CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: akubukangrunge

Novelis Ramlee Awang Murshid (RAM)

   Close [Copy link]
Post time 5-1-2010 03:46 PM | Show all posts
1369# merrissa




mmg gedik...suka sgt sebb dia tak kawin dgn sunan....n sunan sayang sangat kat ratna
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2010 10:57 AM | Show all posts
1519# super_nova
Tunggu. Cinta Sufi dlm beberapa bulan terdekat ini.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 01:28 PM | Show all posts
wahhh ni mesti launching masa pesta buku kt pwtc nieh nnt kan..
bestnyaaa..tak sabar tunggu nieh..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2010 12:58 AM | Show all posts
dah baca mikhail n 9 nyawa

mikhail
- jln cite ok suspen gak la esp yg part hujung2 tu...
aku kompius la sape yg racun datok bakri tu? sharani ke tim?
pastu aku rasa la heroin tu patutnya zetty sbb dia mainkan byk peranan dlm merungkai misteri.....
raihana tu mcm bunga penyeri aje la...

9 nyawa
- pd awalnya watak khairil ni mmg a bit suspicious mcm baik la sgt konon nya...
- tp jln cite agak slow banding dgn mikhail....episod2 hakim yg didtgi oleh suara2 org di alam perantaraan bg shieda x cukup ..hanya ada 2 kes aje termasuk kes intan ada 3 ...jd kat situ debaran nyer x cukup umph laa...

apa pun 2 novel ni x leh mengatasi trilogi bagaikan puteri dgn tombiruo ....semua tu asam garam nyer cukup n rasa x puas baca.....trilogi bagaikan puteri tu bisa buat kita rasa seakan2 berada di tempat yg di ceritakan...cthnya masa kat perkampungan mangala tu....masa yg haryani kena tangkap n nak larikan diri tu...perasaan takut n suspen tu sbg pebaca mmg dpt dirasai....

apa pun x sabar nak tuggu cinta sufi
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2010 01:22 PM | Show all posts
en attokz...
lama xdgr khabar ko???
ms BF bln 3 ni ada nvl br abg RAM akan kua x?
yg smbgn HSP per cerita...jd kua ms BF nnt?
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2010 12:02 AM | Show all posts
dah beli 9 nyawa tp belum baca lagik.. kekawan pinjam bwk balik rumah ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2010 03:04 PM | Show all posts
sy nk beli buku 9 nyawa tapi dah habis huaaaaa huaaaaa sodeh huuuhuhuhuhuhhuhuhuuhhuhuhuhhhuhuhuhuhuuhuhhuhuuu i love ramlee awang mursid's books!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2010 07:57 PM | Show all posts
tunggu pesta buku la...
aku pn nak borong gak...lg 3 minggu...
tgh buat countdown & mengumpul duit....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2010 08:17 PM | Show all posts
baru semalam beli 9 nyawa..MASIH BERNYAWA LAGI buku tu,,tak disentuh lagi..hahahahha
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 11:19 AM | Show all posts
Untuk pengubat duka semua peminat RAM, saya 'paste' kembali emel eksklusif daripada Ramlee Awang Murshid.


Suatu ketika dahulu, ketika menoktahkan cerita Hijab Sang Pencinta, saya mengandaikan itulah pelengkap Trilogi Bagai Puteri (Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta), seperti mana saya noktahkan Trilogi TOMBIRUO. Namun apabila ramai yang membaca pengakhir novel Hijab Sang Pencinta, telah melahirkan rasa tidak puas hati. Seperti mana ketidakpuasan hati mereka pada Semangat Hutan, ketika saya matikan watak Amiruddin.

Saya terima SMS dan email yang menzahirkan kekecewaan mereka pada dua faktor – pertama: Saifudin dan Haryani tidak bersatu dan kedua: kenapa matikan watak Saifudin? Malah saya turut menerima email dari Perth Australia yang menyatakan rasa terkilan sangat pada pelengkap trilogi tersebut. Sebagai manusia, saya mula berfikir semula. Encik Norden (Pengurus Alaf21 waktu itu) menasihatkan saya – cukuplah untuk trilogi itu. Maknanya cerita itu kalau disambung agak dragging. Sebagai penulis saya merasa bersalah kerana menjadikan ending trilogi tersebut sebagai twist. Berikutan itu juga berulang kali saya menyatakan bahawa Saifudin atau Laksamana Sunan itu tidak mati cuma pengsan saja. Bila saya teliti pengakhir novel Hijab Sang Pencinta itu semula, memang benar Saifudin kelihatan seolah-olah ‘mati’.

