Kenyataan Media KPK 12 September 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus (COVID-19) di Malaysia Minggu Epidemiologi 36 (4 -10 September 2022)[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON SEPTEMBER 12, 2022
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
MINGGU EPIDEMIOLOGI 36
(4 SEPTEMBER – 10 SEPTEMBER 2022)
STATUS TERKINI PENGGUNAAN FASILITI KESIHATAN
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengumumkan bahawa secara kesuluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan (hospital dan PKRC awam) bagi setiap 100,000 penduduk tiada perubahan pada minggu epidemiologi ke-36 tahun 2022 (ME36/2022) berbanding ME 35/2022 (Rajah 1);
![](https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/09/image.png?w=940)
Walau bagaimanapun, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 populasi pada ME36/2022 berbanding ME35/2022 adalah seperti berikut (Rajah 2);
- Pesakit kategori 1 dan 2 meningkat sebanyak 3.4 peratus; manakala
- Pesakit kategori 3, 4,dan 5, menurun sebanyak 3.7 peratus.
![](https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/09/image-1.png?w=931)
Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME36/2022 berbanding ME 35/2022 (Rajah 3) adalah seperti berikut:
- Katil bukan kritikal tiada perubahan;
- Katil Unit Rawatan Rapi (ICU) menurun sebanyak 1 peratus; dan
- Katil Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), tiada perubahan.
![](https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/09/image-2.png?w=934)
Peratusan pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) menurun sebanyak 0.2 peratus (Rajah 4) pada ME36/2022 berbanding ME35/2022.
![](https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/09/image-3.png?w=937)
PEMANTAUAN COVID-19 DI PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC)
Untuk makluman, kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara telah menunjukkan penurunan.
Berikut adalah perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 35/2022 dan ME 36/2022 (Rajah 5):
- Bilangan kedatangan pesakit ke CAC menurun sebanyak 15.8 peratus;
- Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah menurun sebanyak 11.0 peratus; dan
- Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke hospital menurun sebanyak 1.9 peratus.
![](https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/09/image-4.png?w=1024)
STATUS TERKINI KES COVID-19
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 10 September 2022 (ME 36/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:
- Kumulatif kes baharu: 4,803,624;
- Kumulatif kes sembuh: 4,740,414 kes;
- Kumulatif kes kematian: 36,277 kes; dan
- Kumulatif kluster: 7,073 kluster (kluster aktif: 24 kluster).
Perbandingan antara ME 35/2022 dan ME 36/2022:
- Bilangan kes sembuh pada ME 36/2022 menurun sebanyak 12.8 peratus (19,813 kes kepada 17,286 kes) Rajah 7;
- Bilangan kes baharu pada ME 36/2022 menurun sebanyak9.5 peratus (15,549 kes kepada 14,072 kes) Rajah 8;
- Bilangan kes tempatan menurunsebanyak 9.5 peratus (15,530 kes kepada 14,052 kes); dan
- Bilangan kes import meningkatsebanyak 5.3 peratus (19 kes kepada 20 kes).
- Bilangan kes kematian pada ME 36/2022 menurun sebanyak 27.7 peratus (47 kes kepada 34 kes).
- Purata kes aktif setiap hari bagi ME 36/2022 adalah 27,503 iaitu terdapat penurunan sebanyak 12.2 peratus berbanding minggu sebelumnya (Rajah 9).
![](https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/09/image-5.png?w=953)
![](https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/09/image-6.png?w=952)
![](https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/09/image-7.png?w=947)
NILAI RT
Purata nilai RT menunjukkan peningkatan sebanyak 2.2 peratus pada ME 36/2022 berbanding ME 35/2022 (Rajah 10).
![](https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/09/image-8.png?w=963)
SURVELAN INFLUENZA-LIKE ILLNESS (ILI) DAN SEVERE ACUTE RESPIRATORY INFECTION (SARI) BAGI COVID-19
KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga ME 36/2022, hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati:
- Sebanyak 124 sampel ILI dikesan positif COVID-19 dengan kadar positif 16.6 peratus pada ME 36/2022 (Rajah 11); dan
- Tiada sampel SARI dikesan positif COVID-19 pada ME 36/2022 (Rajah 12).
![](https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/09/image-9.png?w=908)
![](https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2022/09/image-10.png?w=980)
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
Sejak 1 April 2022, Malaysia telah berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam. Peralihan fasa ini juga disebabkan oleh kejayaan program vaksinasi COVID-19 di seluruh negara.
Walaupun demikian, KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- Elakkan 3S;
- Amalkan 3W;
- Amalkan TRIIS;
- Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
- Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
- Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
- Individu yang positif COVID-19 Kategori 2A (yang berisiko tinggi) dan ke atas atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
- Individu yang belum menerima dos penggalak vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA