|
Aaanntuu~Close encounter dan ...(siri 1 (pg25)~151 ...) bercakap dengan jinn`
[Copy link]
|
|
Bercakap dengan jin ~ 103 ~
Di kuasai suara aneh
Kerana sudah kerapkali berdepan dengan kejadian demikian, saya jadi arif untuk menjawab dan memberhentikan suara yang bergema dari setiap sudut ruang. Seluruh perhatian, saya tumpukan ke arah orang di atas pentas yang wajahnya tidak berapa jelas.
“Ya, dia memang musuh kita,” terkeluar kata-kata dari kelopak bibir saya.
Suara orang ketawa bergema di ruang dewan. Bila gema ketawa berakhir, gegendang telinga saya menangkap suara orang berbentuk perintah.
“Kau mesti membunuhnya. Kau nampak kerlipan di bahagian dada kirinya?”
“Saya nampak kerdipan itu, saya mesti membunuhnya.”
“Bagus, kaulah perwira satria. Ayuh lakukan!”
Pujian muncul dari setiap ruang dewan.
Telinga saya terasa pekak. Semangat baru meresap ke dalam urat saraf. Hidup mati saya semata-mata untuk mematuhi perintah suara aneh itu.
“Ya, saya mesti melakukannya sekarang. Saya mesti menikamnya dengan pisau sampai mati,” satu tekad yang bulat berpadu dalam diri saya.
“Ya, untuk kebenaran dan keadilan, kau lakukan segera. Jangan berlengah-lengah lagi, jangan bertangguh-tangguh.”
“Ya, kata saya penuh semangat.
Pisau yang terselit di pinggang segera saya pegang. Saya cabut dari sarungnya. Dengan tenang dan penuh keyakinan, saya ,melangkah ke arah lelaki di tengah pentras. Saya berlagak dan berpura-pura memberi penghormatan padanya. Makin lama, makin dekat saya dengannya.
Kerlipan di bahagian dada kirinya terus memancar. Menyilaukan mata tetapi semuanya itu tidak menghalang saya untuk menghampirinya. Saya pasti kerlipan itu tidak menghalang saya untuk menghampirinya. Sata pasti, kerlipan yang memancar dari bahagian kirinya itu ialah sebuah medal berbentuk empat segi yang melambangkan seekor tupai bertarung dengan ular senduk. Medal itu dibuat dari tembaga kuning yang berkilat.
Saya naik ke pentas dari sebelah kanan. Dari tepi pentas, saya menghintung langkah hingga sepuluh. Berhenti betul-betul di depan lelaki yang wajahnya tidak berapa jelas. Pencarian dari medal yang dipakainya tetap menyilaukan mata saya. Tanpa membuang masa, saya terus menundukkan kepala memberi hormat padanya.
“Kamu,” lelaki itu bersuara dengan rasa terkejut.
“Ya”’ jawab saya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 103 ~
Di kuasai suara aneh
Seperti mengetahui apa yang akan saya lakukan terhadapnya, lelaki itu memusingkan badannya, membelangkangi saya. Kerlipan dari medal yang dipakainya tidak dapat saya lihat. Pandangan saya jadi gelap, dalam keadaan yang agak cemas itu pisau di tangan saya angkat tinggi-tinggi. Saya cuba menahan diri dari melakukan sesuatu. Kerana pisau sudah di angkat tinggi, usaha saya menemui kegagalan.
Cukup pantas sekali saya rasakan gerakan tangan. Pisau terus terbenam ke bahagian belakang lelaki itu. Saya lihat tubuh lelaki itu berkecai dalam percikan cahaya bersinar. Medal yang berkilau-kilau bergeral pada setiap ruang dewan. Akhirnya, berlaga dengan dinding dewan, berkecai menjadi serpihan yang halus. Di mana-mana saya lihat api menyala dengan marak sekali.
Saya juga terdengar suara dari setiap sudut dewan, bergema dengan sejuta pujian. Semuanya memberi ucapan tahniah dan menganggap saya sebagai seorang pahlawan besar yang berjaya menghancurkan kedurjanaan demi untuk menegakkan keadilan dan kebenaran. Saya terasa dan melihat jambangan bunga tidak putus-putus di campakkan ke arah saya. Berlonggok-longgok di tengah ruang dewan. Saya tersenyum bangga, suara pujian terus bergema.
“Kamu dah jalankan tugas suci,” terdengar suara Amjal Kamal.
Segera saya toleh ke kiri, dalam keadaan yang samar-samar itu, saya lihat Amjal Kamal tersenyum ke arah saya. Bila saya membuka kelopak bibir untuk mengucapkan sesuatu, Amjal Kamal terus hilang dari penglihatan saya.
Kerana yakin masih ada perintah selanjutnya, saya terus berdiri di tengah ruang dewqn dengan pisau di tangan. Masa terus berlalu, perintah yang diharapkan tidak juga muncul. Saya terus memandang ke arah longgokkan bunga di tengah ruang dewan. Aneh sungguh, longgokan bunga itu bergerak secara perlahan-lahan.
“Aduh, sakitnya,” terdengar suara dari celah-celah longgokan bunga.
Suasana cukup sepi sekali. Antara sedar dengan tidak, diri terasa mengembara dari alam khayal menuju ke alam nyata.
Di saat-saat terumbang-ambing itu, saya terasa pangkal peha kanan saya dihentak oleh sesuatu dengan kuat sekali. Tubuh saya terpelanting ke dinding. Dari dinding bergerak ke kanan lalu terkandas pada almari cermin. Kaca almari pecah berderai.
“Ah,” saya mengeluh seprti tersedar dari mimpi.
Pecahan kaca terdampar atas kepala, bahu dan belakang. Saya masih bernasib baik kerana tidak luka. Saya cuba bangun tetapi tidak berjaya. Bahagian rusuk kanan saya terasa pedih bila saya cuba berdiri.
Saya terpandangkan nenek yang berdiri di sebelah kiri. Dengan lembut perempuan itu mengutip pecahan kaca di tubuh saya. Semua pecahan kaca itu di isi di dalam baldi plastik.
“Apa kena kamu ni, Tamar. Tak habis-habis buat hal,” nenek merungut.
“Kenapa nek?” Tanya saya.
“Kamu tengok sendiri,” nada suara nenek separuh keras.
Jari telunjuknya menghala ke arah datuk. Saya lihat datuk mengerang kesakitan. Kesan darah masih dapat dilihat pada kain putih yang melilit bahagian rusuk kirinya. Di hujung sejadahnya, saya terlihat pisau pemotong bawang tersadai berlumuran darah.
Beberapa orang jiran tetangga bermunculan di muka pintu di pagi yang bening itu. Barangkali, mereka dapat mengikuti apa yang terjadi dalam rumah sejak subuh tadi.
“Kenapa dengan Tuk ini?” soal saya dengan rasa terkejut.
Nenek gelengkan kepala.
“Kamu tikam dia, Tamar,” jelas nenek.
“Ya Allah,” saya mula meraung sekuat hati.
Seluruh isi kampung menjadi gempar.
Raungan saya itu menambahkan lagi para jiran berdatangan ke rumah. Semuanya terpaku dan terpukau melihat apa yang terjadi. Beberapa orang jiran bersedia untuk mengusung datuk ke hospital tetapi datuk menolak budi para jiran itu. Menurut datuk, luka yang dialami tidak besar, boleh diubati secara kampung. Beberapa orang lelaki terus menangkap saya. Mereka juga memerintahkan nenek supaya menyimpan benda-benda tajam di tempat selamat.
“Ikat,” ujar jiran kepada seorang jiran yang lain.
Dalam beberapa saat sahaja sepasang tangan saya diikat dengan tali belati. Begitu juga dengan sepasang kaki saya. Tidak ada perlawanan yang saya lakukan kerana saya sendiri tidak sedar bagaimana saya melakukan perkara tersebut.
“Kita serahkan pada polis, biar dibawa ke hospital. Boleh otaknya diperiksa. Budak ni dah gila. Kalau dibiarkan di rumah, ramai orang yang mati,” seorang perempuan bermulut celupar
mengeluarkan pendapat. Saya lihat kebanyakan jiran bersetuju dengan pendapatnya itu.
Nenek termenung, macam ada sesuatu yang difikirkannya. Datuk meraba ke arah balutan lukanya.
“Jangan dipengapakan dia. Apa yang dibuatnya, dia sendiri tidak tahu. Ada kuasa lain yang meresap ke dalam dirinya,” kata datuk.
Dia berdiri sambil menekan ke arah bahagian berbalut. Nenek tidak berkata apa-apa. Matanya masih terpaku ke arah tali belati yang membelit sepasang tangan dan kaki saya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 103 ~
Di kuasai suara aneh
“Saya mengucapkan terima kasih di atas perhatian kawan-kawan. Bukakan tali belati itu,” datuk mengeluarkan arahan.
Ikatan di tangan dan kaki saya segera dibuka. Beberapa orang jiran berpandangan sesama sendiri. Mereka kurang senang dengan tindakan datuk yang enggan menyerahkan saya kepada pihak polis untuk ditahan dan dihantar ke hospital bagi menjalani pemeriksaan mental.
Memang wajar mereka memprotes tindakan datuk itu, kerana perbuatan yang saya perlihatkan pada mereka membayangkan diri saya kurang waras. Orang yang berfikiran warsa, tidak akan menikam datuknya yang mahu bersembahyang. Mereka bimbang kalau perbuatan itu melarat keluar rumah. Mungkin satu ketika, saya menyerbu ke masjid lalu menikam orang-orang yang sedang berjemaah di situ.
“Saya tahu, apa yang semua bimbangkan. Percayalah pada saya, dengan izin Allah, masalah cucu saya ni, boleh diselesaikan dengan baik,” datuk memberitahu para jiran yang seakan-akan enggan bergerak dari ruang rumah.
“Saya berjanji kalau tak boleh diatasi, saya serahkan pada awak semua untuk dihantarkan ke Tampoi atau Tanjung Rambutan,” datuk memberikan janji yang padu.
“Kami bukan apa-apa, kami takut kalau dia mengacau orang lain,” para jiran menyatakan pendapatnya.
“Saya faham. Kalau awak susah, saya lagi susah. Dia cucu saya, berapalah berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Saya tak suka perkara begini, apakan daya sudah takdir untuk saya menerimanya,” datuk merayu penuh keikhlasan.
Wajahnya berkerut. Mungkin dia menahan rasa sakit.
“Kami faham, sebagai jiran kami juga ada rasa bimbang dan takut,” sambung jiran itu lagi.
“Bimbang dan takut tu, memang hak kamu. Aku tak marah dan tak kecil hati. Berilah kesempatan pada aku untuk memulihkannya,” begitu lembut nada suara datuk.
Tanpa banyak cakap, para jiran meninggalkan rumah dengan wajah yang tenang, beberapa orang daripada mereka terus memeluk datuk menyatakan rasa simpati sambil berjanji tidak akan membiarkan datuk bersendirian di dalam masalah ini.
