CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANAK CIKGU ZUL ( Rating U)

   Close [Copy link]
Post time 24-12-2010 06:38 PM | Show all posts
Motip?? Tak nak Dahlia ada 'title' bekas tunang Farid kan..kan..kan...  Tak 'best' lah kan. ...
sukahatiku Post at 24-12-2010 14:41



kalau dahlia dah tunang dgn farid, lepas tu tau temberangnya, compem dahlia fobia dgn lelaki...
dgn cikgu amir dahlah ada sejarah...
susahlah cikgu amir nak masuk line...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2010 08:41 PM | Show all posts
okeh siapa yang goda FB lepas tu kita pasang perangkap...
panggil dahlia tgk...sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 09:03 PM | Show all posts
checking jap..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2010 12:15 AM | Show all posts
mesti comel masa cikgu amir nak pujuk cik pai ayam nanti kan
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2010 12:41 AM | Show all posts
waaaa... aku nak join gak club CSI Perangkap FB
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2010 01:30 PM | Show all posts
waaaa... aku nak join gak club CSI Perangkap FB
Kia_picanto Post at 25-12-2010 00:41


aku nak join hang kia.... yess!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-12-2010 02:28 PM | Show all posts
waaaa... aku nak join gak club CSI Perangkap FB
Kia_picanto Post at 25-12-2010 00:41


merah tumpang gak 2-2 belah kaki....
xsabar nak tggu fasa kejatuhan FB
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2010 04:49 PM | Show all posts
smbg pls....kak bling x sehat x leh kacau....
dahlia + C.Amir la harapan nk dpt bc n3...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-12-2010 06:53 PM | Show all posts
sorry peminat Cikgu Amir... dahlia nak tunang dgn FB
............................................................................................................

“ Cantiknya baju ni. Lia beli kat KL kah? Berapa harga ni? Mesti mahal” komen Usu sambil membelek baju kurung syifon warna ungu cair yang masih dalam plastik.

“ Orang bagi hadiah” jawab Dahlia pendek

“ Siapa yang murah hati sangat tu? Baju macam ni mesti harga dia beratus” Usu meneliti sulaman dan taburan manik di lengan dan leher baju. Ini baru baju tunang tapi lagi cantik dari mana mana baju kahwin pengantin di sini.  

“ Mak mertua tak jadi Dahlia.” Ellisya bersuara dengan tawa kecil. Dahlia menjeling. Topik macam tu jangan di buat main. Usu dengan mulutnya mesti canang satu kampung.

“ Ha? Siapa? Mesti orang kaya. Apa pasal Lia tak pernah cerita?”

“ Sya ni merepek saja lah. Usu, jambangan bunga segar yang nak letak dalam bilik dah siap kah? ” Usu terus meninggalkan bilik. Dahlia malas nak panjangkan cerita. Semalam Ellisya dan Najwa datang dari KL membawa hadiah baju kurung dari Puan Sri Sabihah. Baju  dari butik Jedan itu jauh lebih cantik dari baju yang di belinya sendiri minggu lepas.

“ Pandai Puan Sri pilih. Tapi yang aku hairan, dia kat hospital lagi. Bila masa dia pergi kedai ?” tanya Najwa

“ Dia  ada PA lah. Mesti Kak Maya yang belikan.”

“ Entah entah Cikgu Amir yang beli” sampuk Ellisya.

Dahlia mencekak pinggang “ Hey.. boleh tak jangan sebut nama tu. Buat  spoil mood aku hari ni. Apa hal pula dia yang nak beli? Bukannya dia pakar bab baju perempuan”

“ Janganlah mareee, adik manis. Aku gurau saja. Sebab baju ni betul betul saiz engkau. Fits perfectly gitu. Amir sorang saja yang pernah tengok body kau.”

“ SYA! Please don’t remind me. Korang nak kena sekeh?” Bentak Dahlia. Mukanya yang bengis membuat Ellisya dan Najwa berdecit.

“ Okay… sorry, sorry. Eh, Wawa jom kita ke dapur tolong apa apa yang patut. Lia, baik kau pergi mandi. Nanti Usu membebel kalau kau tak siap” Mereka berdua sudah arif dengan perangai mak saudara Dahlia yang kecoh. Kalau Rosnah Mat Aris nak bersara jadi pelakun, Usu boleh jadi penggantinya.

“ Ya lah… ya lah. Aku nak Skype dengan Kak Darina sekejap” Harap harap line okay. Kalau dapat berbual lima minit pun cukuplah. Kak Darina juga ingin meraikan hari bersejarah ini. Danial sedang berada di Mekah menunaikan umrah. Tapi doa yang di titipkan untuk Dahlia amat berharga. Semoga berkat doa Danial di Tanah Suci, pertunangan aku berjalan lancar dan kekal hingga ke jinjang pelamin. Sedih rasanya bila adik beradik tak dapat bersama. Sudahlah Mak dah tak ada. Entah entah bila aku kahwin nanti pun Danial dan Kak Darina tak dapat bersama. Nasib baik sepupu yang ramai ada untuk memeriahkan suasana. Celoteh dan gelak tawa Kak Azlin, Suriani, Shakira dan yang lain jelas kedengaran dari dapur. Atikah dan ibunya nya juga datang membantu.

