CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Rhyno

♫ ♪ ♫ ♪ SUFIRIORS ♫ ♪ ♫ ♪

[Copy link]
Post time 15-10-2015 02:20 PM | Show all posts
Edited by kak_min at 15-10-2015 02:22 PM


https://www.facebook.com/officialsufiaffc/videos/406803802843318/

tk reti lah nk tepek vid dr fb..click je lah kt link tu..
Sufi tak suka org yg bebual bnyk sngt.. nasib baek iols jenis pendiam

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2015 02:25 PM | Show all posts
ninanoni replied at 15-10-2015 12:10 PM
harap sufi keluar single kedua lagu jiwang karats
org malaysia memang suka lagu jiwang2
baru la me ...



hehehe...lagu jiwang karats... okay lah tu, jangan dibagi sufi lagu2 bbnu mcm terima kasih cinta, siapa diriku sdh lah
tk bole imejin..

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 02:36 PM | Show all posts


mv sufi dah cecah lebih 100K views
cepat jgk kan? tk smpai pun seminggu
jom bagi bnyk views

p.s: gigih nye aku...org semua buat keje, aku buat keje lain..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 02:43 PM | Show all posts
Edited by HannahHamra at 15-10-2015 03:17 PM

artikle semalam


14 Oktober 2015 4:30 PM

Pengalaman 
Bantu Sufi
Sentiasa menganggap diri sebagai orang baharu sepanjang berada di dalam AF2015





Sudah mempunyai pengalaman dalam industri seni hiburan sebelum ini pernah merangkul Anugerah Planet Muzik 2014 bagi kategori lagu terbaik.
Itu antara kejayaan yang pernah dirangkul juara Akademi Fantasia (AF) 2015, Sufi atau nama sebenarnya Mohammad Sufie Rashid.
Berasal dari Singapura, Sufi tahu cabarannya untuk berada dalam industri seni tempatan amat mencabar ketika kali pertama melangkah ke dalam akademi lagi.
“Masa itu saya fikir bagaimana orang hendak mengundi saya apatah lagi saya bukan orang tempatan.
“Itu antara cabaran yang perlu dihadapi, tetapi saya kuatkan diri untuk terus belajar dan menimba ilmu dalam bidang muzik,” jelasnya.
Tambah Sufi, biar pun sudah mempunyai pengalaman dalam industri seni sebelum ini, itu bukan sebab utama untuk dia berada dalam keadaan selesa.
“Saya sering menganggap peluang saya dapat masuk ke dalam AF tidak perlu disia-siakan.
“Malah, di dalam AF, saya ibaratkan diri saya seperti seorang bayi yang dilahirkan. Masih banyak yang saya mahu pelajari dalam bidang muzik,” jelasnya.
Ditanya mengapa dia memilih AF, jelas Sufi, dia melihat bagaimana kemajuan rakan senegaranya, Aishah yang sebelum ini pernah menjadi peserta AF.
“Bila dia keluar AF, saya lihat suaranya berbeza. Cara nyanyiannya lebih baik dan itu yang buat saya tertarik untuk menyertai AF,” katanya.
Ditanya mengenai rancangan akan datang, jelas Sufi, dia sudah mengambil keputusan untuk menetap di sini sebagai langkah untuk mengembangkan kerjayanya.
Tambahnya, dia tidak akan mensia-siakan peluang dan bakatnya untuk mencipta lagu untuk bersaing dengan penyanyi tempatan.
“Saya ada simpan beberapa lagu yang sudah dibuat tetapi belum dikeluarkan. Malah, saya merancang untuk mengeluarkan lagu baharu.
“Peluang untuk bekerjasama dengan Edry akan saya gunakan belajar cara mencipta dan menggubah lagu. Itu yang utama,” jelasnya.
Pada malam akhir itu, Sufi telah mencipta sejarah tersendiri dalam AF apabila diumumkan sebagai peserta pertama daripada Singapura
yang dinobat sebagai juara.
Konsert akhir yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu menyaksikan dia membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000, trofi sumbangan astro serta pakej pelancongan ke Dubai.
Sufi turut mendendangkan dua buah lagu berjudul Andai Ku Bercinta Lagi dan sebuah lagu ciptaan penuh olehnya yang bertajuk Kisah Dua Muka.
Naib juara pada malam itu dimenangi oleh Syamel yang membuang pulang wang tunai berjumlah RM30,000, Trofi serta pakej pelancongan ke Dubai.
Syamel pada malam itu menyanyikan dua buah lagu berjudul Sampai Mati dan Hidup Dalam Mati yang juga dicipta sepenuhnya oleh Syamel sendiri.
Bila yang merupakan artis tunggal wanita yang layak ke peringkat akhir pula terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000, trofi dan pakej percutian ke Dubai.
Anak perempuan kepada Eddie yang juga anggota kumpulan Wings itu menyanyikan dua buah lagu berjudul Karma serta lagu baharu ciptaa penuh oleh Edry Abdul Halim bertajuk Diam Saja.
Shahrul yang mempunyai antara kelompok penyokong besar pada malam itu terpaksa berpuas hati di tempat keempat dengan membawa pulang wang tunai RM10,000, trofi dan pakej percutian.
Dia turut menyanyikan lagu baharunya berjudul Hanya Kamu yang dicipta oleh Aiman dan Zul 2 bY 2 beserta lagu Just The Way You Are dendangan asal penyanyi Bruno Mars.
Juri tetap untuk AF musim terbaharu ini ialah Datuk Ramli MS manakala juri jemputan pada malam itu ialah Datuk Aznil Nawawi, Datuk AC Mizal dan Fauziah Ahmad Daud.

