|
BORAK KOSONG, CHAT, GOSIP, LUAHAN DAN BERSANTAI DI BOARD PERUBATAN VOL. 19
[Copy link]
|
|
seribulan replied at 16-10-2020 01:07 PM
Jom ngap...ayo mangga lak
Ayo lio meleleh nengok ayo mangga..
Tepeng red zone dengarnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Haah...ni tepek kat @Buritan tadi...
Covid-19: Taiping kini zon merah
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ping-kini-zon-merah
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Oktober 2020 @ 8:40 AM
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
[email protected]
GAMBAR hiasan
Taiping: Mukim Taiping kini diisytihar sebagai zon merah selepas merekodkan 77 kes Covid-19 dalam
tempoh dua minggu.
Jabatan Kesihatan Perak menerusi kenyataan di Facebook rasmi berkata, ia susulan pertambahan 48 daripada keseluruhan 52 kes jangkitan terbaharu di Perak yang direkodkan semalam (15 Oktober) adalah dari mukim berkenaan.
Katanya, 48 jangkitan terbaharu itu membabitkan lelaki berusia antara 35 hingga 65 tahun yang juga tahanan di sebuah pusat tahanan dalam daerah Larut Matang dan Selama (LMS) di Kamunting, di sini.
Menurut maklumat itu, saringan Polymerase Chain Reaction (PCR) COVID-19 kali pertama dilakukan terhadap kesemua kes berkenaan pada 3 Oktober lalu memandangkan mereka adalah kontak rapat kepada satu kes positif Covid-19, dengan keputusan menunjukkan negatif.
"Satu kes positif itu mempunyai sejarah pergerakan ke Penjara Alor Setar pada 27 dan 28 September 2020. Bagaimanapun pada 10 Oktober lalu, terdapat individu bergejala demam dan menerima rawatan di klinik pusat tahanan terbabit.
"Seterusnya pada 13 Oktober 2020, sampel kedua ujian PCR diambil, dengan keputusan ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) kedua pada 14 Oktober 2020 menunjukkan positif. Semua kes ini adalah jangkitan tempatan," katanya.
Beliau berkata, kesemua yang kini disahkan positif terbabit berada di pusat tahanan berkenaan sepanjang tempoh 14 hari yang lalu.
Dalam perkembangan berkaitan, semua 52 kes terbaharu itu sudah diasingkan dan dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
"engesanan kontak sedang dijalankan," katanya.
Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dilaporkan berkata terdapat kluster baharu dikesan di Perak, semalam, iaitu Kluster Bah Pengkalan yang juga kes indeks mempunyai sejarah perjalanan ke kawasan berisiko iaitu Sabah.
|
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 16-10-2020 02:03 PM
Haah...ni tepek kat @Buritan tadi...
X dan nak belek lagi. Ni pun buka last page aje. Hihihi |
|
|
|
|
|
|
|
Ralit baca benang sinun...
Fwd-
keratan akhbar China Press yg cerita psl kes ni
mastermind dua org Cina, yg kat Msia nama Alvin G, boss terbesar Chen D . Base derang 9 club KTV
bodyguard dua dua ni pak polisi Msia.....wallahualam
duit haram derang dapat sebulan lebih RM100juta.;agi terror dari Bossku.
derang cuci dgn melabur dalam filem Msia dan bisnes artis ( ni semua kita dah tau)
panjang lah citer psl kegiatan haram ni....
|
|
|
|
|
|
|
|
Polis buru Goh Leng Yeong
https://www.kosmo.com.my/2020/10/16/polis-buru-goh-leng-yeong/
Oleh NUR HUDA MUSA
16 Oktober 2020
KUALA LUMPUR – Polis sedang memburu seorang lelaki yang melarikan diri selepas dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terlibat dengan kes Macau Scam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, lelaki terbabit, Goh Leong Yeong, 32, dikehendaki bagi membantu siasatan tiga kes di bawah Seksyen 4 (1)(C) Akta Judi Terbuka 1953 kerana terlibat penganjuran judi online di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Menurutnya, alamat terakhir suspek adalah di Blok 25b2-5-8, Miharja Condo, Batu 2 1/2, Off Jalan Cheras, di sini.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung individu tersebut boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, Deputi Superintenden Ahmad Zamri Jai di talian 012-8993622.
“Selain itu, boleh juga hubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhamad Faizal Asuar di talian 017-3126411,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan suspek bergelar ‘Datuk Seri’ yang disiasat berkaitan kes Macau Scam itu dipercayai dibantu dua pengawal peribadinya ketika melarikan diri dari Ibu Pejabat SPRM pada Ahad lalu. – K! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Terbaca ni bod sinun...
