukan terjun tiruk dari feri kalau kita baling duit. Abang saya seronok sangat tengok sebab sebelum nih pernah keluar dalam Discovery Channel.
Perjalanan ambil masa lebih kurang 1 jam sebab feri tu gerak tak laju. Sampai di Pulau Samosir terus ke Pasar Tomok. Ricko dah pesan awal2 kalau tanak beli buat tak tau je, kalau nak beli tawar harga gila2 kalau tak kena tipu. Betulah kalau dah dasar batak tu, bataklah jugak. Terkena tipu jugak dengan sorang penjual nih sebab dia tarik mak & nenek pegi kedai diorang. Ada jugak nampak rumah batak dengan ada persembahan patung sigale-gale (kalau tak silap) tapi kena bayar Rp80k. Jadi kitorang tak jadi nak tgk persembahan tu
Lepas membeli di Pasar Tomok, gerak ke Desa Ambarita. Disitu di beri penerangan mengenai rumah tradisi kaum batak toba dan juga ada ‘mahkamah’ kecik zaman dulu2. Ok laa penerangan yang di beri oleh local guide tu sebab mudah difahami. Local guide tu berlakon gak tunjuk camana orang batak toba dulu2 yang jahat kena hukum pancung. Quite interesting bagi saya yang gemar sejarah nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2011 08:59 AM | Show all posts
sambungan day 2

