CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tongkatwaran75

DIRANG MATI DIBAKAR: IBUNYA TERKILAN BILA PESALAH DIHUKUM 1 BULAN PENJARA ! post

   Close [Copy link]
Post time 14-3-2012 05:24 PM | Show all posts
cukup2 lah kot nak memaki dan mencemuh org yg ditimpa musibah ni...

mmg dia cuai, dia leka sampai kehilangan nyawa anak tersayang..

mmg kita yg melihat rasa ralat dan kesal dgn kejadian tu...

tapi yg saya tak faham.. apa yg korang dapat dengan memaki dan mencemuh?
lagi tak faham apa yg korang dapat dgn cerita macam mana prihatinnya korang menjaga anak? ada kebaikannya kah dengan makian, cemuhan, dan cerita2 tu semua?

kalau dengan kehilangan nyawa anak dengan cara yg begitu tragis pon tak dapat nak menyedarkan mak dirang tentang kecuaiannya, apa yg buat korang pikir dgn cacian dan makian serta cemuhan boleh menyedarkan mak dirang nih?

kalau dengan kematian anak dengan begitu tragis tak mampu nak menyedarkan mak bapak untuk lebih prihatin menjaga anak, apa yg buat korang pikir denda penjara segala tu boleh nak menyedarkan mak bapak nih? Adakah rasa takut dihukum denda penjara tu akan lebih tinggi daripada rasa takut kehilangan nyawa anak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2012 05:29 PM | Show all posts
pandangan carly, selain dari ada kursus kawin, setiap pasangan kat malaysia ni kena ada kursus menjaga anak2 la... biar sumer alert ttg keselamatan anak2...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2012 05:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by arenis at 14-3-2012 17:45

aku cuma nk menyambung ckit apa yg telah ditulis oleh hazrey dlm blognya itu...
wlw cacian demi cacian, cemuhan berbagai....atas pengakuannya yang cuan dan terleka itu...
anak itu la penyelemat ibunya nnt diakhirat...

Petikan dalam satu blog.
   “Lamanya di Barzakh itu ialah semenjak roh berpisah dari tubuh, semenjak meninggal dunia, sampai hari berbangkit”.“Bagi orang-orang yang beriman di Barzakh hanya terasa sebentar saja”.“Semasa di padang Masyhar, diriwayatkan bahawa anak-anak kaum muslimin yang meninggal dunia sebelum mencapai usia baligh, akan dizinkan memberi minum kepada ibu-bapa mereka. Anak-anak ini akan menyusup di antara orang ramai dengan membawa minuman untuk ibu-bapa mereka, sementara manusia ketika itu dalam keadaan dahaga yang luar biasa”.“Anak-anak yang mati sebelum baligh menyambut ayah-bondanya di pintu syurga”.“Anak-anak Muslim yang meninggal di waktu kecil, ertinya sebelum baligh di Barzakh dikumpulkan pada suatu tempat dan diasuh oleh Nabi Ibrahim. Setelah kiamat nanti mereka itu langsung dipindahkan ke syurga akhirat. Jadi mereka ini tidak mengalami panas matahari, tidak melalui hisab, iaitu pengadilan di Mahkamah Rabbul-Jali. Tidak melalui mizan, dan tidak meniti Titian Shirathal-Mustakim yang terbentang di punggung api Neraka Jahannam itu. Mereka ini setelah dibangkitkan langsung dipindahkan ke dalam syurga Jannatun Naim”.“Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kepada ayah dan bondanya, lupa kepada kampong halamannya, lupa semuanya. Pada suatu hari nanti, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, tiba-tiba ada malaikat memberitahukan: Hai Wildan (anak-anak yang mati sebelum baligh), lupakah engkau kepada ayah-bondamu? Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah-bonda mereka yang selama ini mereka lupakan”.“Lalu mereka ambil air untuk diminum, makanan dan pakaian, lantas mereka itu berlari-lari sambil menangis menuju pintu syurga”.“Setelah terompet berbunyi, pintu syurga terbuka, maka sekalian orang berhamburan masuk ke dalam syurga itu, dan ketika itulah anak-anak ini sibuk mencari ayah-bondanya. Mereka berjalan ke sana-sini mencari tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis membawa minuman, pergilah mereka kepada malaikat menanyakan: Oh, Malaikat, mana ayah dan bondaku? Kata mereka sambil menangis”.”Malaikat menjawab: Oh wildan, malang kamu, ayah dan bondamu terjatuh ke dalam neraka. Mendengar hal yang demikian maka anak-anak ini menangis dengan ratapan yang menyayat hati. Oh ibuku, Oh ayahku. Apakah kesalahanmu, ayah. Apa dosamu, ibu, maka sampai terjatuh ke dalam neraka. Mereka menangis dan meratap”.“Kata malaikat: Hai Wildan, jangan menangis, mengadulah kepada Nabi Muhammad SAW”.“Setelah anak-anak ini mengadu kepada Nabi Muhammad, lantas Nabi mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkan orang-orang mukmin yang berada di dalam neraka itu”.“Setelah bertemu dengan anak dipintu syurga anak yang meninggal di waktu masih kecil, yang menjadi kerinduan siang malam selama ini, aduh gembiranya tidak terhingga. Berfirman Allah SWT dalam Al-Quran:”Pada hari itu mereka berjumpa dalam keadaan gembira.(Ad-Dahr: 11)   
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2012 06:15 PM | Show all posts
cukup2 lah kata cukup!!

