bagi sesiapa yg tidak kenal buah ni.. ini adalah kacang murunggai..
banyak khasiat kacang merunggai ini..
petikan dari sinar harian :-
KACANG Murunggai terkenal sebagai makanan kegemaran masyarakat india. Berasal dari keluarga tumbuhan Moringaceae yang juga nama saintifi knya Moringa Olifela. Masyarakat Malaysia menamakannya murunggai ataupun kelor.
Pokok moringa turut dikenali sebagai ‘pokok ajaib’ kerana khasiatnya yang mengagumkan dan memberi banyak manafaat kepada manusia. Ia ditanam meluas dibeberapa negara seperti di India,Ethiopia, Filipina,Africa,Amerika latin dan kepulauan Pasifik. Pokok moringa mampu mencapai ketinggian sehingga 10 meter dan ia sesuai ditanam di tanah kering serta berpasir. Walaupun ia mempunyai pelbagai kelebihan, khasiat moringa kurang diketahui oleh masyarakat Melayu,mungkin kerana ia bukan berasal dari negara ini. Moringa mengandungi Vit A, B1, B2, B3, C, Kalsium, Potasium, Besi, Zink, Kronium, Tembaga, Magnesium, Manganese, Phosphorus, dan 20 jenis asid amino yang diperlukan badan. Ia berguna dalam aspek lumpuh, infl amasi, demam, batuk, selsema, infl amasi salur nafas dan penyakit paru-paru. Daunnya juga berguna untuk menyembuhkan penyakit skurvy (Rahang gigi berdarah) , anemia (kekurangan sel darah merah) dan memulihkan sistem fungsi badan. Biarpun manfaat Moringa telah dikenali dan diguna sebagai herba traditional oleh suku-kaum asli di beberapa negara, tetapi potensi khasiat tumbuhan ini hanya mula mendapat perhatian dari Saintis Moden pada akhir abad ke sembilan belas. Kajian terkini telah mendapati Moringa juga mengandungi Cytokinin. Kompaun unik ini telah mendapat bukti saintifik dalam kajian klinikal bahawa ia dapat meningkatkan tumbesaran produk pertanian dan bila ia ditambah dalam pemakanan binatang ternakan, ia jelas akan menambah pengeluaran susu dan mencergaskan regenerasi sel badan. Dalam zaman maju sekarang, adalah lumrah untuk kita memakan berbagai pil vitamin untuk mendapat kesemua zat yang diperlukan badan, tetapi kini produk Moringa memberi anda kesemua khasiat malah lebih dari itu, pencegahan kanser dan pemulihan fungsi badan. Moringa juga diguna untuk rawatan barah, dan memulihkan ketegangan emosi , kerisauan dan kekhuatiran. Benih dan akarnya mengandungi sumber antibiotik semulajadi yang sesuai untuk rawatan jangkitan kulit anti-infl amasi, antispasmotik (Ledakan emosi yang tiba-tiba) dan unsur diuretik (menggiatkan pembuangan air kencing). Sifat ini membolehkan ia membersihkan darah dan mengeluarkan toksik dan racun metabolisma dengan lebih berkesan. Kajian juga telah menunjukkan segelas daun Moringa dapat membekal keperluan harian Vitamin A untuk 10 orang. Yayasan Mata Antarabangsa yang terletakan di Bethesda, Md., menggunakan moringa untuk mencegah buta dalam kalangan kanak-kanak yang dikaitkan dengan kekurangan Vitamin A. Didalam bidang perubatan, Moringa telah dikenal berkesan untuk rawatan penyakit kulit, menurunkan tekanan darah, mengurangkan bengkak, menyembuh ulcer gastrik, menurunkan gula darah dan melegakan sistem saraf badan. Moringa oleifera telah manakjubkan dunia perubatan kerana ia menghasilkan kompaun antibiotik yang dikenali sebagai glucosinolate 4 alpha-L-rhamnosyloxy benzyl isothiocyanate bertindak sebagai agen imun badan manusia. Bercakap secara Saintifik, Moringa adalah suatu keajabian dimana ianya menguatkan tulang yang lemah, memperkayakan sel darah merah anemia dan membolehkan seorang ibu yang hidup kebuluran untuk membesarkan anak yang sedang kelaparan. Bandingan gram dengan gram, Moringa mempunyai empat kali kalsium dalam susu, tujuh kali Vitamin C dalam Oren dan tiga kali potasium dalam pisang. Bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan,amalan memakan tumbuhan semulajadi seperti moringa boleh memberikan segala zat yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.
|