Bagi menyembuhkan segera luka yang dialami, datuk memanfaatkan perubatan secara tradisional. Dia menggunakan ramuan beberapa helai daun dan kulit pokok. Bahan-bahan itu disatukan lalu ditumbuk hingga lumat dan dicampurkan dengan setitik embun jantan.
Sebelum bahan-bahan itu digunakan, datuk membersihkan luka di rusuk kiri dengan air panas. Setelah bahan-bahan itu disapukan ke tempat yang luka, datuk terus minum segelas air kunyit dan segelas air rebusan dari akar-akar kayu. Dalam beberapa jam luka itu terus kering. Tidak bengkak dan tidak bernanah. Datuk boleh bergerak ke mana sahaja, seolah-olah dia tidak mengalami sebarang kecelakaan.
“Tak apalah Tamar, semuanya terjadi masa kau tak sedar,” itulah ungkapan pertama dari datuk setelah empat jam peristiwa yang mengerikan itu berlalu.
Datuk tidak memperlihatkan rasa kurang senang dan gundah gulana dengan apa yang telah berlalu. Dia tetap melayani saya seperti biasa. Masih mahu bercerita tentang akar dan dedaun kayu yang boleh dijadikan ubat luka. Datuk menasihati saya supaya jangan susah hati.
Saya kira sebagai seorang tua, rasa bimbang dan cemas itu pasti ada di dalam diri datuk. Dia tahu, sejak tadi saya tidak berubah tempat, masih termenung. Mungkin juga dia tahu yang seluruh pemikiran saya masih berpusat pada suara-suara ghaib yang menyuruh saya melakukan sesuatu. Apa yang pasti, datuk tidak mahu dirinya berada dalam jarak yang jauh dengan saya. Gerak-geri saya sentiasa di dalam pengawasannya.
“Tamar,” itu suara datuk.
Saya renung ke arahnya dan melihat kelopak bibirnya bergerak. Saya tidak menjawab panggilan datuk itu kerana saya merasakan itu bukanlah suara datuk tetapi suara Amjal Kamal yang keluar dari kelopak bibir datuk.
“Tamar, Tamar, dengar sini.”
“Ya, saya faham dan bersedia patuh dengan perintah.”
“Tamaaaaaarrr…,” jerit datuk lalu badan saya digoncangnya berkali-kali.
Serentak dengan itu dia membaca surah Al-Ikhlas.
“Tamar,” nada suaranya bertambah lunak.
“Tamar,” ulang datuk lagi. Nada suaranya kali ini cukup lunak. Saya raba jejari saya, saya raba pipinya dan datuk membiarkan sahaja yang saya lakukan.
“Ini datuk?”
“Ya.”
“Tadi suara datuk panggil nama saya?”
“Ya, Tamar.”
“Jadi, tadi bukanlah suara Amjal Kamal? Apakah yang saya dengar tadi, suara datuk?”
Saya seperti merungut.
Datuk anggukkan kepala. Perlahan-lahan datuk memaut tubuh saya, disuruhnya saya berdiri. Kemudian saya dibimbingnya ke anjung rumah. Disuruh duduk menghala ke arah matahari jatuh.
“Amjal Kamal tu, kawan kamu Tamar?” Soal datuk.
Saya gelengkan kepala. Datuk menarik nafas panjag. Sesekali datuk renung ke arah halaman rumah yang disinari matahari pagi.
“Tapi kau kenal dia, walapun kau tidak begitu rapat dengannya?”
menyusul lagi pertanyaan daripada datuk yang membuat saya lemah.
Perasaan saya kian resah. Entah mengapa, saya begitu cemas dan takut bila nama Amjal Kamal disebut-sebut. Setelah berfikir panjang beberapa kali, saya terus menceritakan apa yang telah saya lalui pada datuk.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 103 ~
Di kuasai suara aneh
“Ini perkara biasa Tamar. Orang yang lemah semangat, lemah iman dan tidak ada kekuatan batin selalu dikuasai oleh pihak yang mahu menjahanamkan manusia,” itu komentar datuk setelah mendengar cerita dari saya.
“Apa saya memang lemah?”
“Boleh jadi,” datuk tersenyum lalu merenung ke kaki tangga. Dia menyambut salam Uda Lamat.
“Naiklah,” jemput datuk.
“Tak disuruh pun saya tetap naik,” sahut Uda Lamat lalu naik ke anjung dan duduk dekat datuk.
Kedatangan Uda Lamat pagi itu, semata-mata untuk menziarahi saya. Dia amat gembira kerana keadaan saya agak baik. Semua pergelengangan kaki dan tangan serta sendi-sendi saya diperiksa dan dipicit. Kemudian Uda Lamat membuka kelopak mata kiri dan kanan saya.
“Tidak begitu baik lagi,” bisiknya lembut kepada datuk.
“Apa yang patut dibuat?”
“Berikhtiar minta pertolongan dari Allah. Syaitan, kalau sudah meresap ke dalam tubuh payah mahu keluar,” tambah Uda Lamat lagi. Datuk menarik nafas panjang-panjang.
Tiba-tiba badan saya menggeletar. Suara-suara aneh mula terdengar. Wajah Amjal Kamal tenggelam timbul di depan mata. Saya mula terasa tubuh memiliki kekuatan yang luar biasa.
“Tamar,” sergah datuk.
“Apa yang kamu mahu?” saya mula menentang wajah datuk. Saya rasa datuk terlalu kecil berdiri di depan saya. Walaupun demikian, setiap kali datuk malafazkan kalimat-kalimat Allah ke arah saya, seluruh badan sata terasa panas.
“Jangan, saya tak tahan,” rayuan saya tidak dipedulikan oleh datuk. Dia terus membaca hingga saya tidak sanggup menetang biji matanya. Saya rebah di depan datuk.
Ketika itu saya terdengar suara aneh yang mengutuk diri saya. Mereka tuduh saya pengkhianat, tidak setia pada perintah. Mereka mahu menamatkan riwayat hidup saya dengan membenamkan tubuh saya ke dalam tasik yang berbuih. Saya segera merenung minta tolong.
“Tamar,” seru datuk serentak dengan itu satu baldi air jatuh ke muka.
“Tamar kau tidak apa-apa, ingat Allah berkuasa atas segala-galanya,” Uda Lamat bersuara lembut. Dia duduk mencangkung di depan saya. Biji matanya dengan biji mata saya berlaga.
“Mengucap Tamar, Ashaduan la...,” tambah Uda Lamat. Tanpa bertanguh-tangguh lagi saya terus mengikut Uda Lamat mengucap hingga akhir.
“Bagus, bagus,” Uda Lamat terus menepuk bahu saya bertalu-talu. Tidak memadai dengan itu, tubuh saya yang basah terus dipeluknya erat-erat. Datuk tidak berkata apa-apa. Dia kelihatan tenang. Bibirnya kelihatan bergerak-gerak. Pasti datuk membaca ayat-ayat suci.
“Saya dahaga,” kata saya pada Uda Lamat. Cepat-cepat Uda Lamat memberitahu kepada nenek. Tidak sampai dua saat, secawan air sejuk sudah berada di depan saya. Ketika tangkai cawan saya sentuh, datuk segera menarik cawan yang berisi air dingin ke arahnya. Perbuatan datuk itu menghampakan saya.
“Saya dahaga,” saya merayu.
“Aku tahu, apa kau tak boleh sabar sedikit,” tengking datuk.
“Haaa..,” saya terkejut dan hampir menitiskan air mata.
Uda Lamat memperkemaskan duduknya bersedia melakukan apa sahaja andainya saya bertindak secara mengejut. Rasa dahaga bagaikan tidak tertahan, tekak terasa pedih dan perit. Apa yang saya fikirkan, ialah air untuk membasahkan tekak. Tidak terniat di hati saya untuk melakukan sesuatu, apatah lagi untuk melawan datuk. Datuk terus mmbaca sesuatu di bibir cawan. Bila pembacaannya selesai, cawan berisi air itu diserahkan pada Uda Lamat.
“Berikan padanya,” datuk mengeluarkan perintah.
“Awak baca surah apa?” Tanya Uda Lamat.
“Saya baca Al-Fatihah 20 kali, dengan izin Allah, syaitan dan Iblis yang berlindung dalam diri cucu saya akan keluar.
“Saya faham, Allah berhak melakukan sesuatu, kita memohon padanya,” sanggah Uda Lamat. Saya resah, terasa cukup lama cawan itu berada di tangan Uda Lamat. Kenapa saya diseksa begitu kejam.
“Nah, Tamar.”
Uda Lamat menghulurkan cawan berisi air kepada saya. Cepat-cepat saya menyambutnya lalu dilekatkan ke bibir.
“Nanti dulu, baca Bismillah sebelum diminum,” Uda Lamat pegang pergelangan tangan saya. Apa yang disuruh oleh Uda Lamat segera saya patuhi. Setelah selesai membaca Bismillah, saya terus meneguk air tersebut.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 104~
Mandi di ambang pintu
Sebaik sahaja air sejuk berlari di kerongkong, urat saraf di setiap sendi badan terasa seperti disentap-sentap. Serentak dengan itu terdengar bunyi dentuman yang kuat di telinga macam bunyi petir. Cawan di tangan terlepas lalu jatuh di atas lantai. Pecah berderai. Tenaga saya makin lemah.
“Tamar dengar cakap aku ini. Allah itu maha ESA, berkuasa atas segalanya. Pada Allah kita minta pertolongan, bacalah surah Al-Ikhlas, Qulhuwallah…,” Uda Lamat memberi arahan.
Saya terus mengikuti arahannya. Tiga kali saya baca surah Al-Ikhlas dengan penuh khusyuk.
“Tamar, renung ke sini.”
Bagaikan kilat saya menoleh ke arah datangnya suara datuk. Serentak dengan itu datuk memegang pergelangan tangan kanan saya. Dia memaksa saya merenung ke arah biji matanya.
“Renung biji mata aku, Tamar.”
“Baik, tuk.”
“Ikut gerak bibir aku, Tamar.”
“Ya, tuk.”
“Tumpukan perhatian padanya, pasang telinga kau. Dengar apa yang dicakapkan,” Uda Lamat memberikan petunjuk.
Saya terus anggukkan kepala. Sedia patuh dengan apa jua perintah.
Memang tidak sukar bagi saya mengikuti kalimah-kalimah yang diucapkan oleh datuk. Datuk membaca beberapa rangkaian ayat dari al-Quran yang pernah saya baca pada setiap malam Jumaat. Ayat-ayat itu bagaikan luput dari ingatan sejak suara aneh menguasai diri saya.
Bila datuk menyebutnya di depan saya, barulah saya teringat dengan ayat-ayat tersebut. Pada mulanya, pembacaan saya memang tidak lancar. Setelah tiga kali berturut-turut mendengar dan mengikuti gerak bibir datuk barulah saya faham.
Tidak saya nafikan, setiap kali ayat-ayat yang datuk lafazkan itu, saya ikuti dengan penuh perasaan, dada terasa amat panas. Hati tidak tentu arah, menggelabah tanpa sebab. Uda Lamat, orang tua yang banyak pengalaman dan asam garam dalam kehidupan itu, tidak mahu meninggalkan datuk sendirian di ruang anjung rumah. Setiap gerak geri saya diawasinya, hinggakan gerak telinga, pernafasan, jejari saya tidak terlepas dari pengawasan Uda Lamat.