Selepas tu ada jugak kedai souvenier. Harga ditawarkan jauh lebih murah dari di Pasar Tomok. Jadi sesapa yang pegi Pulau Samosir naik kereta, takyah la beli sangat kat Pasar Tomok nih. Kalau pegi Desa Ambarita beli kat sini je. Banyak je diorang jual tshirt Lake toba tu.
Lepas tu kitorang gerak pegi jeti yang lagi satu. Nama tak ingat, tapi menurut Ricko, jeti kedua nih milik kerajaan. Jeti yang dekat dengan Pasar Tomok tu kira private punya. Jeti milik kerajaan nih lebih aman & tak sesak macam yang private tu. Sementara menunggu jeti, kitorg siap boleh beli oren botol sambil menikmati keindahan Lake Toba.
Sampai di darat, terus gerak ke Brastagi. Jalan teruk sket dari jeti tu, tapi Ricko bawak hati-hati, tak laa pening duduk dalam kereta tu. Singgah makan siang di Simarjunjung. Kat sini banyak orang singgah untuk minum Bandrek atau Teh bunga cengkih yang dijual secara set dengan goreng pisang. Kitorang plak order nasi sebab tak makan tengahari lagi. Tunggu punya laa lama agaknya dia masak bila ada orang order je. Suasana agak sejuk , bila dapat hidangan terus makan panas2. Sedap, cuma bab menunggu tu je yang tak best. Sayur campur pon best & fresh sebab dia amek dari kebun keliling tu kot.
Bergerak ke Brastagi, banyak laa lading limau atau dipanggil ladang jeruk di sepanjang perjalanan. Ada gak yang dijual terus kat tepi jalan tu, kira fresh dari ladang. Singgah di air terjun Sipiso-piso tengok memang tinggi betul. Dari situ boleh tengok Lake toba lagi. Luas betul, Subhanallah. Sapa yang larat boleh turun ke bawah, lebih kurang ada 1700 anak tangga.
Dah nak sampai Brastagi, minyak diesel plak abes. Lebih kurang 4 stesyen minyak Pertamina yang kitorang masuk, semua pon habiss…Jadinya terus makan malam di Rumah Makan Umi (sodap jugak!) dan check in di Green Garden Hotel. Plan asal nak pegi mandi air panas terpaksa dibatalkan sebab takut minyak abis di tengah jalan. Sapa2 g Brastagi, hotel nih besh, bersih & ada swimming pool yang besar kat tengah-tengah hotel nih. Highly recommended. Sarapan pagi pon sodap .
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 09:00 AM | Show all posts
Day 3
Bangun pagi, sarapan & layan swimming kejap. Cuaca kat sini sangat best tak panas..sejukkk je, nak2 pagi tu hujan sket. Memang patut la diorg takyah pasang aircond ke kipas ke. Lepas check out, pegi pasar buah beli buah-buahan & shopping sket. Memang betul Ricko bagitau yang orang Brastagi nih lebih sopan dari orang batak kat Lake toba. Beli barang boleh la mintak kurang & tak tarik2 orang macam kat Pasar Tomok. Buah-buahan & sayur-sayuran & bunga-bungaan semua fresh2 belaka kat pasar nih.
Lepas tu gerak ke Gundaling. Sini paling best sebab naik kuda dengan harga murah. Kereta kuda (maximum 3 dewasa) cuma Rp25k & tunggang kuda Rp20k. Jauh jugak diorang bawa pusing keliling bukit tu. Anak saya puas naik kuda. Ada juga kalau berminat nak pegi ladang limau, boleh naik kuda tapi saya tak sure berapa bayaran sebab saya tak gi. Dari Gundaling boleh nampak Gunung Sibayak dan Gunung Sinabung.
Menurut Ricko, boleh naik Gunung Sibayak bagi sesiapa yang suka hiking. Tapi kena amek local guide utk sampai ke puncak gunung.Ada tempat untuk mandi air panas kat kawasan ni, tapi saya tak sempat nak pegi.  
Dari Gundaling, bergerak balik ke Medan untuk elakkan jalan jammed kalau dah petang. Singgah kat satu area sebelum Bandar baru untuk makan jagung bakar. Ada 2 perisa, satu jagung bakar + majerin dan satu lagi perisa pedas manis. Dedua sodap! Kedai yang kitorg singgah tu pon megi sup dia sedap bangettt! Siap ada beruk datang kat tempat kitorang makan tu sebab kawasan gerai tu memang kat tepi hutan pon.
Sampai Medan, Ricko ajak pegi rumah dia untuk makan siang. Oh ya, kalau sapa2 berminat nak beli gula enau/kabung (gula warna merah coklat yang dibungkus dalam daun) boleh tanya Ricko kat mana nak beli. Mak saya sangat happy dapat beli gula ni sebab by comparison, size lagi besar dari kat sini dan bau pon lagi wangi sebab 100% pure.
Kitorang check in kat Hotel Grand Sakura sebab airasia go ada buat promotion dulu. Hotel ni overally ok, tapi location agak jauh sket dari pusat Bandar. Kalau nak happening, sila booking Hotel Madani sebab bertentangan ada Simpang Raya Mall & masjid. Memang meriah kawasan sekitar Hotel Madani nih.
Malam pegi Sogo, lepas tu makan di Iga-Iga Bakso. Sedap kedai nih, harga pon berpatutan. Cadangan asal nak g makan durian, tapi sebab anak2 dah meragam terpaksa balik hotel terus.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 09:00 AM | Show all posts
Day 4
Pagi tu destinasi pertama adalah kedai kek Rika Bika Ambon & lapis lengit. Kena pegi awal sebab takut kehabisan. Lepas tu gerak ke Istana Maimun. Ramai budak2 datang buat lawatan sebab hari tu adalah hari ahad. Balik dari Istana Maimun,  terus ke Pajak Ikan. Dapatlah beli kain sulam riben, telekung & blouse. Sapa pandai mintak kurang memang boleh dapat murah. Peniaga jalanan memang ramai, samada nak buat tak tau je atau nak layan. Kedai langsir memang banyak dan orang ramai kat sini. Ada gerai air tebu & cendol yang agak besh jugak la
Dari pajak ikan, gerak makan siang di Iga-Iga Bakso lagi. Jumbo Bakso kat sini sodap! Lepas tu pegi Fashion Outlet (FO) di Jalan Kejaksaan. Ada banyak lagi FO, tapi tak sempat nak pegi. Dari FO balik hotel kemas2 barang & checkout. Sementara tunggu pukul 8mlm, sempat lagi pegi Medan Mall. Makan kat KFC, agak unik, beza dengan kat sini. KFC diorang adalah ayam yang dimakan bersama nasi kepal. Nasi kepal nih sedap & wangi, lembut je nasi dia. Akak saya tak paham apa diorang cakap, at last kena bayar lebih untuk CD promotion, artis tak ingat sapa ntah.
Lepas makan, gerak balik ke Polonia Airport. Sebab dah malam, ulat2 nih kurang, ada 2 ekor je. Tu pon kena marah dengan saya sebab potong line. Dia keluar, tapi bersungut apa ntah saya buat tak tau je.
Untuk yang amek flight AirAsia, lagi senang kalau buat online check in untuk kedua-dua penerbangan pegi dan balik sebelum bertolak ke Medan.
Kalau nak amek teksi ke LCCT, check balik masa penerbangan. Pagi kalau kurang dari 6 pagi diorang charge midnight, kira mahal 2 kali ganda lebih kurang. Malam plak lebih 12tgh mlm diorg charge midnight juga. Kalau bawa orang tua, request special assistance awal-awal untuk mengelakkan daripada diorang kepenatan sebab terpaksa jalan jauh dari kapal terbang ke bangunan LCCT tu.
Secara keseluruhannya, trip ni BEST sebab dapat supir yang BEST! Suma orang puas hati dengan service yang diberikan oleh Ricko. Next time nak pegi lagi
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 09:03 AM | Show all posts
Ok kalau nak contact Ricko, email je dia Dickyaqma Rico <[email protected]> atau nelpon ke +6281263208000. email je senang. Ricko nih very professional, easy going, pandai buat lawak & yang penting dia tau sejarah & segala soalan yang ditanya pasti ada jawapan yang memuaskan. Perjalanan yang lama pon tak terasa sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 09:05 AM | Show all posts
Teng teng, pang pang kedai paten tu takyah pegi pon takpa sebab mahal & tak ada apa sangat pon. Tapi kalau sekadar nak rehat sekejap kasi hilang lenguh badan kira ok laa