Tak mahu panjangkan kes
Baru memulakan tapak sebagai penyanyi di sini, Sufi sudah terpalit dengan kontroversi melibatkan kes liwat bapa tirinya yang juga pengurus kepada penyanyi Indonesia, Tegar.
Sufi dan Tegar telah membuat laporan polis apabila dikatakan menjadi mangsa penderaan seksual bekas bapa tirinya, Muhammad Arif Dollah.
Terbaharu, laporan polis itu telah digugurkan dan Sufi sendiri dalam kenyataannya tidak berhasrat untuk memanjangkan perkara itu.
Bagaimanapun, bekas bapa tirinya itu telah membuat keputusan untuk mengemukakan saman malu terhadap Sufi dan Tegar.
“Sebenarnya perkara ini terlalu sensitif untuk saya beri komen tetapi saya tidak pernah menyesal dengan tindakan yang saya ambil.
“Saya berniat hanya mahu membantu Tegar dan jika ia digugurkan, saya tidak berhajat untuk membuka kes ini semula. Jika Tegar mahu, itu adalah hak dia,” jelasnya.
Tambah Sufi, niatnya untuk tidak meneruskan isu tersebut adalah kerana tidak mahu membesarkan perkara tersebut adalah kerana ia melibatkan maruah keluarganya.
“Kalau boleh, kontroversi yang melibatkan maruah diri dan keluarga, saya akan elak untuk memberi komen yang tidak memberi manfaat pada kerjaya saya,” jelasnya.



Credit: utusan online
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 02:47 PM | Show all posts
Selamat petang semua .. Time Meletop tu mmg Sufie nampak very professional ..  Lancar je menjawap semua soalan2 tu .. Sufie kan ada intelek .. Tu kata Ramli Ms waktu komen persembahan Sufie kat konsert terdahulu .. Bila korang nak stalk rumah dia? Apartment lah tu hehe .. I nak join.. Bulan Dec ni dah plan nak turun SG ... u all perasan tak kat webchat tu.. Sufie geli lipan .. Hari tu dia kata Ada lipan kat keyboard hehe .. Dia terus berdiri .. Hehe .. And dia tak suka makanan Pedas .. Kita serupa tu hehe ..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 03:24 PM | Show all posts
Edited by HannahHamra at 15-10-2015 03:27 PM
kak_min replied at 15-10-2015 02:36 PM
mv sufi dah cecah lebih 100K views
cepat jgk kan? tk smpai pun seminggu
jom bagi bnyk views { ...



baru sekodeng jap td
dh 101,545 views
dh 101,545 views
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2015 03:28 PM | Show all posts
KRUfan replied at 15-10-2015 02:47 PM
Selamat petang semua .. Time Meletop tu mmg Sufie nampak very professional ..  Lancar je menjawap se ...



