|
tahniah...no.4
|
|
|
|
|
|
|
|
cantknyaaaaa...
|
|
|
|
|
|
|
|
Lofa mohon maaf jika dilihat kasar, berlagakOleh Zaidi Mohamad
[email protected]
Hiburan»Selebriti
Rabu, 6 Disember 2017 | 5:05pm
KUALA LUMPUR: Pengacara, Neelofa, memohon maaf jika ada yang menyifatkan cara dan maklum balasnya ketika menemubual penyanyi Tak Tun Tuang, Upiak Isil, menerusi program Meletop, baru-baru ini, dilihat seperti kasar serta berlagak.
Jujurnya, kata Neelofa, tiada sedikit pun niat untuk beliau berbuat begitu, apatah lagi merendah-rendahkan artis dari seberang itu.
Sebelum ini, pengacara yang juga pelakon itu dikecam netizen apabila dirinya dikatakan seperti berlagak dan tidak menghormati Upiak ketika penyanyi itu muncul dalam program terbabit.
"Jika diikutkan, ketika mengacarakan program itu bersama Nabil Ahmad, kami sangat seronok menemubualnya. Kami ketawa kerana dia memang seorang yang kelakar dan spontan. Saya sendiri tergelak besar apabila dia memaklumkan sudah ada 19 album, tetapi satu saja yang laku.
"Cuma, ketika program itu bersiaran, saya dan Nabil tidak faham bahasa yang digunakan kerana loghat penyanyi dari Bukit Tinggi, Padang, itu sangat pekat, hinggakan saya sendiri terpaksa ulang soalan dan apa yang diperkatakannya berkali-kali. Saya cuba memahami apa yang dituturkan olehnya sebaik mungkin sebelum melontarkan soalan seterusnya.
"Karakter dia sendiri sangat berwarna. Saya sebagai pengacara pula cuba memberikan reaksi terbaik terhadap setiap tetamu yang diundang ke program itu. Jika ada yang salah anggap dan nampak diri ini kasar atau bersikap kurang ajar, saya dengan rendah hati memohon maaf," kata bintang yang mesra disapa dengan panggilan Lofa ini.
Beliau yang ditemui pada majlis memperkenalkan telefon bimbit Oppo F5 6GB (Edisi Merah), jenama yang mendapat sokongannya, di sini pagi tadi, turut melihat konsep program hiburan berkenaan bersifat santai dan kehadiran Upiak bagai memberikan gambaran terhadap apa yang mahu ditonjolkan menerusinya.
" Program ini sangat santai. Saya tak perlu jadi formal dan mengikut protokol. Jadi, sebagai hos, saya mahupun Nabil cuba untuk tidak terlalu mencuba menentukan rentaknya. Kita sebaliknya cuba mengikut aliran tetamu yang diundang," kata pelakon drama Red Velvet itu.
Pada majlis berkenaan, Oppo, yang turut bekerjasama dengan jenama diwakili Neelofa, Swarovski, memperkenalkan kotak hadiah edisi terhad berwarna merah, mengandungi satu sarung telefon bertatahkan kristal. Ia ditawarkan kepada 1,000 pelanggan pertama telefon pintar itu.
https://www.bharian.com.my/hibur ... ihat-kasar-berlagak
segelintir wartawan dan syarikat suratkhabar mmg ada penyakit hati selektif. Sah2 event tu Lofa jd guest/duta launch produk Oppo merah tu with Swarovski, tp yg dihighlight benda negative cetusan haters netizen berhati hitam. Bukan nak highlight pencapaian, sebut pun ciput di angin lalu je. Ada artis kegemaran diorg, nothing great, baru nikah cerita pasal tak sanggup berpisah dgn laki masuk jamban pun boleh karang satu page wangi sangat
Mode : enough is enough
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian hajjah. X minta maaf kena hentam. Dah minta maaf pon kena hentam lagi. Buat la apa2 pon hajjah. Yg positif pom akan jd negatif dimata hater. |
|
|
|
|
|
|
|
washere2 replied at 7-12-2017 12:19 PM
Dah pm acik
Thank you Acikzz #ilofayou . Dh reply balik. |
|
|
|
|
|
|
|
washere2 replied at 7-12-2017 03:45 PM
Lofa mohon maaf jika dilihat kasar, berlagakOleh Zaidi Mohamad
[email protected]
HiburanSeleb ...
