|
JODOH [DRAMA BERSIRI ASTRO RIA], ISNIN 9 MALAM
[Copy link]
|
|
viscose posted on 26-3-2013 10:44 AM
assalamulaikum n selamat pagi geng2 en azlan n olly
waalaikumussalam & selamat tengahari uols.. hehe |
|
|
|
|
|
|
|
viscose posted on 26-3-2013 10:48 AM
bergaduh sakan diorang semalam sbb jamie dah boring kena contol dgn irda tuh...
pastuh masa en az ...
owh gitu ke.. tak sangka ada pendirian jgk si jamie tu yea..
ingat kan mengekor je kejenya..
|
|
|
|
|
|
|
|
tiewa posted on 26-3-2013 12:02 PM
owh gitu ke.. tak sangka ada pendirian jgk si jamie tu yea..
ingat kan mengekor je kejenya..
abis kalau nak makan nasi pun kena tegah...
nak pakai baju apa pun kena atur...
harus la jamie bengang...
dalam pada tuh jamie pun tak boleh blah boleh tabur cite kat olly kononnya katya bela saka
|
|
|
|
|
|
|
|
viscose posted on 26-3-2013 12:14 PM
abis kalau nak makan nasi pun kena tegah...
nak pakai baju apa pun kena atur...
harus la jamie b ...
kesian giler biler irda dok tegah jamiey drpd makan nasik tu... tsk tsk tsk
|
|
|
|
|
|
|
|
Usahanya nyata tidak sia-sia apabila lebih setahun bergelar pelakon, Dazrin Kamarudin mula terasa bahang selepas diberikan tanggungjawab memegang watak utama melalui drama bersiri popular di Astro Ria, Jodoh yang bersiaran setiap Isnin jam 9 malam.
Melalui drama 13 episod itu, Dazrin memegang watak Azlan yang menyertai pertandingan jodoh bagi mencari pasangan hidupnya bergandingan dengan Scha Al-Yahya.
Menurut jejaka berusia 25 tahun itu, impian nya untuk berlakon watak romantik bercampur lucu tercapai melalui drama berkenaan yang skripnya dihasilkan khusus buat nya.
Walaupun baru sekarang diberi peluang memegang peranan utama, ia bukan alasan untuk Dazrin patah semangat sebaliknya minat yang begitu kuat dalam bidang lakonan memberi lebih peluang untuknya mencuba pelbagai watak.
“Ia satu peluang yang tidak akan saya lepaskan apabila diberi penghargaan oleh KL Motion Pictures memegang watak utama dalam Jodoh malah saya difahamkan 'rating' untuk drama ini paling tinggi bagi siaran setiap hari Isnin.
“Syukur kini perjalanan lakonan saya semakin bersinar, malah tahun ini saya memang tidak menang tangan menerima tawaran berlakon hingga terpaksa mengambil dua tawaran dalam satu masa.
“Semua ini saya lakukan demi peluang yang diberi. Jika diikutkan pada awal kemunculan saya sering diberi watak sampingan namun masih ada yang tidak mengenali diri,” katanya yang terpaksa tidur dua jam setiap hari sepanjang menjalani penggambaran drama Jodoh.
Baru saja selesai menjalani penggambaran drama Jodoh, Dazrin sekali lagi sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri yang diangkat dari sebuah novel berjudul Syurga Di Wajahmu memegang watak utama bergandingan dengan Ana Dahlia yang mana penggambaran hampir 99 peratus dilakukan di Kelantan.
Kata anak kedua daripada tiga beradik ini, dia tidak peduli apabila diri kurang popular, yang penting banyak menerima tawaran berlakon. Baginya bukan populariti yang dikejar tetapi kepuasan apabila minat berlakon terlaksana.
“Pada awal pembabitan saya kurang dikenali namun saya tidak pernah mengeluh kerana saya sedar kesilapan yang saya lakukan ketika itu terlalu cepat menerima tawaran berlakon filem sedangkan ramai pelakon baru memulakan karier melalui drama atau telefilem.
“Walaupun seperti tersilap percaturan saya tidak mengalah malah pengarah, Mamat Khalid banyak membantu saya untuk terus bertahan di dalam industri ini walaupun masih ada beberapa filem saya seperti Apokalips dan Lebuh Raya Ke Neraka belum ditayangkan.
“Disebabkan kurang muncul di media juga menyebabkan masih ada yang tidak mengenali saya namun semua itu bukan sengaja dilakukan tetapi saya mahu biarlah lakonan lebih menyerlah berbanding diri dan kisah peribadi,” katanya.
Dibesarkan dalam keluarga beradad, Dazrin tidak pernah menjadikan keluarga sebagai batu loncatan untuk mengecapi semua yang dimiliki sekarang dengan mudah, sebaliknya dia berusaha sendiri bagi membuktikan kepada kedua orang tua biarpun satu-satunya anak lelaki tunggal dalam keluarga Dazrin tidak akan sekali-kali meminta.
“Sejak kecil saya sudah biasa berdikari justeru apabila melakukan sesuatu saya akan berusaha sehingga berjaya tanpa mengharapkan keluarga. Mungkin ada yang menyangka segala yang saya peroleh adalah hasil bantuan mereka namun tidak sama sekali.
