|
All about ZAMANI & SLAM. Suara hati peminat.
[Copy link]
|
|
sesapa yang rapat dengan zamani ni, cuba minta dia tengok balik video masa mula2 kena tangkap dulu tu. Nangis bagai kan kt melodi dulu. Moga dari situ dapat keinsafan dan boleh berpikir dengan baik senula. Semoga terus kuat ye zamani ibrahim dan berjaya menepis anasir-anasir yang tidak baik. |
|
|
|
|
|
|
|
update PC harini (19/10 di pengasih)
Keluarga, PENGASIH sudah bincang keputusan saya - Zamani
ZAMANI (kiri) pada sidang akhbar khas di Rumah Pengasih, hari ini. - Foto Munira Abdul Ghani KUALA LUMPUR : Vokalis Slam, Zamani Ibrahim, 44, menafikan dakwaan beliau melarikan diri dari Rumah PENGASIH di sini pada Khamis lalu. Beliau menjelaskan perbincangan bersama pihak PENGASIH dan keluarga telah dibuat pada dua minggu lalu. "Sejujurnya saya terkejut dengan dakwaan mengatakan saya melarikan diri dari Rumah PENGASIH kerana perbincangan secara baik telah dibuat. "Bagaimana pun, pihak PENGASIH belum menetapkan sebarang tarikh untuk saya keluar secara baik. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk meninggalkan pusat rawatan ini. "Tindakan saya membuat laporan polis di Muar, Johor adalah bagi membuat 'cover report' memaklumkan saya sudah keluar dari Rumah PENGASIH. "Kehadiran saya pada hari ini adalah untuk menyelesaikan perkara ini secara baik. Ia sudah dibuat ketika perbincangan dua minggu lalu lagi," katanya kepada BH Online.
Zamani berkata, beliau berharap isu ini dapat diselesaikan secara baik kerana masih memerlukan sokongan dari semua pihak untuk pulih seperti sedia kala. "Saya tidak boleh memberi jaminan untuk berubah secara mendadak. Namun saya mencuba sedaya upaya untuk tidak mengecewakan mana-mana pihak. "Beri saya masa secara perlahan-lahan kerana baru saja keluar dari Rumah PENGASIH. Masih terlalu awal untuk saya ulas lebih lanjut berhubung isu ini," kata Zamani.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/90056
|
|
|
|
|
|
|
|
tq for the info, dabelA. mlm ni ada kot dlm buletin utama ek? i wish...
okay abgadek. take your time
|
|
|
|
|
|
|
|
adakot, kt suria fm linda onn jap g akan cite pasal zamani lari? hilang? dan bagai ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Zamani Muncul Jawab Isu Lari Dari Rumah Pengasih
KUALA LUMPUR: Penyanyi Zamani (Slam) menjelaskan tindakannya keluar dari Rumah Pengasih dibuat selepas tiada keputusan mengenai hajatnya selepas satu perbincangan dilakukan bersama pihak pengurusan tempat pemulihan dadah itu.
Zamani atau sebenarnya Zamani Ibrahim,44, berkata, dia yakin bahawa dirinya sudah bersedia berhadapan dengan dunia luar selain ingin meneruskan kerjaya sebagai penyanyi.
"Saya bukan melarikan diri sebaliknya mengambil keputusan untuk keluar dan yakin mampu untuk hidup sendiri selain ingin meneruskan kerjaya sebagai penyanyi.
"Tiada isu tentang melarikan diri kerana tempoh saya di sini hanya enam bulan tetapi saya teruskan hingga lapan bulan dan perbincangan untuk keluar sudah dibuat dua minggu lalu antara keluarga saya dan pihak Rumah Pengasih.
"Namun sehingga sekarang mereka tidak ada jawapan untuk beri pelepasan kepada saya. Pada perbincangan itu juga mereka berat untuk melepaskan saya keluar dari pusat ini," ujarnya kepada mStar Online.
Zamani ditemui pada satu sidang media yang diadakan di rumah pemulihan itu di sini, Isnin.
Zamani yakin sudah bersedia untuk hidup berdikari. FOTO: Low Boon Tat
Pada Jumaat lalu Rumah Pengasih telah mengeluarkan kenyataan media menyatakan Zamani telah melarikan diri dari rumah pemulihan berkenaan pada Khamis lalu kira-kira pukul 10.26 malam.
Penyanyi itu dikesan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) menaiki sebuah kereta berwarna putih bersama dua individu.
Dalam pada itu, Zamani berkata, dia sudah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar, kira-kira lima jam selepas keluar dari pusat pemulihan tersebut.
"Saya buat laporan polis pada pukul 3 pagi di Muar, saya buat laporan bukan kerana saya tahu tentang laporan akhbar bahawa saya melarikan diri sebaliknya sebagai memberitahu saya sudah keluar dari pusat itu," ujarnya.
