CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: adbrutals

SELANGOR RED GIANTS - caya la...kepala Rangel (1) vs Pahang (0)

[Copy link]
Post time 23-4-2014 01:36 PM | Show all posts
Selangor tetap buru kemenangan

22/04/2014
Berita, Liga Super, Piala AFC

Biarpun peluang untuk mara ke pusingan kedua kalah mati Piala AFC sudah tertutup, jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic tetap berhasrat memastikan anak-anak buahnya mengutip tiga mata penuh apabila bertemu wakil Maldives, Maziya Sports & Recreation dalam perlawanan penutup tirai kumpulan F, malam esok.

“Secara jujurnya, kami mempunyai masalah kecederaan dan keletihan akibat jadual padat, namun saya akan cuba menurunkan barisan terbaik bagi menghadapi perlawanan ini,” kata Durakovic semasa sidang media pra-perlawanan di Stadium Shah Alam, tengahari tadi.

“Saya hanya akan dapat menilai tahap kecergasan pemain dan membuat keputusan mengenai kesebelasan yang akan diturunkan hanya selepas sesi latihan terakhir petang nanti.

“Tapi saya mahu kemenangan malam esok di hadapan para penyokong sendiri. Semua jurulatih mahukan perkara yang sama, tidak kira sama ada ianya perlawanan ujian, Liga apatah lagi di peringkat AFC,” tegas Durakovic.

Durakovic turut merasakan Kumpulan F adalah seimbang dan hanya sedikit perbezaan kualiti di antara pasukan-pasukan yang bertanding.

“Kegagalan menyudahkan peluang-peluang yang diperolehi ketika bertemu Arema (di Selayang) dan Hanoi T&T (di Hanoi) di samping kurang bernasib baik apabila penjaga gol kami (Hamsani Ahmad) dibuang padang pada perlawanan pusingan pertama bertemu Maziya serta gol yang tidak dikira ketika bertemu Arema di Malang, minggu lalu menjadi punca kegagalan kami ke pusingan seterusnya,” tambah beliau lagi.

Dalam sidang media tersebut, pihak Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) turut mengumumkan perubahan waktu sepak mula perlawanan malam esok di Stadium Shah Alam yang pada asalnya dijadualkan bermula pada jam 6 petang tetapi dipinda ke pukul 8.45 malam.

Sumber: http://faselangor.my/berita/selangor-tetap-buru-kemenangan Last edited by sofianbm on 23-4-2014 01:41 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2014 02:07 PM | Show all posts
'Saya tinggalkan PKNS demi karier' - Nazmi

SHAH ALAM - "Ini bukan sekadar penghijrahan biasa tetapi untuk kepentingan karier dan masa depan yang cerah."

Itu alasan yang diberikan oleh Muhammad Nazmi Faiz Mansor mengenai punca dia meninggalkan PKNS untuk bersama Selangor pada pasaran perpindahan pertengahan musim Liga Malaysia.

Bekas pemain remaja S.C Beira-Mar di Portugal itu berkata, kemerosotan prestasi pada musim kedua bersama PKNS adalah sebab utama mengapa dia keluar dari pasukan tersebut walaupun pada tahun lalu aksinya bersama kelab tersebut layak dipuji sehingga mendapat panggilan beraksi bersama skuad kebangsaan.

"Saya mahu cari ilmu baharu, tidak cukup dengan apa yang saya dapat di PKNS, jadi saya berhasrat untuk berpindah ke pasukan lain untuk memajukan diri," katanya selepas menyertai sesi latihan pertama bersama pasukan kendalian, Mehmet Durakovic semalam.

Pemain yang bakatnya diasah di Sekolah Sukan Bukit Jalil itu sebelum ini pernah beraksi bersama pasukan Harimau Muda A dan B, malah pernah membantu skuad Harimau Muda bimbingan Datuk Ong Kim Swee mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2011 di Jakarta.

