CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANAK CIKGU ZUL ( Rating U)

   Close [Copy link]
Post time 2-1-2011 09:01 PM | Show all posts
Cikgu Amir  jadi scapegoat

kalau dengan dahlia, cikgu amir rela tau
lagi cikgu amir suka adalah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2011 09:04 PM | Show all posts
sekarang misi bagi cikgu zul percaya perbuatan terkutuk FB
dahlia, cikgu amir meh kita join sesama
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2011 09:05 PM | Show all posts
Yeay Dahlia dah kasi peluang kat cikgu Amirrrrrr senanglah keje cikgu Amir pasni
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2011 11:13 PM | Show all posts
tq kak smiley update hihi wa dahlia nak gunakan cikgu amir yee?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2011 11:50 PM | Show all posts
wwannurr Post at 2-1-2011 10:47


teringat plak kat azam & ijah blings
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2011 12:03 AM | Show all posts
Remang tengahari mula hilang di sapa redup petang. Ibu ibu keluar bersama anak kecil untuk beriadah di taman permainan. Dua tiga remaja berjogging di trek yang di sediakan. Suasana di tebing sungai tenang dan nyaman ketika Dahlia dan Amir melabuh duduk di bangku mengadap ke Sg Perak.

“ Makanlah sandwich yang I beli untuk you tadi. Nanti perut masuk angin”  tegur Amir. Romantiknya dapat dating dengan Cik Pai Ayam bawah pokok. Terlupa terus yang sebagai guru dia sepatutnya memberi contoh yang baik pada murid.

Sandwich telur itu tak nampak menyelerakan. Bau pun semacam. Dahlia terpandang penjual aiskrim Walls dan terus terliur.

“ Kenapa? Sandwic tu tak sedap? Nak aiskrim ke? I belikan” Amir nampak lirikan mata Dahlia.

“ Boleh? Dah lama tak makan aiskrim” Pandai Cikgu Amir. Dahlia tersengih.  Macam kanak kanak riang pula aku ni.

Amir kembali beberapa minit kemudian dengan dua Cornetto. Lagu Akim Inilah Cinta bermain dalam kepala macam lagu latar. Wah… berangan ke haper. Itu untuk kapel remaja bukan bujang terlajak.

“ So, cerita lah. Apa sebab Cikgu sampai ke KK? Kecil hati ke? Patah hati ke? Atau sakit hati?” Dahlia menggigit kekacang dan cokelat keras dengan berselera.

“ All of the above. Betul kah Dahlia nak dengar? Takut boring nanti.”

Mengada pula dia ni. Aku nak plan aku berjalan lancar. Dia meneleng kepala dan membetulkan duduk ke posisi lebih ayu.  Biar betul betul nampak macam orang dating.

“ Tak boring punya. Cepatlah cerita. I’m very curious.”

“ Sebenarnya I kecil hati dengan mak I. Dari waktu kami kecil dia terlalu mengongkong, tak macam arwah bapa I yang understanding. I dengan abang I langsung tak ada kebebasan nak pilih jalan hidup kami. Mummy yang tentukan course apa yang kami patut ambil walaupun kami tak minat. Nasib baiklah I lulus. Dengan siapa kami berkawan pun dia nak tahu. Kononnya sebab kita ni orang berada, kena jaga status dan bergaul dengan orang in the same circle. Abang I jadi pak turut dan cuma ikut kata dia tapi I ni rebellious. Apa yang Mummy suruh, I buat the opposite.” Rahangnya di ketap bila mengingati kisah silam.

“ Susah juga jadi anak hartawan. Tapi takkan Puan Sri tak boleh bertolak ansur langsung” komen Dahlia

“ Dulu I  cepat melenting. I tak sabar dan tak pandai guna psychology. Masa tu darah muda lagi”

“ Oh… sekarang dah sedar lah you kurang muda “ gurau Dahlia. Matanya terpaku pada Cikgu Amir. Daya tarikan Cikgu Amir tak pernah berkurangan. Hepp… Dahlia , kamu tu cuma berlakun. Jangan lebih lebih.

“ I ni tua sangat kah Dahlia? You tak suka older men?” Renungan Amir membuat pipinya merah. Dahlia terus menumpukan perhatian pada aiskrim di tangan.

“ I was just joking. Sambunglah cerita. Apa yang buat you tinggalkan family you? Mak you tak suka your girlfriend?”

Pandai Cik Pai teka. Amir mengangguk. “ I bercinta dengan dia sejak di university. Keluarga dia sederhana , duduk rumah flat. Of course Mak I tak berkenan. Tapi I tak peduli dan kami teruskan hubungan. I grad setahun lebih awal dan balik ke Malaysia. Masa tu, Mak I dan konco konco dia sibuk kenalkan I pada perempuan perempuan lain yang kononnya setaraf. Sikit pun I tak hairan. I tetap setia pada dia.”

Rasa cemburu mula menggigit hati Dahlia.  Apahal aku nak jealous pula, Cikgu Amir bukan ada apa apa dengan aku. Aku hanya nak gunakan dia dalam misi memutuskan pertunangan dengan Farid. Tapi hati aku tetap perit juga. Bertuahnya gadis itu.

