|
[MERGED]MIMPI( aneh atau pelik etc ) latest syashacharlie minta tlg
[Copy link]
|
|
selain mimpi jumpa bf lama(ekceli bukan bf pon, rapat je masa stusy dulu)..lately ..asek mimpi banjir...tau mimpi tu mainan tido, tapi risau jugak...coz dlm mimpi tu, air banjir dah nak melimpah dr sungai... punyelaa suspen.. |
|
|
|
|
|
|
|
mimpi hanya lah mainan tidur.... |
|
|
|
|
|
|
|
bru jer nagis dlm mimpi 2 mlm lepass...... lawak lak rasenya... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 stinger_attack's post
penah gak jd kt aku..
dlm mimpi tu mmg bersungguh2 aku nangis..
bila sedar tgk mata aku basah siap aku teresak2 lg...
tergezutt gak aku sampai mcm tu skali penangan mimpi aku tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya byk kali aku mimpi menangis...tapi yg latest nih aku mimpi nangis sikit tapi sebak giler sampai sakit dada..aku mimpi ex-bf mcam sedih giler n rasa bersalah kat aku...dia tak cakap apapun kat aku dalam mimpi tu..yg lawaknya masa ex aku sedih mcm ada lagu m.nasir..suatu masa |
|
|
|
|
|
|
|
Tafsir Mimpi Berdasarkan Kitab Tajul Muluk
Tafsir mimpi...
Mimpi Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian
Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat
Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat
Bermimpimemasuki masjid haram atau melakukan tawaf di baitulallah alamatnyaanda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang ituberada dalam kesakitan ia akan segera sembuh
Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia
Bermimpimemohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah andaalamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatupekerjaan yang dilakukan
Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda
Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar
Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa
Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
Jikabermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaanyang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain
Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat
Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira
Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala
Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar
Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran
Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan
Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat
Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang
Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian
Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan
Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan
Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat
Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan
Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh
Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar
Bermimpiberkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapatkeredhaan Allah Taala.Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akanmendapat keuntungan yang besar
Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya
Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati
Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup
Jikabermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jikamakan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akantercapai
Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita
Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita
Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa
Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.
Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.
Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.
Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.
Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.
Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.
Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.
Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.
Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat
Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati
Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna
Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu
Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang
Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik
Jikabermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginyadengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah WaliAllah yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat
Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga
Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
Jikadi dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorangitu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan
Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w
Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan
Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal
Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna
[ Last edited by JexSpero at 5-4-2008 03:34 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
aku penah mimpi, aku nak terkencing.. dalam mimpi tu, aku pun pegi kencing... tetiba aku rasa basah...
itu le mimpi tapi benar... |
|
|
|
|
|
|
|
salu oja bermimpi menangis tersedu sedan ni.. bila oja rindu sgt kat seseorg. esp kwn2 yg dah meninggal dunia. rindu sgt..so jumpa dlm mimpi.. |
|
|
|
|
|
|
|
eemmm.... kalu nak tau aku pun salah seorg penafsir mimpi dari kitab ni, arwah tuk nenek aku ade kitab tu, dia yang turun(bagitau) kan kat aku walaupun aku tak pernah tgk kitab tu.tapi kalu baik niat org tu baik la jalan nye, tapi kalu buruk niatnye buruk la jalannye... |
|
|
|
|
|
|
|
Tolong bagitau bagaimana untuk dapatkan kitab ni sebenarnya? rasa nak sangat baca kitab ni tp bukan pasal tafsir mimpi.. i nak baca pasal firasat anggota badan kita tu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 ShinySTAR's post
saya pulak mimpi saya pergi tengok rumah yg cantik dan besar sekali yg dimiliki oleh saudara saya yg tiba tiba jadi sangat kaya |
|
|
|
|
|
|
|
klau mimpi basah maksudnya apa??? |
|
|
|
|
|
|
|
kitab ni diharamkan kat mesia..tapi ye...banyak yg betol...
abang aku ada....amik dari arwah ayah... |
|
|
|
|
|
|
|
Tidak ada satu pun dalam senarai di atas yang merujuk kepada alquran dan hadis...
mengapa kitab ini diharamkan? |
|
|
|
|
|
|
|
kitab ni dlm bahasa jawi...
selalunye kitab ni disalh gunakan untuk ilmu2 hitam...
n penah jugak org ajaran sesat ni menggunakannye sebagai kitab sakti...
mmg byk yg baiki dlm kitab tu tak kurang juga yg merosakkan...
contoh menilik tangan, bentuk muka, tahi lalat n byk lagi..
ade yg berjaya menilik nasib, tapi tu la dlm islam diharamkan dari menilik nasib bimbang merosakkan akidah..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|