Ujar pemain berusia 19 tahun itu, dia berjanji akan melakukan yang terbaik bersama pasukan Red Giants terutama dalam baki saingan Liga Super, seterusnya membantu pasukan baharunya itu meraih trofi musim ini.

"Tujuan saya ke Selangor juga adalah untuk bermain dengan lebih bagus dengan pasukan yang bagus, ini adalah peluang terbaik buat saya.

"Saya berjanji untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama dalam baki perlawanan musim ini," katanya.

Nazmi mengikat kontrak sebagai pemain remaja Beira-Mar selama tahun tiga tahun, tetapi memendekkannya kepada hanya enam bulan dan pulang semula ke Malaysia tahun lepas.

Pemain kelahiran Lembah Keramat itu berkata, dia meletakkan sasaran untuk bermain dan meraih seberapa banyak kemenangan bersama Selangor yang sekarang ini berada di tempat kedua liga di belakang Pahang dengan kekurangan satu mata tetapi mempunyai satu perlawanan dalam tangan.

Ditanya mengenai perlawanan terakhir Selangor dalam saingan Piala AFC menentang Maziya dari Maldives hari ini, Nazmi berkata, walaupun pasukannya sudah tidak layak ke pusingan seterusnya tetapi perjuangan tidak harus padam.

"Harapan saya walaupun sudah tidak layak dan itu adalah perlawanan terakhir biarlah bermain bersungguh-sungguh, buat yang terbaik untuk pasukan Selangor dan saya harap semua rakan-rakan bekerja keras," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... Nazmi#ixzz2zgeMuueH
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 05:00 PM | Show all posts
Hatrik Rangel benam Maziya
Apr 23 2014 11:56PM 5748 Views


Paulo Rangel mencipta hatrik untuk membantu Selangor merekodkan kemenangan 4-1 menentang Maziya Sports & Recreation dalam aksi kumpulan F, Piala AFC yang berlangsung di Stadium Shah Alam.

Rangel menjaringkan gol di minit ke-34, 62, 79, manakala Azmi Muslim menghadiahkan gol keempat Selangor di minit ke-82. Sementara itu Maziya meraih gol sagu hati menerusi Abdulla Asadhulla di minit ke-10.

Di minit pertama perlawanan, Abdul Hadi Yahaya membuat lambungan menarik, namun tiada rakan yang menyambut hantarannya. Tidak lama kemudian giliran Afiq Azmi pula melakukan hantaran jauh, bagaimanapun tandukan Rangel yang dikawal ketat tersasar.

Selangor dilihat lebih menguasai perlawanan di awal permainan. Pun begitu, kelekaan barisan pertahanan Selangor membawa padah apabila Maziya melakukan serangan kilat di minit ke-10 menerusi Nashid sebelum dia membuat hantaran untuk disempurnakan Abdulla Asadhulla.

Di minit ke-23, Afiq memiliki peluang terbaik sepanjang perlawanan, bagaimanapun tendangannya lemah sekaligus mudah di selamatkan penjaga gol Maziya, Imran Mohamed.

Pemain Maziya, Zhivko Todorov Dinev dilayangkan kad kuning di minit ke-34 selepas dia mengkasari Rangel. Selangor yang meraih sepakan percuma diambil Azmi Muslim, membuahkan gol penyamaan apabila Rangel menyambung baik untuk menewaskan Imran.

Bersambung babak kedua, permainan kedua-dua pasukan lebih seimbang dengan masing-masing berbalas serangan. Walaupun kehadiran penyokong tidak memuaskan, namun ia tidak mematahkan semangat Selangor untuk memburu kemenangan dalam perlawanan ini.

Gandingan Afiq dan Rangel di bahagian depan jelas serasi apabila kerap kali membahayakan kubu lawan. Di minit ke-62, Rangel menyumbang gol kedua untuk Selangor selepas menerima hantaran rendah daripada Afiq.

