CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: juliez

Fafau BATAL Kahwin. Update : Full Statement Hafiz #1516

   Close [Copy link]
Post time 7-9-2016 10:55 AM | Show all posts
juliez replied at 6-9-2016 10:15 PM
Biasa la tu mokcik, time2 mcm ni la memasing nak curi the limelight. Jap kang dah jadi bff, ja ...

well said noks..!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2016 10:55 AM | Show all posts
minahsleepy replied at 6-9-2016 04:09 PM
mungkin betol la ade yg kate dia dgn peminat je ok..tp bila masuk bab keje kedivaan tu dtg

mybe la... org dh lama dlm industri kan...
senior...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2016 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
regza replied at 5-9-2016 07:09 PM
Aku dah lebih 10 tahun kenal Hafiz tu.. iya dia orang Perak.. umur dia 30 .. yang sebetulnya diorg t ...

Citer sblh hafiz..


Hurm..patutla dia mcm xserius..fafau dah pnh kensel..hurm..lahai fafau..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2016 11:04 AM | Show all posts
Bekas Calon Suami Fara Fauzana Dedah Tidak Pernah Berkahwin



PETALING JAYA: Bekas calon suami Fara Fauzana iaitu Mohamed Hafiz Badiuzzaman mendedahkan dia tidak pernah berkahwin seperti didakwa sebuah akhbar, pada Selasa lalu.

Mohamed Hafiz, 30, berkata, dia juga tidak pernah merahsiakan status dirinya kepada pengacara tersebut sejak mereka mula berkawan.

"Saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah berkahwin dan saya tidak pernah merahsiakan tentang status perkahwinan kepada Fara.

"Selain itu, status tersebut juga bukanlah punca perkahwinan tersebut dibatalkan. Jika hendak tahu tentang sebab sebenar anda perlu bertanya sendiri dengan Fara," ujarnya.

Hafiz berkata demikian menerusi aplikasi Whatsapp yang dihantar kepada mStar Online pada Rabu.

Pada Ahad lalu, Fara atau nama sebenarnya Fara Fauzana Mohd Fadzli, 36, membuat kejutan apabila memberitahu majlis perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada 17 September ini dibatalkan.

Kata bekas penyampai radio itu, keputusan tersebut dibuat atas sebab-sebab peribadi yang tidak boleh dikongsi olehnya.

“Dengan penuh rasa dukacita, saya ingin memaklumkan bahawa hasrat saya untuk menamatkan zaman bujang pada 17 September ini dibatalkan.

“Keputusan membatalkan pernikahan saya dengan pemuda bernama Hafiz, seperti yang saya umumkan pada sidang akhbar pada 1 Ogos lalu, dibuat atas sebab-sebab yang terlalu peribadi," katanya.

Dalam pada itu, Hafiz menjelaskan ketidakhadirannya pada majlis sidang media pengumuman perkahwinan mereka pada 1 Ogos lalu adalah atas persetujuan bersama dengan Fara bagi melindungi privasi keluarganya.

Sementara itu, Hafiz mengakui tertekan dengan apa yang berlaku dan berharap pihak media faham dengan situasi dihadapinya.

"Saya minta maaf kepada yang terkesan dengan apa yang berlaku dan saya juga meminta agar pihak media menghormati privasi saya dan keluarga.

"Saya juga terkesan dengan pembatalan perkahwinan kami dan minta diberi ruang untuk diri kembali seperti biasa," ujarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2016 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Keyyra replied at 7-9-2016 10:10 AM
Hamek noks,     statement drp Metro tu mmg drp si FF kker, or Metro ni main cedok jjer?

Metro cedok dari sumber.. Entah sumber halal ke haram tak tau la
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2016 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Nampk mcm farah ni yg byk mengatur..hafiz ni ikut jer..dominant farah ni..hurm..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2016 11:11 AM | Show all posts
misteri terungkai sedikit demi sedikit
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2016 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Settled. Xyah la speku2 lgi... Cukup2 la. Yg konon kawan hafiz dah 100 tahun diam la. Coz hafiz dah bgi statement tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2016 11:14 AM | Show all posts
farah ni lesbian...last2 nak kawen, rasa x sanggup...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2016 11:16 AM | Show all posts
kesimpulan nya dah memang bukan jodoh diorg..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2016 11:17 AM | Show all posts
sejak apa yang da berlaku kat along cham dengan zila dulu iols reserve my comments la.. kadang pompuan ni yang melebih buat drama padahal laki tu tak salah apa..


so harap hafiz ni at least pertahankan la maruah sendiri dan ur parent
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2016 11:20 AM | Show all posts
So cerita tutup ke ni?
Iols nak tau kenapa tak jadi kawen wehhhhhhh..haha kepohci..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2016 11:21 AM | Show all posts
dah cakap dah ni kerja akhbar tabloid mcm metro tu mmg hampeh..

sukahati dia petik..!
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2016 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Hafiz ni memang bodoh2 naif kah? Mana kawan2 dia dalam ni..?

