|
DIRANG MATI DIBAKAR: IBUNYA TERKILAN BILA PESALAH DIHUKUM 1 BULAN PENJARA ! post
[Copy link]
|
|
Saya simpati atas apa yang telah terjadi.
Walaupun saya memang tersangatlah bengang sebab mak arwah biarkan saja arwah pergi kedai sedangkan budak kecik lagi...yang teramatlah vulnerable...benda dah jadi. As a mother too..saya rasa maknya pun sayang kat arwah and tak sangka benda macamni boleh terjadi.
Tapi perlu ker nak simpati tolong dia pindah rumah and beri kerja kat laki dia tu? Em..macam ada terbaca yang dua-dua tak bekerja? Ker saya salah faham.. |
|
|
|
|
|
|
|
masalah ni bukan bermula dari dah beranak tapi dari mula nak jadi anak tu, ini tidak pasangan yg nak kawin g kursus utk dengar bab lucah suami isteri, pastu kisah cerai berai semua, aku tak paham apa pesanan yg hendak disampaikan di sini? sepatutnya citer2 yg elok2, yg baik2 je pasal hidup berumahtangga ni, siapkan mental dorang dgn perkara yg patut dan tak patut di buat bila jadi suami isteri apatah bila dah jadi ibu bapa. kalu isu taska sibuk suruh kursus bayilah, susulah, keselamatan anak2lah, sedangkan aku rasa dari hantar dorang ni g kursus kahwin@lucah baik g antar kursus kaak atau perkembangan kanak2...buat ada exam bagai, sapa fail tak leh kawin....pihak2 yg anjurkan kursus kawin ni tolonglah tgok balik silibus anda dan penceramah otak kuning tu tolonglah di beri kursus utk bersihkan kepala otak mereka...ini g kursus kawin aku rasa budak2 tu lagi gatal dan merenyam tak sabar nak kawin sebab telah di momokkan dgn kisah 18sx...... |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai juga ye kat sini yang melahar sakan si nenek yg kononnya celupar tu..
Seolah-olah mcm tau sangat apa yg dicelupar kan oleh seorang nenek tua kepada mat fit mat fit ni...
hangpa pakai hukum apa nak judge statement "dendam sang penghisap dadah kepada seorang nenek tua" yang terus hangpa melahar nenek tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Kisah dendam kesumat ni!
Kisah mengenai mayat kanak kanak, Nurul Nadhirah yang dibunuh dan dibakar boleh anda baca di entry sebelum ini Nurul Nadhirah @ Dirang-5 Tahun, Mati Dibakar Hingga Rentung
Polis memberkas tiga individu termasuk seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kes penculikan seorang kanak-kanak di sebuah rumah kosong berhampiran kediaman mangsa di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam dekat sini Khamis lalu.
Ketiga-tiga suspek berusia antara 36 hingga 40 tahun itu diberkas hasil maklumat penduduk yang curiga dengan kehadiran mereka di rumah kosong berkenaan sejak Disember lalu.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, kesemua suspek ditahan pada hari yang sama selepas polis menerima laporan mengenai kehilangan kanak-kanak berusia 5 tahun itu, Nurul Nadirah Abdullah.
“Kesemua suspek direman sehingga esok bagi membantu siasatan dan polis sedang berusaha mengesan kanak-kanak itu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, hari ini.
Nurul Nadirah atau dikenali sebagai Dira disedari hilang oleh keluarganya selepas kanak-kanak itu keluar membeli mi segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi Khamis lalu.
Dia yang membawa RM4 bersama sekeping nota bertulis mi segera 2 bungkus dan telur RM2 ke kedai di blok bersebelahan tidak pulang selepas kira-kira setengah jam keluar dari rumah, kata ibunya, Roselyn Alan, 25.
Mohd. Mokhtar berkata, setakat ini, polis sudah melakukan pemeriksaan di 20 lokasi sekitar daerah ini bagi mengesan kanak-kanak itu, namun masih belum menemuinya dan mengklasifikasikan kes itu sebagai orang hilang.
Polis, kata beliau, sedang menjalankan siasatan dan meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kanak-kanak itu agar menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, polis telah menemui sebelah selipar mangsa pada jarak 200 meter dari lokasi rumahnya manakala sebelah lagi 500 meter iaitu di kawasan ladang kelapa sawit.
Katanya, polis turut menemui mi segera dan telur yang sudah pecah selain gula-gula dipercayai dibeli oleh mangsa sebelum itu.
