CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: eise

[MERGED]Medical Card/Insurance Kesihatan...... What U should know...

  [Copy link]
Post time 8-4-2014 09:20 AM | Show all posts
surat cinta dari Takaful : Tips Dapat Surat Tak Bayar Takaful

Kalau ada antara kau orang (klien aku atau klien orang lain), yang dapat surat dari HQ Takaful sound kata payment ada outstanding 2 bulan, makanya possibility ada 2 saja:

a) kau memang betul punya tak bayar.
b) kau bayar cara manual. Samada bagi duit kat agen di hujung bulan suruh agen bayar, atau bayar sendiri kat kaunter, atau bayar m2u, atau bayar cimb click.

Untuk kes A, aku ucapkan Assalamuailakum lah. Semoga selamat sejahtera.

Untuk kes B, mekanisma surat HQ ni dia akan capture overspill. Maksudnya, kalau sistem tak capture payment ko in that particular month, automatic dia akan keluarkan surat dan bgtau ko tak bayar 2 bulan sebab due date semua payment Takaful ni jatuhnya pada 1st day of the month.

Cth: March 2014 ko tak bayar. Masuk 1 April, dah kira 2 bulan due. So along the week atau week after dia akan keluarkan surat autogenerated bgtau outstanding ni.

Yang selalu buat klien melompat adalah bila dia bagi duit kat agen suruh agen bayar, tiba tiba dapat surat tak bayar 2 bulan, pehhhh memang panasss laa!

Tapi bertenang, jangan panas dulu. Sebabnya, kalau ko bagi duit kat agen pada bulan April untuk pembayaran bulan March, maka surat tu akan jadi isu teknikel yang explainable. Maksudnya, ko bayar tapi lambat, disebabkan lambat, HQ keluarkan surat (sebab overspill month).
Hal yang macam ni tak menjejaskan polisi, sebab overspill cuma sebulan, kalau overspill dua atau tiga bulan, memang Assalamualaikum lah.

Walaupun begitu, boleh jadi juga agen yang tak jujur kelepet duit korang. Kalau bab kelepet ni kau orang buatlah spot cek, caranya call customer service 03 20537188, semak rekod payment. Kalau rekod payment takde, walhal setiap bulan ko bagi duit kat agen, it means something wrong.
Hahh masa ni kau kena cemas! Sebab boleh jadi polisi dah lapsed.

Jadinya, pada yang dapat surat macam aku cakap kat atas, mohon rilek dan bertenang, verify dengan agen masing masing dan buat spot cek kalau instinct rasa tak sedap.

Selamat beramal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2014 12:37 PM | Show all posts
Baru perasan ... ada client dah lebih 12 bulan tak bayar tapi still boleh guna medikal kad di Hospital Swasta ... makna nyer lebih setahun tak bayar contribution pun PruBSN still akan jaga kita ... mmmm...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 10:09 AM | Show all posts
"orphan certificate" aka sijil yg tidak bertuan
seorang kawan dan juga pengguna Takaful mohon pertolongan saya untuk buat claim. Agent yg sedia ader "missing in action". Setelah diperiksa.. ruper2nyer sijil nyer diklasifikasi sebagai "orphan certificate" yaitu sijil yg tidak bertuan. Walaupun agent korang sudah tiada, hak agent akan dikembalikan pada manager (tuan agent).

Cam ner nak tahu korang punyer sijil dah dapat pangkat "orphan certificate" nih? Adakah anda rasa:
1. Agent anda dah lamer menyepi. Kerna mungkin agent tue apply konsep sepi itu indah...

2. SMS tak reply. Call tak menjawab. Atau return call ambik maser 2@3 minggu. Whats App aper ntah lagi nak menjawab padahal FREE jerrr

3. Biler call customer service tetiba korang dapat tahu agent korang dah tukar Jantina atau bertukar nama (org lain ambik alih ler tue..)

Jika korang raser ketiga2 itu menepati apa yg korang alami maka..DUGAAN KU BENAR BELAKA...