Bodoh2 tunggu fafau tarik tali bertahun2, bodoh2 biar diri kena kutuk langsung tak beri penjelasan, bodoh2 tak saman harian metro...

Laki macam ni aku pun tak mahu ambil jadi suami
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2016 11:22 AM | Show all posts
Mohamed Hafiz nafi sudah berkahwin







SHAH ALAM: Ahli Perniagaan, Mohamed Hafiz Badiuzzaman yang sebelum ini dikatakan akan bernikah dengan pengacara terkenal Fara Fauzana, menafikan status perkahwinannya menjadi punca ia dibatalkan.

Menafikan laporan sebuah akhbar tempatan sebelum ini, Mohamed Hafiz, 30, berkata beliau tidak pernah bernikah dan status perkahwinan itu tidak pernah dirahsiakan daripada Fara.

"Status perkahwinan saya bukan alasan pernikahan saya dibatalkan oleh Fara Fauzana."Alasan mengapa perkahwinan itu dibatalkan hanya diketahui oleh Fara," katanya dalam satu kenyataan media berbahasa Inggeris yang dikirim melalui aplikasi WhatsApp pagi ini.

Pada masa sama, Mohamed Hafiz berkata, penerbitan dakwaan berbentuk fitnah tanpa mendapatkan pengesahan itu menyebabkan keaiban tidak dapat dipulihkan kepada nama baiknya dalam masyarakat serta komuniti perniagaan.

Katanya, ia juga menyebabkan tekanan emosi yang tidak sepatutnya dan kerugian kepada beliau serta ahli keluarga terdekat.

"Saya juga ingin menyatakan ada beberapa perkara tidak tepat dan spekulasi yang dilaporkan oleh banyak media cetak dan media atas talian.

"Pertama, saya tidak menghadiri sidang media (bersama Fara) berdasarkan kepada persetujuan bersama dengan Fara. Ia dilakukan untuk melindungi privasi saya dan keluarga saya.

"Satu lagi perkara tidak tepat ialah usia saya. Sebelum ini dilaporkan saya berusia 38 tahun dan ini tidak benar. Saya hanya berusia 30 tahun, tahun ini," katanya.

Mohamed Hafiz berkata, selain itu, ada beberapa lagi perkara tidak tepat, sesetengahnya menjurus kepada fitnah, namun beliau tidak berhasrat untuk menyentuh perkara itu.

Katanya, beliau juga berharap pihak media dapat memberikan sedikit privasi kepadanya dan keluarga.

"Saya masih lagi cuba menenangkan diri daripada pembatalan perkahwinan saya sendiri. Ia sangat memberi kesan mendalam juga kepada saya," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/190484

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2016 11:27 AM | Show all posts

Yg fitnah dah kahwin tu mmg melampau sbb eventho dia dah denied kata dah kahwin, i tgk org2 comment dlm fb still ckp dia menipu

Fafau pun tak agak2, tak kan lah tak boleh nak tolong nafikan. Bukannya dia tatau hafiz tu dah kawin ker belum

Nasib baik la hafiz ni jenis matang juga. Kalau dilondeh habis kain fafau baru menangis tak berlagu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2016 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
thespice replied at 6-9-2016 04:23 PM
Hi kekta

Maaf saya bukan kekta
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2016 11:32 AM | Show all posts
dah pasni jgn kejar hafiz lg. dia soh korang kejar si drumstick tu. dia yg membatalkan biar dia yg jwb, jgn nak lari2 pi ausie ke tertekan ke hape,
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2016 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
juliez replied at 7-9-2016 11:27 AM
Yg fitnah dah kahwin tu mmg melampau sbb eventho dia dah denied kata dah kahwin, i tgk org2 commen ...

Laaaaaaa. Bkn ada statement dr PA fara ke yg dia dah bgi tau hafiz tu bujang masi la.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2016 11:33 AM | Show all posts
juliez replied at 7-9-2016 11:22 AM
Mohamed Hafiz nafi sudah berkahwin

Kesian si Hapiz ni.
Moga kamu kembali ke normal life ye dek.. terglamer mu skejap...
Mesti rmai minah nak try mu nih..muda lagi plak tu.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.135040 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list