CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Goldkey

Puisiku: Tinta Hati Menitip Kata II

 Close [Copy link]
 Author| Post time 25-12-2012 01:12 PM | Show all posts
ayo yo!

likat
pekat
nikmat
melekat
terkulat-kulat
lazat.

Ummp! sedapnya kopi hangat...

CNM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-12-2012 04:16 PM | Show all posts
air naik

air naik lagi
bergenang gudah di hati
apakah akan ada tragedi?
lemas banjir paras buku lali
hati-hati
anak-anak jangan dilepas sendiri
kelak tak tertangisi
bah meragut zuriat dikasihi.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2012 04:31 PM | Show all posts
Bila Bah

hujan mencurah
air bertambah
banjir mencelah,

segalanya payah
rasa nak rebah
hati gundah,

kain habis basah
tak kering sampai sudah
dingin menjarah,

pokok getah basah
penoreh menggelabah
anak dah nak sekolah,

nelayan makin parah
laut bergelora mengundang padah
rezeki makin susah.

CNM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2012 10:11 PM | Show all posts
Berehat

Ilhamku berehat
katanya agak penat
selalu dihambat
jemari yang mengeliat
ingin tarikan yang terhebat
buat tatapan para sahabat
yang berminat
menghayat
puisiku yang mengingat
sebelum terlambat
sebelum diikat
sebelum disebat
sebelum dirembat
mari kita pakat-pakat
bertaubat
mudahan selamat
dunia dan akhirat.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2012 10:41 PM | Show all posts
menggembur cinta

kugembur cintamu
dengan memeluk sekujur rindu
dengan mengucup wangian kasihmu
dengan mendengar syair cintammu
dengan memotret wajah cinta sucimu...

dan kuvideokan untuk tatapanmu.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2012 11:01 PM | Show all posts
mataku membayang

mataku telah membayang
kepalaku rebah di ribaan bantal gebu
badanku berbaring di belakang tilam baldu
wangian kamar membelai lelah di mindaku...

CNM
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-12-2012 01:32 PM | Show all posts
Penyu menangis

setelah meninggalkan zuriat
air matanya menitis menyejat
entah ketemu pewaris
entah jadi habuan penghuni alam
begitulah tertakdir
anak-anak penyu berdikari
demi kelangsungan hidup...

manusia tak termampu
hidup sendiri tanpa dibantu
jadi hargailah orang di sekelilingmu
jangan meninggi diri
jangan lupa asal usul di mana pun berdiri
contohi penyu yang kembali
ke pantai pertama kali melihat mentari...

CNM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2012 10:28 PM | Show all posts
Mana Satu

eh!
dah lebih berat
nak berjalan tak larat
makan kena kerat
boleh kurang lemak berkarat...

eh!
kurang sangat berat
nak berdiri pun tak larat
kena makan banyak biar bulat
tambah lemak segenap tempat...

mana satu yang dimahu
tak pernah kena timbangan itu.

CNM, 26/12/12, 10.27pm, THMK.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-12-2012 11:39 PM | Show all posts
Puisi Gebu

Ah! Mataku tak tertahan
sungguh terangsang
melihat bantal dan tilam
dalam pakaian nipis memberahi
nafsu tidurku memuncak...

Selamat Malam.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2012 07:24 AM | Show all posts
Sama tak serupa

kedidi menari-nari
helang terbang tinggi
merpati menyendiri
murai heboh sana sini
dengan bersayap mereka serupa
cuma lain-lain hala...

kita ada pegangan agama
sama tak serupa
berbeza budaya
berlainan bangsa
pelbagai bahasa
rencam gaya dan cerita.

CNM, 27/12/12, 7.23am, THMK. Last edited by Goldkey on 27-12-2012 05:09 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2012 07:58 AM | Show all posts
Salam Pagi Jumaat

kepada semua sahabat
semoga sihat walafiat
dikurniakan rahmat
dianugerahkan nikmat
dapat beribadat
sempurna lima solat
gandakan yang sunat
amalan bertambah berkat
ditakdirkan mendapat syafaat
berbahagia di dunia dan akhirat

CNM, 28/12/12, 7.43 am, THMK.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2012 03:51 PM | Show all posts
Bapa

siapa itu bapa?
pangkat hakiki kurniaan yang Esa
tinggi martabatnya
ketua keluarga
yang mencorak bangsa negara dan agama.

bapa
berat tanggungjawabnya
mencari rezeki halal buat keluarga
kerana jika haram sumbernya
maka jadi bahan bakar nereka.

bapa
kena beri contoh mulia
mendidik anak-anak berjaya
berpegang kepada landasan agama
patuh kepada suruhan-Nya.

bapa
jangan leka
alpa dengan laman maya
anak isteri tak terjaga
porak peranda keluarga.

bapa
pangkatmu mulia
jaga nama jaga air muka
anak isteri bergantung sepenuhnya
berkualiti bapa berkualiti keluarga.

mengingatkan kaum bapa termasuk saya.

