Edited by Kangkung1M at 28-2-2018 01:44 AM
FattZura Terkedu dan Tercengang. Adab Kat Mana?
Pasti ada di kalangan pembaca yang hatinya bergetus “ahh apa-apaan ajelah si penulis ni sering membangkit isu-isu remeh berkaitan keluarga Kek’s”.
Terpulang kepada anda untuk memandangnya dari sudut positif atau negatif.
Tujuan utama penulis adalah untuk menegur dan mendidik agar masyarakat tidak membuta tuli menurut dan mencontohi apa sahaja yang dipersembahkan kepada mereka oleh ‘public figure’ seperti ini di media sosial.
Kali ini artikelnya ringkas sahaja iaitu berkenaan ADAB.
Adab adalah budi pekerti yang halus, tingkah laku yang baik dan berbudi bahasa. Manusia yang tidak mempunyai adab akan mempamerkan kelakuan yang kurang sopan dan nampak janggal di mata orang lain.
Dalam hal ini penulis ingin menyentuh tentang adab, etika dan protokol ketika menghadiri sesuatu majlis.
Baru-baru ini Hanis Zalikha telah memuat naik satu foto di majlis resepsi perkahwinan pasangan selebriti paling ‘hot’ dan ‘meletop’ iaitu FattZura.
Pic: Instagrammer @haniszalikha
Foto tersebut diambil ketika pasangan FattZura berada di meja makan beradab dan sedang menikmati hidangan.
Pasangan FattZura nampak terkedu dan tercengang sehingga terpaksa berhenti makan kerana terganggu dengan perlakuan tidak beradab individu di hadapannya yang ingin memotret foto mereka pada waktu tersebut.
Pengantin perempuan iaitu Fazura yang selalunya tersenyum manis menunjukkan deretan gigi putihnya nampak terganggu emosinya dan tidak selesa apabila diminta bergambar dalam keadaan mulut terisi dengan makanan. Beliau memberikan senyuman sinis kepada individu di hadapannya sebagai signal ‘nyah ko dari sini’.
Sebab itu di dalam sesebuah majlis formal, berprestige dan melibatkan VVIP, pegawai protokol akan dilantik untuk mengawasi sepanjang majlis berlangsung agar individu tidak beradab dan lepas laku seperti ini tidak dibiarkan berkeliaran bebas sehingga mengganggu kelancaran majlis.
Sebagai Miss-Know-it-all, seharusnya Hanis peka dan tahu tentang adab, etika dan protokol yang wajib dipatuhi. Mengambil gambar ketika individu sedang makan adalah sesuatu yang salah dan dilarang sama sekali, apatah lagi melakukannya dalam sebuah majlis eksklusif dan berprestige seperti ini.
Penulis harap Hanis memadam post dan gambar memalukan tersebut.
Nasihat penulis kepada Hanis, berhati-hatilah dengan perkongsian anda di media sosial. Cukuplah hanya ada seorang sahaja badut dalam keluarga anda yang sering ‘menggila’ di khalayak, janganlah ditambahkan lagi bilangannya.
Renung-renungkan. |