So, sesaper yg ader masalah cam gini cer cepat call customer service dan check saper agent korang yg baru. Normally manager akan ambik alih tugas agent yg "missing in action".

pesanan ringkas dan khidmat masyarakat dari mbk (takaful agent)
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 04:32 PM | Show all posts
sila pastikan bayaran anda OK. Elakkan polisi anda dari Lapsed. Once dah Lapsed, tak boleh claim.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 10:16 PM | Show all posts
Dah confirm ... Premium untuk medikal kad dah naik .... BNM dah tak boleh nak buat apa...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 01:48 PM | Show all posts
ya betul.. ader masuk dalam paper

Last edited by mbk on 23-4-2014 01:49 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-5-2014 10:45 AM | Show all posts
ok bermula tahun ni ... banyak syarikat Takaful/Insuran menaikkan kos premium yg melibatkan Perubatan ... So sesapa yg ambik pakej stand alone ... anda akan merasa kenaikan yg amat ketara ... dan sesiapa yg ambik Plan Investment Link ...anda mungkin tak merasa ketara kenaikan itu
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 02:21 PM | Show all posts
ibm632 posted on 21-4-2014 10:16 PM
Dah confirm ... Premium untuk medikal kad dah naik .... BNM dah tak boleh nak buat apa...

surat dah mai..premium naik Aug..agent senyap jer?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2014 12:02 PM | Show all posts
zuhayr73 posted on 7-5-2014 02:21 PM
surat dah mai..premium naik Aug..agent senyap jer?

Senarai client yg terlibat baru di terima Agent ... Saya dah inform semua ejen2 masa utk menjengok client masing2...


Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2014 11:08 AM | Show all posts
adooiii

Umur 27

Tinggi 162 cm dan berat 56 kg pun boleh kena strok ... bahaya ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2014 04:18 PM | Show all posts
Full story utk summary daripada encik IBM di atas :

Sabtu hari tu visit kawan kat hospital sungai buloh. Kawan perempuan yg kene half stroke berumur 27 tahun. Pagi tu mase nak pegi keje tengah sarung seluar tetibe collaps, sempat sarung seluar sebelah kaki je. Tangan dgn kaki kanan tetibe x boleh bergerak. Anak sulung kpd 5 adik beradik, yg kecik masih bersekolah. Mak dgn ayah dah lame meninggal. Selama ni die yg take over tanggungjawab, dialah mak dialah ayah. Bile berlaku mcm ni, sy terfikir kalau sy ditempat die.. Macam mane nak buat, ape nak buat.. Dan sy sedih sbb die xde something yg boleh bantu bile berlaku mcm ni, ye, xde insuran. Sy just mampu bagi hadiah dari segi kewangan sikit, 100 below masih boleh. Tapi 20,000 / 30,000 / 50,000 even 100,000 and above, hanya insuran sahaja yg boleh.. Sekarang baru betul2 tawakal.. Same2 doakan supaya dia cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 01:36 PM | Show all posts
nak menyelit tanya otai2 jap
anak shaff umur 7 bulan
busy sangat kekdahnye
xsempat register utk insuran
anak yg sulung dah ada insuran
pastu nak jadik citer
baru2 ni yg 7 bulan tu kena admit
kat kedah medical center
xde insurans
tapi guna insurans company la
fully covered
xdela serius beno
bronchiolitis je
sehari je admit
masalahnya
sekarang nak amik insuran
call agency manager yg biasa amik la dgn dia
dia ckp kalo dah warded & baru nak amik insuran
insuran ni xkan cover penyakit tu
aduiiii
prudential takaful
so apa pendapat?
mmg semua insuran @ takaful mcm ni ke?
nangessssss
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 04:29 PM | Show all posts
shaff posted on 13-6-2014 01:36 PM
nak menyelit tanya otai2 jap
anak shaff umur 7 bulan
busy sangat kekdahnye

Memang mana mana syarikat Takaful (Medikal kad) tak akan cover penyakit sedia ada...

cadangan saya ... ambik aje dulu medikal untuk baby tu ... sebab yg kita risau bukan bronchitis saja ... banyak lagi kuman yg boleh serang dia ... kalau dah lima tahun jadi client then tak kena bronchitis tu ... boleh tulis surat pada PruBSN utk buang exlusion tu.

