CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: miawpink

[Tempatan] banjir di pantai timur, melaka dan johor : Vol 2

[Copy link]
Post time 9-12-2013 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Mulan posted on 9-12-2013 09:14 AM
ok sorry, i spoke for my own area... not Pahang overall.

relax.. rehat OK. mesti u penat & frus ...

Ok xpe.
Bg aku kuantan overrated.
Kat belah kampung ada je kes org mati kena renjatan lektrik sbb kabel tnb yg terendam dlm banjir...kesian aku nengok technician tnb oncall pegi carik punca cek satu demi satu tgh mlm buta...
Kat bera ,air ada yg sampai paras leher..budak2 sonok la dok main air..xda org nk pantau..ada juga la kes lemas..
Tp biasa la,no media coverage.
Berapa kerat je ngo yg dtg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-12-2013 09:30 AM | Show all posts


@ ] abby_abadi112 #MisiKemanusiaan #7/8Dec2013
#PEMASSA, #PAS & #AbbyAbadi
Inilah sebahagian gambar yg sempat Sy & Sahabat2 lain rakamkan. Zaman sekarang zaman Media. Bila tak dilaporkan... ada je yg akan pertikaikan. So harap gambar2 membuktikan kami cakap & kami buat. Walaupun sekadar kecil2an tp Alhamdullillah... ALLAH sahaja yg kami harapkan. Terus mendoakan mereka & kami juga

Ps: Ini tanggungjawab pimpinan Kerajaan sebenarnya. Kenapa ye tak nampak kemeriahan UMNO/BN nk membantu bersungguh2 mcm PRU hari tu? Ramai yg tunggu PM/DS nya turun padang    14min


Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 09:34 AM | Show all posts
siriusly...foto2 yang ditepek di sini adanya boleh dibuat postcard...
cantik2 scenerynya walaupun dalam keadaan banjir...

selamat kembali bersiaran @miawpink...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2013 09:37 AM | Show all posts
Sg.isap 2..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2013 09:38 AM | Show all posts
Sinar Harian

Pulang ambil barang #SHPHG
Risau air naik kembali, cuaca tidak menentu

KUALA LIPIS - “Walaupun air sudah kembali surut namun makcik sekeluarga tetap bimbang dan kami membuat keputusan untuk tinggal sementara di pusat pemindahan hingga keadaan benar-benar pulih.

Demikian kata seorang mangsa banjir, Kamariah Ismail, 51, ketika pulang sebentar ke rumah untuk meninjau keadaan kediamannya dan mengambil beberapa barang penting.

Kamariah berkata, kawasan sekitar rumahnya yang agak rendah dan mudah ditenggelami air membuatkan dia sekeluarga merasa lebih selamat untuk tinggal di pusat pemindahan berbanding di rumah sendiri.

“Cuaca sekarang tidak menentu. Walaupun air sudah surut namun itu tidak bermakna makcik boleh pulang dan tinggal di rumah.

“Bila-bila masa sahaja air boleh naik semula dan makcik bersama suami, Zaid Zainal Abidin, 52, serta anak Khairul Anuar,13, tidak mahu menanggung risiko bahaya sekiranya air naik secara mendadak terutama pada waktu malam,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Lentang di sini, kelmarin.

Menceritakan detik-detik cemas yang dialaminya, Kamariah berkata, pada Rabu lalu ketika ingin menunaikan solat sunat tahajud dia melihat air banjir sudah memasuki kawasan hadapan rumahnya.

“Melihat keadaan itu, makcik segera memanggil suami serta anak untuk mengemas barang-barang rumah termasuk peti ais dan televisyen untuk diletakkan di tempat tinggi.

“Setelah memastikan semua barangan sudah berada di tempat yang selamat, kami sekeluarga bergegas keluar dari rumah untuk mendapatkan perlindungan di balai raya Kampung Lentang,” katanya.



Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 09:39 AM | Show all posts
miawpink posted on 9-12-2013 08:55 AM
Bkt Mentok,Kemaman

Ini bukit mentok kah? Mcm propa jah...ini sekolah smc kamoung pengkalan pandan dlm bandar rasanya....bukit mentok semalam air masih paras dada...pencawang banyak terletak disana yang tenggelam
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-12-2013 09:39 AM | Show all posts
Sinar Harian

Banjir di Pontian makin surut #SHJHR
Tujuh keluarga sudah dibenarkan pulang, dinasihati waspada

NOR AZURA MD AMIN

PONTIAN - Keadaan banjir di daerah ini, semakin pulih apabila paras air semakin surut dengan sebahagian mangsa yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Fenomena air pasang besar yang mula reda sejak semalam, selain benteng diperbaiki semula ternyata membantu memulihkan banjir di sesetengah kawasan di sekitar Benut.

Bagaimanapun, terdapat kawasan masih ditenggelami air atau dilanda banjir termenung akibat sistem perparitan yang tersekat atau tersumbat.

Pemangku Ketua Kampung Kawasan (3) Mukim Benut, Sahidek Bachok berkata, seramai 22 mangsa banjir dari tujuh keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Dewan Haji Arshad sudah dibenarkan pulang, petang semalam.

Menurutnya, bagaimanapun seramai 111 mangsa masih lagi ditempatkan di pusat pemindahan berikutan paras air yang masih tidak surut.

“Pusat pemindahan sementara di sini yang dibuka sejak banjir melanda enam hari lalu telah menempatkan kira-kira 133 mangsa banjir.

“Antara kawasan yang terjejas banjir ialah Kampung Parit Abdul Rahman, Kampung Wawasan dan berek Jabatan Kerja Raya (JKR) Benut,” katanya.

Sahidek turut menasihatkan mangsa banjir yang dibenarkan pulang supaya sentiasa memantau perkembangan cuaca dan fenomena air pasang.

Di Mukim Tampok, Benut, keadaan banjir mula bertambah baik selepas benteng yang pecah sudah dibaiki.

Ketua Kampung Kawasan (12) Mukim Benut, Ismail Latis berkata, sebelum ini, benteng yang berfungsi mengalirkan air ke Sungai Tampok bagi mengelak limpahan ke kawasan kampung, dilaporkan pecah Isnin lalu.

“Penduduk bersyukur kerana benteng telah dibaiki dan ia sangat membantu memulihkan keadaan banjir di sini.

“Malah ada mangsa banjir yang telah dibenarkan pulang selepas keadaan air mula surut sejak pagi semalam,” katanya.

Katanya, masih terdapat mangsa banjir yang memilih untuk terus berada di pusat pemindahan banjir memandangkan keadaan rumah yang masih kotor dan bersepah selepas banjir melanda.

“Pusat pemindahan sementara di Surau Al-Bilal menempatkan 156 mangsa banjir dari kawasan Kampung Tampok Laut, Kampung Laut Lapis dan Kampung Parit Wak Kawek.

“Memandangkan ramai penduduk memilih pulang ke rumah keesokan hari, pusat pemindahan terus dibuka,” katanya.


Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 09:40 AM | Show all posts
mrsamz posted on 9-12-2013 09:28 AM
Ok xpe.
Bg aku kuantan overrated.
Kat belah kampung ada je kes org mati kena renjatan lektrik sb ...

Allahu Rabbi... kesiannya. Bera kerap juga banjir teruk2... persiapan takde?

Jujur saya tak pernah sampai ke sana... teruk sangatkah takde kemudahan komunikasi sampai takde berita pasal banjir di Kuantan, jadi diorang tak bersedia langsung??

Orang kampung tu lain citer, maksudnya TNB staf patutnya ada SOP utk masa2 macam ni. Tak OFF pencawang???

Al-Fatihah.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2013 09:40 AM | Show all posts
miawpink posted on 9-12-2013 09:30 AM
@ ] abby_abadi112 #MisiKemanusiaan #7/8Dec2013
#PEMASSA, #PAS & #AbbyAbadi
Inilah sebahagian  ...

kalau dia tak letak PS tu lagi respectable kot
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 09:41 AM | Show all posts
Datuk seri shahrizat jalil akan melawat SK Batu Kapor Mentakab pg ini

Jumlah mangsa terkini di sana ialah 206 terdiri daripada 57 keluarga
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2013 09:42 AM | Show all posts
C.K posted on 9-12-2013 09:39 AM
Ini bukit mentok kah? Mcm propa jah...ini sekolah smc kamoung pengkalan pandan dlm bandar rasanya. ...

jmpa kat twitter banjir2013
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 09:44 AM | Show all posts
Mulan posted on 9-12-2013 09:40 AM
Allahu Rabbi... kesiannya. Bera kerap juga banjir teruk2... persiapan takde?

