|
[Pelbagai]
{LUBUK KREDIT} ~Mutiara Kata, Kata Semangat, Quotes & Sayings ~
[Copy link]
|
|
*KISAH SUFI*
Datang seorang murid berjumpa Syeikh lalu bertanya:
" Wahai syeikh , aku ini sering diganggu jin , walaupun aku mengaji dan merukyah , ia akan pergi dariku sementara dan akan kembali menggangguku, apa yang harus aku lakukan ?
Lalu Syeikh itu menjawab:
" Seekor lalat itu apabila datang menganggumu , engkau boleh menghalaunya, tapi apabila ia sering menganggumu bermakna ada kotoran bersamamu. Daripada engkau sibuk menghalau lalat itu lebih baik engkau bersihkan kotoran yang ada padamu. Nescaya lalat itu takkan memghampirimu."
Ambillah iktibar dari kata hikmah syeikh di atas , semoga Allah sentiasa merahmati dan melindungi kita .
Aamiin
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
HIKMAH UMUR TUA
Mengapa bila meningkat usia, banyak perkara yang digemari sewaktu muda semakin kurang menyeronokkan? lihatlah dengan mata hati supaya kita dapat muhasabah diri..
SATU :
Bila tua, keinginan untuk makan sedap2 semakin berkurangan. Nafsu makan sudah berkurangan.
HIKMAHnya :
Perbayakkan puasa sunat Isnin/Khamis & hari putih (13hb -15hb) ataupun mengqada’ puasa2 yang pernah ditinggalkan sewaktu muda dahulu..
DUA :
Bila tua, kerap terjaga di waktu malam & mata sukar nak lelap.
HIKMAHnya :
Bangunlah untuk mengerjakan solat2 tahajjud, solat witir & lain2. Barangkali sewaktu muda jarang sekali melakukannya, maka Allah beri kita peluang untuk melakukannya sebelum berakhirnya usia.
TIGA :
Bila tua sudah kurang gemar menonton tv. Tidak ada lagi rancangan tv yang diminati. Kurang berhibur.
HIKMAHnya :
Waktu yang terluang itu, perbanyakkan membaca Al-Quran. Mungkin sewaktu muda jarang sekali khatam, maka sewaktu tua ini berusahalah untuk khatam & tadabbur Al-Quran, paling tidak pun sekali setahun.
EMPAT :
Bila tua & sudah bersara, banyak waktu lapang. Banyak waktu senggang. Anak2 sudah dewasa & mempunyai keluarga masing2, jadi kita boleh mengurus masa degan lebih bermanfaat. Sisa2 usia yang Allah pinjamkan bolehlah digunakan untuk hal2 berfaedah yang manfaatnya boleh menjadi peneman kita di alam barzakh/akhirat kelak. Banyakkan menghabiskan masa di surau/masjid, menghadiri majlis2 ilmu, belajar Al-Quran supaya mantap tak cukup kalau sekadar belajar sekali lalu masa kecik |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Harini nak kongsi sedikit ilmu...Insha Allah...
ADAKAH ANDA TAHU LATAR BELAKANG ATTA'HIYYAAT Serta Mengapa Kita Baca Dalam Solat Kita?
ATTA'HIYYAAT adalah doa yang sangat penting; kita mengulanginya di dalam solat harian kita. Apabila saya mendapat tahu akan kepentingan ini, amat tersentuh hati saya.
ATTA'HIYYAAT sebenarnya adalah sebahagian daripada perbualan antara Pencipta kita Allah SWT dan yang kita kasihi Nabi Muhammad SAW semasa perjalanan Isra' Mi’raj.
Ketika Nabi Muhammad SAW bertemu Allah SWT, dia tidak berkata 'Assalamualaikum'. Apakah yang seseorang akan berkata apabila dia bertemu Allah? Kita tidak boleh mengucapkan selamat sejahtera kerana semua sumber kesejahteraan adalah melalui Dia.
Jadi Nabi Muhammad SAW berkata:
"Attahiyyaatul Mubaaraka TusSolawaatut toyibaatulillah" (Segala pujian, segala doa dan ibadah hanyalah untuk Allah)
Allah jawab:
"Assalamu Alaika Ayyuhannabiyyu 'Warahmatullahi Wabarokaatuh" (Salam sejahtera ke atas kamu, Wahai Nabi dan Allah memberi rahmat dan keberkatan).
Untuk ini, Nabi Muhammad SAW menjawab:
"Assalamu 'Alaina Wa'ala'Ibadillahis So'lihin" (Selamat sejahtera kepada kami dan kepada semua hamba yang baik kepada Allah)
Nota * Nabi Muhammad SAW mengata "kami" dalam jawapan ... (dan pada semua hamba yang baik kepada Allah)
Dan mendengar perbualan ini antara Allah dan Rasul-Nya, para malaikat berkata:
"Ash'had'u'an La ilahaillallah Wa Ash'hadu Anna Muhammadun Abd'uhu Wa Rasuuluh"
(Aku bersaksi bahawa tiada siapa yang berhak disembah melainkan Allah Dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya).
SubhanAllah!
Saya kini memahami kepentingan perbualan ini dalam doa harian kita dan bagaimana Solat telah ditetapkan kepada kita.
Apa yang anda fikir perlu anda lakukan dengan ini? Bayangkan jika orang lain membacanya hanya kerana anda. Ingat saya dalam doa anda, Aamiiiin!
Wallahua'lam...
Terima kasih keranaa sudi membaca...
Jangan lupa untuk 'SHARE' semoga orang lain pun tahu..
Insha Allah... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|