“ Good luck Lia. Bila dah jadi tunang orang, Lia kena pandai jaga diri dan pandai jaga hati Farid.  Lia kena belajar sesuaikan diri dengan keluarga dia. Lia kena matangkan diri tu. Jangan nak “hu ha” sana sini. Jangan bagi malu Babah dan keluarga kita “ pesan Darina.

Ayooo… seriusnya kakak aku ni. Buat seriau aku je.

“ Kakak balik lah masa Lia kahwin nanti. Tapi tarikh belum tentu lagi bila.”

“Insyaallah kalau ada cuti kakak dan abang Sani cuba balik”

Selesai berbual dengan kakaknya , Dahlia terus mandi dan menukar pakaian. Fuhh.. baju dari Puan Sri memang cantik. Harap harap baju kahwin aku nanti pun dia sponsor juga. Boleh aku feeling feeling Nasha Aziz menggayakan baju pengantin atas catwalk. Ha ..ha… tak malunya aku.

…………………………………………………………………………….
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2010 06:55 PM | Show all posts
“ Cepatlah Lia. Takkan kamu tak nak pakai mekap. Nanti nampak pucat lesi dalam gambar” bebel Usu. Beg mekap tahun 70an sudah sedia di buka depan Dahlia. Warna nya mak aihhh… terang benderang macam warna bendera masa pembukaan Sukan Olimpik atau Piala Dunia. Orang dulu tak tahu pakai earth tones agaknya.

“ Takpe lah Usu. Usu pergi siap dulu. Banyak masa lagi ni.” Helah Dahlia sambil mengangkat kening pada dua teman rapatnya Ellisya dan Najwa. Set mekap Bobbi Brown dan MAC sudah di sembunyikan dari Usu.

“ Banyak masa kamu kata? Sekarang dah pukul 10 lah. Pihak lelaki datang pukul 11”

“ Ya lah. Lia tahu. Nak mekap sekejap saja. Usu nak kena tukar baju, nak pakai barang kemas,  pakai tudung, kan lama tu. Baik Usu balik bersiap sekarang. Usu nak sambut rombongan lelaki nanti kan.“ Taktiknya berhasil. Sebaik saja Usu bergegas pulang ke rumahnya di sebelah, terletus tawa Ellisya dan Najwa.

“ Teruk kau ni Lia.” Ellisya menampar lengan Dahlia

“ Aku tak nak muka aku macam pelakun opera Cina. Cepat mekap kan aku sebelum Usu balik”

Dahlia menadah mukanya pada Ellisya untuk di solek. Sedikit bedak asas dicalit dan di ratakan , di ikuti pembayang mata dan mascara.

“ Cukuplah, aku nak tunang saja bukan nak kahwin. Tak payah nak tepung gomakkan aku.” Dahlia terus mengoles gincu bibir rona coral pink ke bibir sendiri. Dia terus berdiri depan cermin. Selendang senada dengan baju di lilit kemas.

“ You look perfect. Silap haribulan Farid ajak nikah terus, tak payah buang masa nak tunang” komen Najwa. Dahlia menelan airliur.

“ Oi.. tak nak lah. Mana boleh , kursus kahwin pun belum.”

“ Kat Perak, kursus kahwin tak wajib kan?Lagipun bapa kau kawan baik dengan Tok Kadi. Sap sap suey lah.” acah Ellisya. Mata Dahlia mencerlung

“ Syyy! Kalau masin mulut kau aku bagi plenkik sebiji”

“Ala… kalau benda baik kenapa nak lambatkan. Bukankah kau dah pasti Farid lah jantung hati belahan jiwa kau forever and ever.” Najwa pula menokok tambah.

Aku pasti Farid bukan cinta agung dalam hidup aku tapi aku terima sebab tak ada lelaki lain. Sejak Cikgu Amir menunjuk karakter nya yang sebenar aku dah padam namanya dari kamus hidup aku. Ini kes menang tanpa bertanding sebab cuma Farid seorang yang nak kat aku. Aku terdesak sebenarnya. Semua sebab aku nak jaga gengsi depan Cikgu Amir yang mulut tak guna  itu. Lagipun aku lakukan ini untuk Babah juga.

Suasana yang mula riuh di luar menandakan yang keluarga lelaki sudah sampai. Dahlia mengintai dari tingkap. Lima buah kereta sudah terpakir di halaman. Saudara mara dan jiran mereka sudah lama sampai. Majlis sudah bermula. Dada Dahlia mula berdebar.

