|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: MAGIC WORLD
[Copy link]
|
|
“Don’t be pushed around by the fears in your mind. Be led by the dreams in your heart.” ―Roy T. Bennett
|
|
|
|
|
|
|
|
“Work hard in silence, let your success be the noise.” ―Frank Ocean |
|
|
|
|
|
|
|
“Success is no accident. It is hard work, perseverance, learning, studying, sacrifice, and, most of all, love of what you are doing or learning to do.” ―Pele
|
|
|
|
|
|
|
|
“Would you like me to give you a formula for success? It’s quite simple, really: Double your rate of failure. You are thinking of failure as the enemy of success. But it isn’t at all. You can be discouraged by failure or you can learn from it, so go ahead and make mistakes. Make all you can. Because remember, that’s where you will find success.” ―Thomas J. Watson
|
|
|
|
|
|
|
|
“Every champion was once a contender that didn’t give up.” ―Gabby Douglas
|
|
|
|
|
|
|
|
“There are five important things for living a successful and fulfilling life: never stop dreaming, never stop believing, never give up, never stop trying, and never stop learning.” ―Roy T. Bennett
|
|
|
|
|
|
|
|
“The difference between successful people and very successful people is that very successful people say no to almost everything.” ―Warren Buffett
|
|
|
|
|
|
|
|
“Opportunities don’t happen. You create them.” ―Chris Grosser
|
|
|
|
|
|
|
|
“Success is liking yourself, liking what you do, and liking how you do it.” ―Maya Angelou
|
|
|
|
|
|
|
|
Apakah Punca Rezeki Boleh Tersekat?
SETIAP makhluk ciptaan Allah SWT di mukabumi telah ada rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Walaubagaimana pun manusia wajib berikhtiar dan berusaha kerana Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum selagimana mereka tidak merubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
Firman Allah SWT
إِنَّ اللّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنْفُسِهِمْ
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.”
(Surah ar-Ra’d ayat 11)
Di dalam islam untuk mendapat kejayaan dan redha Allah, tiga perkara penting perlu ada adalah berusaha, berdoa dan bertawakal.
Di manakah silapnya, apabila Allah melebihkan rezeki kepada seseorang dan mengurangkan rezeki kepada seseorang?
Apabila anda berasakan hidup terlalu sukar cuba-cubalah muhasabah diri dan jangan menyalahkan sesiapa.
Perlu diingat, apabila Allah berkuasa menambahkan rezeki kepada hamba-NYA dari jalan yang tidak disangka-sangka, Allah juga berkuasa untuk menghalang atau menghijab rezeki seseorang dari sebab yang tidak disangka-sangka.
Adakah rezeki yang anda perolehi itu berkat atau tidak? Anda bersyukur atau tidak?
Keberkatan di sini membawa maksud, rezeki yang sedikit tetapi dirasakan banyak dan terlalu mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan, hidup dirasakan sempit walaupun rezeki yang diperolehi cukup banyak. Ini juga ada kaitan dengan halal dan haram rezeki yang kita perolehi dan perlakuan kita terhadap Allah Maha Pemberi Rezeki.
Sama ada disedari atau tidak, kadangkala kita melakukan dosa besar atau dosa kecil secara berterusan tanpa ada ingatan untuk memberhentikannya.
Kita mengingkari perintah Allah sedangkan pada masa yang sama kita meminta Allah memberikan rezeki kepada kita. Perhatikan diri kita apakah dosa besar dan dosa-dosa kecil yang kita lakukan sehinggakan apa yang kita minta daripada Allah terhijab.
|
|
|
|
|
|
|
|
Terdapat beberapa sebab rezeki seseorang itu boleh tersekat atau terhalang iaitu :
1. Sifat Bakhil Tidak Mahu Bersedekah
Dari Abu Hurairah, ia berkata bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلاَّ مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا ، وَيَقُولُ الآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا
“Ketika hamba berada di setiap pagi, ada dua malaikat yang turun dan berdoa, “Ya Allah berikanlah ganti pada yang gemar berinfak (bersedekah) ” Malaikat yang lain berdoa, “Ya Allah, berikanlah kebangkrapan bagi yang enggan bersedekah (memberi nafkah).”
(HR. Bukhari no. 1442 dan Muslim no. 1010)
Doa malaikat mustajab di sisi Allah SWT. Banyakkan bersedekah nescaya pintu rezeki akan terbuka luas |
|
|
|
|
|
|
|
2. Tidak Mahu Bertaubat Dan Beristighfar Kepada Allah SWT
Firman Allah SWT yang bermaksud, “Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan Dia akan membanyakkanmu dengan harta dan anak-anak, dan menjadikan bagimu kebun-kebun dan menjadikan bagimu sungai-sungai.”
(Surah Nuh ayat 10-12)
Sesiapa yang banyak beristighfar dia bersih daripada dosa dan doanya makbul disisi Allah |
|
|
|
|
|
|
|
3. Makanan Dan Minuman Daripada Sumber Haram
Doanya tidak dimakbulkan oleh Allah SWT. kerana terdapat sumber haram dalam dirinya
Dalam hadis yang Nabi SAW menyatakan yang diriwayat oleh Muslim
الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ، يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّماءِ يا رَبُّ.. يا رَبُّ، وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ، وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ، وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ، وَغُذِّيَ بِالْحَرَامِ، فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لَهُ؟
Seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya. Sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu. Orang itu menadahkan tangannya ke langit seraya mendoa: "Wahai, Tuhan ku! Wahai, Tuhanku!" Padahal, makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram, dan dia diasuh dengan makanan yang haram, maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya?"
|
|
|
|
|
|
|
|
4. Memutuskan Silaturahim
Memutuskan silaturrahim pula hukumnya haram dan dikira melakukan maksiat besar sehingga mendapat laknat dari Allah Subhanahu wa Ta’ala, Sebagaimana firmanNya:
Maksudnya: “(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan-jika kamu dapat memegang kuasa-kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?. (Orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya.”
(Surah Muhammad ayat 22-23)
Apatah lagi orang yang memutuskan silaturrahim ini tidak masuk syurga, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam .
Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.”
(Hadits riwayat Muslim) |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|