Kemudian saya berusaha untuk meraih semangat untuk menjadikan Saifudin muncul semula dalam episod baru. Bagaimana pun tanpa kehadiran dua watak utama sebelum ini iaitu Dani dan Haryani. Maknanya trilogi ini berlanjutan lagi tetapi dalam new session. Pada tahun lalu, ketika mengikuti kursus ESQ di PWTC, saya meminta pada Encik Norden untuk membenarkan saya melanjutkan cerita tersebut. Encik Norden mengatakan – sememangnya ALLAH mahu kau sambung cerita itu. Ini disebabkan cerita itu sentiasa berlegar-legar dalam fikiran dan hati.

Akhirnya saya memulakan Cinta Sufi pada awal november tahun 2009. Hanya berehat selama seminggu sahaja selepas menyiapkan novel 9 Nyawa. Teguran dan kritikan dalam cakap-cakap menerusi SMS atau email mahu pun dalam blog, saya ambil iktibar. Saya diam dan berjenaka bukan bermakna saya tak endah. Saya ambil perhatian tetapi saya tak tunjuk cuma sesekali saja saya meluahkannya dalam blog kelab ram.

Maka fasa berjerih payah pun bermula. Pihak Alaf21 meminta saya menyiapkan untuk pesta buku 2010. Saya tak yakin dapat kejar dateline itu. Saya terus berdoa dan berdoa. Secara logik akal, semua itu tidak akan berlaku. Tetapi saya meminta kepada Yang Maha Tertinggi. Alhamdulilah...doa saya dikabulkan. Saya menghantarkan manuskrip Cinta Sufi dalam tiga peringkat. Peringkat pertama pada pertengahan bulan Januari. Peringkat kedua pada pertengahan bulan Februari dan pengakhirnya dapat ditamatkan pada 26 Februari lalu bersamaan hari Jumaat. Pada hari penghulu segala hari dan hari ulang tahun kelahiran Rasulullah saw. Segala puji bagi ALLAH.

Baiklah...Cinta Sufi sudah siap sepenuhnya dan dalam proses suntingan sekarang. Kalau tak ada aral...pesta buku ini adalah Cinta Sufi itu di pasaran. Sekarang tumpuan untuk screenplay Tombiruo pula. Lepas itu Rayyan Fantasi akan mula ditulis. Dalam Cinta Sufi, ada bab di Hulu Melaka yang agak sukar iaitu adegan peperangan. Selajur saya gunakan teknik lensa kamera dengan melakukan scene by scene.

Ada watak-watak sejarah yang saya fiksyenkan seperti Hang Tuah dan Hang Lekiu. Ada watak-watak mitos turut disertakan seperti Puteri Gunung Ledang dan Luna – golongan perempuan di kalangan bangsa Polip. Ada seorang kawan mencadangkan saya kembangkan bangsa Polip, maka dalam Cinta Sufi ia dirungkaikan. Begitu juga dengan siapa sebenarnya Taghut – sejarah ringkas kemunculannya.

Baiklah...mari saya ringkaskan cerita Cinta Sufi:-

Catalina merupakan seorang balu bangsawan Portugis yang kematian suami, belayar ke Tanah Melayu atas saranan Maryam – satu jelmaan berjubah dan berhijab putih yang ditemui apabila Catalina pengsan sahaja. Maryam berjanji akan membongkar satu rahsia besar tetapi pertemuannya mestilah di Hulu Melaka dan Catalina kena mencari seorang lelaki bertanduk dua untuk mengiringi perjalanannya ke Hulu Melaka. Ketika sampai ke Melaka, Portugis sedang menggempur Melaka dan Melaka dapat ditawan. Masa inilah Catalina menemui Saifudin yang pengsan di pantai Punggor. Lalu Laksamana Sunan itu dijadikan hamba sahaya kepada Catalina. Perjalanan ke Hulu menghadapi bermacam rintangan termasuk huru-hara yang dicetuskan Pangeran Garitno (jelmaan Taghut) dan Puteri Kober Gandring yang hampir putus nyawa dikerjakan Saifudin dalam Hijab Sang Pencinta. Anak keponakan Taming Sari hulubalang terbilang Majapahit itu dibangkitkan semula dalam jelmaan pontianak.

