|
Copy Paste Public Health Malaysia
Ada satu jenis stres yang kita perlukan, dipanggil positive stress atau eustres. Ia adalah stres yang memberi tenaga, membakar semangat, dan membawa kita ke tahap yang lebih tinggi.
Kenapa pelajar perlukan stres?
Stress berkala seperti loceng yang mengejutkan kita dari lena. Bila peperiksaan semakin dekat, rasa stres itu mengingatkan kita untuk mula belajar, untuk fokus, dan untuk mengatur strategi.
Tanpa tekanan ini, ramai yang mungkin memilih untuk berlepas tangan, dan akhirnya, potensi diri tidak pernah digilap.
Namun, apa yang perlu kita elakkan ialah stres berlebihan.
Bila beban silibus menjadi terlalu berat, bila tiada ruang untuk berehat atau menikmati pembelajaran, stress berubah menjadi tekanan yang merosakkan. Pelajar bukan sahaja kehilangan minat, malah keyakinan untuk mencuba.
Jadi apa yang kita perlu lakukan?
• Berikan ruang kepada pelajar untuk menikmati pembelajaran, bukan hanya mengejar silibus.
• Kurangkan beban yang tidak relevan, supaya mereka boleh fokus pada apa yang benar-benar penting
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|