Nora Danish Garang Dengan Anak
By Hazanis on November 18, 2014
Baru sahaja timbul gosip ‘Nora Danish Terkejut Dengan Permintaan Anaknya, Rayqal‘ , kini timbul pula gosip dikatakan Nora Danish garang dengan anaknya Putra Rayqal. Kalau dilihat perwatakan pelakon Nora Danish yang lembut,manja dan ceria, namun didalamnya mempunyai sikap tegas dalam mendidik anak tunggalnya, Putra Rayqal, 5.
Walaupun mempunyai jadual yang begitu sibuk dengan lakonan namun ianya bukan penghalang buat Nora sebagai ibu untuk memantau prestasi pendidikan anaknya di sekolah.
“Apabila saya diberitahu pihak sekolah bahawa Rayqal akan dimasukkan ke peringkat darjah satu, saya mula risau.
“Ini kerana pembelajaran di sekolah antarabangsa sangat cepat dan dia sekarang ini baru berusia 5 tahun.
“Rayqal pula seorang anak yang sangat manja. Memang dia anak yang baik tapi disebabkan dijaga oleh bapa, atuk dan nenek, maka manja dia terlebih sedikit.
“Jadi Nora perlu garang dengan Rayqal. Dia selalu cakap saya garang,” ujarnya kepada bernama.
Tahniah Rayqal! kerana baru sahaja mendapat adik perempuan hasil perkahwinan ayahnya, Rizal Ashram dan Fasha Sandha, begitu gembira dengan berita tersebut.
“Saya lihat Rayqal ada sifat seorang abang. Kalau dia jumpa adik barunya, Raysha dia sangat gembira dan dukung dengan penuh kasih sayang.
Apa yang lebih melucukan:-
“Sebelum ini dia tidak pernah bertanyakan bila saya nak mengandung lagi. Ada satu hari tu dia bertanyakan keinginannya untuk dapat adik baru,” kata Nora ketawa.
Hubungan cinta antara Nora Danish bersama Nedim Nazri Aziz masih lagi berjalan lancar walaupun sebelum ini timbul gosip ‘Nora Danish Utamakan Restu Keluarga’.
“Hubungan kami biasa-biasa sahaja. Sekarang ini kami hanya fokus dengan kerja dan anak. Kalau kami akan berkahwin suatu hari nanti sudah pasti saya umumkan kepada orang ramai. Perkahwinan ni adalah satu fasa yang sangat berat tanggungjawabnya,” katanya.
Walau segarang mana pun Nora Danish terhadap anaknya Putra Rayqal keayuaannya masih kekal terserlah. Makin cantik ada lak kan kalau semakin garang.
************************************************************
rajanoora School revision time. Kalau dgn Tah banyak alasan ya. He he he!!!
sallytalib Betul tu Kak Engku @rajanoora dgn Saya pun sama mcm2 alasan hehehehe ...
rajanoora Payong hanya takut kat mummy and daddy @sallytalib kalau dgn Tah and Papua banyak ngade2. Tambah kalau dgn saya nak peluk
Last edited by LDP on 19-11-2014 03:50 PM
|