“ She must be very special. Dia cinta pertama kah? Apa nama dia?” Dahlia cuba memaniskan muka tapi senyumannya tak menjadi.

Yay..yay… Dahlia jealous. Amir bersorak dalam hati.“ Nama dia Sarah. Memanglah dia special. Adatlah kalau bercinta. Tak ada yang lain di hati I masa tu.”

Dahlia makin susah nak senyum. Silap aku juga suruh Cikgu Amir buka cerita silam dia. Alih alih hati sendiri yang sakit.

“ Di mana Sarah sekarang?” Harap harap dah jauh di Rwanda atau Lesotho.

“ Dia di Kerteh. Kami tak ada jodoh. Dia  kahwin dengan orang lain dan dah beranak pinak pun.” Fuhh.. lega. Senyum menguntum kembali di bibir Dahlia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-1-2011 12:07 AM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 3-1-2011 00:09

“ Tapi apa pasal awak marah sangat kat Puan Sri?” desak Dahlia

“Sabarlah. I nak cerita lah ni. Bila Sarah balik ke Malaysia dan mula bekerja kami makin renggang. Mula mula I ingat sebab kita sama sama sibuk dengan tugas. Then one day, dia call dan kata yang dia nak putuskan hubungan. I betul betul kecewa. I terus berhenti kerja dengan Perkasa Holdings dan pergi ke US. I buat Masters sambil kerja. Dua tahun lebih I kat sana.”

“ Wah… teruknya putus cinta sampai bawa diri. Tapi saya tak faham. Apa yang Puan Sri buat?”

“ Hei… tak sabar betul. Dengarlah lah dulu cik adik. Ini drama bersiri bukan satu episode saja. Bila ekonomi US dah teruk, I terpaksa balik Malaysia. Mak dan abang I datang jemput di KLIA dan siap bawa baju Melayu sepasang. I tengah letih dan jet lag di suruh ikut ke masjid Putrajaya sebab ada kenduri. Bila sampai di sana tengok tengok I yang kena kahwin. Mahunya I tak melenting”

“ Ya Allah! Dengan siapa? Kenapa Puan Sri buat macam tu?”  Hati nya merudum lagi. Amir ni masih suami orang kah? Atau duda? Mendengar cerita Amir ni macam naik roller coaster. Kecut perut aku di buatnya.

“ Well, sekarang you tahu kenapa I benci mak I masa tu. Pengantin perempuan tu anak rakan perniagaan Mummy. Nama dia Nia Aurora Tan Sri Rahim. “

“ Wah… nama sedap. Cantik tak orangnya?”

“ Not bad lah. Tapi I  tak bagi chance langsung. My mother was too much. Dia ingat I I lelaki tak ada maruah? Depan semua tetamu dan Tok Kadi I ambil mikrofon dan cakap terus terang yang I tak setuju nak kahwin. Lepas itu I terus tinggalkan masjid”

Mulut Dahlia terlopong. Dramatic sungguh kisah hidup Cikgu Amir! Kalau aku jadi Nia Aurora mesti aku dah pergi buat plastic surgery dan tukar identiti. Nama pun aku tukar sebab terlampau glamour, mesti semua orang ingat sampai bila bila perempuan yang kena tinggal di hari pernikahan.

“ Kesiannya Nia. Mesti dia malu gila.”

“ Jadi you tak kesian I kena kahwin paksa dengan perempuan yang I tak kenal?”

“ Dua dua pun I kesian. Kesian sebab Cikgu Amir dan Nia jadi mangsa percaturan ibu bapa masing masing. Mak bapak selalu ingat mereka tahu apa yang baik untuk kita tapi sebenarnya tidak.” Lebih kurang macam kes aku juga lah. Dia memerhati sekeliling, Pengunjung sudah makin ramai. Ramai juga yang menjeling ke arah mereka. Yes… I liiikkkee. Harap harap berita skandal aku ni cepat tersebar.

“ Mak I mengamuk sebab di malukan depan semua orang. Hotel pun dah di tempah untuk majlis reception. Kami perang besar. Masa itulah dia terlepas cakap yang dia lah dalang yang buat Sarah break up dengan I dulu. Keluarga Sarah ada financial problem dan bapanya kena penyakit jantung.  Mak I dapat tahu sebab dia pasang spy selama I bersama Sarah.  Mak biaya pembedahan bapanya dan memberi wang dan rumah pada mereka dengan syarat Sarah putuskan hubungan dengan I. Dia sanggup tengok I kecewa supaya cita citanya nak bermenantukan orang kaya tercapai. She was such a selfish and devious woman. Masa tu I terus buat keputusan untuk tinggalkan keluarga I. Tiga tahun I tak jumpa dan tak bercakap dengan dia. Sampailah dia jatuh sakit baru baru ni”

“ Ya Rabbi, kejam nya Puan Sri” Bulu roma Dahlia berdiri. Nyonya Mansur dalam Ibu Mertua ku pun tak sekejam itu. Tak sangka Puan Sri Sabihah yang begitu baik dengan aku  sebenarnya sangat evil. Mungkin sebab itu Allah bagi dia penyakit supaya dia sedar. Kasihan Cikgu Amir. Banyaknya dugaan dalam hidup dia.

