assalammualaikum semua..
di sini ainiz nak inform yg ainiz takkan update apa2 cerita di thread ini memandangkan ainiz lebih fokus kpd masalah yg melanda sabah di ketika ini..
dukacita dimaklumkan bahawa kg hubby ainiz di semporna (lokasi kisah arwah) agak terjejas dgn apa yg blaku dan kebanyakan penduduk kg telah pun bpindah sementara waktu ke pnempatan saudara mara yg lebih selamat memandangkan kg itu lokasinya di ulu dan strategik utk dicerobohi pihak tausuq. Rumah MIL pun skrg ni kosong bgitu juga kbanyakan rumah2 lain di kg itu. Walaupun pihak bkuasa tiada mngeluarkan arahan utk bpindah, pnduduk kg kebanyakan mngambil langkah sndiri memandangkan lokasi kg yg dulunya pulau adalah amat terpencil, jalan masuk ke kg juga amat panjang yg dikelilingi hutan yakni amat bahaya lagi menakutkan. MIL skrg selamat berada di rumah BIL di Tawau.
Sesungguhnya apa yg blaku realitinya lebih perit bg pnduduk di sana. Mereka hidup dlm ketakutan dan anak2 juga takut utk ke sekolah. Sori also coz semua gambar dlm thread ainiz ni dah pun expired.
Setelah berbincang dgn hubby..kami bdua setuju utk balik mnjenguk MIL di sana setelah keadaan reda sedikit (insyaallah) Jd, ainiz telah pun book tix utk pulang pd bln April setelah mngambil kira soal keselamatan di sana. Harap2 semuanya dah reda ketika itu, kami hanya pulang berdua memandangkan keadaan yg keselamatan yg belum pasti itu. Kiranya keempat2 anak..pasti sukar melalui andaikata tjadi apa2 di luar jangkaan.
ainiz telah pun mberitahu hubby yg ainiz terigin utk melawat lokasi kejadian 6 perwira kita yg gugur di kg simunul. Hubby bjanji utk bawa ainiz ke sana kiranya keadaan sudah pun tenang. Insyaallah ainiz akan ambil gambar lokasi utk share di sini dan juga fb..sesungguhnya ainiz tak sangka kg simunul mnjadi tmpat peristiwa bdarah..sbbnya kami selalu ke sana mlawat saudara hubby..kami dinasihati agar tidak bmalam di kg hubby dan juga dilarang sama sekali utk memandu di waktu malam dlm kawasan semporna sewaktu pulang nnti.
pesan ainiz utk semua yg care psl isu sabah ni, tak perlu la pcaya kabar angin, andaikata ada yg mnyampaikan berita yg tidak sama dgn apa yg dilaporkan, tidak semestinya pihak kjaan sengaja mnyembunyikan sesuatu, cuma kadangkala, tidak semua berita boleh dikongsi pd umum, terutama disebabkan aspek2 keselamatan..
**kepada kak @sarinah99 ..ainiz dah pun cek mmg gambar2 dlm thread ni, mmg pun dah expired semuanya..i need time to up balik semua yer kak..tade mood ni..
Last edited by ainiz81 on 19-3-2013 02:37 PM
|