Ellisya dan Najwa mendengar dari celah pintu bilik. Selepas berbalas pantun dua tiga rangkap, kedua keluarga bertukar hantaran. Meskipun Hj Zul dan Sulaiman kawan baik tapi upacara tetap kena ikut adat.  Cakap pun mesti formal.  Perbincangan tentang tarikh perkahwinan menyusul.

“ Pihak lelaki sebenarnya nak cepatkan pernikahan. Ya lah, kalau dua dua dah suka, buat apa tunggu lama lama.” Kata Hj Tarmizi yang sekali lagi jadi jurucakap untuk keluarga Farid.

“ Saya pun tak ada halangan. Terpulanglah” balas Hj Zul dengan tenang

“ Begini, saya dan isteri dah dapat surat dari Tabung Haji. Dah sampai giliran kami untuk jadi tetamu Allah tahun ini. Mula mula dulu saya cadang nak buat majlis Farid dengan Dahlia pada cuti sekolah hujung tahun tapi sekarang nampaknya tak boleh lah.” Jelas Encik Sulaiman. “ Apa kata kita buat hujung bulan Ogos?”

Hj Zul memandang pada  adik dan kakaknya serta ipar duai. Mereka yang akan jadi orang kuat majlis nanti. Masing masing mengangguk. Ada masa tiga  bulan. Memanglah agak suntuk tapi ramai yang sudi membantu. Lagipun majlis nanti di buat di rumah, bukan kena booking dewan awal awal macam di Kuala Lumpur.

“ Bakal pengantin setuju kah?” tanya Hj Zul

“ Dia lagi suka. Kalau suruh nikah besok pun dia setuju” Jawapan Encik Sulaiman di sambut tawa. “ Dahlia pula macam mana?”

“ Hmm…  rasanya tak ada masaalah” jawab Usu. Semua yang hadir tersenyum lega.

Ellisya dan Najwa bertukar pandang. Lagi tiga bulan Dahlia akan jadi isteri Farid. OMG… ekspres habis. Mungkin itu yang sudah tertulis.

“ Hantarannya macam mana?” tanya Encik Sulaiman

“ Terpulanglah. Kami terima saja”  jawab Hj Zul. Lebih baik bincang secara peribadi. Lebih lagi dia dengan Sulaiman memang rapat. Tak payah nak canang depan semua yang hadir. Macam nak jual anak pula.

Selesai perbincangan, ibu Farid Puan Zurina bersiap sedia untuk masuk ke bilik menyarung cincin.

“ Apa dia orang kata?” tanya Dahlia yang duduk lendit di birai katil.

“ Er… tak ada apa. Nanti kau tahulah. Get ready. Mereka dah nak masuk” Ellisya, Najwa dan saudara perempuan Dahlia sibuk membetulkan itu ini sebelum mengambil posisi masing masing.

Puan Zurina dan beberapa orang saudara masuk ke bilik di iringi Usu dan Mak Long Dahlia. Sebentuk cincin bertatah sebiji berlian di sarungkan ke jari manis Dahlia. Puan Zurina mencium pipi bakal menantu nya. Dahlia menarik nafas lega. Dengan rasminya aku menjadi tunang Farid Hadzim bin Sulaiman alias Farid Buncit. Siapa sangka? Gembira kah aku? Entah lah...tapi ini jalan yang aku pilih jadi terpaksa lah buat buat gembira. Senyuman manis terpatri di wajah Dahlia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2010 06:59 PM | Show all posts
akak smiley nak cuti sampai 29 Disember jadi takde N3
sementara cikgu amir dan tok mi buat plan nak kantoikan FB

selamat menyambut hari Krismas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2010 07:09 PM | Show all posts
Reply 1395# mawarbaiduri

sorilah... dahlia nak tunjuk kat cikgu amir yang dia " laku"
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2010 07:20 PM | Show all posts
TQ smiley...wah rumah sana nikah, rumah sinpun dah berbau nasi minyak
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2010 07:27 PM | Show all posts
uwaaaa... lamanye projek kantaoikan FB tuh smiley????

kalau aku join derang leh cepat tak proses dia
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2010 07:34 PM | Show all posts
sape yg belikan baju kurung tu?
ai rase mmg cikgu amir yg beli...
patot pon smiley  bagi N3 panjang2..
ai bersabar sampai 30hb menunggu next N3 dari smiley..
selamat bercuti smiley...
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2010 07:41 PM | Show all posts
tak sabar nak tunggu cikgu amir dgn dato azmi kantoikan FB ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2010 09:42 PM | Show all posts
aduiii...jadi jugak fb tunang dengan dahlia.....
lamanya nak tunggu cikgu amir dan tok mi jadi
james bond...
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2010 10:15 PM | Show all posts
Setakat bertunang no hal blh putus
org kawin lagikan berpisah ni bertunang kacang je
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2010 09:27 AM | Show all posts
dahlia dh jd tunang FB
harap2 tembelang FB pecah sblm diorang kawin
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2010 02:53 PM | Show all posts
selamat bercuti kak smileyy
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.056302 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list