Maziya dihadiahkan sepakan percuma di kedudukan terbaik apabila Steve Panteldis melakukan hadangan terhadap penyerangnya. Bagaimanapun, sepakan percuma yang diambil oleh kaptennya, Mohamed Ahmed jauh tersasar.

Rangel melengkapkan hatriknya di minit ke-79 apabila dia mengambil kesempatan hasil kesilapan pertahanan lawan. Tiga minit kemudian, Azmi Muslim muncul penjaring gol keempat Selangor apabila dia melakukan sepakan menarik menerusi tendangan percuma.

Bagaimanapun, kedua-dua pasukan sudah tersingkir daripada kempen Piala AFC musim ini apabila masing-masing berada di kedudukan ke-3 (Selangor) dan ke-4 (Maziya terbawah kumpulan F.

T&T Ha Noi yang berada di tangga teratas dengan mengumpul 15 mata diiringi Arema FC (10 mata) untuk mara ke peringkat seterusnya.

Sumber: http://www.stadiumastro.com/Arti ... rangel-benam-maziya
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 05:02 PM | Show all posts
Stadium Shah Alam hampir kosong!
Oleh: Thani Hasbullah
Apr 24 2014 4:32PM 1239 Views


Inilah suasana Stadium Shah Alam ketika sepak mula perlawanan terakhir kumpulan F, Piala AFC antara Selangor menentang Maziya Sports & Recreation.

Apa yang boleh dikatakan, bilang penonton yang hadir amat mengecewakan malah hampir 99 peratus tempat duduk tidak dipenuhi. Bukan itu sahaja, bahkan tiada geraipun dibuka di perkarangan stadium seperti yang lazimnya berlaku apabila ada perlawanan, sehinggakan hendak mencari air mineral pun susah.

Pun begitu, dengan kehadiran beberapa orang penyokong ultras mereka yang tetap bersorak dan menyanyi sepanjang 90 minit perlawanan di sebelah kiri stadium, ia sedikit sebanyak merancakkan perlawanan.

Sedar Selangor sudah tersingkir dan ini hanya perlawanan pelengkap, ia mungkin menjadi penyebab utama penyokong pasukan Gergasi Merah Kuning tidak turun ke Stadium, ditambah pula perlawanan tersebut berlangsung pada hari bekerja.

Biarpun tidak merasai suasana sebenar beraksi di laman sendiri dengan sokongan padu daripada penyokong, ia tidak mematahkan semangat pasukan Selangor untuk mempamerkan permainan menarik.

Penyerang sensasi Selangor, Paulo Rangel tetap menunjukkan aksi bertenaga dengan mencipta hatrik bagi membantu pasukannya merekodkan kemenangan 4-1 keatas Maziya.

Pemain kelahiran Brazil itu menjaringkan gol di minit ke-34, 62, 79 dan Azmi Muslim menghadiahkan gol keempat Selangor di minit ke-82. Manakala, Maziya meraih gol sagu hati menerusi Abdulla Asadhulla di minit ke-10.

Dalam pada itu, jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic yang ditemui selepas tamat perlawanan tersenyum lebar, malah beliau terlebih dahulu bertanya kepada pemberita: "Anda lihat macam mana Selangor bermain. Bagus?,"katanya.

"Secara keseluruhan, saya gembira kerana Selangor mempamerkan aksi yang sangat baik dan profesional. Rangel adalah antara pemain penting untuk Selangor dalam setiap perlawanan.

"Saya akui persembahan kami di separuh masa kedua adalah lebih baik daripada separuh masa pertama. Saya juga mahu mengucapkan tahniah kepada Maziya kerana mereka juga mempamerkan aksi bola sepak yang bermutu dan turut memberi tentangan yang hebat kepada kami," tambahnya.

Dalam pada itu, Durakovic turut mengharapkan Selangor akan terus beraksi dalam kempen Piala AFC pada musim depan.