Asal namanya NEELOFA pasti akn kne kecam |
|
|
|
|
|
|
|
mayaa Allah...sooo beautiful
|
|
|
|
|
|
|
|
HIBURAN»Selebriti
Khamis, 7 Disember 2017 | 11:42pm
Lofa tak mahu lagi dikaitkan dengan Fattah
Oleh Zaidi Mohamad
[email protected]
KUALA LUMPUR: Pengacara yang juga pelakon sensasi, Neelofa percaya beliau dan Fattah Amin, yang baru berkahwin dengan Nur Fazura, sudah mempunyai kehidupan sendiri. Justeru, katanya, tidak perlu dirinya dikaitkan lagi dengan pelakon terbabit. Katanya, beliau sendiri tidak tahu bahagian mana lagi yang perlu disentuh jika ada yang terus-terusan mengaitkannya dengan Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 3.0 itu.
Bintang drama rantaian, Red Velvet itu bagaimanapun sedar masih ada yang bercerita, selain mengecam dirinya apabila dikaitkan dengan pasangan berkenaan. "Saya sendiri tak tahu nak sentuh apa dan bahagian mana lagi. Tapi biasalah, ada sekumpulan tertentu yang suka memanaskan hal ini hingga ia terus diperkatakan. "Saya fikir, jelas masing-masing ada kehidupan sendiri. Yang menjadi perdebatan adalah dalam kalangan orang luar dan bukannya kami. Saya sendiri memilih untuk berdiam diri dan tak hiraukan semua ini," kata duta telefon bimbit Oppo F5 6GB (Edisi Merah) itu. Di sebalik semua itu, ada juga yang memuji sikap profesional Neelofa apabila memberikan ucapan tahniah kepada pasangan terbabit menerusi program Meletop, ketika membuat rangkuman cerita panas sepanjang minggu. Malah, ada kalangan netizen yang menghargai sikap matangnya, selain menganggap pelakon Suri Hati Mr Pilot itu sudah pun 'move on'. Sisi lain, ketika bertemu dengannya pada majlis memperkenalkan model baharu telefon pintar berkenaan, di Bangsar, baru-baru ini, Neelofa juga tidak terlepas daripada diaju soalan peribadi, apakah benar dirinya kini sudah bertemu pengganti. Ini berikutan tersebarnya gambar beliau bersama seorang anak VIP, baru-baru ini, hingga mencetuskan spekulasi dirinya kini diulit bahagia bersama pemuda itu. Namun, usahawan perniagaan Naelofar Hijab itu tegas dengan pendiriannya untuk tidak berkongsi kisah sebegitu. "Sejak awal lagi, sudah banyak hal peribadi menerjah dalam kanvas seni diri ini. Saya sendiri sudah jelaskan daripada banyak segi. Dulu, tunjuk sikit hal peribadi pun tak boleh. Apatah lagi memberi bayangan terus berkenaan hal itu. Jadi, saya ambil pendekatan untuk tidak langsung berkongsi mengenainya. "Selepas apa yang saya lalui, pengalaman mematangkan diri. Ikutkan, dengan kawan pun, hanya mereka yang tertentu sahaja saya bercerita sisi peribadi. Namun, apabila tiba masanya saya akan berkongsi. "Maaf, memang saya tak boleh kongsi fasal bersama orang lain atau sebaliknya, walaupun sedikit. Tapi, andai saya ingin umumkan hal peribadi, pasti ia akan dilakukan secara sewajarnya. Saya akan jemput teman media ketika itu," katanya. Di sebalik semua itu, 2017 yang bakal melabuhkan tirai tidak lama lagi nyata meninggalkan detik indah dan manis buatnya. Di sebalik beberapa kontroversi yang melanda dirinya, wanita bernama Noor Neelofa Mohd Noor ini terus utuh meluaskan empayar. Beliau bagai bangkit semula dengan menjadikan 2017 sebagai ruang untuk terus bekerja keras dan mengukuhkan jenamanya. Tidak kiralah dalam dunia seni atau perniagaan, Neelofa seperti tidak betah untuk duduk diam. Ada saja yang dilakukan wanita ini, hingga jadualnya sentiasa penuh dengan pelbagai aktiviti dan perancangan. "Ikutkan, awal tahun ini saya tidaklah sibuk sangat. Saya gunakan ruang itu bagi melakukan penstrukturan terhadap perniagaan dan kempen akan datang, termasuk untuk bulan puasa. Pada masa sama, kakak saya (Noor Nabila) juga berkahwin dengan Sharnaaz Ahmad. Selain itu, saya ada komitmen dengan Maharaja Lawak. "Hanya selepas Aidilfitri, saya kembali sibuk. Saya juga terikat dengan komitmen di luar negara. Saya terbang ke sana-sini, termasuk ke Manila, Boston, Milan, Paris hinggalah baru-baru ini ke Shanghai, China, kerana memenuhi undangan pertunjukan fesyen Victoria's Secret. Gangguan ritma harian dan penat itu bagai sudah menjadi teman karib. "Pada masa sama, saya melunaskan komitmen penggambaran drama, Red Velvet. Bulan ini, kira ada juga ruang untuk saya bernafas, bercuti dan memenuhi komitmen kerja membabitkan produk diwakili. Apa pun, saya bersyukur dengan semua nikmat dan peluang ini," katanya. INFO - Sudah tujuh tahun membabitkan diri dalam bidang seni.