Pada hemat saya, kedatangan Uda Lamat memang dirancang untuk jadi pembantu datuk dalam usaha memulihkan diri saya.
“Bertenang, Tamar,” kata Uda Lamat.
Bila melihat tubuh saya tersentap-sentap macam terkena kejutan elektrik. Badan saya berpeluh dengan banyak. Mungkin peluh itu terjadi akibat cuaca pagi yang kian membahang di luar atau akibat dari tekanan perasaan dalam diri saya.
“Dia dah lemah tu,” sayup-sayup terdengar suara datuk.
“Baca lagi, hingga lemah betul,” suara Uda Lamat masih dapat ditangkap oleh gegendang telinga saya.
Ketika itu, saya merasai diri saya berada dalam keadaan fana dan sepi. Antara fana dan sepi tiu, saya terlihat ada bayang-bayang nipis yang keluar dari tubuh saya, (lebih tepat dari bahagian dada). Kepulan asap yang nipis itu berpusu-pusu di sebelah kiri saya. Aneh sekali, kepulan asap yang nipis itu membentuk sifat diri saya.
Saya tidak berkata apa-apa. Suara saya tidak keluar. Mulut bagaikan terkunci. Cuma tangan daya tergapai-gapai ke kiri dan ke kanan. Maksud saya itu, tidak dapat ditangkap oleh datuk dan Uda Lamat. Mungkin mereka tidak sedar dengan apa yang terjadi. Bayang-bayang nipis dan halus yang menyerupai diri saya itu terus bergerak ke pintu rumah. Berdiri di ambang pintu, saya lihat diri saya menangis dan meratap hiba di situ. Menghempaskan diri pada jenang pintu hingga mengeluarkan darah dari kepala dan muka.
Paling akhir, saya lihat diri saya bertukar menjadi batang tubuh Amjal Kamal, pamerkan diri di depan datuk. Tetapi, bila datuk melafazkan beberapa ayat dari surah Al-Imran, bebayang tubuh amjal Kamal berkecai dan hancur lalu bersatu dengan udara. Keluar dari rumah dengan meninggalkan jeritan yang halus dan cukup nyaring.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 104~
Mandi di ambang pintu
Saya bertambah lemah. Dalam usaha memulihkan saya, sama ada dari segi kekuatan tubuh dan otak, datuk lagi sekali menggunakan ramuan tradisional. Dia tidak memerlukan pertolongan dari nenek, kecuali untuk menyediakan dua gelas air panas, kali ini datuk memerlukan tenaga dari Uda Lamat yang begitu matang dengan akar kayu dan pepucuk berkhasiat.
Petua pertama datuk dan Uda Lamat lakukan terhadap saya ialah mandi di ambang pintu. Kemudian disuruh berjemur di tengah panas untuk kira-kira lima minit. Masa berjemur saya diawasi oleh Uda Lamat. Datuk merebus pepucuk daun. Akar kayu diketuk atau dihimpit dengan satu alat keras dan berat hingga mengeluarkan air.
Pepucuk daun yang direbus, disuruh makan begitu sahaja. Kepalang pahitnya, apakan daya saya tidak terdaya membantah. Saya disuruh berehat selama lima minit dengan berbaring hingga saya tertidur. Saya dikejutkan semula, disuruh minum air madu lebah yang dicampurkan dengan air dari akar kayu.
“Minum dengan sekali nafas sebelum minum. Baca Bismillah dan mohon pada Allah supaya diberikan kekuatan fikiran seperti sediakala, terhindar dari pengaruh tidak sihat,” datuk mengingatkan saya.
“Apa doanya tuk?”
“Berdoa dalam Bahasa Melayu. Allah mengerti apa bahasa yang diucapkan oleh makhluknya. Apa yang penting permintaan itu mesti ikhlas,” sahut datuk.
Saya lakukan apa yang datuk suruh. Manisan lebah yang bercampur dengan air akar kayu terus saya teguk. Rasa pahit dengan manis terus menguasai anak tekak. Datuk tersenyum melihat muka saya mula kemerah-merahan.
“Madu lebah ni, memang banyak khasiatnya. Sayangnya, orang kita tak tahu menggunakannya. Orang tua-tua yang tahu macam mana menjadikan madu lebah ini sebagai ubat, tidak pula menurunkan petua itu pada orang-orang terkemudian darinya,” datuk memulakan satu ceramah kecil di depan saya dan Uda Lamat.
Saya tidak memberikan sebarang komentar, dada saya terasa lapang. Dalam beberapa saat sahaja badan saya berpeluh. Terasa bertenaga kembali. Fikiran tidak pula bercelaru, terasa amat lapang sekali.
“Kadang-kadang orang tua-tua ada memberikan petua. Tetapi, golongan baru tak mahu amalkan petua tu, kononya, petua adalah pendapat kuno, tidak sesuai dengan peredaran zaman sains dan teknologi. Akibatnya petua itu dilupakan. Kita ni, setinggi melangit sekalipun pelajaran, pandai bergaul dan berbudaya moden, sebaik-baiknya petua orang tua-tua jangan dilupakan,” Uda Lamat seperti menyokong pendapat datuk.
“Bila kita tidak lupa asal budaya, petua nenek moyang kita sendiri, selamat kita dalam hidup,” tambah datuk. Saya tersenyum.
Di luar panas kian terik, angin pun tidak bertiup. Entah mengapa, dalam cuaca yang agak panas itu, saya rasa mengantuk. Uda Lamat menasihatkan saya supaya membasuh muka. Saya terus ke dapur dan masuh muka.
“Macam mana Tamar?” Tanyanya ketika saya melintasi di ruang tengah.
“Setakat ini, tidak ada apa-apa,” kata saya.
“Kamu kena badi hutan.”
“Entah,” saya terus gelengkan kepala.
Meneruskan langkah yang terhenti. Sebenarnya, saya tidak mahu mengingati dengan apa yang telah saya alami. Dan secara kebetulan pula, beberapa bahagian dari peristiwa itu bagaikan terus hilang dari ingatan saya,. Jika ada orang yang meminta saya menceritakan kembali, mungkin sebahagian kecil sahaja yang saya ingati.
“Duduk sini,” Uda Lamat memanggil saya.
Bila dilihatnya saya mahu duduk di sudut kanan anjung rumah. Sebaik sahaja saya duduk datuk terus bangun, dia menuju ke halaman rumah membetulkan kedudukan beberapa batang buluh yang dijemurnya.
Menjemur batang-batang buluh yang baru ditebang, memang kerja datuk. Bila buluh-buluh itu berubah warna, datuk terus membelahnya untuk dijadikan bilah lokah atau dibuat raga besar bagi mengisi pisang. Saya tersenyum, melihat muka datuk berkerut-kerut menahan panas, kedua belah pelipisnya mula ditumbuhi peluh-peluh halus.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 104~
Mandi di ambang pintu
“Saya nak tanya,” kata saya pada Uda Lamat.
“Silakan, Tamar.”
“Benarkah apa yang terjadi pada saya ni, kerana ketegur atau kena badi orang mati bunuh diri?” Tanpa segan-segan saya ajukan pertanyaan pada Uda Lamat, sata rasa gembira angin yang bertiup di luar rumah masuk ke ruang anjung, badan terasa sejuk. Saya renung jam yang tersangkut di dinding, sudah hampir pukul sebelas pagi.
“Kamu jangan tak tahu Tamar, itu bukannya badi, bukannya penunggu atau ketegur, tetapi semuanya itu kerja iblis,” suara Uda Lamat meninggi.
Matanya merenung ke arah datuk yang melangkah dalam panas ke arah anjung rumah.
“Saya membaca ayat-ayat suci, waktu berdepan dengan perkara-perkara yang pelik yang saya fikirkan ada iblis atau syaitan terlibat sama,” ujar saya penuh yakin.
Datuk sampai ke ruang anjung, terus duduk.
“Soalnya, masa kamu menyebut ayat-ayat suci itu, adakah kamu yakin yang hati dan perasaan kamu tidak was-was padanya. Dengan bisikan jahat dan was-was inilah iblis telah menipu Nabi Adam. Menimbulkan rasa was-was, memang kerja iblis,” tanpa diduga datuk turut campur dalam perbualan saya dengan Uda Lamat.
Bila datuk campur tangan dalam hal seperti ini, hati saya tidak begitu seronok. Datuk selalu bertindak mahu mengajar dan membetulkan kesilapan diri saya di depan tetamu, perbuatannya itu secara tidak langsung memperbodoh-bodohkan diri saya. Inilah perkara uyang memang tidak saya gemari. Sebabnya, saya merasakan diri saya bukan budak-budak yang berusia antara sembilan hingga sepuluh tahun.
“Apa yang datuk kamu cakap itu memang betul,” Uda Lamat renung muka saya.
Sebagai mengambil hati dan rasa hormat pada orang tua, saya terus tersengih. Datuk anggukkan kepala. Matanya merenung ke halaman rumah yang kelihatan membahang dengan cuaca panas.
“Selain daripada bentuk asalnya, iblis dan syaitan kadang-kadang menyerupai manusa. Boleh bercakap-cakap dengan manusia, memberi nasihat pada kita,” lanjut Uda Lamat dengan wajah yang serius.
“Peliknya, iblis boleh menyuruh dan menegah manusia daripada melakukan sesuatu,” sampuk datuk.
Uda Lamat kelihatan bertambah bersemangat. Kemudian, datuk dan Uda Lamat terus menceritakan tentang peranan iblis dalam tingkah laku anak Adam. Biasanya, iblis atau syaitan akan menggoda manusia ketika seseorang itu berada dalam keadaan:
• Marah dan bernafsu.
• Melalui rasa dengki yang membara pada diri.
• Waktu manusia terlalu kenyang dengan makanan dan minuman.
• Ketika manusia menyukai perhiasan yang berlebihan, seperti hiasan bangunan, pakaian dan barang-barang kemas.
• Sifat tamak.
• Sifat terburu-buru.
• Menerusi sifat bakhil.
• Menerusi rasa fanatik mazhab.
• Waktu manusia mementingkan diri sendiri.
• Menerusi rasa atau sifat prasangka buruk terhadap saudaranya yang Islam.
Demikian datuk dan Uda Lamat menguraikan peranan iblis. Saya menerima keterangannya itu sambil berfikir bahawa iblis ada seribu cara untuk meruntuhkan dan mendorong manusia ke arah jalan yang tidak diredhai oleh Allah. Saya terus menarik bafas panjang.
“Bila dalam diri manusia terdapat perkara-perkara yang disebutkan tadi, mudah saja syaitan dan iblis menjalankan jarumnya,” dengan nada suara yang lembut datuk mengungkapkan kata-kata itu.
