PEMALAS.
ss adalah PENYANYI.
Solo.
Dulu inteam,sekarang Out Team😄
Masih dapat undangan persembahan dari seluruh negara.
Netizen : "Awak artis ke? Tak kenal pun!"
ss pun tak kenal awak.
Tapi kalau awak nak kenal ss,
Sila taip Mohd Suhaimi Saad di ruang carian google.pastu baca dia tulis apa.
Jangan lupa ,lepas tu..taip nama awak pulak😁
ss masih menyanyi.
Kelmarin di Tumpat.
Lusa di Restoran Syam Kota Bharu.
Hujung bulan ni ada booking di UMK.
Bulan 4 ni pun ada booking untuk Konsert 4nomena di Kuala Lumpur
Baru saja release single terbaru DOA BUAT IBU dua bulan lepas.
Boleh dengar dan kecam di Youtube.
Kalau minat,beli di itune,spotify,deezer atau joox.
ss juga buat CATERING.
Buat COD laksa,mee kari dan nasi.
ss sendiri yang masak.bukan Ina.
Ina cuma bantu jualan.
ss juga agen OLIVE HOUSE Kelantan.
ss jual minyak zaitun,madu,cuka teen,habbatus sauda,dan lain lain.
ss keluarkan sikit modal untuk Ina keluarkan produk sendiri.
JUAL Perfume dan SABUN MUKA dari minyak kelapa dara.
ss juga BUAT LAGU DAN LIRIK.
Lagu tema Darul Quran adalah antara lagu ciptaan ss.
ss juga sering diundang untuk jadi JURULATIH NASYID di sekolah sekolah dan jabatan kerajaan.hampir setiap tahun.
Antaranya Felda Kuantan,Jabatan HEUU Putrajaya,terbaru Sekolah Kebangsaan Tengku Indera Petra Kota Bharu.
ss juga sering diundang sebagai HAKIM dan JURI pertandingan nasyid peringkat rendah,menengah,universiti dan kebangsaan.
Terbaru,pertandingan nasyid KEMAS peringkat kebangsaan 2018.
Walaupun tak hantar anak ke sekolah,
ss juga sering mendapat undangan program MOTIVASI di sekolah sekolah,rendah dan menengah.
Terbaru,di SMU A Bustanus Saadah Tumpat.
Selain tu,
Walaupun bukan ustaz,
Ada juga surau dan masjid yang jemput ss untuk BAGI TAZKIRAH di tempat mereka.
Terbaru,bulan lepas, di masjid dan surau sekitar Palekbang.
ss dan Ina juga suka jadi SUKARELAWAN untuk turun ikut kumpul dana bagi membantu NGO,pusat tahfiz dan badan kebajikan.
Terbaru,bulan lepas di Kuantan dan Bangi.
Juga dalam konsert amal Palestin di KTC Kota Bharu,minggu lepas.
Walaupun digelar ustaz jadian,
Sebab ss pernah belajar di Maahad tahfiz Al quran Kuantan dan UIA,ss boeh la mengaji.
Tahu la jugak apa itu makhraj,qolqolah,mad dan imalah.
ss buka kelas Al Quran dan ajar anak anak jiran mengaji.
Sebulan RM40.12 kali baca.harga zuhud tu!😂
Ada beberapa kerja lagi yang ss rasa tak perlulah ss ceritakan pada umum.
Orang yang membenci akan tetap membenci.
Sehinggalah Allah mengambil nyawa mereka.
Cepat cepatlah bertaubat.
Kalaulah ss ni pemalas dan kerja mengadap fb dan ig saja 24 jam,
Dah lama Ina Naim tu lari tau tak.
Dah kawin 11 tahun kot.
Tapi Ina Naim tak sama macam perempuan haters.alhamdu lillah..
Dia isteri yang tabah.
baik, taat dan setia walaupun digelar makcik kantin😅Dia faham ss.
Mak cik kantin tu,lebih mulia dari makcik bawang tau.😂
Sekarang ni,
Korang nilailah sendiri.
Sapa yang lebih rajin.
Sapa sebenarnya yang pemalas.
Kalau dah buat lebih dari 7 kerja pun masih dikira pemalas,oklah.ss terima.ss pemalas.
Malas lah ss nak layan korang ni.
Baik ss fokus ajar anak mengaji.bye😆