|
honey_d7881 posted on 19-9-2012 09:23 AM
Kalau tanya aku, mentel tu mengada-ngada
Cth ayat : Ko jangan nak mentel sangat ek A ...
sungguh sopan ayat kamu iteww.... hehehee....
nnti esok ako p cari lah...
klu ada rezeki, jumpa kt mph ako beli...
tp rasanye mcm tertarik nk beli n baca 'untuk tiga hari' skrg ni...
emm... kena decide ni.... nk pilih yg mana???
|
|
|
|
|
|
|
|
ako_chan posted on 19-9-2012 09:38 AM
sungguh sopan ayat kamu iteww.... hehehee....
nnti esok ako p cari lah...
klu ada rezeki, jump ...
Utk 3 Hari? Ahadiat ek? Yg jadi filem tu kan?
Yang nie buku dia aku xder. Tapi dulu aku beli 3 Hari Kemudian. Sambungan U3H. Tapi sampai la nie tak baca. Hehehehe....
Beli jek dua2. Carik tmpt yg ader diskaun. Baru best
|
|
|
|
|
|
|
|
antara
a. senyum sampai langit
b. si mangkuk tingkat
c. kalau jodoh tak ke mana
yg mana best ek utk Red beli? |
|
|
|
|
|
|
|
dah habes baca lazuardi - nasz
3 bintang jer
untuk aku, novel kedua nasz ni kurang umph berbanding SS. kemunculan shark dalam citer ni tak dapat menjadikan jalan cerita menjadi kebaboom. mendatar jer bagi daku. tak mcm kemunculan joe jambul dlm SS di mana memberi impak terhadap jalan cerita SS.
tapi dalam lazuardi, shark ni boleh digambarkan sebagai prince charming/penyelamat hidup anaz yang dibenci oleh keluarga dia.
ke'charming'an shark hanya muncul di beberapa bab akhir jer.
menyampah betul aku dgn ain, rasa kalau dapat aku lumat2 si ain buat sambal belacan sedap gak
edisi boleh baca. Last edited by mijot on 20-9-2012 09:39 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
mijot posted on 20-9-2012 02:34 PM
dah habes baca lazuardi - nasz
3 bintang jer
setuju ngan mijot.. Joe Jambul tetap dihatiku... muahahahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
Novel Umum Jemari Seni Okt. 2012
Tajuk: Takkan Pernah Berubah
Penulis: Fisha
ISBN: 978-967-0508-02-3
Harga: RM20.00 (Sem. Malaysia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: mulai 8 Okt. 2012
Sinopsis:
Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan;
Buang emak buang saudara,
Kerana kekasih hamba turutkan.
Atas dasar cinta, Shahira rela kehilangan keluarga yang selama ini menjadi tulang belakangnya. Iqmal pula merahsiakan perkahwinan mereka daripada pengetahuan keluarganya. Walaupun hidup sederhana, mereka bahagia. Namun, cinta mereka teruji apabila mereka terpaksa berpisah untuk menuntut ilmu.
Langit tidak selalu cerah, begitu juga hidup mereka. Kecelakaan menimpa Iqmal, lalu dia terputus hubungan dengan Shahira. Shahira pula terpaksa mencari tempat bergantung baharu setelah Iqmal hilang tanpa dapat dikesan.
Sepuluh tahun berlalu, barulah mereka bertemu. Pertemuan yang tak disangka menyebabkan Shahira melarikan diri daripada Iqmal. Ada rahsia yang dipendam Shahira. Siapa Adi dalam hidup Shahira? Masihkah ada maaf daripada Shahira untuk Iqmal? Dan, bagaimana pula dengan penerimaan keluarga mereka?
kau umpama matahari malam untukku, tidak kelihatan namun sentiasa ada
***
FISHA, gadis dari utara tanah air ini menulis dengan gaya bahasa yang santai namun membuai perasaan pembaca dalam Takkan Pernah Berubah. Sungguh, hati wanita itu sekeras kerak nasi. Andai disiram air, maka lembutlah ia. |
|
|
|
|
|
|
|
Novel Umum Okt. 2012: Lamaran buat Syifa~ Ana Yunisza
Penulis: Ana Yunisza
ISBN: 978-967-5118-95-1
Harga: RM20.00 (Sem. Malaysia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: mulai 12 Okt. 2012
Syifa jumpa Sufyan pada hari pertama di politeknik. Lelaki itu menghulurkan bantuan saat Syifa memerlukan. Tertarik dengan keperibadian lelaki itu, Syifa jatuh hati. Sampai dia sanggup jadi pemerhati setia lelaki itu di Facebook.