Teguran prof yasmin (Usim) untuk iktibar orang yang ingin berubah kpada yang lebih baik.. terutamanya yg berniqab... betulkan niat, betulkan cara...
=====================================================================================
Salam subuh
Orang berniqab, hati dan jiwa perlu kental.
Pakai kerana Allah.
Bukan sebab suami, bukan sebab autoriti. Tapi apa hukum jika suami suruh berniqab, itu kita cerita lain lah.
Ingat senang nak ikhlaskan diri?
Sebab masyarakat sangka yang berniqab itu semua jelita bak bulan purnama.
Kita pun akan rasa macam tu la juga sedikit sebanyak. Purdah ini pakaian ummahatul mukminin. Apabila kita tiru pakaian mereka, maka tirulah juga akhlak dan ibadah mereka.
Saya ingin kongsi cerita di Mesir berdasar pengalaman sendiri bergaul dengan wanita Mesir di negara mereka dan di UK.
Wanita Mesir tudung purdahnya takde berfesyen macam kita.
Mesir ni negara sekular tak macam Saudi Yaman dan lainnya. Wanita diberi kebebasan sama macam Malaysia, Turki dan Jordan. Siapa nak pakai tudung pakailah, dan nak pakai niqab pakailah.
Maka muslimah Mesir spt rakan-rakan kami yang berniqab memang pakai di atas kerelaan sendiri bukan paksaan autoriti. Jadi takde isu dalam kapal terbang tanggalkan hijab dan niqab yang tinggal kepala togel. Yang ke negara Barat tak pakai tudung memang sedari Mesir free hair lah juga. Saya berkawan rapat dengan seorang muslimah Mesir yang memang free hair pun di UK. Mereka memang jenis tak pakai tudung pun, bukan cabut hanya di negara Barat sahaja. Cuma kadang-kadang menyampah la juga bila dia suka kutuk muslimah bertudung. Arab, bila dah sekular tu sekular la juga. Tapi biasa je gaduh dengan depa takde apa. Jenis mereka ni akan rasa hijab dan niqab oppression ke atas wanita. Ala-ala Leila Ahmad dan Fetima Mernissa la tu kononnya.
Berbalik pada muslimah Mesir berniqab dan bertudung. Ya ramai juga muslimah Mesir bertudung baju ketat. Tapi jika berniqab lain sekali keadaannya. Mereka tidak bercampur gaul dengan lelaki sesuka hati dengan ipar lelaki berniqab juga. Baju mereka pun bukan semua abaya hitam ada saja pakai blouse labuh dan skirt labuh tapi takde lah berwarna warni berambu ramba, apatah lagi niqab fesyen senget sana sini ala-ala rambut yang didandan rapi.
Di sana juga tiada kumpulan eksklusif niqab. Takde satu kumpulan wanita berniqab sahaja, aku tak campur orang lain dan tak nampak kumpulan remaja pakai niqab sebab suka-suka. Di kuliah, yang berniqab tak berniqab geng macam biasa saja.
Masyarakat di sana mmg hormat wanita berniqab sama ada jika berurusan di Bank, kaunter kerajaan jika perlu buka niqab untuk pengecaman memang akan dibuat oleh staf wanita di bilik tertutup. Cuma kita faham lah negara Arab sekular ni bagaimana. Alhamdulillah tiada diskriminasi kerana niqab diterima. Itu pun selepas berpuluh tahun imej niqab dan janggut dilabel dan didiskriminasi era kemodenan Mesir seperti zaman Attartuk di Turk.
Hormat masyarakat pada muslimah berniqab sebab apa? Pemakainya menjaga maruah dan tidak terkinja-kinja. Jenis yang memang menari gelek tu memang tak pakai niqab dah tudung pun takde. Di Malaysia agar sukar kita nak kata, nak cakap lelebih takut orang marah pula. Berhijab terkijab di kelab ambil barang tu biasa...
Cuma satu sahaja betulkan niat. Kalau masih ada rasa nak bergambar berselfie, lupa kan lah sahaja. Biarlah orang nak kata apa.
Kalau masih ada rasa kita cantik tu, istighfar la banyak-banyak. Bergaul dengan ajnabi pun tak jaga, tu masalah juga. Baaanyak sekali skandal orang berniqab di Malaysia ni kan. Kerana apa? Kurang kefahaman. Pakai niqab sbb tgk Arab pakai niqab, tengok rasa comel pakai niqab. Pakai sebab trend menyebabkan muslimah yang memakai secara ikhlas juga terpalit sama. Niqab ini melindungi dan kita rasa selamat dan selesa. Itu fitrah perempuan yang tidak suka menonjolkan diri. Orang berniqab ni, hidupnya jauh dari lensa, tu je saya nak kata.
|
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 16-10-2020 02:58 PM
Terbaca ni bod sinun...