Dia renung ke arah saya. Cepat-cepat saya menundukkan kepala. Terasa angin yang berlegar-legar dalam ruang anjung menyentuh hujung rambut di pelipis kiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 104~
Mandi di ambang pintu
Tanpa diduga, nenek menghidangkan satu teko kopi panas bersama dua cawan kosong. Saya kira nenek terlalu lambat menyediakan semuanya itu. Kenapa sudah berjam-jam Uda Lamat berada di rumah, baru disogokkan dengan kopi. Apakah datuk mengeluarkan perintah agar nenek berbuat demikian? Timbul pertanyaan dalam diri saya.
“Minta maaf,saya terlambat,” nenek bersuara.
“Awak buat apa hingga terlambat?” Soal datuk.
“Tadi, saya ke kedai nak beli tepung untuk buat kuih nak jamu awak dan Uda Lamat, sampai ke kedai runcit saya tersangkut.”
“Mendengar cerita orang tau belajar mengumpat,” datuk membuat tuduhan secara terbuka pada nenek.
Saya lihat wajah nenek berubah. Sesungguhnya, tidak ada sesiapa yang gembira bila dituduh secara melulu di depan tetamu. Sebagai isteri yang penyabar,kaya dengan pengalaman serta asam garam kehidupan, Nenek tidak memperlihatkan kemarahannya. Dia tetap tenang dengan senyum segar di bibir tua.
“Beberapa orang menasihatkan saya.. ,” nenek berhenti bercakap.
Dia tuangkan air kopi ke cawan untuk datuk.
“Apa yang mereka nasihatkan awak?”
Tanya datuk lalu berdirikan lututnya.
Telapak tangan kanannya diletakkan ke atas tempurung kepala lutut kiri. Dia terus termenung sambil mengerutkan dahinya. Tetapi sepasang matanya tertumpu ke wajah Uda Lamat.
“Siapa yang menasihatkan awak tu?”
Datuk mula cungkil rahsia.
Nenek tetap tenang. Dia bersila di depan datuk.
“Tuan kedai menasihatkan kita supaya mengadakan jamuan atau semahan,” nenek mulakan cerita dengan wajah bersahaja.
“Tujuannya, untuk menjamu penunggu hutan, penunggu gunung, penunggu paya supaya jangan mengganggu cucu kita dan orang-orang kampung yang lain,” nenek berhenti bercakap.
Dia menelan air liur.
“Tuan kedai tempat awak mengambil barang tu namanya, Haji Taufik?” Uda Lamat kemukakan pertanyaan.
Nenek anggukkan kepala. Saya lihat datuk resah, macam ada sesuatu yang mengganggu ketenteraman dirinya.
“Kenapa Pak Haji menyuruh kita membuat sesuatu yang bertentangan dengan hukum Allah,” Uda lamat seperti mengeluh.
Nenek terus bangun, menuju ke ruang dapur. Datang kembali ke anjung rumah membawa segelas air halia yang sudah ditaruh dengan beberapa titik madu lebah. Air itu, adalah untuk saya. Mungkin air halia bercampur dengan madu lebah mempunyai khasiatnya tersendiri. Tidak mengapa, bila Uda Lamat pulang, perkara itu akan saya tanyakan pada nenek atau datuk.
“Perbuatan khurafat,” suara datuk keras. Sepasang biji matanya terbeliak merenung muka saya. Menggigit bibir bersama rasa kesal yang amat sangat.
“Iblis memang tidak pernah berhenti dari berusaha menjadikan manusia memandang yang buruk itu baik, yang baik itu buruk, memang sudah aku duga perkara seperti ini akan timbul,” lanjut datuk lagi.
“Tak mengapa, kita harus membetulkan anggapan yang silap itu. Kita beritahu tempat kita mengadu dan meminta hanyalah pada Allah yang Maha Besar, bukannya pada penunggu, bukannya pada keramat,” Uda Lamat cuba menyejukkan hati datuk.
“Ya, kita berusaha ke arah itu,” sahut datuk.
Saya kira, perkara yang dibincangkan itu habis di situ sahaja. Ternyata perkiraan saya itu tidak tepat, datuk dan Uda Lamat terus bercerita tentang masalah yang bersangkut paut dengan pendirian masing-masing. Tentu sahaja perkara semacam ini, tidak mengembirakan saya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 104~
Mandi di ambang pintu
“Saya nak keluar, jalan-jalan keliling kampung tuk,” saya ajukan permintaan pada datuk.
Uda Lamat renung muka saya.
“Jalan keliling kampung tu di mana?” Datuk meminta kepastian.
Biji matanya tertumbuk ke wajah saya. Rasa cemas kembali bertandang dalam diri saya.
“Saya nak ke kebun, saya nak tengok pokok pisang, betik dan lain-lain lagi,” ungkap saya penuh ikhlas.
“Tak payah,” datuk memberikan kata muktamad.
Saya menelan air liur kecewa. Uda Lamat dapat membaca rasa hampa dalam diri saya melalui riak muka.
“Tak payah pergi Tamar, dengar cakap datuk kau tu. Kamu tak berapa sihat,” Uda Lamat menyejukkan hati dan perasaan saya.
Nasihatnya itu saya terima.
“Sebagai orang Melayu beragama Islam, kita adalah orang yang bertuah dan beruntung di dunia,” Uda Lamat lunjurkan kedua belah kakinya,
membayangkan dia mahu bercerita secara serius dan panjang pula.
“Kenapa awak kata macam tu?” Tanya datuk.
“Apa yang ada pada kita, tidak ada pada orang Jepun, tidak ada pula pada orang Inggeris dan tidak ada pada orang Amerika,” jawab Uda Lamat.
Jawapannya itu tidak menyenangkan diri datuk. Saya mula merasakan keterangan Uda Lamat itu kebudak-budakkan. Sebabnya, pada hemat saya orang-orang Jepun, Perancis, Amerika dan Inggeris satu bangsa yang maju dapat bergerak dan berkembang seiring dengan arus zaman abad kedua puluh. Masakan orang dapat mengikuti atau memiliki dengan apa yang ada pada diri mereka.
“Apa yang tak ada pada mereka tu? Kau nak kata mereka tak berilmu? Tak ada Tuhan, tak ada adat dan budaya, sedangkan mereka menguasai semua bidang dalam dunia ini,” datuk menyanggah pendapat Uda Lamat.
Dalam hati kecil, saya setuju dengan pendapat datuk itu. Saya kira Uda lanat tidak dapat menghujah pendapat datuk. Uda lamat terus termenung. Agaknya berfikir untuk mencari jawapan.
“Apa yang tak ada pada mereka?” soal datuk lagi.
“Mereka tak ada IMAN,” jawab Uda Lamat, membuat saya dan datuk berpandangan sesama sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 105~
Harimau sembunyi kuku
Buat seketika, tidak terucap sepatah kata dari kelopak bibir kami bertiga. Datuk memicit-micit pangkal pehanya, mungkin dia lenguh kerana terlalu lama duduk. Saya mengarahkan sepasang mata ke arah halaman rumah yang dipancar matahari. Hati bagai digeletek untuk mendengar penerangan selanjutnya tentang iman dari Uda Lamat.
“Tambah kopi lagi, Uda.”
Datuk terus pegang teko lalu menuang kopi ke cawan Uda Lamat.
“Cukup, cukup, “tahan Uda Lamat sambil memperkemaskan silanya
Datuk berhenti menuang air kopi.
“Berborak begini sambil minum memang seronok,” ujar datuk lalu menghirup air kopi.
Uda Lamat angguk kepala sambil memandang ke aras saya.
“Apa macam Tamar, betul tak mereka tak ada iman?” Tanya Uda Lamat.
Saya jadi serba salah, sukar untuk memberikan penjelasan. Saya bukanlah orang yang pandai tentang agama.
“Entah, saya tak tahu,” jawab saya spontan.
“Betul kau tak tahu?” Uda Lamat jegilkan biji mata ke arah saya.
Perbuatannya itu membuat saya jadi serba salah. Apa yang buat saya terasa tidak kena belaka.
“Betul saya tak tahu, saya tak main-main,” suara saya merendah.
Memang terasa malu mengaku kebodohan sendiri di depan datuk dan Uda Lamat.
“Bagus, bercakap dengan jujur. Orang bodoh saja yang mengaku tahu terhadap perkara yang dia tidak tahu. Orang bijak tidak macam itu,” ungkap Uda Lamat lalu menepuk bahu saya berkali-kali.
Saya kembali bersemangat.
“Kamu memang budak yang bijak,” sambung Uda Lamat memuji saya.
Rasa megah datang ke dalam hati. Muka terasa kembang dan hati bertambah bangga. Saya mula berani angkat kepala. Berani tatap wajah datuk dan Uda Lamat.
Dua kali datuk batuk. Itu batuk pura-pura untuk menyindir saya, agar jangan mabuk kerana pujian. Sambil menghirup air kopi, Uda Lamat kemaskan sila.
“Kita percayakan Allah dan Rasul, ini adalah sebahagian dari rukun iman. Dan iman itu sendiri ertinya, kepercayaan yang terbit dari hati seseorang iaitu, mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa api yang dibawa oleh Nabi Muhammad adalah benar yang datangnya dari Allah Subhanahu Wataa’la,” Uda Lamat angkat muka.
Biji matanya tajam menyorot ke wajah saya. Biasanya bila dia berkeadaan demikian, pasti mahu memulakan sebuah kuliah yang tidak dapat dijangka masanya sama ada panjang atau pendek.
“Maka,” Uda Lamat tegakkan lutut kanan dan kepala lutut dijadikan tempat meletakkan telapak tangan,
“ilmu yang dipelajari adalah untuk menyempurnakan pengenalan iman. Orang lelaki yang beriman dipanggil atau disebut Mukmin dan perempuan yang beriman disebut Mukminat,” Uda Lamat telan air liur.
Dia berhenti bercakap. Jejari tangan kanannya bergerak-gerak memukul lantai.i
“Saya nak tambah sikit boleh tak?” Datuk angkat kepala.
Renung muka Uda Lamat. Perlahan-lahan Uda Lamat menagangguk memberi jalan pada datuk.
“Iman dan Isam tak boleh diceraikan untuk mendapatkan kelepasan azab di hari akhirat nanti,” kata datuk.
Uda Lamat tegakkan ibu jari kanan.
Lagi sekali dia anggukkan kepala, setuju dengan pendapat datuk.
Saya makin diamuk keresahan. Bila datuk dan Uda Lamat memulakan perdebatan semacam itu, ertinya saya harus duduk lama di sisi mereka. Saya terus berfikir apa yang patut saya lakukan untuk menjauhkan diri dari mereka.
“Kerana mereka tidak ada iman, semakin maju mereka bergerak mengikut arus kemodenan, semakin pincang masyarakat mereka jadi tidak tentu arah. Mereka kehilangan arah,” itu hujah Uda Lamat,
“mereka seperti mahu kembali ke zaman kuno,” tambahnya seiring dengan senyum.
“Haa sebab itulah…,”
datuk angkat tangan kanan, matanya terbeliak,,
“pakaian mereka tak tentu arah, berambut panjang, kalau menyanyi terjerit-jerit macam beruk kena belacan, tak payah nikah, jantan betina duduk sebilik, lahirkan anak haram, alasan mereka ini kebebasan dan ini kemajuan,” sebaik sahaja datuk mengakhiri kata-kata tergambar kepuasan di wajahnya.