- Terus menjadi pilihan jenama antarabangsa termasuk Swarovski, Lancome dan Oppo.
- Lima tahun mengendalikan program Meletop, bersama-sama Nabil Ahmad.
- Popular dengan drama Suri Hati Mr Pilot dan Red Velvet.
P/S : Sekurang2nya artikel ini memperlihatkan keberanian Lofa dlm menjawab setiap persoalan yg diajukan dengan penuh keikhlasan, meletakkan dia ke hadapan dari kebykan yg lain, mungkin penyebab ada pihak yg sering tidak berpuas hati dgn dia; dan harus diakui segala apa yg dicapainya sukar ditandingi oleh yg seangkatan malah lebih senior darinya. Kuncinya hati dan sikap Lofa. Dan ternyata, ramai yg sgt ingin ambil tahu ttg kehidupan peribadi seorang NEELOFA
|
|
|
|
|
|
|
|
Guys... Baca BH online. Lofa di lantik jadi Pengarah bebas Air Asia... or something like that. |
|
|
|
|
|
|
|
Manjee62 replied at 8-12-2017 06:29 PM
Guys... Baca BH online. Lofa di lantik jadi Pengarah bebas Air Asia... or something like that.
Yes headline semua newspaper & online buletin...non-executive independent director air asia |
|
|
|
|
|
|
|
AirAsia lantik Neelofa Pengarah Bebas Bukan Eksekutif08 Disember 2017 6:02 PM
KUALA LUMPUR 8 Dis. - AirAsia Bhd., melantik Noor Neelofa Mohd. Noor sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif syarikat penerbangan berkenaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, pelantikan itu diluluskan sebulat suara oleh ahli-ahli lembaga. "Pengalaman Neelofa sebagai seorang usahawan dan pencipta jenama amat bernilai buat AirAsia, beliau akan dapat memberi pandangan baharu kepada perniagaan kami seiring dengan hasrat untuk menjadi syarikat penerbangan digital," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/airasia-lantik-neelofa-pengarah-bebas-bukan-eksekutif-1.569293#ixzz50g8PXrUS
© Utusan Melayu (M) Bhd
AirAsia Lantik Neelofa Pengarah Bebas Bukan Eksekutif[size=0.688em]Diterbitkan: Jumaat, 8 Disember 2017 6:57 PM [size=0.875em]PETALING JAYA: AirAsia Bhd melantik aktres dan pengacara televisyen, Noor Neelofa Mohd Noor (Neelofa), sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutifnya. [size=0.875em]AirAsia dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata pelantikan itu dipersetujui sebulat suara oleh ahli lembaga pengarahnya. [size=0.875em]Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tony Fernandes, berkata Neelofa merupakan penambahan yang baik kepada lembaga pengarah memandang pengalaman beliau sebagai usahawan, pencipta jenama dan inovator industri. [size=0.875em]Beliau berkata Neelofa akan dapat menyuntik pandangan baharu kepada perniagaan AirAsia ketika syarikat itu melangkah ke arah penerbangan digital.