“Siasatan polis setakat ini percaya motif kejadian bermotifkan dendam yang disyaki dilakukan oleh suspek. “Suspek berbuat demikian disebabkan nenek mangsa pernah memarahinya kerana melihatnya mencuri kabel malah pernah memberi amaran kepada keluarga mangsa supaya tidak mencampuri urusannya,” katanya.
Difahamkan, mangsa dipercayai dibungkus dengan kain batik sebelum dibawa keluar dari rumah suspek yang berhadapan dengan kediaman mangsa.
Ini kerana terdapat saksi yang melihat jari tangan mangsa terkeluar dari bungkusan itu. Polis mengesahkan penemuan serpihan rangka manusia yang rentung di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, Masai, 8 Mac lalu, adalah milik Nurul Nadirah atau panggilan manjanya, Dirang, yang hilang sejak 1 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Roslan Zainuddin berkata, pengesahan itu dibuat selepas pihaknya menerima hasil keputusan ujian DNA ke atas serpihan rangka manusia yang ditemui dan sampel ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, hari ini.
“Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini,” katanya lagi.
Laporan Bernama memetik Roslan berkata, walaupun siasatan awal mendapati mayat rentung itu milik manusia dewasa, namun hasil ujian DNA yang dikeluarkan itu mendapati ia adalah milik Dirang yang dilaporkan hilang sejak 1 Mac.
Katanya, faktor keadaan mayat yang rentung teruk juga menyebabkan pengecaman sukar dilakukan oleh pihaknya.
Perkembangan terbaru itu sekaligus menamatkan misteri kehilangan Nurul Nadhirah yang sebelum ini dilaporkan hilang ketika keluar membeli mi segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi, di kedai runcit di kawasan rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam.
Berikutan itu satu pasukan siasatan khas telah ditubuhkan dengan diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Amer Awal dan dibantu pasukan dari Bukit Aman bagi menyelesaikan kes itu.
Kes itu turut mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk pihak swasta dan orang perseorang yang turut sama membantu mencari dengan mengedarkan poster mengenai kehilangan mangsa.
Hasil siasatan sebelum ini, katanya polis telah menahan empat suspek termasuk bapa kandung mangsa dan jirannya bagi membantu siasatan berhubung kehilangan kanak-kanak itu.
Roslan berkata, berikutan hasil ujian itu, polis kini menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berbanding sebelum ini yang disiasat atas aduan orang hilang.
Menurutnya, tempoh tahanan reman keempat-empat suspek akan dilanjutkan bagi membantu siasatan.
sumber : informations-the
http://hazrilhafiz.blogspot.com/2012/03/kronologi-kes-bunuh-dan-bakar-nurul.html
|
|
|
|
|
|
|
|
suspek sume tua2 dah dlm 36-40thn..
hmmm..
takziah buat adik dirang.. |
|
|
|
|
|
|
|
'Ingat aku takut nak berperang'
Oleh NASRI JAMALUDIN dan RADIAH SAORI
[email protected]
BAPA kandung Nurul Nadirah (gambar kecil) menyiram air di atas pusara anaknya sambil diperhatikan Roselyn (dua dari kiri) dan Alan (kanan) di Masai, Johor Bahru semalam.
--------------------------------------------------------------------------------
JOHOR BAHRU – Pembunuhan kejam Nurul Nadirah Abdullah yang mayatnya dibakar selepas dibunuh di sebuah rumah terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini Isnin lalu seolah-olah menjadi ‘kunci’ untuk ibunya mengingati beberapa kejadian yang menjadi penyebab kematian kanak-kanak itu.
Roselyn Alan, 25, memberitahu, dia baru teringat salah seorang daripada tiga suspek yang pernah bertengkar dengan ibunya, Milnah Jul, 52, mengeluarkan ugutan selepas ditegur mengenai kegiatannya mencuri kabel elektrik.
Katanya, suspek giat mencuri kabel sejak mendiami rumah kosong yang terletak berhadapan dengan rumahnya di tingkat empat Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang.
“Saya pernah dengar suspek mengugut ibu berbunyi: ‘Siaplah engkau, ingat aku takut nak berperang’.
“Tak sangka pula mereka benar-benar maksudkannya dengan menculik dan membunuh Dirang (panggilan manja Nurul Nadirah),” rintih Roselyn yang masih bersedih.
Tambahnya, hatinya bertambah terkilan apabila Nurul Nadirah, 5, muncul dalam mimpinya malam semalam dan memberitahunya yang dia sudah okay sebelum memeluk dan menciumnya. Ketika itu Dirang muncul memakai seluar biru tanpa berbaju.
