~SINOPSIS EPISODE 20~TUESDAY FEB 6 2007~ ~Recap: ~Esoknya, Carding nak berangkat ke Manila. Dia minta Menang tolong tengokkan Luisa. Menang janji tapi muka semacam je. Lepas Carding pergi, Menang dengan suara yang garau itu terus suruh Luisa masuk ke dalam sebab dia nak bercakap pasal keceluparan mulut Luisa. Luisa takut tapi Menang pulak yang tarik rambut Luisa dan paksa dia masuk. Menang tak sedar yang perbuatannya itu dilihat oleh Diego.
~Menang mengamuk dengan Luisa. Dia kata Luisa jer saja mengadu pasal dia kat Carding. Luisa sambil menangis kata dia hanya bagi tau yang dia takut pada Menang. Menang ugut Luisa, katanya jangan cari pasal dengan dia, sebab dia sanggup berbunuh demi keluarganya. Then dia cakap ayat power kat Luisa, "Welcome to hell, Luisa". Wah Menang, tak sedar dirinya kau. ~Nene pulak jumpa dengan Mark dalam perjalanan ke sekolah. Mark kata menurut kawan Nene, dia tinggal di rumah Medel. Kalau gitu, boleh lah dia datang melawat sebab pakcik dia pinsannya bekas mayor, bapa si Carding. Nene macam takut, because she was caught in the web of deceit which she created. ~Totoy datang rumah Jojo konon nak jumpa Diego. Then si Jojo kata dia tau dah sekarang ni yang si Totoy tu gay. Totoy kata tak dan terus di ciumnya si Jojo. Si Jojo terkejut lalu dia tumbuk si Totoy. Si Diego kata kalau dia suka pada Jojo, cakap je la, jangan sorok macam Luisa. Pero si Diego kata dia takut Edad marah. Dia tak sedar masa dia jerit-jerit panggil Jojo, si Edad perhati saja dari jauh. Totoy membebel pasal Jojo dan disapa Edad. Edad tanya Totoy dia ada apa-apa ke dengan Jojo. Dia kata wala. Edad kata kalau nak bercinta pun tunggu habis belajar dulu, jangan jadi macam Luisa. ~Diego pulak g lepak kat kedai Saling. Saling perasan yang Diego diam saja. Lepas tu si Diego terus tanya Saling kumusta ka na si Luisa. Saling kata ok saja, tapi Diego kata dia rasa tak. Saling kata kalau betul Menang dera Luisa, dia akan berhadapan dengan mereka nanti. ~Luisa yang baru lepas kena dera dengan Menang berpesan pada Belen supaya rahsiakan hal ini. Belen kata walang problema. ~Edad sedang basuh baju di rumah Carmen tiba-tiba rasa pening dan terus jatuh pengsan. Si maid terus menelefon Luisa bagia tau yang Edad dah di bawa ke hospital. Luisa minta kebenaran Menang nak keluar tapi Menang tak bagi tanpa mendengar penjelasan dari Luisa dulu. ~Edad diserang denggi dan Tomas mula risau. Luisa pula mencuri keluar dari rumah. ~Tomas dan family members yang lain tak boleh derma darah pada Edad sebab masing-masing berpenyakit. Carmen kata dia akan tolong bayar bil hospital tapi Tomas kata sekarang darah tak cukup dan mereka tak boleh derma darah pada Edad. Tiba-tiba Luisa sampai dan dia kata dia akan derma darahnya pada Edad. Si Totoy emo terus pergi dari situ bila nampak Luisa. ~Menang bengang sebab dia sangka Luisa lari dari rumah. Menang kata pada Tekla si Luisa ni saja cari pasal dengan dia. Menang terus call Carding mengadu bagi tau yang Luisa dah lari dari rumah. Carding tak percaya tapi Menang tetap kata si Luisa bermasalah. ~Totoy emo terus halau Luisa dari situ tapi ditenangkan Diego. Sempat pulak dia bersyarah umum pada Luisa pasal kehidupan mereka yang susah dan buhaynya Luisa yang senang lenang. Luisa kata only if Totoy knew how she suffered. ~Si Peping pulak tetiba jadi parking attendant dan dapatlah sedikit pera untuk beli ubat Edad. Dia g serah pera tu pada Tomas. (terharunya). ~Luisa nangis kat Diego dan Diego kata dia nampak sendiri Luisa kena dera dengan Menang. Luisa kata Diego jangan bagi tau sesapa pasal perkara itu. Diego kata kalau Luisa perlukan pertolongan dia , cakap saja dan dia akan tolong bila-bila masa. ~Luisa derma darah pada Edad dan setelah selesai, dia menangis tengok Edad sambil memangku Peping. ~Si bengap Carding mengadu ada Alex yang Menang kata Luisa keluar sejak dari pagi tak balik-balik lagi. Carding kata ada sesuatu yang berlaku kat rumah tapi dia tak tahu apa. Alex kata dia sepatutnya percaya pada Menang. ~Edad dah hampir sembuh dan Tomas suruh anak-anak dia pulang saja. Diego offer diri nak hantar depa semua pulang including lLisa. ~Si Carding risau dan dia nak balik. Diego hantar Luisa balik rumah dan sekali lagi dia kata pada Luisa jangan lupa mintak pertolongan dia nanti. ~Luisa masuk rumah jer terus kena attack dengan Menang. Luisa menjawab dengan Menang, katanya jika Menang sanggup berbunuh kerana Carding, dia pun sanggup juga berbunuh kerana pamilya ko. Menang bengang terus tampar Luisa. Luisa cuba beredar tapi ditahan Menang. Luisa fought Menang dan dia tertolak Menang lalu jatuh terus depan Carding yang baru sampai. Carding dan Luisa terkejut tapi Carding tak nak dengar cakap Luisa. ~Menang berlakon baik punyer depan Carding dan mereka-reka cerita pasal keburukkan Luisa. Si lembab Carding dah termakan hasutan Menang. ~Carding tanpa usul periksa terus marah Luisa. Si Menang yang sedang mencuri dengar tersenym simpul. Malam tu , 'perang dingin' antara Carding dan Luisa dah bermula. ~Edad dah sedar dan mula tanya pasal anak-anak. Tomas kata merreka di sekolah dan dia tak tahu Luisa yang derma darah untuk dia tapi Tomas dan Totoy cover line kata darah tu dari bank darah. ~Luisa jemput Carding makan tapi Carding pulak mintak perkara semalam jangan berulang lagi. Luisa kata Carding kena dengar dulu perjelasan dia tapi belum sempat dia cakap, si Menang suruh dia segera balik ke Manila sebab dia ada kelas tengah hari. ~Di luar rumah, si Carding minta Menang jangan marah Luisa lagi. Menang pulak mengungkit hal dia dengan Luisa dan finally dia kata kalau Carding nak tinggalkan Luisa, dia akan sokong. Si Carding macam berbelah bagi la pulak. (Apa ke lembab si Carding ni).
[ Last edited by HeavenLeigh at 6-2-2007 11:08 PM ] |