sebab perkara neh tak akan cukupnya.. esok2 akan ada lagi kanak2 yang mati akibat kecuaian mak bapak!

lagi dan lagi dan lagi!!

baru puas hati agaknya!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2012 06:25 PM | Show all posts
Reply  mixed


   

Milnah Jul, 52, memeluk bekas menantunya yang juga bapa kandung Nurul Nad ...
mixed Post at 14-3-2012 17:04



    Kasihan abah kandung Dirang... Polis terpaksa menyiasat dari semua sudut atas sebb itu abahnya terpaksa ditahan untuk maklumat lanjut biarpun suspek utama si -penyagak sudah jelas.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2012 06:30 PM | Show all posts
pandangan carly, selain dari ada kursus kawin, setiap pasangan kat malaysia ni kena ada kursus menja ...
carly_lah Post at 14-3-2012 17:29


betul.

ini bila pegi kursus kawin (tempat aku lah. tempat korang ok kot), penceramah balik2 buat lawak bodoh tekankan tentang hubungan suami isteri sahaja. isi sebenar entah ke mana. balik2 keluar lawak lucah tah hapa2.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2012 06:55 PM | Show all posts
apa yg buat korang pikir denda penjara segala tu boleh nak menyedarkan mak bapak nih?
cyra Post at 14-3-2012 17:24



saya tak de maki2 parents dirang ni, tapi nak komen bab ni.

memang dgn masuk penjara dah nampak mcm terlalu teruk utk sedarkan parents dirang ni, mcm ramai dah cakap, hukuman paling berat utk parents dirang ni ialah kehilangan nyawa dirang itu sendiri, so kiranya dah cukup mereka ni dihukum dgn apa yg telah terjadi TETAPI....dgn hukuman penjara kat parents dirang (dan jugak parents lain yg sebelum kes ni yang jugak kehilangan anak2 terang2 sebab kecuaian) akan dapat serve as a deterrent bg parents lain supaya lebih berhati2 di masa akan datang.


setakat utk berkata cukuplah parents dia dah pun terima hukuman, memang la boleh, utk parents dia aje. what about di masa akan DATANG parents lain yg BAKAL CUAI dan penting diri sendiri. mcm parents dirang, ibu shear wei, ibu bapa budak yang hilang jumpa kat highway tu, ibu nurin jazlin dan lain2?


pada pendapat saya, selain drp kursus kahwin, pasangan yang nak kahwin jugak patut diwajibkan pergi kursus keselamatan anak2, sebab kadang mereka ni mcm kurang prihatin bab ni, boleh diberi pendidikan tentang hal2 dasar keselamatan keluarga (boleh masukkan berita2 lepas tentang kecuaian ibu bapa yang bakal membawa kemalangan dalam keluarga supaya those yang kurang baca tentang isu semasa ni, lebih luas pengetahuan mereka).
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2012 07:00 PM | Show all posts
aku cuma nk menyambung ckit apa yg telah ditulis oleh hazrey dlm blognya itu...
wlw cacian demi cac ...
arenis Post at 14-3-2012 17:42