[size=0.875em]“Neelofa bijak, muda dan berdikari sendiri - ciri-ciri yang kami perlukan untuk membantu syarikat terus kekal dihadapan ketika kami bergerak ke arah menjadi satu daripada syarikat yang mencatatkan prestasi terbaik, paling diyakini dan dihormati di dunia. [size=0.875em]“Reputasi beliau sebagai ahli perniagaaan wanita utama di Malaysia, salah seorang daripada segelintir rakyat Malaysia yang dinamakan oleh Forbes Asia dalam senarai ‘30 Under 30' majalah itu dan rekod prestasi baik beliau memperjuangkan wanita dalam perniagaan adalah satu inspirasi kepada kami. Saya berharap dapat bekerjaa bersama-sama dengan Neelofa,” kata Fernandes. [size=0.875em]Sementara itu Neelofa berkata pelantikan tersebut bukan sahaja satu pencapaian bagi beliau tetapi juga bagi semua wanita. [size=0.875em]“Sejak tujuh tahun lepas, saya telah menceburi industri hiburan dan perniagaan yang menyediakan banyak peluang kepada saya untuk berkembang dan melakukan perubahan. Saya teruja untuk menggalas peranan baharu ini, mencabar diri saya sendiri untuk meningkatkan lagi prestasi diri dan pergi lebih jauh lagi. [size=0.875em]“Saya juga teruja untuk mewakili Generasi Y dan menyuarakan pandangan kami bagi perniagaan,” katanya. [size=0.875em]Sementara itu, dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, AirAsia mengumumkan peletakan jawatan Aireen Omar dan Tharumalingam Kanagalingam daripada lembaga bagi memberi peluang kepada lebih ramai pengarah bebas untuk meningkatkan tadbir urus korporat dan pematuhan. [size=0.875em]Syarikat itu berkata langkah tersebut juga akan membolehkan Aireen dan Tharumalingam menumpukan kepada pelan transformasi dan pertumbuhan AirAsia.
|
|
|
|
|
|
|
|
AirAsia lantik Neelofa Pengarah Bebas Bukan EksekutifOleh Nasuha Badrul Huzaini
[email protected]
SEPANG: AirAsia Bhd (AirAsia) melantik selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa sebagai Pengarah Bebas bukan Eksekutif.
Pelantikan itu diluluskan sebulat suara oleh Ahli Lembaga Pengarah.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, berkata pihaknya gembira dan mengalu-alukan pelantikan berkenaan.
"Pengalaman beliau sebagai usahawan, pencipta jenama akan menjadi tidak ternilai kepada AirAsia. Beliau juga boleh memberikan pandangan baharu dalam perniagaan kami semasa kami sedang menuju ke arah menjadi syarikat penerbangan digital.
"Neelofa juga adalah seorang yang sangat pintar, muda dan bebas - menepati apa yang kami perlukan untuk membantu syarikat terus maju menjadi satu daripada syarikat yang menunjukkan prestasi terbaik, dipercayai dan dihormati di dunia. "Reputasinya sebagai antara usahawanita terkemuka di negara ini, selain tersenarai antara beberapa rakyat Malaysia dalam Forbes Asia menerusi segmen 30 Under 30, serta rekodnya dalam memperjuangkan wanita dalam perniagaan menjadi inspirasi kepada kami.
"Saya tidak sabar untuk bekerja bersama Neelofa," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Neelofa adalah seorang selebriti berjaya yang menceburi bidang keusahawan dan telah membina empayar perniagaannya menerusi jenama Naelofar Hijab.
Jenama tudung itu dilaporkan berada dalam landasan untuk mencapai sasaran jualan RM200 juta tahun ini dan boleh didapati di 37 negara termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Australia, Arab Saudi dan Singapura.
Sementara itu, Neelofa, berkata beliau teruja untuk menyertai keluarga AirAsia.
"Ini bukan hanya kejayaan saya tetapi juga buat semua wanita di luar sana. Selama tujuh tahun, saya meneroka kedua-dua industri hiburan dan perniagaan yang telah memberikan saya begitu banyak peluang untuk berkembang dan berubah.
"Saya gembira untuk menggalas peranan baru ini seterusnya mencabar diri saya untuk pergi lebih jauh," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by washere2 at 8-12-2017 10:23 PM
Neelofa ahli lembaga pengarah AirAsia
Nabil Basaruddin
[email protected]
SYARIKAT penerbangan tambang murah, AirAsia Berhad (AirAsia) mengumumkan pelantikan selebriti usahawan terkemuka tanah air, Noor Neelofa Mohd Nor atau lebih dikenali sebagai Neelofa menjadi Pengarah Bebas Bukan Eksekutif berkuatkuasa serta-merta. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, pelantikan Neelofa ke dalam ahli lembaga pengarah itu adalah perkara yang begitu mengujakan kerana kelebihannya sebagai usahawan, pencipta jenama dan pencetus industri bakal memberi lebih nilai kepada AirAsia.