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
ibm632 posted on 13-6-2014 04:29 PM
Memang mana mana syarikat Takaful (Medikal kad) tak akan cover penyakit sedia ada...

cadangan s ...

Betul tu.. Better ambik utk anak cepat..
InsyaAllah masih entitle utk dapat medical card walaupun bronchitis exclusion..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2014 03:46 PM | Show all posts
Edisi soalan: 1. Takaful mana yg terbaik? 2. Apsal Takaful awak mahal? 3. Saya tengah compare-compare lagi...

Sepanjang saya jadi ejen Takaful, saya banyak diajukan soalan seperti:

A) 'Takaful brand mana lagi bagus'
B) 'Kenapa takaful brand ni lagi murah dari ko punya?
C) 'Saya tengah compare compare lagi ni'.

Saya jawabkan sini supaya mudah menjadi rujukan pada non-Takafulist untuk membuat keputusan.

1. Mana mana brand yang namanya Takaful adalah baik.

2. Mana brand lagi baik? Kalau saya jawab bias jadinya, sebab saya mewakili salah satu dari beberapa brand yang ada.

3. Sepanjang saya menguruskan Takaful dari tahun 2010, sudah hampir 20++ klem yang saya kendalikan (walaupun setengah org raserkan sedikit tapi bagi saya sesuailah juga untuk berkongsi Ilmu). Alhamdulillah 100% dari keseluruhan klem diselesaikan dan di honor oleh Takaful seperti yg dijanjikan.

Apa yang saya nak sampaikan kepada semua Non-Takafulist sekalian, jawapan yang saya ada semuanya berdasarkan pengalaman peribadi saya sendiri sebagai seorang pengendali Takaful. Saya tidak tahu syarikat brand lain bagaimana, atau ajen lain bagaimana, saya tidak ada jawapan mutlak untuk soalan soalan perbandingan sebegitu.

Jadi, kalau bersoal dengan saya, tak perlu tanyakan takaful syarikat lain macam mana, sebab saya tak mahir.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2014 04:37 PM | Show all posts
Buatlah pilihan yg terbaik....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2014 11:05 AM | Show all posts
May your blessings be too many to count... And your worries too few to matter... May your days be filled with Sunshine... And your nights in comfort.. May you never go hungry... And be able to share your bounty... May God bless and protect you... And strengthen your faith..

SELAMAT RAMADHAN AL MUBARAK
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 04:23 PM | Show all posts
9. TAKAFUL TIDAK COVER UNTUK Kemasukan ke Hospital terutamanya untuk tujuan siasatan, diagnosis, pemeriksaan sinar-X, pemeriksaan fizikal atau perubatan am, tidak berkaitan dengan rawatan atau diagnosis sesuatu Hilang Upaya yang dilindungi atau apa-apa rawatan yang dianggap tidak perlu dari segi perubatan dan  apa-apa rawatan  pencegahan, ubat  atau  pemeriksaan  pencegahan yang  dijalankan  oleh seorang Pakar Perubatan, dan rawatan-rawatan  khusus untuk mengurangkan atau menaikkan berat badan.

TAPI.. ader time Takaful@ insurans  COVER MRI/CT SCAN /X RAY/MAMMOGRAM/ULTRA SOUND/ETC... JIKA.........

sila rujuk sini http://akupenjualinsurans.blogsp ... r-mrict-scan-x.html
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2014 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku nak tanya... betul ke kakitangan kerajaan dan family yg terima rawatan di hspital kerajaan contoh rawatan kanser atau apa2 je, bila pencen nanti bayaran rawatan akn ditolak dr wang imbuhan pencen kelak
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2014 01:32 PM | Show all posts
esyuefeei posted on 9-8-2014 10:27 AM
Aku nak tanya... betul ke kakitangan kerajaan dan family yg terima rawatan di hspital kerajaan conto ...

Maksudnya Gratuiti. Ya mmg itulah yg saya dengar. Kalu nak confirmation, boleh tanya org gomen yg dah pencen dan org lama. Mereka mmg tahu pasal nih. Kalu tanya org baru yg kerja gomen, mmg tak tahu.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.910681 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list