Hampir sahaja saya mahu ketawa melihat telatah datuk yang agak melucukan itu. Tetapi, nampaknya Uda Lamat sejalan dengan fikiran datuk. Buktinya yanga paling nyata, dia sering sahaja anggukkan kepala dan mengharapkan datuk meluahkan buah fikiran selanjutnya. Datuk menggaru pangkal telinganya dua tiga kali. Mungkin otaknya berjalan memikirkan sesuatu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 105~
Harimau sembunyi kuku
“Perkara yang tak senonoh tu, jadi ikutan anak-anak muda kita yang beragama Islam, segala morfin ganja semuanya berasal dari sana,” datuk lahirkan pendapat.
“Entahlah, apa nak jadi, aku sendir pun tak tahu nak cakap,: Uda Lamat bagaikan mengeluh.
“Agaknya, pegangan keimanan kita sudah nipis, fasal itu kita meniru orang lain,” tingkah datuk lalu menarik nafas dalam-dalam.
Rasa jemu yang menguasai diri membuat saya meluruskan sepasang kaki. Bahang panas di luar membuat badan saya terasa bergetah. Saya jadi tidak selesa.
“Otak mereka bergeliga tetapi rohani mereka kosong. Tidak diisikan dengan iman, kerana itu mereka teraba-raba mencari pegangan dalam hidup,” suara Uda Lamat lembut dan saya tertarik dengan pendapatnya itu.
“Dalam mencari itulah mereka jadi sesat, lalu lahir bermacam agama baru yang bertujuan untuk mencari ketenangan rohani, bila perkara yang dicari tidak dapat ditemui mereka membunuh diri beramai-ramai, semuanya ini kerana mereka tidak ada iman,” lanjutnya Uda Lamat lagi.
Datuk angguk kepala. Kagum juga saya, orang kampong macam Uda Lamat dapat memberikan pendapat yang baik. Mungkin dia bercakap berdasarkan perhatiannya yang teliti dan mungkin juga berdasarkan pada pengalaman.
Dalam saat itu juga saya teringatkan berita yang pernah saya baca dalam akhbar berhubung dengan tindakan beberapa orang bijak pandai Negara Barat, tidak kira dari Blok Komunis atau sebagainya bertindak membunuh diri, bila mereka merasakan yang diri mereka tidak dapat melakukan sesuatu dengan lebih baik dari apa yang telah mereka lakukan. Seorang novelis boleh membunuh diri kerana merasakan dirinya tidak akan dapat melahirkan mahakarya seperti dihasilkan sebelumnya.
Begitu dengan pelakon filem, penyanyi dan sebagainya, bila mereka merasakan apa yang mereka hasilkan kini, tidak sebaik masa lalu, mereka segera mencari pelarian dengan melakukan apa sahaja yang mereka fikirkan boleh memberi ketenangan, mereka mencipta pakaian yang manjolok mata, bersekedudukan, melakukan hubungan sesame jenis, bunuh diri namun ketenangan rohani yang mereka cari makin jauh dari mereka.
“Iman adalah sinar kehidupan manusia sedunia,” Uda Lamat meninggikan suaranya untuk menarik perhatian
saya yang termenung.
Apa yang bermain dalam tempurung kepala saya segera berakhir. Datuk menghirup kopi lagi.
“Bila iman sudah berada dalam diri seseorang, dia akan merasai dirinya cukup kecil, mahu melakukan sesuatu dengan penuh kerelaan demi Allah yang maha besar,” datuk menyampuk.
“Ya, itu sudah tentu, sebab dia sudah tahu ke mana akhirnya kehidupan yang dilaluinya,” tingkah Uda Lamat.
“Kembali pada yang menjadikan dirinya sebagai hamba,” sahut datuk.
Lagi sekali Uda Lamat tegakkan ibu jari kanannya ke arah datuk.
“Orang yang beriman tidak takut pada manusia. Dia hanya takut pada Allah, kerana itu bila dia sendiri atau makan gaji dia akan bekerja dengan jujuir, tidak mahu ponteng, tidak mahu menerima rasuah, tidak mahu melakukan penyelewengan, tidak mahu menindas. Kalau jadi ketua akan jadi ketua yang bertimbang rasa dan tegas kerana dia sedar apa yang berbuatnya itu adalah amanat Allah,” satu kuliah pendek yang amat berkesan dir Uda Lamat.
Membuat saya termenung panjang sambil berfikir.
Kenapa orang yang beriman itu jadi begitu? Timbul pertanyaan dalam diri saya. Anehnya, jawapan dari pertanyaan itu datang sendiri ke dalam hati saya, orang yang beriman itu mempunyai kekuatan yang tersendiri, ada pegangan dalam kehidupannya. Selalu mahu melakukan kerja yang baik dan diredhai Allah. Jiwanya jadi tenang kerana menyandarkan hidupnya pada Allah. Garis kehidupan tidak lari dari panduan Allah dan Rasul.
“Satu hal yang mesti kita ingat untuk mencari iman yang penuh, kita mesti mempunyai kesungguhan dan ilmu itu perlu dicari,” datuk mengejutkan diri saya dari berjawab dengan perasaan sendir.
Uda Lamat tidak memberikan sebarang komen terhadap kata-kata yang datuk luahkan itu. Dan saya sendiri tidak mahu mengemukakan sebarang soalan padanya. Apa yang pasti, saya mesti mencari kebenaran dari kata yang diucapkan oleh Uda Lamat itu dari ulama yang diakui tentang ketinggian ilmunya. Mungkin perkara itu memakan masa sedikit, tidak mengapa kerana ilmu boleh dicari dalam sehari dua.
Orang Islam terdahulu dari kita kuat imannya kerana itulah pernah wujud Empayar Islam yang menguasai sebahagian dari benua Eropah, mempunyai angkatan perang yang kuat dan dikagumi oleh orang bukan Islam. Mempunyai cerdik pandai yang terbilang, ibu negara Islam jadi pusat sejarah Islam pula. Ternyatata orang tua yang kelihatan tidak ada apa-apa itu sebenarnya seorang yang luas pengetahuannya tentang Islam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 105~
Harimau sembunyi kuku
“Agaknya mereka berjaya kerana mereka melakukan sesuatu kerana Allah, bukan kerana mahu pangkat atau nama, mereka curahkan ilmu pada orang lain demi kemajuan Islam,” tanya saya.
“Ya, mereka melakukan sesuatu berlandaskan hukum Islam yang betul, kuat beriman pada Allah. Tetapi, sekarang kebesaran Islam mula runtuh mungkin kerana iman orang Islam sudah menipis. Dahulu orang Islam dihormati kerana ketinggian ilmu dalam segala bidang, sekarang orang Islam mengemis ilmu pada orang bukan Islam sedangkan ilmu itu dulu dipelopori oleh orang Islam,” nada suara Uda Lamat mengandungi rasa kesal.
Dia merenung ke kiri dan kanan.
“Apa mahu dikatakan lagui semuanya sudah berlalu, tidak guna dikenang, buat menyakitkan hati saja,” rasa putus asa yang diluahkan oleh datuk memang menusuk perasaan saya.
“Perkara ini timbul kerana memperkatakan tentang iman,” sahut Uda Lamat, dia seolah-olah merasa kurang senang dengan kata-kata yang diluahkan oleh datuk.
“Saya faham iman dan Islam memang tidak boleh dipisahkan,” datuk bagaikan tersedar tentang kesilapan kecilyang dilakukannya.
“Mengenang untung malang masa lalu untuk dijadikan panduan teladan bagi masa depan, hukumnya harus, tidak salah kerana kita mencari kebaikan, setiap yang baik itu memang digalakkan oleh Islam dari perkara kecil sebegini boleh memberikan baja pada rohani kita untuk menguatkan iman ini salah satu cara yang paling mudah dan kecil kita lakukan.” Ternyata secara tidak langsung, Uda Lamat memberikan ilmu yang baik untuk diamalkan.
“Betul cakap awak tu,” datuk bersuara.
“Jangan cepat kata betul, fikir dan kaji apa yang saya katankan itu,” Uda Lamat mula bangun.
Dia mengeliat bagi menghilangkan rasa lenguh di setiap sendir anggota tubuhnya.
Saya bangun lalu mengumpulkan cawan-cawan kosong, kemudian saya serahkan pada nenek di dapur. Waktu saya dating ke ruang anjung semula, saya dapati Uda Lamat sudah pun berdiri di anak tangga.
“Awak tak usahlah bimbang, apa yang terjadi pada cucu awak dengan izin Allah tak akan berulang lagi. Awak sendiri tahu bagaimana mahu mengatasi perkara buruk macam itu,” sambil bercakap Uda Lamat tening muka datuk.
“Saya tahu, tapi iblis dan syaitan tak mudah mengaku kalah,” sahut datuk.
“Sebagai hamba Allah kita harus berikhtiar dan meminta perlindungan dari Allah.” Uda Lamat hulurkan tangan pada datuk.
Mereka bersalaman, bebrapa detik kemudian Uda Lamat melangkah turun dan akhirnya sarungkan capal ke kaki.
“Saya jalan dulu,” Uda Lamat dongak muka ke arah datuk.
“Silakan,” balas datuk dengan senyum. Uda Lamat pun mengatur langkah lalu meredah panas terik.
Datuk yang berdiri di ambang pint uterus menyorot langkah Uda Lamat hingga hilang dari pandangannya. Saya yang masih duduk bersila di rauang anjung terus melunjurkan kedua belah kaki. Walaupun saya berusaha melupakan apa yang telah terjadi pada diri saya tetapi, peristiwa itu sesekali menerpa juga ke dalam tempurung kepala yang membuat saya merasa cemas dan bimbang tidak menentu.
“Dia macam harimau yang menyembunyikan kuku,” datuk segera pusingkan badan.
Merenung tepat ke arah batang hidung saya.
“Siapa yang tuk maksudkan?
”Tuk kata macam tu padanya?"
“Uda Lamat.”
“Kenapa tuk kata macam tu padanya?” Saya mendesak.
“Dia orang berilmu tapi, ramai yang tidak tahu tentang kebolehannya, dia selalu merendahkan diri walau dia ada harta kerana sikapnya itu, orang selalu memikirkan dirinya tidak ada apa,” datuk lagakan gigi atas dengan gigi bawah berkali-kali.
Anak matanya menyorot sayu ke halam rumah yang terbentang dipanggang matahari yang terik.
“Siapa sebenranya Uda Lamat tu, tuk?”
“Dia tu pengasas sebuah sekolah Arab di Selangor, kerana semangatnya yang meluap-luap meentang Inggeris dia ditangkap, bertahun duduk dalam tahanan di Singapura, Morib, Melaka, bila dibebaskan dia terus membuka kedai buku-buku agama di Pulau Pinang. Dia juga menulis buku-bku atau kitab-kitab agama.”