"Neelofa adalah ikon yang pintar, muda dan berdikari yang mana ia adalah apa yang kita perlukan untuk bersama-sama syarikat dalam menjadi syarikat penerbangan terbaik, dipercayai dan dihormati di seluruh dunia.
"Reputasi beliau sebagai ahli perniagaan terkemuka Malaysia yang turut dinamakan oleh Forbes di bawah 30, mempunyai rekod yang tersendiri memperjuangkan wanita dalam perniagaan adalah inspirasi kepada kami," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini. Sementara itu, Neelofa berkata, beliau berbesar hati untuk menerima cabaran dan menyertai keluarga AirAsia dan berterima kasih kepada ahli lembaga pengarah melantiknya sebagai sebahagian daripada syarikat penerbangan tambang murah terbaik dunia itu. "Pencapaian ini bukanlah hanya kejayaan buat diri sendiri, tetapi ia adalah buat semua wanita di luar sana. Saya teruja untuk menjalankan tugas baru ini dan berharap dapat menjadi lebih baik pada masa akan datang," katanya. Neelofa, selebriti dan usahawan yang mempunyai empayar perniagaan dengan jenama Naelofar Hijab mempunyai rekod jualan sehingga RM200 juta pada tahun ini dan produk hijabnya turut berada di 37 pasaran dunia seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Australia, Arab Saudi dan Brunei.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Disember 2017 @ 7:31 PM
Neelofa dilantik Pengarah Bukan Eksekutif Bebas AirAsiaHASLINA KAMALUDIN
8 DISEMBER 2017
PELAKON, pengacara dan usahawan Noor Neelofa Mohd Noor, 28, telah dilantik menjadi Pengarah Bukan Eksekutif Bebas penerbangan tambang murah AirAsia. Pelantikan itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes. Dalam pada itu, Neelofa dalam kenyataan sama turut melahirkan rasa syukur dan berbangga dengan pelantikan itu.
“Mewakili Gen Y memberi keterujaan buat saya kerana wawasan kami adalah sama dalam perniagaan. “Terima kasih AirAsia, saya tidak sabar untuk terbang bersama,” katanya. Sementara itu, AirAsia turut mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar dan Pengarah Eksekutif K Tharumalingam daripada lembaga pengarah. Ini membolehkan lebih ramai pengarah bebas dilantik untuk membantu mengukuhkan urus tadbir syarikat
http://www.sinarharian.com.my/bisnes/neelofa-dilantik-pengarah-bukan-eksekutif-bebas-airasia-1.768072
Terbang tinggi, lebih tinggi: NeelofaMUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
8 DISEMBER 2017
AKTRES dan usahawan terkenal Noor Neelofa Mohd Noor (Neelofa), 28, menzahirkan rasa terima kasih dan syukur berhubung pelantikannya sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia. Katanya pelantikan itu merupakan satu anugerah yang amat bermakna baginya. "Terima kasih kepada semua, berita ini sangat bermakna kepada saya, langit kini tiada batas lagi! Terbang tinggi dan lebih tinggi," katanya yang dipetik menerusi kenyataan di Facebooknya, sebentar tadi.
Sementara itu, AirAsia turut mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar dan Pengarah Eksekutif K Tharumalingam daripada lembaga pengarah.
Ini membolehkan lebih ramai pengarah bebas dilantik untuk membantu mengukuhkan urus tadbir syarikat. Dalam pada itu, Neelofa dalam kenyataan sama turut melahirkan rasa keterujaan di atas pelantikan itu. “Mewakili Gen Y memberi keterujaan buat saya kerana wawasan kami adalah sama dalam perniagaan. “Terima kasih AirAsia, saya tidak sabar untuk terbang bersama,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/bisnes/terbang-tinggi-lebih-tinggi-neelofa-1.768087
|
|
|
|
|
|
|
|
AirAsia appoints Neelofa as non-executive independent director [size=1em]Friday, 8 Dec 2017 6:01 PM MYT
PETALING JAYA: AirAsia has appointed actress and entrepreneur Noor Neelofa Mohd Noor (pix) as its non-executive independent director. The appointment was unanimously approved by the board members. "The board members and I are delighted to welcome Neelofa onboard as non-executive independent director. She is a great addition to the board," said AirAsia Group chief executive officer Tan Sri Tony Fernandes in a statement on Friday. "Her experience as an entrepreneur, a brand creator and an industry disruptor will be invaluable to AirAsia, and she will be able to provide fresh insights into our business as we transform into a digital airline," said Fernandes.
