Post Last Edit by bunick at 10-8-2010 13:56
Sampai sahaja di rumah, Bunick terus masuk ke dalam bilik dan merebahkan badannya di atas katil. Penat yang menyelubungi membuatkan dia tidak sabar-sabar untuk tidur. Nasib baik jugak minah dua orang tu tak kepoh-kepoh pasal Alex. Kalau tak, memang tak aman dunianya nak jawab soalan-soalan maut dari mereka berdua.
Badan yang penat, kaki yang lenguh dan sakit-sakit membuatkan tidur Bunick, Chengkeh dan Miko begitu nyenyak. Selepas menunaikan solat Isyak, masing-masing kembali menyambung tidur tanpa memikirkan makan minum. Perut yang lapar seolah sudah dapat ditewaskan oleh rasa mengantuk dan penat mendaki siang tadi.
Kia buka pintu rumah yang senyap sunyi. Kereta ketiga-tiga housematenya ada kat depan, tapi langsung tak dengar suara mereka dari dalam rumah. Kia tengok jam kat tangan dia, dah pukul tiga petang. Mana pulak budak-budak ni pergi. Takkan tidur kot. Jarang pulak budak-budak ni nak tidur time macam gini. Selalunya, mereka semua akan berkhemah kat ruang tamu depan TV sambil jadi pengkritik rancangan yang disiarkan.
Kia letakkan tupperware berisi asam pedas daging tetel yang dibekalkan oleh ibunya tadi. Rezeki budak-budak ni makan asam pedas malam ni. Dia masuk dalam biliknya di tingkat bawah dan letakkan handbag serta buka tudung.
Kemudian dia naik tingkat atas dan buka pintu bilik depan tangga. Dia tengok Chengkeh terbongkang tidur atas katil dan dia tutup balik pintu bilik Chengkeh. Dia buka pula pintu bilik sebelah, Miko juga sedang tidur dengan nyenyaknya. Selimut sudah bergumpal kat atas lantai, Miko sendiri hanya beberapa inci dari birai katil. Kalau Miko kalih sedikit badannya, dia juga akan jadi macam selimut yang bergumpal kat atas lantai tu. Akhir sekali, Kia buka pintu bilik Bunick dan tengok Bunick tidur mengiring rapat ke dinding. Sikit lagi Bunick gerak, dia boleh tembus ke dinding sebelah masuk bilik Miko.
Penat sangat agaknya budak-budak ni mendaki. Masing-masing tidur tak sedar diri dah. Kia membebel sendirian sambil menuruni tangga. Dia masuk ke dapur dan mengeluarkan ayam yang sudah beku dari dalam peti ais. Goreng ayam dengan masak sayur je la, buat kawan dengan asam pedas daging tetel. Budak-budak tu mesti lapar bila bangun dari tidur nanti.
Jam sudah menunjukkan ke angka enam bila Kia siap memasak. Namun, budak bertiga tu masih belum bangun lagi. Biar benar budak-budak ni, takkan nak tidur sampai esok kot. Dia bergegas naik ke tingkat atas dan mula mengejutkan anak dara bertiga itu dari tidur. Kalau tak kejut, alamatnya memang tak bangun lah!
Terpisat-pisat Bunick, Chengkeh dan Miko bangun bila Kak Long Kia kejutkan mereka. Masing-masing terkejut bila Kia cakap dah pukul enam petang, maknanya dah hampir 24 jam mereka tidur tanpa makan dan minum. Amazing!
“Korang ni tidur sejak bila lagi?” Kia tanya budak bertiga tu bila mereka semua menghadap makan malam di waktu senja.
“Balik malam tadi terus tidur la…” Miko jawab mewakili Chengkeh dan Bunick.
“Dari malam tadi? Korang ni pergi trekking ke pergi perang ni?”
“Sebenarnya bukan trekking, tapi hiking la Kia. Miko pun dapat informasi salah. Nasib baik kami tak pengsan je…” Bunick gaul nasi dengan kuah asam pedas.
“Bunick tak sempat pengsan sebab hot apple green tolong buang pacat kat kasut dia.” Chengkeh dah pecah rahsia kat Kia.