haa. lupa plak kitorang ada singgah kat Parit Siantar, dalam perjalanan dari medan ke danau toba. Singgah kat Parit Siantar nih untuk beli makanan ringan/air kat supermarket. Harga pon puashati sebab tak kena tipu!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2011 09:10 AM | Show all posts
Bagi yang kehabisan duit ke, atau tak bawak rupiah banyak, boleh keluarkan duit di Bank BII free of charge sebab bank ni maybank kat indonesia. CIMB plak cari bank CIMB Niaga, free of charge gak. Kalau keluarkan duit kat bank yang lain kena charge RM12. Currency rate adalah ikut yang semasa. Tapi pastikan call dulu maybank customer centre utk aktifkan pengeluaran di luar negara okeh!
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 09:11 AM | Show all posts
nak senang carik Bank BII nih bangunan dia sebelah SOGO, kalau pegi SOGO kat UG ada gak BII ATM. selamat keluarkan duit :p
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2011 02:22 PM | Show all posts
eee...bestnya ..makan jagung bakar.....agaknya sbb saya sampai dah petang dlm pkl 4, masa agak terhad. Plus bawa parents, cepat penat...mlm je surrender nak rehat....x mo keluar round2 pekan. Rico tu bagai nak tak ajak keluar...dia nak tunjukkan medan waktu malam.

Saya tak pergi pun Pajak Ikan, sbb Rico ckp keadaan tmpt tu yg sempat tak sesuai nak bawa aprents saya jalan kesana....tak pe akhir bln 7 nie saya kana redah Pajak Ikan sbb pergi dgn kawan2 best sikit...mana tmpt, ceruk kitaorg redah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 02:29 PM | Show all posts
Masa saya pergi tu, nasib baik la x time pergi + balik ...x ramai ulat2, yg ada masa balik sorg je..tu pun kena sergah dgn Rico

Dgn kastam + immi diaorg pun x kena pau. Agaknya saya dok doa dari KL ..hehehhe,,,, sbb first time bawa org tua, saya takut gak ...tapi lagak ala2 berani la.

Cuma masa kat Subang Airport tu saya dah agak mmg kena tahan beg saya, sbb bawa buah pisang kaki...hahahahahaha. Time tu saya nampak pegawai kastam ala2 buat spot check la sbb big bos dia duk berdiri kat scanner. Apa lagi semua beg kena masuk scanner.