slmt ptg kru
out dulu
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 03:35 PM | Show all posts
HannahHamra replied at 15-10-2015 03:24 PM
baru sekodeng jap td
dh 101,545 views dh 101,545 views

a'ah dengan sekejapan dh naik views

go sufi go
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2015 03:39 PM | Show all posts
KRUfan replied at 15-10-2015 02:47 PM
Selamat petang semua .. Time Meletop tu mmg Sufie nampak very professional ..  Lancar je menjawap se ...

slmt petang krufan

sufi ada ckp yg dia kan terus menetap di kl kan? maybe smpai akhir tahun dia kat kl
rasanya akan balik spore sekali sekala saja.. kalau nk stalk rumah dia kene tunggu bila dia balik spore


Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
kak_min replied at 15-10-2015 03:39 PM
slmt petang krufan

sufi ada ckp yg dia kan terus menetap di kl kan? maybe smpai akhir tahun dia ...

Ape citer ngan motor ducati dier eh...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
kak_min replied at 15-10-2015 03:35 PM
a'ah dengan sekejapan dh naik views

go sufi go

Wow dah 100k+ views?! Go go go Sufi!
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 03:57 PM | Show all posts
deebiz14 replied at 15-10-2015 03:46 PM
Ape citer ngan motor ducati dier eh...

dia serahkan pada iols suruh jaga ....heheh
rasanya dia tetap gunakan ducati dier even kat kl kot..senang nk bergerak





Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 04:03 PM | Show all posts
kak_min replied at 15-10-2015 11:56 AM
ekceli tk nmpk pun ziqa menggediks dgn sufi kat diari awal2...
cuma tau dorang rapat bila ziqa dp ...

rasa rugi lak tak tgk diari dari awal.memula tgk hari isnin ngan jumaat je.sbb nak tgk dapat lagu apa ngan  masa presentation.tgk diari hari2 bila kes cheta bimbo kat konsert.bila tgk diari hari2... start menyampah syamel pulak dah
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 04:17 PM | Show all posts
kak_min replied at 15-10-2015 03:57 PM
dia serahkan pada iols suruh jaga ....heheh
rasanya dia tetap gunakan ducati dier even kat kl kot ...

man who rides ducati issssssssss...hawwwttt!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 15-10-2015 04:03 PM
rasa rugi lak tak tgk diari dari awal.memula tgk hari isnin ngan jumaat je.sbb nak tgk dapat lagu  ...

Homaigad... Samer ngan iolz.

Slepas minggu tu trus iolz 100% Sufi. Dah boring ngan Syamel.

Tapi iolz tak tgk sgt diari. Nyesal plak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 04:22 PM | Show all posts
alesandra replied at 15-10-2015 04:03 PM
rasa rugi lak tak tgk diari dari awal.memula tgk hari isnin ngan jumaat je.sbb nak tgk dapat lagu  ...

saya pun tak tengok af tahun ni punye diary awal2..sebab dari AF 4 ke 5 tak ingat dah tak follow AF..but since ada Sufi nyanyi lagu black mana mungkin, saya dah jatuh hati..hee..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2015 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Unagi replied at 15-10-2015 04:17 PM
man who rides ducati issssssssss...hawwwttt!!!

Kannn???!!

Iolz rase klau smua bbnu (dan yg tak bbnu) tau dier berducati cnfm lagi mencanak populariti dier.

He needs to show off his ducati. Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
deebiz14 replied at 15-10-2015 03:47 PM
Wow dah 100k+ views?! Go go go Sufi!

tahniah sufi..
ai la antara penyumbangnya tu jugak hehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Sume da vote/request  kisah 2 muka kat era ??
Jgn lupa tugasan k hehehe
War2 kan lah kalau bole k
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 05:06 PM | Show all posts
deebiz14 replied at 15-10-2015 04:22 PM
Homaigad... Samer ngan iolz.

Slepas minggu tu trus iolz 100% Sufi. Dah boring ngan Syamel.

itu lah keburukan diari sebenarnya.boleh mengaburi bakat seseorg.seb baik perangai sufi elok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.280389 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list