Neelofa Menang Besar Di Malam InTrend Gala 2017!Selamat ulang tahun ke-12, Majalah InTrend. By Azwa Rahman
Sedar atau tidak, InTrend sebenarnya sudah menghiasi ruang majalah di Malaysia hampir 12 tahun.Dalam tempoh 12 tahun itu juga anda semua disajikan informasi berkaitan fesyen, kecantikan dan gaya hidup! Bagi meraikan kegemilangan Intrend ini, malam tadi menyaksikan langit disimbahi cahaya neon pada malam InTrend Gala 2017 yang diadakan di Aloft, Kuala Lumpur. Memetik tema gemerlapan kilauan elemen neon dan zodiak, Intrend Gala 2017 dihangatkan dengan kehadiran selebriti tanahair berbintang Capricorn, Aquarius, Pisces, Aries, Taurus, Gemini, Cancer, Leo, Virgo, Libra, Scorpio dan Sagittarius. Acara bermula dengan persembahan DeFam dengan menyanyikan dua buah lagu, pentas kemudian dihangatkan dengan pertunjukan fesyen 12 pereka lokal pilihan InTrend iaitu Datuk Jovian Mandagie, Rizman Ruzaini, Nurita Harith, Syaiful Baharim, Rico Rinaldi, MimpiKita, Brian Khoo, Syomirizwa Gupta, Innai Red, Azura Mazaruddin, Zerry Zamry dan Afiq M.
Dihoskan oleh Nana Mahazan dan Marsha Milan Londoh, malam gala kemudian dirancakkan dengan pengumuman anugerah daripada 12 kategori dipertandingkan.
Ini senarai pemenang anugerah yang dipertandingkan:
Anugerah Wajah Sampul: Fattah Amin Anugerah Supermom Malaysia: Zarina Zainuddin Anugerah Jurusolek Popular: Khir Khalid Anugerah Pakar Dandanan Popular: Ckay Liow Aungerah Selebriti Paling Menawan: Neelofa Anugerah Suri Teladan Inspirasi: Neelofa Anugerah Lelaki Dambaan: Syafiq Kyle Anugerah Social Media Influencer: Vivy Yusof Anugerah Bintang Paling 'Viral': Dato' Seri Vida Anugerah Pereka Selebriti Popular: Rizman Ruzaini Anugerah Model Terhangat: Shikin Gomez Anugerah Selebriti Fesyen Ikonik: Scha Alyahya Anugerah Khas, Anugerah Adi Teladan: Neelofa
Neelofa menang besar dengan membolot tiga anugerah pada Malam Gala Intrend 2017. Anugerah Selebriti Paling Menawan, Anugerah Suri Teladan Inspirasi dan satu anugerah khas iaitu Anugerah Adi Teladan. Tidak ketinggalan persembahan mantap Dayang Nurfaizah, Marsha, De Fam, DJ Nazkimo dan Hael Husaini.
http://www.rojakdaily.com/lifestyle/article/3908/neelofa-menang-besar-di-malam-intrend-gala-2017
|