    .....itulah nikmatnya buat mereka.  Aaaammmmiiiiinnnnnnn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2012 07:06 PM | Show all posts
saya tak de maki2 parents dirang ni, tapi nak komen bab ni.

memang dgn masuk penjara dah n ...
mclaren Post at 14-3-2012 18:55




Sokong!
Bila kita kata ibu bapa dirang ni cuai dan patut dikenakan tindakan, bukan bermakna kita mencemuh mereka.
Kita cuma berharap agar undang2 diketatkan supaya kes2 kecuaian macam ni tak terjadi lagi.
Ini tidak, boleh pulak orang kesian kat mak bapak yg cuai macam ni... Kalau asik2 kesian, memang tak berjalan lah undang2.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2012 07:07 PM | Show all posts
sesetengah lelaki sperma dia hyperactive kak. dia pancut sana sini pun masih boleh berenang masu ...
chazey Post at 14-3-2012 16:51



    aje yg yer..
ada parents anak susun paku
kalo dtg sekolah nak bawa anak balik awal
tanya nama anak2nya.. diberinya nama timangan cth si Dirang ni lah
mana le cikgu tu tau nama timangannya kalo tak sebut nama penuh
dah le nama penuhnya panjang berderet ala2 arab/omputih/hindustan/indonesia dan ntah haper2 lagik
silap2 umor anak pun tak tau!
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2012 07:10 PM | Show all posts
cukup2 lah kata cukup!!

sebab perkara neh tak akan cukupnya.. esok2 akan ada lagi kanak2 yang mat ...
NURMIMIE Post at 14-3-2012 18:15



    dah ada dahhh..
baby 1 1/2 thn mali lemas jatuh dlm sungai
semasa maknya mencuci baju di bilik air
cuai maknya sbb tak kuci pintu dapur betoi2
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2012 07:23 PM | Show all posts
sib baik dia tak soh masak sendiri lah ...
dewi Post at 14-3-2012 16:41



    itu pun ada kemungkinan.kita mana tau,sebab belum terjadi apa2 kerana masak sendiri. yg suruh gi kedai pun kita tak tahu kalau tak kerana dia dah hilang.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2012 07:32 PM | Show all posts
Reply 1497# mysara


    Ya si ibu yang basuh baju tu  cuai sbb tak kunci pintu dan juga dalam Utusan budak 4 tahun mati dilanggar kereta jiran ketika melintas jalan bersama abgnya untuk beli aiskrim di depan rumah di Taman Seri Jejarom Hulu Langat.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2012 09:01 PM | Show all posts
Reply  mysara


    Ya si ibu yang basuh baju tu  cuai sbb tak kunci pintu dan juga dalam Utusan ...
kalwawi65 Post at 14-3-2012 19:32



    rasanya byk kemalangan jiwa anak2 kecil ni boleh di elakkan kalau saja parent / penjaga anak lebih prihatin dlm soal keselamatan anak2. eksedoen ker, kena culik ker , tersedak susu ker, jatuh sungai ker, kebakaran ker, lintas jalan jer ......kira semua aspek keselamatan laaaaa
....  semua nyer bersangkut paut dan berbalik pada espek keselamatan. yg seharus nyer di titikberatkan oleh semua pihak terutama nyer legal guardian of the child at the time lah. kalau di rumah ibu bapa kalau di sekolah tu guru2 ( besar tanggungjawab tu)  and juga pengasuh2 . please lah jgn ambil ringan soal ni ..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2012 09:19 PM | Show all posts
Reply  mixed


   

Milnah Jul, 52, memeluk bekas menantunya yang juga bapa kandung Nurul Nad ...
mixed Post at 14-3-2012 17:04



    bole ke peluk bekas menantu?..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2012 09:26 PM | Show all posts
Reply 1501# batmana


    boleh....hubungan ibu mertua dan menantu x putus walaupun dah bercerai....sama jugak dengan bapak mertua dgn menantu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-3-2012 09:43 PM | Show all posts
Keluarga Nurul Nadirah rancang berpindah ke kediaman lain
14/03/2012 7:09pm


JOHOR BAHRU 14 Mac – Keluarga Nurul Nadirah Abdullah, kanak-kanak malang yang dibunuh dan dibakar, merancang untuk berpindah ke kediaman lain bagi melupakan kisah pahit yang berlaku terhadap mereka.