Zamani juga yakin untuk memulakan kehidupan baharu di luar dengan sokongan ahli keluarga dan pengurusannya.
"Saya datang hari ini untuk selesaikan beberapa perkara selain ingin mengambil barang-barang saya.
"Saya akan berusaha untuk menjaga diri saya di dunia luar dengan bantuan dan pengawasan daripada pihak keluarga serta pengurusan saya," ujarnya.
Sementara itu, Zamani bersama abang dan kakaknya iaitu Zulfazli dan Zuraidah bersama pengurusnya Johan Aziz hadir ke Rumah Pengasih itu untuk menyelesaikan perkara berkenaan.
Mereka pada mulanya terkejut apabila melihat sekumpulan rakan media kerana tidak dimaklumkan mengenai sesi berkenaan yang diuruskan oleh peguam yang pernah mengendalikan kes Zamani sebelum ini iaitu Ahmad Zaharil Muhaiyar.
Malah, pihak Rumah Pengasih juga turut terkejut dengan sesi berkenaan kerana mereka tidak diberitahu mengenai sesi itu.
Bagaimanapun, Zamani yang hadir untuk mengambil barang-barangnya di rumah pemulihan itu mengambil peluang untuk menjelaskan situasi sebenar mengenai insiden berkenaan kepada pihak media yang kebetulan berada di Rumah Pengasih.
Tiada wakil dari Rumah Pengasih yang menghadiri sidang media berkenaan.
sumber : mstar online.
---------------------------------
yg kiri kanan beliau tu abg dan kakak kandungnya.
rumusan : zamani dah bersedia hidup kat luar dan meneruskan karier seninya, jadi dia setel segala hal baik2 harini. tok yunus cakap tujuan dia buat laporan sebab zamani takda dalam premis pengasih hari tu. so now, ala2 dah official zamani tinggalkan pengasih. hmm, good luck bro!
|
|
|
|
|
|
|
|
takpe la. maybe zamzam perlu lihat realiti di luar utk dia tahu samada dia dah tahu tahap kesediaan dia utk face reality.
inshaAllah ada hikmahnya. doakan la tebaik. semoga Allah bagi kekuatan dan kesungguhan.
|
|
|
|
|
|
|
|
punyalah org sekeliling syg kat dia. risau n takut terjebak. tapi dah tuan badan rasa confident beno. talpelah..all the best. baru kuar 3 hari, dah serabut tgk muka tu. marhnaya rasa. marah sesangat. huhu..emo rasa hari ni. semoga yang baik2 aja di hari mendatang ye jamani..huhu..sian famili. sangat memalukan tindakan zamani. for sure pengasih akan ketatkan lagi kawalan. org biasa tak buat perangai. retis kesygn plak bt perangai..huh..
ok sy dah abis... |
|
|
|
|
|
|
|
boleh je uols nak cakap apa pun. iols dah hilang kata2 pasal zamani, malas nak royan dah.
goooooood luck, and teruskanlah hidup dgn ingat Allah, dan jalani selayaknya hamba Tuhan. jauhi dadih.
tata
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by eely_shana at 19-10-2015 07:10 PM
all the best abg adek
semoga tabah, cekal, kuat dan sabar dalam menempuh onak ranjau berduri dan jln berliku sepanjang kehidupan
semoga tegas jugalah dlm melawan anasir2 negatif dan dugaan yg mungkin akan tiba di hari2 mendatang
ingat Allah, jgn tinggal solat in shaa Allah abg adek akan sentiasa berada di atas landasan yg betul
abg adek dah jumpa cahaya di hujung terowong, harap cahaya itu akan terus bersinar dan tak mungkin akan terpadam lagi
semoga bertemu jalan keindahan yg akan selamanya menjadi milik abgadek.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ameen2....semoga allah senantiasa melindunginya...dan moga kita diberi iman dan taqwa supaya tidak tergolong dr org2 yg menganiayai org lain...u still the best bro |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha... sep!! iols pun dngar suria fm td psal abgadek tu
|
|
|
|
|
|
|
|
tgk buletin utama
sat g kuar |
|
|
|
|
|
|
|
eely_shana replied at 19-10-2015 08:34 PM
tgk buletin utama
sat g kuar
Pueh ati dpt tgk abgadek besor2. Haha... |
|
|
|
|
|
|
|
sikit sgt lah @doubleA
katanya tempoh rawatan dah tamat
|
|
|
|
|
|
|
|
eely_shana replied at 19-10-2015 09:04 PM
sikit sgt lah @doubleA
katanya tempoh rawatan dah tamat
Kita tnggu melodi pulak. Wahaha... |
|
|
|
|
|
|
|
kan..
rasanya ada dlm melodi nnti
n intebiu melodi selalunya panjang sikit
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa uol dah betata ni uol?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|