Agaknya pegawai tu kesian tengok saya...buat muka kesian + ckp bawa parent pergi cuti bla..bla... pegawai tu lepaskan saya. Alhamdullillah.

Tapi mmg seronok kan Medan + pisang kaki Medan mmg sedappp....heheheheheheh
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 02:35 PM | Show all posts
masa aku pegi dedulu tak de lagi jagung bakar letak majerin..
memang jagung kosong sj...
aku bagi tahu depa suruh letak majerin ..garam..bagi masin2 sikit..
depa menganga sj...entah paham ke  tak apa yg aku cakap..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 04:31 PM | Show all posts
Masa saya pergi tu, nasib baik la x time pergi + balik ...x ramai ulat2, yg ada masa balik sorg je.. ...
Aja Post at 30-6-2011 14:29



   Aja, x boleh bawak balik buah ke?? Takut jgk kot2 kena tahan nanti. Mmg dok berangan nk beli pisang kaki
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 04:44 PM | Show all posts
Reply 1392# ctzuras74


    kalo ikut mmg tak boleh, tapi pepandai la bwk. saya harituh bwk balik buah markisa, salak & buah pepino (kalo tak silap,warna ungu, rasa mcm melon) alhamdulillah selamat je.sorok2 sket celah2 baju :p
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 09:27 PM | Show all posts
Reply 1392# ctzuras74


Selalunya time balik kat LCCT lalu kat green lane....yg tanya bab buah2an @ tumbuh2han nie Jabatan Pertanian, sbb saya pernah kena masa balik dari Chiang Mai, kita org beli bunga yg dah dikeringkan. Siap hand carry lagi, takut bunga tu rosak kalau masuk dlm beg.

Apa lagi tengok je la pegawai tu campak dalam tong sampah...isk...isk..isk, masa tu baru tau ada ruling kalau nak bawa benda2 tu kena inform Jabatan Pertanian terlebih dulu, dptkan kelulusan etc...leceh. Kalau x, kita boleh kena denda.

Lepas tu, kalau diaorg tanya ada buah2an @ tumbuh2an bawa balik...cakap je tak de....hehehehhe

Nie first time naik Firefly kat Subang airport. Kalau nak ikutkan, airport tu senyap sunyi  x ramai org naik Firefly... releks je kat sana.  Air mineral pun boleh bawa masuk kapal terbang

Agaknya time saya balik tu, bos2 dia org nak buat spot check kot...sbb tu semua beg masuk scanner...mmg masakla...,
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 10:17 PM | Show all posts
ye ke...x taw plak x blh bwk msk buah2an..alahai br dok plan nk beli pelbagai buah kt medan. Lg 1 kalo beli langsir, telekung, kek lapis bagai ada kena tax ke
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2011 12:30 PM | Show all posts
Reply 1388# aie012


    Terima kasih byk2 share experience..pengalaman u byk membantu. saya nak gi medan khamis ni..hopefully, semuanya smooth and menarik mcm trip u.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2011 04:55 PM | Show all posts
Post Last Edit by missLalak at 3-7-2011 19:10

Siapa yang ada pi Medan 12,13,14,15 bulan 8 ni, jom join kami, kami pi berdua je... pakai redah
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 05:11 PM | Show all posts
Reply 1380# aie012


   tak cukup 6 bulan mcm mane tu? saya baru buat last week passport, nak pi nexth month boleh ke lepas ni?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 06:37 PM | Show all posts
Reply  aie012


   tak cukup 6 bulan mcm mane tu? saya baru buat last week passport, nak pi next ...
missLalak Post at 3-7-2011 17:11



    Kalau pasport baru buat last week xde masalah. Pasport mesti valid at least 6 bulan lagi masa masuk ke mana2 negara luar.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 11:32 PM | Show all posts
Kalau pasport baru buat last week xde masalah. Pasport mesti valid at least 6 bulan lagi m ...
Rzihan Post at 3-7-2011 18:37



   mekaseh,,,hihiSiapa yang biasa ke medan, hotel ape yg dekat dgn tempat shopping + makan ye...?
yang selamat sikit lah, sebab kitorang pi berdua je... pempuan lak tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.102316 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list