CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: slippergombak

[Jenayah] Banjir sedang melanda bahagian Pantai timur

 Close [Copy link]
Post time 5-12-2013 09:55 AM | Show all posts
terkini
sungai isap 2




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2013 09:56 AM | Show all posts
051213 Live Update - Tol Gambang dibuka seperti biasa dan tak pernah ditutup #prayforkuantan


Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 09:56 AM | Show all posts
miawpink posted on 5-12-2013 09:54 AM
oo trima ksih atas pencerahan

masjid nie pun baru dibina....siap dalam 4-5 bulan lepas jugak la.


Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 09:57 AM | Show all posts
miawpink posted on 5-12-2013 09:56 AM
051213 Live Update - Tol Gambang dibuka seperti biasa dan tak pernah ditutup #prayforkuantan

bznya miaw update....
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 09:58 AM | Show all posts
miawpink posted on 5-12-2013 09:53 AM
NTAH LA..
TGK DR GAMBO...

yelah... sbb dah kata org dr dlm tak leh kuar.. org dr luar pon takleh masuk..
terpk gak.. mungkin ke bantuan dah ada cuma takleh smp kat tempat2 yg hanya bleh access pakai bot..
bot plak tak ckup ke..
boleh ke main cmpak2 jek bantuan ni seme dr heli?

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 09:59 AM | Show all posts
Terengganu : Terperangkap Dalam Banjir Selama 7 Jam



Anggota JPAM membantu membawa keluar penuntut Kist yang terperangkap setelah rumah sewa didiami mereka di Kampung Bukit Tokbat dinaiki air.

HULU TERENGGANU – Enam penuntut Kolej Islam Sains dan Teknologi(Kist) tinggal di rumah sewa Kist di sini, melalui detik mencemaskan akibat terperangkap hampir tujuh jam setelah kediaman mereka dinaiki air lebih satu meter kira-kira jam 3 pagi semalam.

Bagaimanapun, debaran mereka berakhir apabila dibawa keluar anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (Jpam) Daerah Hulu Terengganu dalam satu operasi menyelamat kira-kira jam 10 pagi semalam, selain turut melibatkan puluhan rumah penduduk kampung berkenaan.
Penuntut Diploma Teknologi Makmal Perubatan, Nur Shafika Mohd Hu

ssin,20, berkata, dia dan rakannya tidak dapat tidur lena kerana khuatir rumah sewa mereka dinaiki air dan ternyata apa yang mereka bimbangkan, menjadi kenyataan.

“Rumah ini dihuni 12 orang tetapi enam daripadanya pulang ke rumah kerana cuti semester. Kira-kira jam 12.30 malam tadi (semalam), orang kampung datang mengetuk pintu bertanyakan rumah ada orang atau tidak.
“Setengah jam kemudian warden hubungi minta kami mengemas barang. Saya dan rakan serumah meninjau keluar tetapi tak dapat lihat apa-apa kerana gelap, sebaliknya hanya mendengar bunyi arus air.

“Bagaimanapun kira-kira jam 3 pagi, air dipercayai naik mendadak sehingga sampai ke anak tangga rumah. Dalam jam  6 pagi, hampir keseluruhan anak tangga ditenggelami air dan ketika itu saya semakin takut melihat paras air semakin tinggi.

“Kami melambai ke arah bot orang kampung tetapi mungkin kerana hujan mereka tidak perasan. Saya tidak berani meredah air kerana berlaku apa-apa, sebaliknya menunggu bantuan tiba dan syukurlah pihak berkuasa datang membantu,” katanya.

Tambah Nur Shafika yang berasal dari Air Keruh, Melaka ini, kejadian itu meninggalkan kenangan tersendiri baginya kerana kali pertama melalui detik mencemaskan itu apatah lagi rumah kawasan rumah dihuninya itu bagaikan bertukar menjadi lautan.