"Her reputation as Malaysia’s leading businesswomen, one of the few Malaysians named by Forbes Asia in their 30 Under 30, and her track record in championing women in business is an inspiration to us. I look forward to working with Neelofa," he said. Neelofa said that she is "delighted" to take on the challenge as non-executive independent director and to join the AirAsia family. "This is not only an achievement for me, but for all women out there. For the past seven years, I have explored both the entertainment and business industries which have presented me with so many opportunities to grow and to transform," she said. "I’m excited to take on this brand new role, to challenge myself to go further and also to grow as a person. "I am also excited to represent the Gen Y and our insights for the business. Thank you again AirAsia and I can’t wait to fly together with you," said Neelofa. Neelofa, a successful celebrity turned entrepreneur, has successfully built a business empire centred around the Naelofar Hijab brand. The brand of Muslim headscarves was reportedly on track to rake in RM200mil in sales this year. Naelofar Hijab is available in 37 countries, including the US, UK, France, Australia, Saudi Arabia, the United Arab Emirates, Singapore and Brunei. In a filing to Bursa Malaysia on Friday (Dec 8), AirAsia announced the resignation of Aireen Omar and Tharumalingam Kanagalingam from the board to allow for more independent directors in order to enhance corporate governance and compliance. This is in accordance to the newly-released Malaysian Code on Corporate Governance (MCCG) by The Securities Commission Malaysia (SC). This move will also enable Aireen and Tharumalingam to focus on the transformation and ambitious growth plans for the company.
Read more at https://www.thestar.com.my/news/ ... S8YUMdIZPdgKkrTF.99
|
|
|
|
|
|
|
|
AirAsia appoints Neelofa as non-executive independent director
By NST ONLINE - December 8, 2017 @ 6:10pm
SEPANG: AirAsia Berhad has appointed Noor Neelofa Mohd Noor as non-executive independent director. The appointment was unanimously approved by the board members. “The board members and I are delighted to welcome Neelofa onboard as non-executive independent director. She is a great addition to the board. Her experience as an entrepreneur, a brand creator and an industry disruptor will be invaluable to AirAsia, and she will be able to provide fresh insights into our business as we transform into a digital airline”, said AirAsia group chief executive officer Tan Sri Tony Fernandes. “Neelofa is super smart, young and independent - just what we need to help the company stay ahead as we progress towards becoming one of the best performing, most trusted and respected companies in the world.” Fernandes said Neelofa’s reputation as Malaysia’s leading businesswomen and one of the few Malaysians named by Forbes Asia in their 30 Under 30, and her track record in championing women in business is an inspiration to AirAsia. “I look forward to working with Neelofa”, he said. Neelofa meanwhile said she was delighted to take on the challenge and join the AirAsia family as a non-executive independent director. “My gratitude to the AirAsia board members and management for inviting me to be a part of the World’s Best Low-Cost Airline”. “This is not only an achievement for me, but for all women out there. For the past 7 years, I had explored both the entertainment and business industries which had presented me with so many opportunities to grow and to transform. “I’m excited to take on this brand new role, to challenge myself to go further and also to grow as a person”. “I am also excited to represent the Gen Y and our insights for the business”, she added. A successful celebrity turned entrepreneur, Neelofa had successfully built a business empire centred around the Naelofar Hijab brand. The brand of Muslim headscarves reportedly on track to rake in RM200 million in sales this year, and is available in 37 countries, including the US, UK, France, Australia, Saudi Arabia, UAE, Singapore and Brunei. In a filing to Bursa Malaysia today, AirAsia also announced the resignation of Aireen Omar and Tharumalingam Kanagalingam from the board to allow for more independent directors in order to enhance corporate governance and compliance. This is in accordance to the newly released Malaysian Code on Corporate Governance (MCCG) by The Securities Commission Malaysia (SC). This move will also enable Aireen and Tharumalingam to focus on the transformation and ambitious growth plans for the company.
|
|
|
|
|
|
|
|
terbaik la neelofaa |
|
|
|
|
|
|
| |
|