CNM, 28/12/12, 3.49pm, THMK

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2012 11:06 PM | Show all posts
Laut Kasih 247

bersaksikan
deruan ombak dan desiran angin laut kasihmu
aku sering merindui senyuman nakalmu...

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2012 11:06 PM | Show all posts
Globalisasi

Globalisasi
dunia di hujung jari
canggih berbunyi
hati-hati
boleh mengundang tragedi...

zaman ICT
mengubah cara komunikasi
gadget dan pelbagai peranti
sungguh digilai
sampai sanggup mencuri...

video internet pelbagai aksi
melambak dalam kad memori
yang elok tak apa lagi
yang tak elok menjadi-jadi
anak-anak sekolah tumpang sekaki...

ibubapa zaman kini
usah telalu percaya anak-anak dewasa ini
di rumah pijak semut tak mati
di luar apa pun boleh terjadi
kenali anak sendiri...

jadikan globalisasi
pembina generasi
ke arah diredhai Ilahi.

CNM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2012 11:06 PM | Show all posts
seulas rindu

aku mengesani
di sebalik tenang tampangmu
ada seulas rindu
yang mekar mewangi
kaupamirkan pada rona merah bibir senyumanmu...

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2012 11:43 PM | Show all posts
khatulistiwa cinta

khatulistiwa cinta
sentiasa hangat membara
pohon-pohon rindu menghijau rimbun silara
memayungi taman kasih di jiwa
pelangi asmara mewarnai langit sukma
beburung menyanyikan lagu bahagia
indah panorama
di daerah khatulistiwa cinta...

CNM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-12-2012 07:22 AM | Show all posts
Selamat Pagi Semua

Tahniah yang telah sujud kepada-Nya
mari sama-sama berdoa
agar hidup dan kehidupan kita dalam sejahtera
terusan menikmati rahmat dan nikmat yang dikurnia
dapat beribadat kepada-Nya
sementara peluang masih terbuka
sementara ruang masih ada
sementara kesihatan terjaga
sementara diri masih bertenaga
jangan tunggu kesempitan tiba...

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2012 11:59 AM | Show all posts
Suka Tak Suka IV

Suka tak suka
kita bukan raja
nak bergolek dari pagi sampai senja
bangkit berusaha
rezeki ada di mana-mana.

Suka tak suka
kena ada ilmu di dada
hidup di dunia tak semudah disangka
banyak tipu daya
silap langkah terpedaya.

Suka tak suka
wang kena ada
semua benda ada harga
masuk tandas pun diletak harga
30 sen kalau tak silap saya.

Suka tak suka
zaman sekarang komputer kena ada
banyak urusan secara online di laman maya
yang ketinggalan dianggap buta
tak celik multimedia.

Suka tak suka
zaman dah berubah era
tak sama dengan era datuk nenek kita
kena sentiasa peka
kena selalu bersedia hal-hal luar jangka.

Suka tak suka
dah makin susah didik anak muda
pengaruh globalisasi kian melanda
budaya asing dipuja
budaya sendiri semakin dilupa.

Suka tak suka
ibubapa harus lebih peka
anak-anak amanah Yang Esa
corakkan dengan warna yang diredha
hidup aman sejahtera.

Suka tak suka
kembali kepada agama
perkukuh didikan di awal usia
itu jalan terbaik membentuk remaja
jadi manusia berguna.

Suka tak suka
cabaran makin berganda
persikataran makin berbahaya
penjenayah ada di mana-mana
menunggu kita lalai dan leka.

Suka tak suka
kena lebih waspada
jaga diri dan juga keluarga
mohon perlindungan Yang Esa
dijauhkan segala musibah dunia.

Suka tak suka
versi keempat sampai di sini saja
mudahan ada lagi idea
berpesan sesama
ke arah kebaikan bersama.

CNM, 29/12/12, 11.55am, THMK.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2012 05:04 PM | Show all posts
Laut Kasih 248

degup-degup rasa
meniti gelora
teroleng di samudera
menuju pulau cinta di laut kasihmu...

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2012 09:35 PM | Show all posts
hinaanmu

kata hinaanmu
kusagat hancur
kuracik halus
untuk kutaburkan
ke pusara keegoanmu
biar tumbuh rerumput
yang mendoakan keinsafanmu...

CNM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 11:42 AM GMT+8 , Processed in 1.234726 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list