“Dalam mimpi itu, dia tanya emak cari saya? Saya kata ya... kenapa kau tidak balik dan dia kata dia sudah okay sebelum berlalu pergi,” cerita Roselyn. |
|
|
|
|
|
|
|
hebat ke idea kau tu doh
nak ambik tindakan cemana? penjarakan mak ayah? abis anak2 yg lain siapa nak jaga pulak?
nak bagi kat sedara dia? kalo sedara dia ada ramai anak, tak mampu jaga pastu budak tu berkeliaran, kau merengek pulak kat hakim malaya penjarakan mak sedara dia pulak?
MelahJanda Post at 13-3-2012 15:17
Jadi idea ko ni... Kalau kesalahan melibatkan mak bapak... Kena kaji dulu la berapa anak dia ada.... Kalau dipenjara, sapa nak jaga anak dia... Klu mak sedara dia jaga, kena tgk pulak mak sedara tu ada berapa anak... Then amik kira semua tu, baru decide nk jatuh hukuman kat parents tu erk....? Kalau anak2 lain x de sapa jaga means x bley amik tindakan lah erk kat parents..? Hukum apa yg ko pakai ni...?
Adakah aku salah cakap kalau aku kata ibu bapa yg suruh anak 5 tahun keluar rumah tanpa org dewasa sebagai ibu bapa yg lalai? N adakah aku salah kalau aku kata ibu bapa yg lalai itu bersalah..... Dan yang bersalah harus dikenakan tindakan...? |
|
|
|
|
|
|
|
Selalu yg curi kabel nie, penagih dadah ! |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi idea ko ni... Kalau kesalahan melibatkan mak bapak... Kena kaji dulu la berapa anak dia ...
brainbiru Post at 15-3-2012 08:19
aku rasa dalam kes kecuaian mcm ni, hakim@mahkamah sendiri pun akan ambil pertimbangan perkara2 lain.
agak2 kau nak minta mak bapak cuai ni dipenjara berapa lama? sehari?seminggu?setahun? atau 10 tahun?? sebat? atau cukup denda sahaja? |
|
|
|
|
|
|
|
Selalu yg curi kabel nie, penagih dadah !
tongkatwaran75 Post at 15-3-2012 08:26
mmg...dorang ni sanggup membunuh semata2 nak dpt dadah. |
|
|
|
|
|
|
|
harini korang sambung gaduh yek |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Dalam mimpi itu, dia tanya emak cari saya? Saya kata ya... kenapa kau tidak balik dan dia kata dia sudah okay sebelum berlalu pergi, |
|
|
|
|
|
|
|
trend anak2 sendri mati atas kecuaain ibu bapa sakai neh takkan berenti gamaknyer....sbbnyer tiap ka ...
skymania Post at 14-3-2012 23:47
kan sket ari ade kuar rules mengatakan kalo ade mak bapak cuai ttg anak2 sehingga menyebabkan kematian si parents akan dikenekan tindakan?
ade kan dulu berita ni....
dengornye siap dpt habuan bulan2 dari kerajaan... bagus tol.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tambahnya, hatinya bertambah terkilan apabila Nurul Nadirah, 5, muncul dalam mimpinya malam semalam dan memberitahunya yang dia sudah okay sebelum memeluk dan menciumnya. Ketika itu Dirang muncul memakai seluar biru tanpa berbaju.
“Dalam mimpi itu, dia tanya emak cari saya? Saya kata ya... kenapa kau tidak balik dan dia kata dia sudah okay sebelum berlalu pergi,” cerita Roselyn.
kalwawi65 Post at 15-3-2012 06:42
mak dia x abes2 lg ker buka mulut...ari tu makcik dia kata mimpi..ni mak dia pula mimpi |
|
|
|
|
|
|
|
mmg...dorang ni sanggup membunuh semata2 nak dpt dadah.
epal10 Post at 15-3-2012 08:29
masalahnya, klu kita repot kat polis tempatan psl penagih tegar nie.....
mereka ckp dah tahu dah.........action......hampeh..........
aku tau sbb penah berjiran dgn kuarga penagih dadah........... |
|
|
|
|
|
|
|
Nah ni entri baru dari hazrey khas utk warga Cari secara khas dan rakyat Malaysia secara amnya. Hara ...
san_chai Post at 14-3-2012 22:21
dah baca pepagi hari..pendapat aku jangan bertekak dgn keyboard warrior memang takkan menang sampai sudah..yang baik kita jadikan pedoman..amik pelajaran di setiap apa yang terjadi.stop menuduh jari ke arah org..kita manusia sampai bila2 pun kita manusia ade masa terlupa dan terleka takkan pernah sempurna sebaik mana pun kita mencuba..bebanan rasa bersalah seumur hidup adalah hukuman paling menyakitkan percayalahh. |
|
|
|
|
|
|
| |
|