“Dah tu macam mana dia dating sini, agaknya dia memang oaring kampong kita tuk?”
“Memang datuk neneknya orang sini, bila dia tak berniaga dia terus menetap di sini, dia jadi petani dan tumpukan kerja pada hal-hal kebajikan serta keagamaan,” demikian datuk menjelaskan pada saya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 105~
Harimau sembunyi kuku
Sesunggunhnya, penjelasan itu membunuh keraguan dan anggapan nuruk saya terhadap Uda Lamat. Selama ini, saya anggap dirinya sebagai manusia yang menggunakan kekayaan untuk menarik perhatian orang-orang kampong, suka menikah dengan perempuan yang diingini. Saya juga selalu memikirkan yang Uda Lamat itu tidak ada apa-apa, tarafnya sama dengan orang-orang kampung yang rata-ratanya tidak mendapat pendidikan hingga tahap sekolah menengah. Jauh di dalam hati, saya menyesali diri sendiri kerana terlalu cepat memberi penilaian atau ‘label’ terhadap seseorang mengikut pandangan sendiri.
“Ada lagi yang nak kau tanyakan tentang Uda Lamat dari aku, Tamar?” Datuk ajukan pertanyaan pada saya.
Nada suaranya keras bersama wajah yang tidak menyenangkan. Tanpa berfikir panjang, saya terus menjawab.
“Tak ada lagi nak tanya tuk. Dia orang yang berilmu.”
“Kamu harus berguru dengannya, dampingi dirinya untuk mencari sesuatu yang berguna darinya,” sebaik sahaja selesai berkata-kata datuk meninggalkan saya sendirian di ruang anjung rumah.
Saya sudah faham benar dengan perangai datuk, bila sahaja ada orang yang difikirkannya memiliki ilmu yang tinggi, sama ada ilmu dunia atau akhirat, dia akan menggesa saya mendekati orang itu untuk menimba ilmu sebanyak mungkin dari orang tersebut.
Inilah perangai datuk yang tidak saya senangi. Apakah datuk memikirkan setiap inci ruang dalam kepala saya ini, mesti diisi dengan ilmu yang dikutip dari orang tertentu. Apakah datuk fikir setiap orang yang berilmu itu, amat mudah mahu mencurahkan ilmu pada cucunya yang bernama Tamar Jalis.
Suara batin saya terus bergolak dalam dada. Tidak terdaya mahu saya luahkan pada datuk. Saya tidak sanggup menerima tengking herdik dari datuk bila perkara seperti itu dinyatakan secara terbuka padanya. Memang pantang datuk tujuh keturunan mengaku kalah sebelum mencuba. Dalam istilah kehidupan seharian datuk tidak ada perkataan ‘kalah’ sebelum berjuang. Datukselalu memuji dan hormat dengan sesiapa yang sudah mencuba atau berusaha sedaya upaya tetapi akhirnya kalah.
“Orang seperti itu memang patut dipuji dan dihormati, mereka ada kemahuan, ada semangat dan sanggup menghadapi cabaran tetapi tuah tidak ada pada mereka. Dalam budaya orang-orang Melayu mencuba dan berjuang memang diutamakan tetapi budaya itu, kini sudah luput, apa yang ada pada kita ialah mengaku kalah sebelum berjuang,” secara mendadak sahaja saya teringatkan kata-kata yang pernah datuk ucapkan pada saya.
Dengan izin Allah, berkat doa dan usaha dari datu dan Uda Lamat, saya dapat mengikis kenangan pada peristiwa ganjil yang telah saya alamai dari kotak ingatan saya. Rasa yakin pada diri sendir semakin menebal di hati malah, batang tubuh dan wajah Amjal Kamal tidak lagi di ruang mata, ketika saya duduk mengelamun sendirian.
Dalam waktu tertentu, terutama menjelang waktu senja, saya akan terserempak dengan Agam melintasi kawasan belakang rumah. Bila terserempak begitu, kami tidak berkata apa-apa. Kadang-kadang baru sahaja terniat mahu memberi salam Agam terus hilang dengan sekelip mata sahaja. Bila hal itu saya sampaikan pada datuk, dia Cuma mengingatkan saya, supaya berhati-hati.
Memang tidak pernah terfikir yang saya boleh menjalin hubungan dengan Uda Lamat penuh akrab. Saya sering bertandang ke rumahnya bila ada waktu terluang. Dia memang handal tentang sejarah Islam, nama pahlawan dan pemimpin Islam zaman nabi hingga kini terkumpul dalam kepalanya. Tanyalah tentang apa sahaja yang berhubung dengan keagungan dan sebab-sebab keruntuhan empayar Islam, dia akan menjelaskannya dengan terperinci sekali.
Setiap kali saya meninggalkan rumahnya, Uda Lamat sering mengingatkan saya supaya memperbanyakkan sembahyang sunat. Menurutnya bila kita banyak melakukan sembahyang sunat, secara tidak langsung kita akan memperdekatkan diri dengan Allah dan Allah akan memberikan kekuatan zahir dan batin, kita akan terlindung dari gangguan m,akluk jahat seperti iblis dan syaitan. Saya berazam unutk menunaikan segala nasihat yang baik dari Uda Lamat itu.
Pada suatu hari, tanpa diduga, datuk menerima sepucuk surat dari keluarga jauh yang bertugas dengan Keretapi Tanah Melayu di Prai dalam bahagian bengkel. Dalam surat itu Mat Prai (nama timangan yang digunakan untuk keluarga jauh itu) mengundang datuk sekeluarga ke rumahnya.
Saya bagaikan tidak percaya, bila datuk menyatakan yang dia mahu memenuhi permintaan Mat Prai. Setahu saya hubungan datuk dengan Mat Prai tidak seakrab atau semesra hubungan dengan saudara mara yang lain.
“Kenapa tiba-tiba awak nak pergi?” Soal nenek.
“Kalau fikirkan perangai serta perbuatannya pada adik-adiknya, saya memang tak mahu pergi.”
“Tapi sekarang kenapa beria-ia nak pergi?” Desak nenek lagi.
“Ada tiga sebab, pertama aku tak mahu dia anggap aku memulaukannya. Kedua, aku mahu merapatkan kembali hubungannya yang renggang. Ketiga, dia sudah mengalah dengan menulis surat kepadaku dan aku kira dia dalam kesusahan sekarang, tak usah halang aku nak pergi,” datuk memberikan keputusan muktamad.
Nenek hanya angguk kepala sambil tersenyum mengakhiri dialog kecil antara keluarga pada petang di meja makan.
Nenek terus menyatakan, yang dia tak mahu ke Prai kerana urusan binatang ternakan ayam, itik dan kambing serta kerbau. Selain dari itu nenek sudah tidak berdaya untuk duduk di bangku keretapi, bas atau teksi lebih dari setengah jam. Lebih dari masa itu, pasti nenek mengalami sakit pinggang dan dalam tempuh dua puluh empat jam seluruh sendinya akan mengalami bengkak.Nenek juga akan mengalami kesukaran membuang air kecil dan air besar. Datuk dapat menerima alasan itu. Last edited by rdzaccess on 19-6-2013 09:15 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 106 ~
Makhluk aneh di kebun durian
Waktu saya dan datuk berangkat ke Prai, nenek menghantar kami ke perhentian bas di pekan kecil. Nenek membekalkan buah tangan untuk keluarga Mat Prai, dua biji buah air serta beberapa bungkus tapai pulut. Buat saya dan datuk nenek bekalkan nasi lemak. Nenek tak suka kami makan di kedai yang belum pasti kebersihannya.
“Kami naik bas dari sini sampai Taiping saja,” beritahu datuk kepada nenek.
“Dari Taiping ke Prai nak naik apa? Naik keretapi, bas atau teksi?” Nenek terus mendesak.
Datuk kedutkan kening dan dahi.
“Kami nak naik teksi, biar cepat sampai ke Prai.”
“Fasal berjalan, bukan main banyak duit awak,” sindir nenek lalu disambut dengan ketawa oleh datuk.
Saya Cuma tumpang senyum sahaja. Alangkah bahagianya pasangan nenek dan datuk. Walaupun sudah tua, kemesraan dan kasih sayang mereka tetap segar.
Pekan kecil kami tinggalkan bersama doa restu daripada nenek. Tiga jam kemudian kami pun sampai di Prai, dari situ terus menuju ke rumah Mat Prai. Kami disambut dengan penuh mesra dan secara kebetulan pula, pada hari kami tiba itu Mat Prai mula mengambil cuti tahunannya selama seminggu.
“Memang tepat masanya. kami nak balik ke kampung di Balik Pulau. Sekarang musim durian. Ayah Alang boleh ikut kami. Lagipun Ayah Alang dah lama tak tengok keluarga di sini,” Mat Prai yang berkulit hitam, anak jati Balik Pulau yang tinggal di Kampung Kongsi mengemukakan cadangan.
“Itu susah sikit Mat”.
“Apa susahnya, semua tambang dan makan saya tanggung.”
“Bukan fasal tu.”
“Habis fasal apa?”
“Aku janji dengan Mak Alang kamu nak balik cepat,” datuk berdalih.
Saya agak kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh datuk itu. Kalau boleh saya mahu datuk menurut kata Mat Prai. Saya cukup berminat untuk pergi ke Balik Pulau. Sebuah daerah asing yang belum pernah saya jenguk.
“Tak mengapa, dia tahu kalau sudah pergi ke rumah saudara mara tentu makan masa lama. Lagipun di sana ada cerita baru,” Mat Prai mula memujuk.
“Cerita apa Mat?”
“Saya dapat tahu ada cerita pelik di musim durian ni. Buah durian yang luruh malam hilang.”
“Pelik apa, itu tandanya durian yang luruh dicuri orang,” tingkah datuk lalu dia ketawa berdekah-dekah.
Dari gerak geri dan air muka Mat Prai, ternyata dia kurang senang dengan ketawa datuk luahkan.
Perlahan-lahan dia sandarkan tubuhnya ke dinding. Isterinya datang mengambil pinggan dan piring yang kosong. Sebenarnya, kami baru sahaja selesai makan tengah hari. Masakan yang disediakan oleh isteri Mat Prai memang menyelerakan. Tapi datuk makan sekadar untuk kenyang. Cuma saya sahaja yang bertambah.
“Begitulah, bila saya ceritakan semua orang ketawa, bila datang tengok dengan mata kepala sendiri, semuanya ternganga dan takut,” ujar Mat Prai termengah-mengah, usia baru masuk empat puluh tahun.
Ada tiga anak yang masih kecil. Nampaknya, Mat Prai berusaha dengan sedaya upaya untuk memberikan keyakinan kepada diri datuk.
“Saya hampa juga bila Ayah Alang tak percaya,” begitu hampa nada suara Mat Prai.
Rasa kecewa terpamer di wajahnya. Sikapnya yang ditunjukan itu menimbulkan rasa simpati pada diri datuk.
“Kalau bukan dicuri orang, boleh jadi buah durian tu dimakan oleh harimau,” kata datuk sambil renung muka Mat Prai. Cepat-cepat Mat Prai gelengkan kepala.