Teguran prof yasmin (Usim) untuk iktibar orang yang ingin berubah kpada ...
iols rasa perempuan arab je yg sesuai berniqab sbb hidung diaorg mancung..
jd kain tu jatuh cantik, boleh gitu...
plus, mata diaorg jenis ke dalam n tajam
kalau iols pki, mmg tak sesuai lgsg, dgn tak cukup napas lg..
hujung hidung pulak dekat sgt dgn mulut, bleghh |
|
|
|
|
|
|
|
kawasan derang berdebu...cam India gak...tu yg Indian pakai salwar kameez @ sari...boleh tutup muka dari debu2...
|
|
|
|
|
|
|
|
Wah wah...
Bod sinun..
“Neelofa Akui PU Riz Banyak Bantu Penghijrahannya Berniqab”
——————
Published 7 hours ago on 16 October 2020 By Azra Azuar
“Terima kasih kepada ustaz dan ustazah, Hariz pun banyak bantu sangat-sangat in terms of pencerahan ilmu agama ni,”
Itulah kata-kata Neelofa menerusi satu video Instagram Live yang dikendalikan oleh rakan baiknya iaitu Rosix Omar pada 15 Oktober.
Neelofa menzahirkan penghargaan berkenaan terhadap orang di sekelilingnya yang telah banyak membantunya untuk mendalami ilmu agama.
Pada masa yang sama, video tersebut juga memperdengarkan suara Neelofa dan PU Riz ketika menjawab beberapa soalan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Muhyiddin minta Umno perinci syarat baru dengan PN
https://www.malaysiakini.com/news/546815
Diterbitkan Hari ini 3:35 pm
Dikemaskini Hari ini 3:41 pm
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meminta Umno memperincikan syarat baru mengenai kerjasama politik dengan Perikatan Nasional (PN) dalam usaha menyelamatkan gabungan itu.
Langkah itu diambil ketika Umno mendakwa diketepikan dan mempertimbangkan untuk menarik diri daripada menyokong kerajaan PN, sekali gus boleh menyebabkan kejatuhannya.
Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan berkata, permintaan itu dinyatakan dalam surat Muhyiddin kepada Umno yang dihantar melalui Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin.
"Permintaan tersebut adalah susulan sesi sidang video antara Perdana Menteri dan saya selaku Setiausaha Agung Umno serta Bendahari Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada petang Rabu lalu.
"Pada sesi berkenaan, sebahagian yang dibincangkan merupakan perkara berkaitan syarat baharu kepada kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi meneruskan kerjasama politik secara perjanjian bertulis berdasarkan keputusan Mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi Umno pada Selasa lalu," katanya dipetik Sinar Harian.
Ahmad yang ditemui pada Majlis Bantuan kepada Mahasiswa bagi Parlimen Pontian di Benut hari ini, juga ditanya apakah syarat baru itu merupakan satu 'ugutan politik'.
"Saya hanya mengemukakan fakta bahawa Barisan Nasional (BN) ada nombor yang menunjukkan jumlah Ahli Parlimen terbanyak iaitu 59 kerusi.
"Syarat baharu dibuat selepas Umno meneliti perkembangan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah di mana perlu ada perjanjian bertulis," kata beliau.
Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata Umno tidak berhasrat untuk memfailkan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin, lapor Harian Metro.
Katanya, desakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah agar undi tidak percaya dibuat terhadap Muhyiddin merupakan tindakan peribadi dan Umno tidak terbabit.
Dia juga menafikan Umno berpecah antara kumpulan yang menyokong Muhyiddin dan kumpulan yang ingin membentuk kerajaan baru dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.
"Tidak timbul isu atau dakwaan bahawa Umno telah berpecah seperti digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bod sinun...
utusan.com.my
Pandemik beri impak kepada wanita - Utusan Digital
Nor Afzan Mohamad Yusof
3-4 minutes
Keluarga menyebabkan wanita rasa terbeban apabila perlu bekerja dari rumah semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).
Temubual ke atas wanita berkerjaya mendedahkan, bebanan itu dirasai lantaran perlu mengurus rumahtangga seperti biasa, seolah-olah bercuti sedangkan pada hakikatnya mereka bekerja.