Sumber:
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 04:31 PM | Show all posts


























Selangor vs Terengganu

Sumber: Facebook
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2014 08:39 AM | Show all posts
Moh ramai2 penuhkan SSA 24/5/2014. Kita kitai JDT cukup2..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2014 10:55 AM | Show all posts
Terengganu kena amuk

Kuala Terengganu: Pendahulu liga, Selangor terus kukuh di persada liga apabila membelasah Terengganu 4-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

Pasukan bimbingan Abdul Rahman Ibrahim bermula garang menerusi rembatan kaki kiri Abdul Manaf Mamat, namun ditepis penjaga gol pelawat, Md Farizal Marlias pada minit keempat.

Pada minit 18, Mohd Nazmi Faiz Mansor melakukan percubaan, namun gagal menemui sasaran apabila melepasi palang gol.

Kapten Terengganu, Zairo Anuar Zailani mencuba dari jarak jauh luar kotak penalti, bola rembatannya didakap kemas Md Farizal.

Tuan rumah dihadiahkan sepakan percuma berhampiran kotak penalti, namun sepakan Zairo berjaya ditepis keluar Md Farizal pada minit 27.

Pada minit 36, Mohd Ashaari Shamsuddin hampir meletakkan skuad Penyu di depan, bagaimanapun pemain itu gagal menyudahkan.

Pada minit 45 tuan rumah dikejutkan dengan tandukan penyerang berbahaya mereka, Paulo Rangel hasil hantaran Abdul Hadi Yahya.

Bagaimanapun, malang menimpa penyerang kelahiran Brazil itu apabila diperintah keluar padang oleh pengadil perlawanan, Mohd Nafeez Abdul Wahad selepas menyiku Mazlizam Mohamad.

Insiden itu menyebabkan perlawanan terhenti beberapa minit selepas campur tangan pegawai kedua pasukan selain Rangel enggan keluar padang.

Seminit selepas bersambung babak kedua, skuad Red Giants yang beraksi 10 pemain menambah gol kedua menerusi sepakan penalti Abdul Hadi selepas Andik Vermansyah dijatuhkan pertahanan, Azlan Zainal dalam kotak penalti.

Terengganu yang ketinggalan dua jaringan, mengasak kubu Selangor dan berpunca sepakan sudut dilakukan Zairo berjaya disudahkan Dabo untuk merapatkan defisit jaringan pada minit 51.

Kealpaan benteng pertahanan yang cuba membantu bahagian serangan mencari gol mengundang padah apabila S Venood dan S Kunanlan menjaringkan gol pada minit 88 dan 90.

Credit to bharian.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 08:00 PM | Show all posts
Malaysian Super League Team of the Year 2014









DEFENDERS


ASRARUDDIN PUTRA OMAR

After initially sitting out of the first few games, Asraruddin Putra Omar went on to cement his position at left-back for JDT and put in good shifts for the rest of the season. The national defender was not afraid to bomb forward to provide crosses and have occasional shots at goal too – he actually found the back of the net once during a 2-1 defeat to ATM. His best game was arguably against Selangor at the Shah Alam Stadium, where he kept Andik Vermasyah (below) quiet and helped create JDT’s winning goal.


SAFUWAN BAHARUDIN

In what was a poor season for dethroned league champions LionsXII – finishing closer to the relegation zone than to the top of the league table – they could, however, find solace in the coming of age of Safuwan Baharudin. Following the (temporary) departure of Baihakki Khaizan, the 22-year-old defender matured splendidly to capitalise on his vast potential. The Singapore international also demonstrated his versatility to play in attacking positions, as he was occasionally deployed by Fandi Ahmad up front and notched up four league goals – the second highest in the team.


VINCENT BIKANA

Ever present at the heart of Terengganu’s defence, Vincent Bikana was instrumental in his team’s impressive early season form as he marshalled a defence that conceded only eight goals in the first 11 games. The 22-year-old Cameroonian’s towering frame also came in handy during set pieces as he netted two league goals – both goals coincidentally came against the same opponents, JDT on separate occasions.