Fatimah Safiera Mohd Azmi, 18, dari Paka, tidak dapat tidur lena malam semalam kerana bimbang tetapi cuba bertenang kerana percaya bantuan akan tiba untuk menyelamatkan dia dan rakan-rakannya.

Sementara itu, Pegawai JPAM Daerah, Hishamudin Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat melalui panggilan telefon sekitar jam 8 pagi dan operasi menyelamat serta memindahkan mangsa melibatkan 30 anggota.

Jalan utama tenggelam

BANJIR di daerah Hulu Terengganu juga semakin teruk sehingga menyebabkan jalan utama Bandar Kuala Berang-Kuala Terengganu turut ditenggelami air di beberapa lokasi, sekali gus memaksa pengguna melalui jalan raya melalui laluan Wakaf Tapai-Tanggol.

Tinjauan semalam mendapati, antara lokasi ditenggelami air ialah di kawasan persimpangan Paya Besar, malah orang ramai terpaksa diangkut menggunakan jentolak Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Hulu Terengganu untuk berulang-alik.

Penduduk, Mohd Abdillah Ismail, 45, dari Kuala Berang berkata, air di kawasan itu mulai naik sejak jam 4 pagi semalam ekoran limpahan sungai utama iaitu Sungai Berang serta beberapa batang anak sungai lain sekali gus sebabkan banjir di Kampung Bukit Tokbat dan Paya Besar.

“Banjir melibatkan jalan raya ditenggelami air ini bukan saban tahun berlaku dan biasanya terjadi apabila banjir besar sahaja. Tahun lepas, situasi sama dihadapi tetapi bukan sewaktu banjir gelombang pertama namun kali ini sebaliknya.

“Selain rumah penduduk, banjir di kawasan ini akan turut melibatkan pejabat pertanian daerah serta beberapa buah sekolah terutamanya Sekolah ebangsaan Tengku Ampuan Intan. Tahun lalu, murid diarahkan pulang dari sekolah kerana dinaiki air.

“Kali ini, banjir gelombang pertama sahaja kawasan ini sudah dinaiki air dan situasi ini di luar jangkaan. Penduduk yang ingin ke Ajil terpaksa melalui jalan Tanggol- Wakaf Tapai walaupun begitu jauh, sedangkan jarak Kuala Berang-Ajil hanya 10 kilometer.

Calon STPM tidak terjejas

SEMENTARA itu, kesemua 27 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2013 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Indera yang akan menduduki kertas akhir iaitu Sains Sukan hari ini dijamin tidak mengalami sebarang masalah untuk ke sekolah.
Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata, ini kerana pihaknya telah meminta pihak sekolah menyuruh pelajar tinggal di sekolah selain laluan calon untuk ke pusat peperiksaan juga tidak terputus.
“Esok (hari ini) hanya ada dua sekolah lagi yang masih ada peperiksaan STPM iaitu SMK Landas (15 calon) serta SMK Tun Indera. SMK Landas tiada sebarang masalah tetapi beberapa buah kampung berhampiran SMK Tun Indera ada yang dinaiki air akibat banjir.

“Bagaimanapun, hanya laluan utama Kuala Berang-Sekayu dinaiki air dan ia tidak jejaskan perjalanan calon untuk ke pusat peperiksaan kerana majoriti pelajar hanya tinggal di kawasan itu. Walaupun begitu kita telah maklumkan kepada pihak sekolah supaya pelajar tinggal di sekolah,” katanya

“Banjir kali ini turut melibatkan enam buah sekolah di daerah ini iaitu SMK Tengku Ampuan Intan, SM Imtiaz Kuala Berang, SM Agama Mahmudiah, SK Tengku Ampuan Intan, SK Lubuk Periuk serta SK Bukit Tadok.

