kaynal2013 posted on 9-2-2014 12:01 PM
uolss yg pasal cerita nanaz kat paper tu ape cer.. x buka paper lg..huhuhu
Transformasi Glam: Sharnaaz mahu bersara
Pembabitan Sharnaaz Ahmad, 29, dalam dunia seni bermula dengan menyertai pertandingan 50 Most Eligible Bachelor pada 2009. Kemudian, bakat lakonannya diasah menerusi drama Tari Tirana, seterusnya memegang watak utama dalam Dari Mata Ke Hati. Terkenal dengan sikap panas baran, Sharnaaz tidak pernah lepas daripada kontroversi seperti memaki hamun pengikut (follower) di laman sosial Twitter miliknya.
Dia juga dikaitkan dengan masalah disiplin apabila meninggalkan lokasi penggambaran filem Darah Panas selepas 17 hari bekerja menyebabkan pergaduhan dengan pengarah filem itu, S Baldev. Kemelut itu akhirnya diselesaikan dengan cara baik.
Pernah bercinta dengan pe nyanyi Shila Amzah, pelbagai cerita kurang enak timbul sepanjang percintaan mereka. Kemuncaknya apabila Sharnaaz menyuarakan hasrat untuk merisik anak sulung ND Lala itu. Tidak mendapat restu keluarga Shila, Sharnaaz mengambil keputusan mengakhiri hubu ngan mereka.
Tidak lama selepas itu, Sharnaaz dikatakan bercinta dengan pelakon dari Singapura, Elfaeza Ul-Haq selepas sama-sama berlakon dalam drama Mukhlis. Namun, kedua-dua mereka menafikan khabar angin itu.
Terbaru, Sharnaaz dikatakan menjadi orang ketiga dalam hubungan Pekin dan Uqasha hingga menyebabkan pasa ngan itu hampir-hampir putus tunang. Menjelaskan keadaan sebenar, ia hanya salah faham.
Apabila kerap dikaitkan de ngan kontroversi, Sharnaaz me ngambil keputusan bersara dari dunia seni dan bercadang bekerja semula di bidang hartanah atau industri minyak dan gas.
Keputusan itu dibuat bagi menjaga hati keluarganya. Bagaimanapun, teraju utama Bukan Kerna Aku Tak Cinta itu masih menimbang keputusan itu kerana mempu nyai komitmen yang harus diselesaikan terlebih dulu. |