GEGAR Vaganza musim keenam membuat kejutan sekali lagi apabila dua peserta iaitu Naqiu (Boboy) dan Hady Mirza diumumkan sebagai juara pada konsert akhir yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, Selangor pada malam Ahad.
Naqiu mempersembahkan lagu Srikandi Cintaku nyanyian asal Bloodshed dan menerusi segmen battle berentap bersama Hady Mirza menerusi lagu HaaTepok! (Meerfly ft MK & Kidd Santhe).
Manakala, Hady Mirza menyampaikan lagu Ku Bersuara nyanyian asal Ernie Zakri.
Markah ini adalah markah sebulat suara ketiga-tiga juri. Hady Mirza dan Naqiu masing-masing memperolehi 87%. Manakala tempat ketiga Jat memperolehi 76%. Nur Fatima tempat ke 4 pula memperolehi 68%, One Nation Emcees 67% dan Sham Visa tempat terakhir memperolehi sebanyak 65%. Nampknya markah antara One Nation Emcee dan Sham Visa hanya berbeza 1% sahaja
Bonda Hetty Koes Endang MenangisLagu Srikandi Cintaku (Bloodshed) nyanyian Naqiu buat Bonda Hetty Koes Endang tersentuh hingga keluar air mata. Memang sampai nyanyian Naqiu ke dalam hati Bonda Hetty. Bonda juga mengatakan Naqiu adalah yang terbaik.
Menurut Bonda, SriKandi ini bererti untuk ibu. Memang kalau kita menyanyikan sebuah lagu yang melo, Isi ceritanya kita baca dulu dan pasti tersentuh
Apa yang kamu sampaikan malam ini, penjiwaan kamu menyanyikan lagu SriKandi itu sampai kepada bonda
Menurut Bonda Hetty di Indonesia adalah Hari Ibu. Bonda juga mengatakan Naqiu antara perserta Gegar Vaganza yang paling konsisten.
Komen Bonda Hetty yang ikhlas juga membuat Naqiu menitiskan air mata.
Sementara itu, menurut Ketua Strategi Kandungan Hiburan Astro, Raqim Ahmad, keputusan mengejut itu dibuat selepas menerima pandangan dan alasan daripada barisan juri.
“Saat itu kita ada perbincangan meja bulat, beberapa kali kita debat dengan juri. Memang kita bagi 100 peratus kebebasan, kepada yang profesional dan kita ikut apa kata mereka.
“Hadiah kita topup, benda ini kita tidak rancang. Memang nampak ada dua trofi tetapi satu trofi itu untuk kita mock shoot VT hadiah, manakala satu trofi adalah trofi juara.
“Kita terkejut dengan keputusan juri dan mereka dah berikan alasan, kita setuju dan berlaku adil kepada kedua-dua juara,” jelasnya.