“ Kenapa Cikgu tak cari Sarah semula lepas tu?”

“ Masa I kat US dia dah kahwin dengan colleague dia di Petronas. I redha sebab jodoh di tentukan Allah. I jumpa dia dan suami beberapa kali. Kami masih berkawan. She is very happy with her family. Dia buat pilihan yang tepat. I pula lebih bahagia jadi cikgu di sini.” Senyuman Cikgu Amir senyuman yang ikhlas.

Lega! Dahlia menopang dagu “ Cerita cikgu ni boleh di buat novel atau drama lah. Nia Aurora macam mana? Apa jadi kat dia?”

“ Dia still single. Masa I balik baru ni dia datang ke rumah. Dia sepupu Kak Elly.” Amir tekun memerhati reaksi Dahlia. Aha… riak wajahnya berubah.

Perut Dahlia rasa tak enak. “ Puan Sri masih berharap you kawin dengan dia?”

Amir menggeleng. “ Mak I dah ada calun lain. Kali ini I setuju dengan pilihan dia.”

“ Oh..  Baguslah.” Tekak Dahlia terasa ketat.

“ Tak nak tanya siapa perempuan tu?”

Dahlia menggeleng sambil mencebik. “ Tak mungkin saya kenal pun.”

“ I rasa you mesti kenal. Dia pandai buat pai ayam. But I spoilt my chance with my big mouth. Dia pula dah tunang dengan orang lain ”

Darah menyerbu ke pipi Dahlia. Jantungnya berlari tanpa ritma. Hello… ini cuma lakunan saja tau, dia mengingatkan diri. Baik aku blah sebelum jadi lebih complicated. Lagipun rasanya misi sudah tercapai.

“ Kenapa senyap? Tadi beria nak tahu cerita I. I belum sambung lagi babak kedua bila I jumpa dengan Cik Pai Ayam” Usik Amir. Muka Dahlia merah padam. Nyawa pun rasa macam nak padam.

“ Cikgu Amir, jangan merepeklah. Its not funny.” Suaranya menggeletar.

“ Dahlia, listen to me. You are making a big mistake kalau you kahwin dengan Farid. Dia tu player. I pernah tengok gambar dia dengan beberapa perempuan. Kalau you tak percaya..”

“ I percaya” potong Dahlia.  “ Seorang perempuan datang jumpa I pagi tadi. Dia pregnant dengan anak Farid.”

Mulut Amir ternganga. Berkat sembahyang hajat dan doa, tembelang Farid sudah pecah. Tak payah tunggu Ivan balik. Sekarang aku kena pastikan Dahlia jadi milik aku.

“ I nak putuskan pertunangan tapi bapa I , Cikgu Zul yang ketegaq tu tak percaya yang Farid tu buaya. Dia ingat Farid tu baik macam malaikat lah konon.” Dahlia menggigit bibir dengan geram.

“ Dahlia , I boleh tolong you. Kita perangkap Farid. But you kena tolong I lepas tu”

“ Okay. Tolong apa?” Dahi Dahlia berkerut

" Tolong jadi isteri I"
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 12:15 AM | Show all posts
yes....sempat lg cikgu amir masuk jarum...i like....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2011 12:43 AM | Show all posts
best2..
xsabar tgu smbungan dia..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 12:45 AM | Show all posts
hahahhaha suweett gile cikgu amir kenakan dahlia..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 01:13 AM | Show all posts
hampeh betul cikgu amir ni...
sambil menyelam minum air ya...
sempat tu kenakan dahlia....
direct je propose....
tak sabar nak tahu reaksi dahlia seterusnya..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 01:54 AM | Show all posts
last checking b4 zzzzZzzz
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 02:24 AM | Show all posts
takde koner2 cikgu amir..terus to the point..
tapi..i like..hehhe
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 06:19 AM | Show all posts
nasib baik dahlia tak pengsan..
i like cara cikgu amir, tak nampak gopoh tapi pantas
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 07:41 AM | Show all posts
“ Dahlia , I boleh tolong you. Kita perangkap Farid. But you kena tolong I lepas tu”

“ Okay. Tolong apa?” Dahi Dahlia berkerut

" Tolong jadi isteri I"
sang_arjuna Post at 3-1-2011 00:07



Timekasih N3 baru Smiley ... pandai you tekan 'handbrake' kat 'suspense part'...  

Ohhh..cik Pai Ayam..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 07:50 AM | Show all posts
memang mables lah idea cikgu amir....harap2 perangkap utk FB berjaya.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2011 09:12 AM | Show all posts
nak lgg kak juna!!!!! best best best!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 10:07 AM | Show all posts
x sabar nak tunggu sambungan....
best....
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 10:14 AM | Show all posts
Wah3x berita baik di Tahun Baru
Cikgu Amir langsung xlepas peluang yg terbuka luas
mudah2an apa yang dicita2 akan menjadi kenyataan
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 10:23 AM | Show all posts
bestnya cikgu amir dh berterus trg....
x sbr nk tau kisah selanjutnya....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.055156 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list