Jujur saya tak pe ...

bera kg saya

tak dgr pulak citer begitu..ialah mgkin tak dilaporkan

yg pasti mmg terputus hubungan nak ke sana
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 09:47 AM | Show all posts
mrsamz posted on 9-12-2013 09:28 AM
Ok xpe.
Bg aku kuantan overrated.
Kat belah kampung ada je kes org mati kena renjatan lektrik sb ...

Namun sikap segelintir mangsa banjir yang degil gegeh mahu balik rumah walhal air masih paras dada dan perut....ga blh salahkan media jua....media cuma cover kawasan yang mereka boleh capai,..sukarelawan..pembangkang dan penyelemat saya perhatikan tidak ramai suka mencapub ambil gambar berikutan kita kena jimatkan bateri talipon apabila melalui kawasan hulu sana...karena itu belah hulu sana kurang dpt liputan....yang dpt liputan meluas sebelah bandar...namun air putih kemaman paling teruk kena....kampung tenggelam...tika malam kedua...masih ada mangsa yang tidak dpt dikeluarkan berikutan kekurangan bot penyelamat dan talian komunikasi tika itu memang out terus.....tidak tahulah apa cerita belah hulu nun...harap2 selamat lah org hulu sana hendaknya...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 09:48 AM | Show all posts
miawpink posted on 9-12-2013 09:42 AM
jmpa kat twitter banjir2013

Twitter pun main sabat jah...blh buat org keliru..hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2013 09:49 AM | Show all posts
Eizzaty Ramly

Jalan dekat sungai tekam Jerantut. Latest situation. Pagi tadi. Doakan jalan tak runtuh sepenuhnya. Air dari tasik melimpah ke atas jalan. Melimpah ke dalam sungai



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2013 09:49 AM | Show all posts
C.K posted on 9-12-2013 09:48 AM
Twitter pun main sabat jah...blh buat org keliru..hehe

itu la..
terima kasih kerana betul kan info sy...
takut tersalah bg info
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2013 09:52 AM | Show all posts
xdielzx posted on 9-12-2013 09:40 AM
kalau dia tak letak PS tu lagi respectable kot

abaikan je la...dr mula baca pon dh byk ayat2 poyo dia...takkan tak biasa lg ngan ayat bunga2 dia tu

menanti jgk gambo2 retis lain especialy anak pahang cam ct...

mi@miawpink  ada tak gambo ct?? sori la suka suki je request
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2013 09:54 AM | Show all posts
funnyTONE posted on 9-12-2013 09:52 AM
abaikan je la...dr mula baca pon dh byk ayat2 poyo dia...takkan tak biasa lg ngan ayat bunga2 dia  ...



@ ] ctdk Persiapan staff SS petang tadi untuk mangsa banjir..Terima kasih juga buat yg sama2 dermakan barangan utk mangsa banjir..   12h


Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 09:57 AM | Show all posts
Pahang Unite

(Info Banjir)

PERHATIAN: Kepada rhodong-rhodong Pahang yg rela hati ingin menjadi sukarelawan banjir..Sila hadirkan diri ke Wisma Belia, Indera Mahkota, Kuantan..Khidmat sukarelawan amat diperlukan pada masa ini..Sukarelawan ini akan dihantar ke pusat- pusat penempatan banjir untuk menghulurkan bantuan yg diperlukan...Sumbangan anda amat kami hargai..Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Majlis Belia Negeri Pahang (09-5736708) atau En. Mahadi (013-4897703) atau En. Ikmal Hisham (0197577991)..Terima Kasih...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2013 09:57 AM | Show all posts


@ ] abby_abadi112 #MisiKemanusiaan #PEMASSA #PAS & #AbbyAbadi

Mana sempat je kami serahkan bantuan sbb tak sampai hati nk tgk mereka beratur berebut2 bagai.. Doa & terus berdoa.   6min


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.257545 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list