Tapi, pertemuan kedua mereka mencetuskan kisah lain pula! Lelaki itu suka cari fasal. Sebab kesalahan yang tak sengaja pun, dituntutnya ganti rugi yang tidak munasabah! Tapi... Syifa tak tahu yang itu cuma taktik Sufyan nak berkenalan.
Tanpa diduga, kakak Syifa pergi, meninggalkan amanah buat Syifa. Dua orang anak kecil, ditinggalkan di bawah jagaan Syifa. Dalam usia 18 tahun, Syifa menggalas tanggungjawab seorang ibu.
Syairy hadir menghulurkan kasih, ingin menjaga dan melindungi Syifa dan ‘anak-anaknya’. Hakikatnya, Syairy cuma menggunakan peluang yang ada untuk memiliki Syifa, gadis yang dicintainya sejak dulu.
Antara Sufyan dan Syairy, yang mana satukah akan menjadi pilihan Syifa, dan mampukah dia berbahagia hingga ke akhirnya?
*****
ANA YUNISZA, gadis Kota Singa ini menulis Lamaran buat Syifa dengan bahasa santai yang manis. Susurilah kisah Syifa, dan belajarlah erti cinta daripada kaca mata orang muda. |
|
|
|
|
|
|
|
ako dah habis baca lazuardi.... huhuuu.. emm... buku ni boleh letak bawah tempat
" xbeli pon xrugi".....
emm... how to say ek... sepanjang ako baca lazuardi bagi ako,
cite dia mendatar jer.... ada la klimaks segala...
tp still, mcm xkena jer cara penulisan nasz kali ni...
mcm dia tulis ni, nk cepat jer.. kejar dateline ker ape???
klu dia kembangkan setiap plot tu, xpun cite ngan elok2
insyaALLAH, ako boleh r nk menghayati lazuardi nih..... |
|
|
|
|
|
|
|
ako_chan posted on 30-9-2012 06:42 PM
ako dah habis baca lazuardi.... huhuuu.. emm... buku ni boleh letak bawah tempat
" xbeli pon xrugi" ...
ini juga yg mijot rasakan juga.
tiada klimaks. kemunculan shark dlm hidup anaz tak menjadikan jalan ceritanya menuju puncak.
mendatar jer. tak tahu kenapa masa baca kt dlm forum, menarik jer tapi bila diterbitkan dlm bentuk buku lain lak jadinya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Alamak..baru ingt nk beli novel baru nasz ni..tpi mostly org cakap, x sebest sweet sour ek?
Anyway, nak tnyer ngn forummers kat sini..saye dh lame x beli novel baru..tp terase nk bace novel yang romantik, santai,and boleh buat kite senyum je
Saye suke Si Mangkuk Tingkat - Faziela, Projek Memikat Suami - Hanina (yg ni bukan Jemari Seni..sori mod), Sweet Sour (Nasz)...
Korang ade cadangan novel jemari seni yg mne konsep2 camni? |
|
|
|
|
|
|
|
sHiGeM posted on 1-10-2012 02:57 PM
Alamak..baru ingt nk beli novel baru nasz ni..tpi mostly org cakap, x sebest sweet sour ek?
Anywa ...
Aku tak taulah ek. Tapi kalau ko tanya pendapat aku, Lazuardi tu aku ok jek. Taste masing2 kan. Hehehe...
Buku lain yer. Cuba buku2 kat bawah nie. Tapi kalau tak kena dengan selera, maafkan saya
- Awak Muslim, Saya Iman (nie buku yg xder pegang2 tangan segala. Cara Islam yg btul. Tapi hero & heroin bagi aku mcm sweet)
- 3 Jantung Hati (mcm jatuh cinta dengan hero. Hehehehe....)
- Semua buku Hlovate (Tapi ada juga yang tak baper masuk dengan diaorg. Tapi aku ok jek. Hehehehe....)
