Dookiezz This user has been deleted
|
Topik ni dah terkeluar dari landasan dahh...  |
|
|
|
|
|
|
|
Gi amik wudhu dulu, pas tu solat syukur 2 raka'at.

Yang di atas pokok tu aku tidak memperdulikan. Aku menyuluh di gigi air.
Kedapatan ikan-ikan kecil melompat dan berenang tidak keruan akibat terkena panahan cahaya lampu suluh.
Aku terus menyuluh. Apa yang di cari tidak kedapatan.
" Mana kau letak pancing kau Mat?" aku bertanya.
Tiada jawapan.
" Mat,....Mat ! " aku memanggil kali ini agak kuat.
Ini tak boleh jadi ni, ke mana pulak perginya.
Aku kemudian berpatah balik.
Selang beberapa langkah aku terlihat Mat berada tidak jauh.
Ia mengangkat satu unjuran dan tersengih.
" Dah ada bang" katanya.
" Kau campak kat situ , kau kata kat sini " kataku sedikit ada unsur marah.
" Ya lah bang, saya mancing kat situ, tapi saya campak pancing tu kat sini " ujarnya.
Hampeh betul. Dah lah. bentak ku dalam hati.
Aku mendekatinya dan kami mula melangkah pulang.
" Eh .. Mat pancing kau yang lagi satu mana ?" Aku bertanya setelah melihat dia memegang hanya joran yang di perbuat dari anak pelepah sawit.
" Ada bang , saya simpan dalam stor". katanya memberitahu.
Aku hanya mendiamkan diri. Susah-susah aku, hanya untuk menyelamatkan satu joran yang aku buat sendiri tu, berpuluh aku boleh buat lagi. Aku ingatkan yang dia baru beli , joran siap ngan kekili yang mahal tu.
[ Last edited by rdzaccess at 8-9-2007 01:59 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
ni soklan budus... nak buat apa secara live.... apa yg edit apa yg delete... sari |
|
|
|
|
|
|
|
Di dalam perjalanan pulang, aku masih lagi menyuluh di sekeliling.
Aku dapati tiada kesan seakan Mat menyusuri ke arah perjalanan pulang dari petang tadi.
Sepatutnya kedapatan rebahan lalang yang menandakan ianya di redah oleh Mat.
Maupun kesan di mana ia campakkan jorannya.
Kalau semasa pergi aku taulah sebab dia akan ikut jalan yang agak jauh
dan berada di kawasan agak berbukit dan kering.
Tetapi jalan tu lebih kurang lima puluh meter dari tepian paya.
Berjalan kami menyusuri lalang-lalang yang tegak.
Aku mengkuak kan tangan bilamana kedapatan hujung lalang yang setinggi kepala hampir mengenai muka.
Semasa aku menyuluh didalam satu suluhan aku terpandang agak kelam di bawah pohon sawit yang agak rimbun pelepahnya; satu longgokkan putih.
Sepintas itu juga aku mengalihkan suluhan ku.
Sekali lagi kami di tegur.
Aku hanya buat tak dengar.
Mat berjalan agak pantas. Kali ini aku mengekori di belakangnya dengan rapat sekali.
Sampai kami di banir sawit , aku dengan confident sekali melompat ke atas banir tersebut yang telah di dahului Mat.
Jantung ku berdegup kencang. Bulu roma ku sekali lagi berdiri tegak...Isssh...
Mana tidak nya , lokasi longgokkan putih itu hanya berada lebihkurang tigapuluh kaki sahaja dan aku nampak jelas walaupun aku tiada menyuluhnya.
Sekitar kawasan di situ aku mahir sangatlah sebab aku yang memulakan aktiviti memancing ni pada rakan yang berkerja di situ.
Kebanyakkan perdu kelapa sawit telah di bakar oleh mereka untuk mengurangkan lalang dan rumput renik.
Jadi kebanyakan bawah pohon sawit ini berkeadaan hitam akibat di bakar.
Oleh itu faham-fahamlah jika ada longgokan putih memang amat nyata sekali penampakkan dia.
[ Last edited by rdzaccess at 8-9-2007 01:45 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
lagi...lagi... jgn le stop |
|
|
|
|
|
|
|
Dengan sekali lompat aku telah berada di atas banir sawit.
Sementara itu aku memandang akan longgokan di bawah pohon tuh.
Dan aku, melompat untuk kali keduanya.
Malang, sungguh malang buatku.
'Water boots' yang di perbuat dari getah tidak dapat mencengkam kelicinan yang ada di atas banir sawit.
Melayang aku dan jatuh di atasnya dan bergolek jatuh kemudian di sebelah banir.
Dada ku terhentak pada banir sebelum jatuh ke bawah.
Aduh...Tersekat nafas seketika.
Aku menggapai seluruh kawasan yang dapat aku capai.
Dan aku cuba berdiri. Lampu suluh tercampak dan berada di hadapan ku. Masih menyala.
Aku pergi mendapatkannya. Dan aku terlihat sepotong kayu tunggul yang agak panjang.
Aku mengambil kayu tersebut, berdiri menahan sebak sakit dadaku.
Setelah dapat menahan , aku membaling kayu tersebut ke arah benda yang hinggap di atas pohon tadi.
Aku mula berlari kencang mendapatkan Mat yang agak jauh telah meninggalkan aku.
Bunyi sahut kedengaran dan aku dapat merasakan ia terbang dan melintasi kami.
Aku berlari lagi dan lagi sehingga aku dapat mendahului Mat.
|
|
|
|
|
|
|
|
"Woiiit....hantu ! !" jerit Mat.
Dia pun mula berlari bersama-sama ku.
Sehinggalah kami sampai ke rumah kongsi.
Aku terus duduk dan mencapai cawan yang berisi kopi O dan terus minum , dengan hampas kopi sekali.
Lepas tu aku ketawa dan di ikuti oleh Mat.
Berpeluh-peluh kami dan tercungap-cungap.
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1408 rdzaccess's post
bila kena baling ngan kayu
dia tak jerit ke |
|
|
|
|
|
|
|
alah.. tuan rumah dah rayau tmpt len ni..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1409 rdzaccess's post
hebat ko
lepaih jumpa antu leh ketawa2 |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ianho at 8-9-2007 02:17 
bila kena baling ngan kayu
dia tak jerit ke
Dia tak jerit... |
|
|
|
|
|
|
|
" Bang, tadi apa yang terbang kat kita ?" tanya Mat. ada sedikit keraguan darinya.
" Hantu kan , bang ? " Mat inginkan pengesahan.
" Ha..ah.., hantu tuh." kataku.
" Burung hantu " aku menjelaskan.
Dan kami ketawa lagi.
Aku tidak memberitahu kepada Mat walaupun rakan-rakan kongsi yang lain berkenaan penampakkan nyata dariku.
Biarlah ia menjadi rahsia diriku lantaran tidak sanggup aku untuk menyekat mereka dari mencari rezeki dengan memancing di paya berkenaan.
Kerana bukan pun ia mengganggu, cuma menunjukkan diri sahaja.
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1414 rdzaccess's post
owh...camne ek cara dia menegur tu?
dia say hi hi ke?  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1406 rdzaccess's post
sekali lagi dia tegur...
boleh tanya sikit... dia tegur camne..
dia ckp ape |
|
|
|
|
|
|
|
rdz tak de crite baru lg ke?.... |
|
|
|
|
|
|
silvermuse This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
| |
|