MIDFIELDERS


ANDIK VERMANSYAH

Did you know? Of the five penalties awarded to Selangor this season, two were won by Andik Vermansyah. Having settled quickly in Malaysia after signing from Persebaya 1927, the Indonesian winger was not afraid to let loose his devastating speed and nimble footwork to run rings around defenders. And being just 22 turning 23 soon, it is a frightening thought for defenders that Andik could get better…


AZIDAN SARUDIN

It was difficult not to notice Azidan Sarudin on the pitch, mainly thanks to his Freddie Ljungberg-ish hairstyles. His contributions as a midfield pivot to the team were equally as flashy too, consistently displaying a knack for either picking out the inch-perfect pass or unleashing long range drives. He also proved himself to be a true blue warrior – after he was accidentally kneed in the head by team-mate Saiful Nizam Miswan in a 2-2 draw with JDT, forcing him to be rushed to the hospital with a concussion, he immediately returned to action in the following match against Terengganu.


ZAIRO ANUAR ZALANI

Despite being the oldest player in the squad at the age of 32, Zairo Anuar Zalani proved that experience prevails over youthful enthusiasm and athleticism by scoring five times for Terengganu. Not only was that, the former Kelantan playmaker was dangerous from indirect free-kicks and corners with his crossing ability, taking full advantage of his side’s bigger and taller players.


R. GOPINATHAN

Starting in all but one league game for Pahang, R. Gopinathan and his lightning quick feet were a deadly force to be reckoned with as he constantly left his markers either flatfooted or eating his dust. The left winger has also been hailed by former Selangor captain K. Sanbagamaran as the best local player in the league at the moment.



FORWARDS


JORGE PEREYRA DIAZ

When JDT replaced former World Cup star Pablo Aimar with a relatively unknown Argentine named Jorge Pereyra Diaz, even the most faithful Southern Tigers fans would’ve thought TMJ had lost the plot. However, Diaz proved all his doubters wrong as he put on dazzling performances week in, week out. Even though he was only featured in the remaining eight league games of the season, he managed to help himself to eight goals, including a hat-trick in a famous comeback win against Terengganu, and three assists.


PAULO RANGEL

Paulo Rangel continued where he left off in Perak by beginning his career with Selangor in a blistering form, scoring 16 goals in 19 league games. The Brazilian’s importance to Mehmet Durakovic’s side could not be better illustrated than in the ATM and Kelantan matches he missed following his (unfortunate?) red card against Terengganu. Both games came during the crunch time of the exciting title race; without their top scorer, the Red Giants were toothless up front, losing both games and the grip they initially had on the league title.


LUCIANO FIGUEROA

You know Luciano Figueroa played extremely well when he kept national strikers Norshahrul Idlan Talaha and Safee Sali on the bench. Tireless and hardworking, JDT’s signing from Panathinaikos was without a doubt one of the best buys of the season. His almost telepathic understanding with fellow Argentine Diaz was also a key to his team's league triumph. The former Boca Juniors striker’s 11 league goals could not bag him the Golden Boot honour, but hey, at least he got a Super League medal as a consolation…




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2014 03:06 PM | Show all posts
Berita terkini. JDT sedang mengintai bintang Selangor. Andik Vermasyah dan Farizal Marlias. Harap2 Farizal dan Andik tidak berganjak. FAS do something dengan upkan gaji dorg. Mekasih.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2014 01:30 PM | Show all posts
#RESPECT !!! RAMBO



Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2014 04:14 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2015 06:14 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2015 02:54 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2015 03:24 PM | Show all posts
Penang FA Vs Selangor FA '' 16/1/15 '' (Friendly Match)
















Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 03:35 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2015 02:05 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2015 02:02 AM | Show all posts
Selangor FA (1967 Asian Club Tournament)





1966-1972 Selangor FA Away Shirt





Selangor FA (1972 Malaysian Cup Champions)






Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2015 06:47 PM | Show all posts
Selangor FA 2015 Season Pass





Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2015 10:08 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 04:02 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-6-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.057411 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list