Pengarah Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr. Fariza Md. Sham berkata, bekerja dari rumah memerlukan sepenuh tumpuan pada tempoh bekerja, bukannya melakukan urusan rumah lain hingga boleh mengganggu tumpuan terhadap amanah majikan.
“Rutin harian sebagai seorang staf di pejabat, ibu dan isteri bertukar daripada kebiasaan. Situasi ini sangat mencabar kerana wanita bukan sahaja perlu penyesuaian tugas, tetapi memberikan persediaan daripada segi psikologi dan mental,” katanya ketika ditemui baru-baru ini mengulas mengenai impak kerja dari rumah kesan pandemik Covid-19.
Kajian impak Covid ke atas wanita tidak pernah dijalankan, sebaliknya sebelum ini penyelidikan diterbitkan banyak memberi tumpuan kepada perubatan dan epidemiologi wabak.
Malah peringkat awal penyelidikan mengenai kesan psikologi Covid-19 hanya terhad kepada kajian di negara China.
Fariza yang memiliki kepakaran dalam Dakwah Remaja dan Psikologi Islam berkata, ketiadaan ruang kerja di rumah turut memberi tekanan pada wanita.
“Kadangkala dalam rumah pun tiada ruang untuk buat kerja. Norma baharu ini jelas memerlukan kekuatan mental, emosi dan spiritual dalam menghadapinya. Bukan sahaja dalam kalangan pekerja tetapi majikan dalam menilai prestasi kerja ‘anak buahnya’,” kata beliau.
Dalam konteks negara, apabila PKP diperkenalkan Mac 2020, anggota masyarakat termasuk wanita mengalami panik, bimbang, cemas dan stres berikutan situasi pergerakan dan aktiviti hidup seharian disekat.
“Dalam konteks Malaysia, sejak kes Covid-19 pertama dikesan pada 25 Januari sehingga kini, kajian dari aspek psikologi khusus untuk golongan wanita belum dilakukan secara meluas.
“Saya kira ia perlu untuk kita menilai bagaimana untuk membantu wanita sekiranya pandemik ini berterusan. Lebih-lebih lagi perintah kawalan kali ini adalah gelombang ketiga dilakukan dalam mengurangkan penyebaran Covid-19,” katanya.
Covid-19 dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan, memberi ruang untuk wanita berfikir ke arah bekerja dari rumah dan melakukan penyesuaian diri ke arah situasi tersebut.
“Kerajaan khususnya Kementerian Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu memenuhi ‘lompang’ berkaitan kerja dari rumah dalam kalangan seluruh masyarakat.
“Saya melihat ia suatu keperluan mendesak, apatah lagi norma baharu ini saya kira akan berterusan untuk tempoh beberapa tahun akan datang,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kak-Leen replied at 16-10-2020 12:40 PM
Akak nak Aamiinkan je kata2 mrsj ni tau!
Beli ayo nyo ni |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 15-10-2020 12:13 PM
Weiii sedapnyaaaa...
Baru sempat borong barang basah- ayam, daging kambing, tulang lembu, assorted steamboat, meatballs, burger daging Ramly, telur ayam dan asin, ekrem sebekas dan ayo nyo... |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 16-10-2020 05:27 PM
Baru sempat borong barang basah- ayam, daging kambing, tulang lembu, assorted steamboat, meatballs ...
Amboiii byknyaaa... mkn sebulan ke tu |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 16-10-2020 04:29 PM
Amboiii byknyaaa... mkn sebulan ke tu
Takde byk, kuantiti sikit2 je...jenis byk... |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 16-10-2020 05:31 PM
Takde byk, kuantiti sikit2 je...jenis byk...
Hahaha.. time mkn ingatku dlm doa mkn hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 16-10-2020 04:33 PM
Hahaha.. time mkn ingatku dlm doa mkn hahaha
Tadi cam ada statistik 16/10...pehtu hilang lak... |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 16-10-2020 04:33 PM
Hahaha.. time mkn ingatku dlm doa mkn hahaha
Cdg masak rendang ayam, kari daging kambing, sup tulang lembu, sup assorted steamboat, baksovmeatballs, burger daging Ramly goreng...ok tak? Menu sepjg minggu |
|
|
|
|
|
|
|
Leonclay replied at 16-10-2020 09:36 AM
Beli ape kt shopee?
Saje je nk sibuk
Tie on mask,water plant jelly & mask filter aje, Leon. Nak beli lelain, nanti la dulu. Man man.. hihihihi |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 16-10-2020 09:41 AM
Takutnya
malaymail.com
Uish! Sampai 132 org sudahnya.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|