Saifudin pula kehilangan kudrat kerana mengalami proses transformasi dari abad ke 21 yang telah memecahkan sel-sel dalaman. Luna pula muncul menagih kasih kepada Saifudin iaitu bangsa manusia pertama yang berjaya menambat hatinya. Begitu juga dengan Catalina yang lama-kelamaan menyenangi Saifudin kerana akhlak lelaki itu. Kesimpulannya – banyak nyawa terkorban dalam mengharungi perjalanan ke Hulu Melaka. Persoalannya – siapa Maryam bersama rahsia besarnya? Mengapa Saifudin digelar ‘lelaki bertanduk dua’? Apakah Taghut mampu dibunuh? Bagaimana dengan campur tangan Luna dalam peperangan antara sesama bangsa manusia? Apakah Saifudin berupaya bangkit menjadi Laksamana Sunan semula? Mengapa Taghut terlalu mendendami Saifudin? Siapakah yang mampu menjinakkan Puteri Gunung Ledang yang terkenal sakti itu? Dan...banyak lagilah.

Untuk anda semua...selamat bertemu dengan Laksamana Sunan sekali lagi dan ia tidak akan berakhir begitu sahaja. Seperti kata Saifudin – tiadalah ia diputuskan di dalam hati.

Ramlee Awang Murshid
1 Mac 2010
03.43 petang/ Angkasapuri, Kuala Lumpur.


*kredit/apresiasi untuk Ramlee Awang Murshid & KelabRAM.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 11:26 AM | Show all posts
RAM kata kt pesta buku nnti akan ade buku cinta sufi..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 11:37 AM | Show all posts
Insya Allah jika Alaf21 dapat siapkan proses penerbitan dengan kadar segera.
Tunggu dgn sabar~
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 01:52 PM | Show all posts
wahhhh...x sabar nyeeeeeeeeee....
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 03:04 PM | Show all posts
cam bestnya.. tak sabar nak dapatkan cinta sufi.. rindu kat sunan...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 04:53 PM | Show all posts
9 nyawa best ke
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 08:21 PM | Show all posts
1530# attokz


tokz...
baca apa yg ko tulih atas kt cinta sufi lg menarik jln ceritanya....masalahnya HSP aku x baca2 lg sejak aku beli dr taun 2008....huhu...
nmpknya nak x nak aku terpaksa memanggil mood membaca tuk abeskan HSP ni...jumpa ko kt pwtc ye...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2010 09:59 AM | Show all posts
1536# mijot
Kena baca Hijab Sang Pencinta bagi habis dulu la, Mijot. Nak lagi mantap, ulang baca Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu.
hehehehe~
Whoaaa~ Ada orang nak dating dengan aku la masa KLIBF nnt. Dup dap dup dap dup dap! Hahahahah~
Susah-susah kite dating ramai-ramai dgn Abg RAM nnt. Aku biasa 'tarik' Abg RAM gi ngeteh kalau dah pack & crowded sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2010 05:49 PM | Show all posts
1537# attokz


aku xberanila nk buat ulangkaji BP & CSR...sbb masa aku buku2 tersebut pelbagai perkara mistik berlaku + bulu roma meremang lah...
abes segala brg jatuh dr atas meja, pasu bunga jatuh...ke aku terbawa2 apabila membacanya...tp jln cerita msh igt suam2 kuku la ..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2010 11:36 AM | Show all posts
cinta sufi:pompom:

kena tmbh list aku nie...
hopefully banyak la diskaun yg diberi ek...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2010 05:56 PM | Show all posts
yay cinta sufi! xsabar rasanya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.169884 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list