“Pelik juga, kalau tak dicuri, tak dimakan harimau, makhluk apa yang membahamnya?”
Datuk kerutkan kening.
|
|
|
|
|
|
|
|
“Inilah yang menjadi masalahnya, Ayah Alang.”
“Banyak kebun durian orang lain yang jadi macam tu?” soal datuk lagi.
Saya kira datuk mula minat dengan persoalan yang disampaikan oleh Mat Prai padanya.
“Setidak-tidaknya tiga tuan punya kebun durian mengalaminya. Mereka berjaga malam. Bila terdengar bunyi durian jatuh mereka berkejar ke perdu durian. Bila sampai cuma bekas sahaja yang ada. Di tempat durian jatuh, mesti terjumpa sehelai daun sirih hutan yang tercalit kapur,” Mat Prai mula membuka kisah.
“Perkara ini kau dengar cerita dari orang atau kau tengok sendiri?” datuk mula mencungkil rahsia.
Mat Prai tersenyum.
“Saya sendiri alami perkara tu, Ayah Alang!”
“Hah, kau mengalaminya sendiri?”
Datuk jegilkan biji mata sambil menegakkan badannya. Tanpa ragu dan penuh keyakinan, Mat Prai anggukkan kepala. Silanya terus diperkemaskan.
“Cuba ceritakan pengalaman kamu pada aku.”
“Bila sudah terlihat daun sirih dan kapur tu, saya tercium bau kapur barus yang selalu digunakan untuk memandikan mayat. Saya juga tercium bau telur tembelang,” tiba-tiba saya terasa seram dan bulu tengkuk saya terus berdiri. Datuk menggigit bibir. Wajahnya Nampak tenang sekali.
“Kerana itulah kamu panggil aku ke mari,” datuk membuat tuduhan melulu kepada Mat Prai.
Sudah tentu Mat Prai tidak dapat menerima tuduhan itu. Secara terang-terangan dia menafikannya.
“Saya panggil bukan kerana itu, ada perkara lain yang lebih besar daripada itu. Saya kira hanya Ayah aAang sahaja yang boleh menyelesaikannya,” wajah Mat Prai cukup serius.
“Apa masalahnya Mat?”
“Hubungan saya dengan adik saya bertambah jauh. Saya mahu Ayah Alang jadi orang tengah untuk mendamaikannya.”
“Itu senang, kau mesti mengalah dan bertolak ansur dengannya. Walau apa pun, kau sabarlah dulu. Aku lebih berminat dengan cerita durian di Balik Pulau yang jatuh terus hilang,” hati saya cukup gembira bila datuk sudah menyatakan hasratnya secara terang-terangan kepada Mat Prai.
Saya berdoa dalam hati supaya keluarga Mat Prai berangkat segera ke Balik Pulau.
“Bila agaknya kita nak pergi?”
Mat Prai pula mengajukan pertanyaan kepada datuk. Datuk reasah. Tindakan Mat Prai membuat diri datuk berada dalam keadaan serba salah.
“Aku ikut kamu, cepat kata kamu, cepatlah kata aku,” balas datuk.
“Apa kata selepas sembahyang Asar kita pergi.”
“Boleh juga, asalkan sampai siang ke rempat tersebut. Aku nak tinjau kawasan itu. Manalah tahu boleh jadi semua itu dilakukan oleh manusia, bukan makhluk ganjil.”
Datuk terus bangun. Berdiri di tepi tingkap merenung ke arah rumah para pekerja keretapi yang lain.
“Saya tak fikirkan perkara itu dilakukan oleh manusia. Ini semua kerja makhluk halus,”
Mat Prai bangun lalu mendekati datuk. Dengan tenang datuk menggeleng kepala. Mat Prai jadi resah.
“Mesti perbuatan makhluk halus,” tekan Mat Prai lagi. Datuk segera memandang ke mukanya.
“Tak boleh cakap macam tu, kita periksa dulu dan cari bukti. Manusia ni apa kurangnya dengan tipu helah,” balas datuk. Mat Prai terdiam dan terus duduk kembali.
Petang itu, setelah menunaikan sembahyang Asar, kami segera berangkat ke jeti (sekarang Pengkalan Sultan Abdul Halim) dan dari situ menyeberangi selat kecil (saya menyebutnya sebagai Selat Pulau Pinang) dengan feri menuju ke Bandar Tanjung, (George Town – Pulau Pinang) kerana sudah beberapa kali datang ke bandar tersebut, tidak ada sesuatu yang menarik bagi saya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 106 ~
Makhluk aneh di kebun durian
“Kami segera menuju ke perhentian bas di Pengkalan Weld untuk menanti bas ke Balik Pulau. Mat Prai sudah memberitahu saya jalan ke sana agak bengkang-bengkok. Kalau tidak tahan boleh muntah dibuatnya.
Sebagai usaha agar saya tidak muntah dalam perjalanan, datuk segera hulurkan secarik kertas yang disambarnya ketika kertas itu diterbangkan oleh angin di depannya.
“Buat apa tu?”
Tanya Mat Prai.
“Petua orang tua-tua, bila kita nak berjalan, tiba-tiba terserempak dengan daun atau kertas yang diterbangkan angin, cepat-ceoat kita sambar dengan senafas. Khasiatnya boleh dijadikan tangkal penahan muntah”.
“Selain dari daun dan kertas, ranting kayu boleh tak digunakan?”
Soal Mat Prai lagi.
“Boleh, asalkan benda-benda tu tidak terkena tanah dan datangnya dari arah matahari terbit menuju ke arah matahari jatuh,”
datuk memberi penjelasan.
“Benda tu dibuat macam mana? Ditelan?”
Datuk tersenyum, pertanyaan dari isteri Mat Prai memang melucukan.
“Tak payah ditelan, cukup sekadar diletakkan di bahagian depan perut. Diselitkan pada celah seluar, kain atau tali pinggang. Jangan diubah-ubah atau dibuang, kecuali sampai ke tempat yang dituju. Kalau dibuang di masa dalam perjalanan, kita akan muntah dengan serta merta,”
dengan tenang datuk memberikan penerangan.
“Tapi, anak saya tak muntah apabila naik bas atau keretapi,:”
Mat Prai memberitahu datuk tentang anak-anaknya.
“Boleh jadi kedua anak kamu tu, sudah biasa dengan jalan yang bengkang-bengkok. Cucu aku ni tak berapa biasa, jadi aku buat persediaan.”
“Ya, sediakan payung sebelum hujan”,
tingkah isteri Mat Prai.
Datuk tersenyum dan Mat Prai terus ketawa. Bila ketawa Mat Prai berakhir dan senyum datuk berhenti, bas ke Balik Pulau pun sampai. Tanpa membuang masa kami terus naik bas.
Ketika sampai di perhentian bas di pekan Kongsi yang letaknya berdepan dengan Balai Polis Balik Pulau, hari masih cerah lagi. Kami terpaksa berjalan kaki menuju rumah arwah orang tua Mat Prai yang terletak berdekatan dengan masjid Balik Pulau.
Setelah berada lebih kurang dua jam di rumah orang tua Mat Prai, kami segera berangkat ke rumah yang didirikan oleh Mat Prai di Kampung Pondok Upih.
“Bila saya berhenti kerja, saya nak duduk di sini. Fasal itulah saya buat rumah cepat,”
Mat Prai beritahu datuk.
“Bagus, tanah ni kau beli?”
Soal datuk sambil merenung kawasan rumah papan yang berbumbung lima.
“Tanah pusaka. Ini bahagian saya,”
jawab Mat Prai.
“Oh,”
datuk anggukkan kepala,
“Besar rumah kamu,” sambung datuk.
Mat Prai terus tersengih.
“Naiklah, buat apa tercegat kat situ,”
suara isteri Mat Prai meninggi dari tingkap dapur.
Cukup pantas dia naik ke rumah lalu membuka pintu tingkap.
“Mari kita naik,”
susul Mat Prai.
Cakapnya itu segera kami patuhi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 106 ~
Makhluk aneh di kebun durian
Apa yang menarik perhatian saya ialah tentang karenah anak Mat Prai. Mereka cukup lincah dan riang. Berlari ke sana ke mari di halaman rumah. Adakalanya memanjat pepohon sekitar rumah dan membaling beburung yang terbang rendah.
Bagaikan mahu pecah anak tekak isteri Mat Prai mengingatkan mereka supaya berhati-hati bila berlari. Jangan sampai tersepak tunggul, jangan sampai jatuh dalam longkang atau terjatuh ke dalam perigi buta. Ingatan itu bagaikan tidak berkesan sama sekali terhadap kedua anak Mat Prai. Mereka terus berlari ke mana sahaja ikut kemahuan sendiri.
Telatah kedua orang anak Mat Prai memang membosankan. Tetapi, adakalanya telatah mereka melucukan sehingga sata tersenyum panjang. Selepas puas berlembut, akhirnya isteri Mat Prai hilang sabar apabila dia melihat anak sulungnya menebang pokok langsat. Tanpa sebarang amaran dia terus memukul anaknya itu dengan pelepah kelapa. Datuk terpaksa campur tangan untuk meleraikannya.
“Dia, kalau dah marah memang tak sedarkan diri,”
bisik Mat Prai ke telinga datuk.
Nampaknya datuk tidak dapat menerima alasan itu.
“Kamu sebagai suami harus menahannya. Kalau kau biarkan dia ikut perasaan, nanti budak yang rosak. Kamu sendiri tahu, marah tu permainan syaitan. Aku memang tak suka orang memukul anak teruk-teruk.”
Memang sudah direncanakan, selepas sembahyang Isyak dan makan malam, kami bertiga iaitu datuk, saya dan Mat Prai akan berangkat ke tempat yang dijanjikan. Tetapi, anehnya datuk seperti sengaja mahu melambat-lambatkan untuk pergi ke tempat tersebut.
“Bila kita nak pergi, Ayah Alang? Kalau lambat nanti mengantuk,”
Mat Prai mengajukan pertanyaan.
Datuk yang tersandar di dinding segera menegakkan tubuhnya. Saya lihat kedua belah bibirnya bergerak. Dalam keadaan begini pun datuk masih berzikir, rungut saya dalam hati.
“Tunggu sekejap,”
datuk segera bangun.
Dia pergi ke telaga mengambil air sembahyang. Kembali semula ke rumah dengan wajah yang tenang. Sambil berdiri datuk menatap wajah saya dan Mat Prai.
“Kalau boleh, biarlah muka kita sentiasa dibasahi dengan air sembahyang,”
secara tidak langsungdatuk mengajar saya dan Mat Prai untuk melakukan sesuatu yang baik.
Buat beberapa saat, suasana di ruang rumah terasa sepi. Saya atau Mat Prai tidak berhasrat mengajukan sebarang pertanyaan pada datuk.
“Semua sudah siap?”
Satu pertanyaan yang mengejutkan dari datuk.
Saya dan Mat Prai berpandangan. Sukar untuk saya menangkap maksud sebenar dari kata-kata datuk itu.
“Memang dah siap nak pergi Ayah Alang.”