“Saya mahu buktikan pada keluarga, walau susah sekali pun saya tidak akan menyusahkan mereka apatah lagi mereka berada di Melaka dan saya hidup sendiri di Kuala Lumpur. Tambahan pula saya sudah menuruti kehendak orang tua yang mahukan saya memiliki ijazah dan semua itu berjaya saya lakukan malah jika berkesempatan, saya berhasrat ingin menyambung pengajian ke pering kat sarjana.
“Saya mahu segala yang saya impikan terlaksana. Jadi apabila ada yang menegur lakonan saya tidak bagus dan lebih teruk lagi ada yang mengatakan saya tidak layak memegang peranan utama kerana tidak kacak, itu semua saya jadikan semangat untuk terus memperbaiki lagi lakonan dari masa ke semasa,” katanya yang pernah kemalangan akibat tertidur ketika memandu.
Cabar diri nyanyi lagu tema Jodoh
Mungkin tiada siapa tahu bakat yang ada pada diri sendiri begitu juga dengan Dazrin. Peluang menyanyikan lagu tema Jodoh berjudul Kota Antara, ciptaan Audi Mok benar-benar mencabar dirinya yang baru pertama kali menyanyi.
Menurutnya, peluang yang diberikan Audi harus digunakan sebaiknya, apatah lagi mendengar kata-kata Audi dia mampu menyanyikan lagu itu sesuai seperti yang diinginkan menjadikan Dazrin lebih teruja.
“Satu pengalaman yang tidak mungkin saya lupakan apabila menyanyikan lagu ciptaan Audi, bagi saya bukan mudah apatah lagi lagu berkenaan sangat mencabar di mana ada bahagian lagu yang saya perlu menarik nafas panjang.
“Memang sukar pada awalnya namun saya tidak menyangka berjaya merakamkan lagu berkenaan dalam tempoh tiga jam saja. Mungkin pengalaman sering menyanyikan lagu-lagu Awie ketika menjadi pengacara majlis memudahkan segala-galanya,” katanya.
Tidak menjadikan nyanyian sebagai kerjaya kedua jejaka berasal dari Klebang, Melaka ini lebih memilih untuk serius dalam lakonan.
“Saya akui menyanyi juga salah satu minat saya, apabila diberi peluang menyanyi apa salahnya saya cuba namun untuk memberi fokus sepenuhnya tidak mungkin kerana dari awal kehadiran saya dalam bidang ini demi memenuhi minat untuk berlakon.
“Andai kata satu hari nanti ditawarkan menjadi penyanyi biarlah sekadar menyanyi single lagu tema yang mana saya turut berlakon sama tetapi untuk menjadi penyanyi sepenuhnya tidak pernah terlintas di fikiran dan mustahil bagi saya.
“Namun jika perlu menyanyi lagi, saya akan mengambil kelas vokal bagi mengasah bakat yang pastinya waktu itu mengambil masa lama dan saya tidak tahu bila,” katanya sambil ketawa.
sumber : harian metro
psss, en azlan memang suka menyanyi rupanya..
|
|
|
|
|
|
|
|
viscose posted on 26-3-2013 12:14 PM
abis kalau nak makan nasi pun kena tegah...
nak pakai baju apa pun kena atur...
harus la jamie b ...
sampai camtu sekali?? ishk3..
motip sgt dok mengongkong org jah keje..
mungkin jamie pom dah lama bengang tp tak mampu bersuara..
so, smlm ada peluang, apa ditunggu lagik, haruslah buat apa yg patut khen..
|
|
|
|
|
|
|
|
rukiaichigo posted on 26-3-2013 12:35 PM
kesian giler biler irda dok tegah jamiey drpd makan nasik tu... tsk tsk tsk
sian kan kalau orang nak makan kena tegah cam tuh...
rasa sayu pun ada...
lagi2 kalau budak
|
|
|
|
|
|
|
|
viscose posted on 26-3-2013 01:15 PM
thanks tepek uols...
ohh dazrin anak kedua drp 3...
lelaki tunggal...
eyh.. iols baca part nyanyi tu jah.. part atas2 tu tak baca sgt.. |
|
|
|
|
|
|
|
viscose posted on 26-3-2013 01:18 PM
hahaha...!!! pening je orang cam irda tuh khennn...
sian en azlan kena kuar dgn diorang berdua sm ...
hehehe.. tak kesah pom uols..
sama je tahu skrg atau tahu kemudian.. sbb kalo dah dpt tgk nanti, iols tetap moyan mcm tak tau apa2..percayalah.. |
|
|
|
|
|
|
|
viscose posted on 26-3-2013 01:08 PM
sian kan kalau orang nak makan kena tegah cam tuh...
rasa sayu pun ada...
lagi2 kalau budak {r ...
tu la pasal. sah2 la jamiey tu mcm baru je habis sekolah, masih budak2 lagi. tu yg kalo nmpk makanan je terus teruja. even olly pun mcm tu, tp kes olly di kecualikan kot. hahahahaha...
|
|
|
|
|
|
|
|
jom layan episod 8... |
|
|
|
|
|
|
|
bye nasik! kesian jamie.. hidupnya diatur.. |
|
|
|
|
|
|
|
motip sgt bersembang2 sambil berus gigi.. |
|
|
|
|
|
|
|
olly ni tak abes2 dgn "ye ke"..wakakakaka |
|
|
|
|
|
|
| |
|