CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: MAGIC WORLD

 Close [Copy link]
Post time 11-10-2024 07:42 AM | Show all posts
5. Buruk Sangka Dengan Allah, Tidak Redha Dengan Qadha Dan QadarNya.

Jika dia yakin doanya akan dikabulkan dan rezekinya dimudahkan, maka Allah akan mudah mengabulkannya. Berbeza jika keadaannya sudah putus asa dan sudah berburuk sangka pada Allah sejak awal.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, Allah Ta’ala berfirman,
أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى بِى
“Aku sesuai dengan persangkaan hamba pada-Ku”
(Muttafaqun ‘alaih).

Hadis ini mengajarkan bagaimana seorang muslim harus huznuzhon pada Allah dan memiliki sikap raja‘ (harap) pada-Nya.
Mengenai makna hadis di atas, Al Qodhi ‘Iyadh berkata, “Sebagian ulama mengatakan bahawa maknanya adalah Allah akan memberi ampunan jika hamba meminta ampunan. Allah akan menerima taubat jika hamba bertaubat. Allah akan mengabulkan do’a jika hamba meminta. Allah akan beri kecukupan jika hamba meminta kecukupan. Ulama lainnya berkata maknanya adalah berharap pada Allah (raja’) dan meminta ampunannya” (Syarh Muslim, 17: 2)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2024 07:42 AM | Show all posts
6. Tidak Bertakwa Dan Bertawkkal Kepada Allah.

Sesiapa yang tidak bertakwa dan  bertawakkal kepada Allah maka Allah akan sempitkan rezekinya sebaliknya sesiapa yang bertakwa dan bertawakkal nanti Allah akan bukakan pintu rezekinya dijalan yang tidak disangka- sangka
Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia menjadikan baginya jalan keluar . Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di duga, dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Dia akan mencukupkannya, sesungguhnya Allah melaksana urusan yang dikehendakiNya, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu .”

(Surah At-Thalaq ayat 2 -3)

Bertakwa dan bertawakkal adalah sifat orang mukmin yang mengharapkan redha dan pertolongan daripada Allah SWT.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 07:43 AM | Show all posts
7. Mengantung Gambar Makhluk Bernyawa Di Dinding Rumah Menyebabkan Malaikat Rahmat Tidak Masuk Rumah

Dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada didalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.”
Malaikat yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah Malaikat Rahmat.
Jika Malaikat Rahmat tidak masuk rumah kita maka tidak ada keberkatan di dalam rumah tersebut dan rezeki juga terhalang tanpa di sedari.


Marilah sama- sama kita mematuhi semua perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya. Jauhilah perkara- perkara yang boleh menghalang atau menyekat pintu- pintu rezeki. Allah Maha Kaya Dan Maha Pemurah, berdoa dan mintalah kepadaNya semoga dipermudahkan rezeki yang halal dan diberkatiNya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 07:53 AM | Show all posts

hi nona
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 07:55 AM | Show all posts
Malaysia gesa AS guna pengaruh segerakan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2735




Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken (kanan) dalam Mesyuarat Dua Hala di antara Malaysia dan Setiausaha Negara AS sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang-sidang Berkaitan di Pusat Konvensyen Nasional, Vientiane. - Foto REUTERS








VIENTIANE: Malaysia menggesa Amerika Syarikat (AS) menggunakan pengaruhnya untuk melaksanakan Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2735 (2024) dengan segera bagi menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin.
Perkara itu ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Setiausaha Negara AS, Antony Blinken pada Sidang Kemuncak ASEAN-AS Ke-12 di sini, semalam.
Perdana Menteri juga menyatakan penghargaan kepada peranan utama yang dimainkan AS dalam resolusi itu.
Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2735 (2023) menggariskan cadangan tiga fasa oleh AS, yang menggesa kepada gencatan senjata segera, kekal dan berkesan.





Ia termasuk pembebasan tebusan, pertukaran tahanan warga Palestin dan pengunduran penuh tentera Israel dari Gaza, selain menggesa penyaluran bantuan kemanusiaan dengan segera dan tanpa halangan, serta pembinaan semula wilayah itu.
Selain itu, Perdana Menteri turut mengalu-alukan cadangan pelaburan sebanyak AS$14.7 bilion (RM63.08 bilion) oleh gergasi teknologi AS ke Malaysia dan berharap dapat memperkukuh kerjasama dalam industri yang sedang berkembang.
Syarikat gergasi membabitkan Google, Microsoft, Enovix Corporation, Amazon Web Services, Abbott Laboratories dan Boeing.
Pada masa sama, beliau mengalu-alukan delegasi AS ke Dialog Pegawai Kanan berikutnya di Putrajaya pada akhir Oktober ini, sempena sambutan ulang tahun ke-10 Perkongsian Komprehensif Malaysia-AS.
Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata semua negara ASEAN membangkitkan mengenai isu Gaza pada sidang kemuncak itu dan menggesa kekejaman serta pembunuhan rakyat Palestin dihentikan.
Beliau dan Perdana Menteri juga bertanya kepada pihak Blinken mengenai bila masalah dan pembunuhan rakyat Palestin, yang kini sudah merebak ke Lubnan boleh diredakan serta dihentikan.
"Bagaimanapun nampaknya, tiada jawapan konkrit yang boleh diberikan pihak Blinken dan beliau mengatakan semua pihak, termasuk AS mahu melihat peperangan ini tidak merebak dan dihentikan segera.
"Kita tahulah Israel yang begitu angkuh dan tidak mahu dengar cakap sesiapa, dan kita harap negara sekutu mereka yang membekalkan senjata kepada mereka ini sekarang fahamlah sifat sebenar orang Israel ini.
"Jadi, mereka yang membesarkan raksasa dan mereka harus mengawal raksasa mereka ini," katanya.



https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1309319/malaysia-gesa-guna-pengaruh-segerakan-resolusi-majlis-keselamatan









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 08:08 AM | Show all posts
spam gambar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2024 08:09 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 08:09 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2024 08:09 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 08:09 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 08:09 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 08:10 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 08:10 AM | Show all posts

[
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 08:10 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 08:10 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 08:10 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2024 08:11 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 08:11 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 08:11 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 08:11 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 10:12 PM GMT+8 , Processed in 1.741225 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list