“Kalau dah siap, mana lampu picitnya, mana penyuluhnya, mana parang panjang dan goloknya,”
soal datuk dengan wajah yang serius.
Saya mula memahami maksud datuk.
“Semua sudah ada, Ayah Alang.”
“Kalau sudah ada, letakkan barang-barang tu di sini, aku nak tengok.”
“Tunggu, saya ambil,”
Mat Prai terus bangun dan keluar dari rumah menuju ke tanah.
Bebepa minit kemudian, Mat Prai datang. Semua barang yang dikehendaki oleh datuk diletakkan di tengah ruang rumah. Datuk menatapnya dengan senyum. Saya melihat dia melangkah ke depan dengan merendahkan badan sambil membengkokkan lutut kirinya. Saya mula faham, langkah itu langkah berisi, ada maksud dan tujuan tertentu. Bukan langkah kosong.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 106 ~
Makhluk aneh di kebun durian
“Daun kelapa untuk suluh memang banyak saya simpan,”
Mat Prai memberi penjelasan.
Datuk menganggukkan kepala lalu duduk mencangkung di depan barang-barang yang disediakan pleh Mat Prai. Saya kira lebih dari sepuluh detik datuk berkeadaan demikian.
“Bukan apa-apa,”
datuk melirik ke arah Mat Prai.
“Kita ni orang Melayu. Sejak zaman-berzaman menggunakan sulih atau andang bila berjalan malam. Tetapi, sekarang andang tak diperlukan. Kita sudah maju. Sudah ada lampu picit, tetapi..,”
datuk tidak meneruskan kata-katanya.
Dia menarik nafas panjang sambil mengedutkan dahi. “kerana di kebun durian ada perkara aneh terjadi, kerana itulah aku mahu menyediakan semuanya ini,” datuk meneruskan kara-kata yang terhenti. Rasa lega bertandang dalam hati saya.
“Sekarang kita pergi,”
itu arahan daripada datuk.
Serentak dengan itu datuk terus berdiri. Saya dan Mat Prai segera mengambil barang-barang di tengah ruang dan melangkah ke pintu.
“Beri aku kepala jalan. Kau Cuma beritahu nak belok ke kiri atau ke kanan,”
datuk menghalang langkah Mat Prai.
Langkah saya jadi terhenti. Kesempatan itu saya gunakan untuk melihat ham dinding rumah Mat Prai.
“Dah dekat pukul sepuluh setengah.”
Keluh saya dalam hati sambil melangkah dan memijak anak tangga. Mat Prai yang mengekor di belakang tidak bersuara langsung. Bila dia sampai di halaman rumah, datuk terus menepuk bumi dengan telapak tangannya tiga kali berturut-turut.
“Kita melangkah sekarang, tak payah pakai andang daun kelapa, memadai dengan lampu picit saja,”
datuk terus berdiri di depan saya.
Baru tiga kali melangkah, datuk terus berhenti.
“Kamu di belakang aku, Si Tamar yang akhir,”
arahan yang tidak menggembirakan dari datuk untuk saya.
Mat Prai segera mengambil tempatnya. Secara mendadak sahaja saya menjadi cemas dan takut. Saya toleh ke kanan dan toleh ke kiri. Apa yang saya lihat ialah pepohon yang kaku dalam kegelapan malam. Suara cengkerik memekakkan anak telinga.
“Ayuh jalan, kau jadi tukang suluh jalan,”
datuk mengingatkan Mat Prai tentang tugas yang mesti dilakukannya.
Perjalanan yang terhenti disambung kembali.
Setiap kali melangkah, saya terasa seperti ada sesuatu yang mengikuti saya. Bulu tengkuk saya meremang secara tiba-tiba. Suara cengkerik yang tidak putus-putus itu, saya rasakan seperti tangisan bayi yang kelaparan susu.
Dalam gelap itu, saya terpandang benda putih yang bentuknya seperti batang pisang berada di awang-awangan dan sering mendekati saya. Anehnya, bila saya jegilkan biji mata dan tumpukan perhatian ke arahnya, benda itu hilang dan apa yang saya lihat ialah dedaun dari pokok-pokok renek yang bergerak-gerak ditolak angin malam.
“Jauhkah lagi?”
Tanpa sabar saya mengajukan pertanyaan kepada Mat Prai.
“Dari sini kira-kira enam rantai lagi,”
jawab Mat Prai sambil melihat ke arah cahaya api pelita dari pondok durian milik orang setempat.
Bila dapat bercakap sambil berjalan, rasa takut dan cemas yang menguasai hati terus hilang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 106 ~
Makhluk aneh di kebun durian
Perjalanan malam yang mendebarkan itu pun berakhir. Kami sampai di pondok durian. Mat Prai segera memperkenalkan dua budak lelaki yang berbadan tegap, berusia lingkungan 25 hingga 26 tahun, berkulit cerah kepada saya dan datuk. Kata Mat Prai, kedua-dua budak tersebut berasal dari Pulau Betung yang sengaja diupah oleh Mat Prai untuk menunggu dusun durian.
“Mereka ni memang berani, ada sedikit-sedikit ilmu dunia. Fasal itu saya panggil mereka,”
bisik Mat Prai pada datuk.
“Macam mana kau upah dia orang?”
Soal datuk dengan nada suara yang perlahan.
Pada hemat datuk, kurang manis kalau persoalkan semacam itu sampai pengetahuan mereka.
Mat Prai segera menjelaskan cara upah yang dilakukan. Mereka akan mengira secara rambang jumlah buah durian yang ada. Kemudian buah itu dibahagi dua tetapi, orang yang diupah itu dimestikan menjaga dan membersihkan dusun durian mengikut musim perjanjian.
“Satu kerjasama yang baik, berasaskan pada kejujuran dan keikhlasan,”
puji datuk lalu dududk di bendul pondok.
Pemuda dari Pulau Bentung berdiri di sudut pondok.
“Tak apalah abang Mat Prai, kerana abang dah ada, biarlah kami balik,”
kata pemuda yang bermata besar.
“Kenapa begitu? Marilah kita tunggu bersama”’
saya cuba menahan.
“Memang sudah begitu janji yang dibuat. Kalau abang Mat Prai ada, kami mesti balik. Kalau dia tak ada kami ambil alih tempatnya,”
tingkah pemuda yang seorang lagi.
Bulu matanya cukup tebal. Apabila kedua pemuda itu mahu meninggalkan pondok durian, Mat Prai segera bertanya.
“Ada benda-benda pelik?”
“Abang tengok sendirilah,”
jawab mereka serentak kalu beredar meninggalkan kami.
Angin malam yang bertiup tenang membuat saya cepat mengantuk. Tanpa membuang masa saya terus merebahkan badan di lantai pondok. Mat Prai terus menghitung buah durian di kaki tangga yang dikumpulkan oleh kedua pemuda tadi.
Datuk pula memeriksa kawasan sekitar pondok dan akhirnya berlabuh di perigi. Saya terkejut bila datuk mandi malam kerana perbuatan mandi malam memang jarang dilakukannya. Mungkin datuk mempunyai maksud dan tujuan tertentu. Fikir saya sambil menggolekkan tubuh ke kiri dan ke kanan lantai pondok yang dibuat daripada bulu.
“Tolong saya, Ayah Alang. Tolongggg…”
Saya terkejut dan segera bangun bila mendengar jeritan Mat Prai. Serentak dengan itu secara tiba-tiba lampu minyak tanah yang tersangkut pada tiang pokok terus padam. Kulit durian berterbangan ke arah saya. Badan saya terasa pedih dan luka. Saya terpaksa merangkak dalam gelap. Jeritan Mat Prai tidak kedengaran lagi. Dia mengerang macam orang menahan sakit yang amat sangat.
Saya terus memanggil nama datuk beberapa kali. Malangnya, laungan itu dihalang oleh bunyi air yang jatuh ke tubuh datuk. Dalam keadaan yang tidak menentu itu, terdengar bunyi paluan kompang yang disertai dengan sorak-sorai yang meninggi. Saya terus merangkak dan meraba dalam gelap. Entah macam mana saya terlanggar dinding pondok yang dibuat dari tepas. Dinding itu terkopak dan saya terdorong ke depan lalu jatuh ke tanah macam nangka masak yang lekang daripada tangkainya. Sekitnya bukan kepalang.
Walaupun sakit, saya cuba bangun dengan berpaut pada tiang pondok. Usaha itu tidak berhasil. Saya tidak dapat bergerak ke mana-mana kerana gelap. Saya terus memeluk tiang pondok. Entah macam mana saya terasa seperti ada makluk ganjil yang muncul di sisi saya. Dalam keadaan yang cemas itu, leher saya diraba oleh sepasang tangan yang berbulu tebal dan panjang. Tangan berbulu itu bergerak dari batang leher ke muka lalu menyentuh pipi, hidung dan mata.
Bila telapak tangan berbulu berada di atas lubang hidung membuat saya sukar bernafas. Tanpa diduga tubuh saya dipeluk dengan eratnya. Dengan sedaya upaya saya cuba meronta, entah macam mana kaki saya tersepakkan sebatang kayu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 106 ~
Makhluk aneh di kebun durian
Saya pun merendahkan badan lalu mengambil kayu tersebut. Dengan sepenuh tenaga, hujung kayu itu saya hentakkan ke tubuh berbulu. Dalam gelap itu saya terdengar suara orang mengeluh menahan kesakitan yang amat sangat. Serentak dengan itu, sepasang tangan yang berbulu yang memeluk tubuh saya beransur lemah dan akhirnya saya bebas dari pelukan yang membuatkan saya sukar bernafas.
Saya terus merangkak dalam gelap tanpa matlamat yang tertentu. Kepala lutut saya terasa pedih bila terlanggar kulit durian. Entah macam mana saya terpelukkan tubuh Mat Prai.
“Siapa?”
Tanya Mat Prai.
“Saya, lampu picit di mana?”
Soal saya sambil duduk dalam gelap.
Mat Prai bercakap sendiri menyalahkan dirinya kerana meletakkan lampu picit merata-rata.
“Aku ingat, aku letakkan dekat tunggul merbau di sebelah kanan pondok. Apa yang mesti kita buat, Tamar?”
“Kita terpaksa cari.”
“Terpaksa merangkak dalam gelap? Ini kerja susah,”
Mat Prai seperti berputus asa.
“Kita tak ada jalan lain, kita mesti cari lampu picit,”
kata saya dan terus merangkak.
Angin malam yang bertiup membuat dedaun bergeselan sesama sendiri. Bunyinya tidak menentu, ada ketikanya seperti daun keretapi dan di masa yang lain pula bunyinya macam bunyi ombak laut. Serentak dengan itu saya terdengar bunyi burung jampuk. Awan di langit kelihatan hitam pekat.
Nyanyian cengkerik bertingkah dengan suara katak. Lolongan anjing liar dipinggir Pekan Kongsi jelas kedengaran. Bulu roma saya terus berdiri. Tidak terdaya rasanya mahu merangkak. Dari setiap sudut saya terdengar suara orang ketawa dan menangis
|
|
|
|
|
|
|
| |
|