“Hot apple green? Apa benda tu?” Kia berhenti menyuap nasi dan menagih penjelasan lanjut dari Bunick.
Muka Bunick dah merah, Chengkeh ni memang nak kena. Orang nak makan pun tak senang. Rungut Bunick dalam hati. Dia buat tak tau je dengan soalan Kia, sebaliknya tangannya terus ligat mengambil ayam goreng di hadapan Kia. Cepat-cepat Kia tarik pinggan ayam goreng sebelum sempat tangan Bunick singgah di situ.
“No explanation,no ayam goreng.” Kia cakap kat Bunick sambil senyum jahat.
“Ala, mamat tu tolong buang pacat kat kasut aku je. Bukan ada apa pun... Diorang berdua ni je yang lebih-lebih.”
“Habis tu air mineral, sandwich tuna dengan epal hijau tu apa pulak?” Miko dah mula menjalankan tugas dia sebagai detektif CSI.
“Chop! Chop! Aku tak faham la korang…” Kia dah angkat tangan kirinya.
“Bunick akan cerita untuk bagi kita faham. Kami berdua pun belum sempat CSI dia lagi Kia even kami ada kat tempat kejadian. Bunick dengan Alex berada dalam keadaan yang meragukan…” Miko sambung lagi.
“Meragukan apanya….bukannya aku berkhalwat dengan dia kat tempat sunyi.” Bangkang Bunick dengan pantas.
“Eh, Alex tu jenis susah nak cakap dengan orang tau. Aku yang satu pejabat dengan dia pun baru cakap 100 patah perkataan je dengan dia.” Miko dah bertukar jadi ikan lompat dah.
“Okey, okey!” Bunick tolak pinggan nasi ke depan sikit. Dah tiga lawan satu, haruslah dia kena mengalah. “Alex tu tanya aku okey ke tak. Lepas tu aku tersedak sebab dengar dia cakap Melayu. Lepas tu dia bagi air kat aku. Kemudian, aku tanya dia nak makan sandwich ke tak. Then dia bagi epal hijau tu kat aku. Itu je....Sekian terima kasih.” Panjang lebar Bunick bercerita.
Melopong ketiga-tiga anak dara itu mendengar Bunick bercerita. Macam cerita dongeng pulak rasanya.
“Takkan itu je kot. Aku rasa lama jugak aku dengan Miko dok teropong kau bermesra dengan mamat orang putih tu.” Chengkeh masih tak puas hati.
“Mana ada, tak baik kau buat fitnah tau Chengkeh. Kau tu cakap aku, tapi kau bukan main ternganga lagi bila dapat jumpa Hadif.” Bunick cepat-cepat tukar cerita pasal pertemuan yang tak disengajakan antara dia dan Chengkeh dengan Hadif Iman minggu lepas.
“Wah, banyak betul berita sensasi hiburan terkini yang aku tak tahu ni. Bila masa korang jumpa mamat JPJ tu?” Kia mula teruja bila dengar Bunick sebut nama Hadif Iman. Langsung lupa tragedy buah epal Bunick dan Alex. Menjadi jugak strategi Bunick. Bijak! Bijak!
“Apa ni Bunick. Orang tengah cakap pasal kau dengan Alex. Kenapa cakap pasal aku pulak?” Chengkeh dah jengil mata dia kat Bunick.
“Cerita aku dah habis, sekarang ni turn kau la pulak. Takkan kau tak nak update pasal Hadif Iman tu kat Miko dengan Kia. Betul tak korang?” Bunick makin seronok usik Chengkeh. Tadi bukan main lagi nak kenakan aku ye…sekarang ni rasakan kau. Bunick dah gelak besar dalam hati. Selamat jugak dia dari terus diasak oleh manusia bertiga tu. Sekarang perhatian mereka semua tertumpu pada Chengkeh pula.
“Bunick, kau jumpa dengan pakwe Chengkeh ke?” Miko tendang kaki Bunick kat bawah meja. Nasib baik Bunick tak melompat terkejut bila kakinya ditendang oleh kaki Miko.
“Ha ah, handsomewa cakap lu….” Bunick capai gelas air sirap dan teguk perlahan. Sengaja membiarkan Kia dan Miko tertunggu-tunggu sambungan ceritanya.
|