Last edited by honey_d7881 on 1-10-2012 05:31 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Setelah hampir sebulan....baru berjaya habiskan Saya Muslim Awak Iman...
kes baca sementara tunggu nak ambil anak kat sekolah...
keseluruhan cerita..tak menghampakan...cuma sedikit terganggu dengan aktiviti puji-pujian terhadap watak heroin yg rasanya agak berlebih-lebihan
dan agak kurang selesa dengan pemilihan nama watak yang hampir sama..iman..ikhwan...izwan...ridhwan...izara...indah..ilham....irham..huhuhu...seb baik nama hero ada sikit lain...muslim razin
nilai kekeluargaan yang cuba dipaparkan pulak agak 'terlalu sempurna' which is..too good to be true..hmmm...entahlah..mungkin mmg ada keluarga yg mcm nih
dan ada sedikit sana sini jalan cerita yang mcm tidak wajar...contohnya ketika adik iman iaitu ikhwan terlantar di hospital...digambarkan seolah iman bertanggungjawab sepenuhnya menjaga ikhwan..sambil sesekali diambil alih oleh ibu mereka (kalau tak silap) dan seolah2 dia sorg yg mengadap ikhwan ketika adiknya menghembuskan nafas terakhir (which is seolah tak selari dengan nilai keluarga bahagia yg sempurna yg digambarkan oleh penulis sendiri)
ni hanya pendapat peribadi....apa2 pun, kategori 'tak menyesal beli' |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_redapple posted on 20-9-2012 01:26 PM
antara
a. senyum sampai langit
b. si mangkuk tingkat
buku senyum sampai langit....ku hanya mampu bc bab2 awal yerrrr...pastu campak dlm rak.....x kena ngn jiwa...
|
|
|
|
|
|
|
|
satu hari setel baca Lazuardi.....
banyak part yg just scan jer......
nak kata tak best tu...idak lerrrrr
nak kata best gilerr...best lagi sweetsour...
|
|
|
|
|
|
|
|
dah selesai baca :
jangan lupa namaku - hananee amir
3.3 bintang
tema utama menganai pasal anak. sebab tertekan dengan kata2 orang disekeliling, amira dah yang dah berkahwin selama 7 tahun dengan aiman, mengambil keputusan untuk bercerai. bercerai demi kebahagian aiman. biarlah aiman mencari wanita yang dapat memberikan anak kepada aiman. tapi selepas mereka berdua bercerai, hidup mereka masing2 tak bahagia.
semakin lama baca, rupanya banyak cerita lain yang kita jumpa. rupanya aiman telah lama tak diterima keluarganya sebab memeluk Islam dan berkahwin dgn amira. cecilia cuba untuk memikat semula aiman berkomplot dgn nazrul untuk pastikan amira dan aiman rujuk semula. nasib baik ada kawan baik seperti fuad dan julia yg menjaga mereka berdua ni. johan yang balik ke malaysia selepas 10 tahun berada di luar negara rupanya mempunyai kisah silam yang sedih. nak dekat pengakhiran, kita dikhabarkan dengan khabar gembira mengenai dgn apa yang amira idamkan. akhirnya mereka kembali rujuk semula dan keluarga aiman terima aiman semula.
pengajaran dalam cerita ni, jangan terlalu bergantung harap sangat dengan pasangan. berdikari lah sedikit. sebab dalam cerita ni, amira dan aiman masing2 terlalu bergantng harap. apabila mereka berpisah hidup mereka kucar kacir. bagi pasangan yang dah lama berkahwin tapi masih tidak dikurniakan anak, mungkin boleh baca karya ni untuk ambil iktibar.
|
|
|
|
|
|
|
|
saya muslim awak iman-4 bintang
lazuardi-3.5bintang
kalau jodoh xkemana-3 bintang |
|
|
|
|
|
|
|
mijot posted on 14-10-2012 08:05 PM
dah selesai baca :
jangan lupa namaku - hananee amir
cerita ini memang agak sedih juga
tapi berbalui membelinya..
20 Oktober, Sabtu ini penulis akan berada di MPH Putrajaya
jadi jika ada sesiapan nak bertemu penulis & dapatkan tt
penulis, bolehlah berkunjung ke sana
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|