Ibu Allahyarham, Roselyn Alan, 25, berkata, beliau merancang untuk berpindah kerana tidak sanggup berasa sedih setiap kali terbayangkan Nurul Nadirah, yang mesra dipanggil Dirang, di setiap sudut rumah itu.

"Buat masa ini saya belum tahu mahu berpindah ke mana kerana suami masih belum mendapat kerja.


“Dulu memang pernah rancang untuk pindah tetapi suami masih tidak kerja. Saya rasa hendak pindah kerana bayang-bayang Dirang sentiasa ada dalam rumah ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, di sini hari ini.

Roselyn yang dalam keadaan sugul, berkata, sebagai orang Islam, beliau reda dengan kematian anaknya, namun tetap berharap pembunuh Dirang dapat diberkas dan  dibawa ke tali gantung.

Roselyn dalam pada itu turut berterima kasih kepada semua pihak termasuk jiran dan pihak berkuasa yang bersama-sama membantu mencari anaknya sepanjang dua minggu lepas. – BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2012 09:51 PM | Show all posts
Reply  mixed


   

Milnah Jul, 52, memeluk bekas menantunya yang juga bapa kandung Nurul Nad ...
mixed Post at 14-3-2012 17:04



    Maaf saya masih bingung. Siapa sebenarnya yang bunuh dira? Kenapa semua suspek masih dalam tahanan? Dan kenapa bapa kandung beliau masih dalam tahanan lagi?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2012 09:51 PM | Show all posts
Polis kesan wanita hantar ibu Dirang SMS ugut

14 Mac 2012                    


        KOTA BHARU - Polis Kelantan telah mengesan individu yang  menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan dan meminta wang 'tebusan' daripada ibu Allahyarham Nurul Nadirah Abdullah, kanak-kanak yang dibunuh dan dibakar selepas diculik awal bulan ini.

        Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, pihaknya kini sudah menjalankan siasatan dan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis Johor.

        Menurutnya, setakat semalam tiada sebarang tangkapan dibuat dan siasatan serta gerakan memburu suspek berkenaan giat dijalankan bagi membantu siasatan.

        “Kita tidak mengetahui sama ada SMS ini satu mainan atau benar-benar daripada suspek, Ini kerana semua siasatan dilakukan oleh polis Johor. Bagaimanapun, kita akan memberikan segala maklumat diperlukan untuk mengesan individu yang menghantar SMS terbabit,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

        Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff yang meminta bantuan polis Kelantan untuk mengesan suspek yang menghantar SMS tersebut.

        Sebelum ini, ibu kanak-kanak malang itu, Roselyn Alan menerima SMS ugutan yang meminta beliau menyerahkan RM10,000 di Taman Tengku Anis, Kota Bharu jam 12 tengah hari, jika tidak anaknya akan mati.

        Roselyn Alan dilaporkan menerima panggilan dan SMS daripada seorang wanita tidak dikenali dari Kelantan, semalam.
        Mohd Mokhtar berkata, pihaknya telah berhubung dengan polis negeri itu bagi membantu menyiasat kes tersebut.

        "Kita minta bantuan polis Kelantan untuk cekup individu itu, kesan dia dan bawak dia ke Johor," katanya.

        Roselyn sebelum ini dilaporkan menerima panggilan telefon dan SMS daripada seorang yang tidak dikenali mengugut untuk membunuh Dirang jika tidak dibayar wang tebusan sebanyak RM30,000.

        Kelmarin, polis mengesahkan mayat rentung yang ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai dekat sini pada Khamis lalu sebagai Nurul Nadhirah setelah mendapat keputusan hasil ujian asid Deoksiribonukleik (DNA) daripada Jabatan Kimia.

        Nurul Nadhirah hilang pada 1 Mac lalu ketika keluar membeli mi segera dan telur di kedai runcit di kawasan kediamannya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2012 09:52 PM | Show all posts
bila nak boleh tahu sape pembunuhnya ni..hurm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.249571 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list