“Pihak sekolah diharapkan dapat berikan kerjasama kepada orang kampung atau anggota keselamatan untuk memindahkan peralatan sekolah. Persiapan awal dilakukan pihak sekolah ternyata memudahkan situasi ini,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2013 10:00 AM | Show all posts
amyainsamad posted on 5-12-2013 09:57 AM
bznya miaw update....

ye...
sian kat mangsA...
sape tau ngan up date kat sini...

ada bantuan yang sampai kat mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 10:01 AM | Show all posts
amyainsamad posted on 5-12-2013 09:57 AM
bznya miaw update....

Aah kn?! Bagus la Miaw...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-12-2013 10:02 AM | Show all posts
miawpink posted on 5-12-2013 09:19 AM
Terkini jam 0845 hrs Sultan pahan turun padang sbelah shazan in.

soltan pahang dah turun melawat kawasan, sedang najib masih sedang ketawa berdekah-dekah kat PWTC tatkala kampung sendiri dah jadi pulau...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 10:02 AM | Show all posts
pernah baca kat satu blog ni...ramai yang mimpi negara akan berlaku banjir besar.....Jadi inilah kot apa yang dimimpikan di awal awal tahun dahulu....
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 10:03 AM | Show all posts
miawpink posted on 5-12-2013 09:55 AM
terkini
sungai isap 2

Sg Isap... umah lama HB dlu.

Ada info pasal Sg Karang tk?! Adik Hakak dok Sg Karang... sheols dlm pantang pas bersalin 2 mnggu! Senyap je dr smlm... tk update FB... tk WhatsApp... tk tau apakisahnya!

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 10:03 AM | Show all posts
cmf_conan posted on 5-12-2013 09:58 AM
yelah... sbb dah kata org dr dlm tak leh kuar.. org dr luar pon takleh masuk..
terpk gak.. mungk ...

x leh main campak barang kan...
mangsa di kumpul kat dalam satu tmpat
yang terperangkap tu mungkin cuma minta tolong dr fb je
jika nasib baik cepat la bantuan menyelamat sampai

mangsa nya ramai..
kat kuantan ramai, kat daerah lain pun ada cume x seteruk kuantan..

terengganu ada..
tapi sy x dapat banyak maklumat...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 10:04 AM | Show all posts
pg nni mak aku ckp kuantan dah nampak matahari..cuaca panas sikit..hopefully banjir semakin surut laaa...kakak aku yg kat sg isap tu pun pukul 2 pg td dah dpt bot..so drg dr pusat penempatan sementara dah selamat dipindahkan ke rumah anak sedara yg tak kene banjir..lega sikit hati aku...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 10:04 AM | Show all posts
lega...dpt berckp dgn adik, dia dah balik rumah di Balok...tgh membasuh lantai katanya. Bekalan air dan elektrik pun dah ada...cuaca cerah dan panas di kuantan...alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 10:04 AM | Show all posts
slippergombak posted on 5-12-2013 10:02 AM
soltan pahang dah turun melawat kawasan, sedang najib masih sedang ketawa berdekah-dekah kat PWTC  ...

Kakak ipar [kakak HB] dok Pekan. Pn tk tau apa citer...

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 10:05 AM | Show all posts
BlueRose99 posted on 5-12-2013 10:03 AM
Sg Isap... umah lama HB dlu.

Ada info pasal Sg Karang tk?! Adik Hakak dok Sg Karang... sheols d ...

kalo terjumpa nanti sy letak sini ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2013 10:06 AM | Show all posts
miawpink posted on 5-12-2013 09:09 AM
tak tau kat mana
jmpa kat fb

insuran kaver ke tak keta banjir eh?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 10:06 AM | Show all posts
@NIXAR kampung abe keross tenggelam terus.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 10:06 AM | Show all posts
berbezanya gambo jepun ngn malaysia
sedehnyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 10:06 AM | Show all posts
peachRose posted on 5-12-2013 09:05 AM
compounding factors :  hujan lebat berpanjangan, air laut pasang,  hutan gondol, pembangunan terla ...

oh begitu.. mmg sedih tengok Kuantan ditenggelami air camtu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.191557 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list