|
pe reaksi nadim n nadira eik...heheheh |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tidak membalas apa-apa, kerana mataku tertumpu pada Ensha yang sedang menunggu sebuah bas lalu sebelum dia dapat menyeberang lorong kecil itu. Nadim yang nampak Ensha terkedek-kedek menyeberang jalan terus keluar. Puntung rokok di baling ke jalan tar dan dia cepat-cepat dia menenyeh dengan loafer kulit lembik berwarna coklat tua.
“Babah !”
Ensha berlari mendapatkan Nadim yang bersilang kaki dan berpeluk tubuh, senyum di bibir tidak lekang.
“How ???” tanya Nadim tidak sabar.
Aku yang di dalam kereta terus mengintai dan sangat menyabarkan diri dari turut berdiri di tepi lorong itu mana tahu kalau Nadim buat perangai-perangai pelik yang tidak dapat di terima oleh aku.
Ensha mengenyet mata, “Masuk la dalam kereta…”
“Nope….give me the result slip …”
“In the car la Babah..”
“Nope, here, right now…or you want to see me roll like Ijal ???”
Ensha tergelak, Nadim dengan sengaja bersandar pada pintu belakang sekaligus menghalang Ensha dari masuk ke dalam kereta.
“Cepat ah, panas ni !” Nadim menghulur tangan, mahu tidak mahu terpaksa lah juga Ensha menyerahkan slip keputusan. Nadim tidak tunggu lagi terus di buka slip yang terlipat.
Nadim diam dan merenung Ensha, “You make Babah proud Honey ! You really make Babah proud.” Nadim terus menarik Ensha, dahi Ensha di cium lama, pipi kiri kanan di cium juga.
Aku yang mengintai dari kereta jadi tidak sabar dan terus keluar berdiri di tepi Nadim.
“She got straight As D, all A…” Nadim menyerahkan slip keputusan itu, dan tanpa di duga Ensha, Nadim terus mendakap dan mendokong Ensha, sepertimana dia selalu lakukan semasa masih kecil.
“Babah !!!”
Aku yang sedang meneliti slip keputusan itu juga tergelak melihat aksi Nadim dan Ensha yang terjerit kecil.
“Abang, she’s not your little girl anymore …” mataku bulat seolah memberi amaran pada Nadim.
“Whatever D, to me, even dia dah ada her own children, she’s still my lil girl.” Nadim melepaskan Ensha yang tersengih-sengih.
“Teruk ah Babah ni….”
“Well at least I don’t JUMP or do the MOONWALK !” kata Nadim tergelak.
Aku tarik Ensha dan mendakap dia erat-erat, aku tentunya sangat-sangat berbangga dengan pencapaiannya. Jauh di sudut hati aku terkenangkan Imran, tentunya dia juga berbangga sepertimana yang di rasai Nadim dan aku.
“Ensha, arwah Babah will be proud if he’s around.” Aku bisik ke telinganya.
Ensha melepaskan diri dan merenung aku, dia senyum sedikit dan menyapu air mata aku sebelum menyeka air matanya sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
“D, I am taking Ensha somewhere….” Laung Nadim dari tengah rumah. Aku berjalan cepat dari dapur. Tadi Nadim tidak memberitahu apa-apa. Aku lihat mereka sudah pun berada di luar rumah.
“Nak gi mana ???” tanya aku tidak puas hati. Aku nak ikut juga. Aku memandang pula ke arah Ensha yang terus mengangkat bahu.
“Somewhere…and can you do me a favor ?” Nadim menekan alarm kereta, Ensha buru-buru masuk, takut kena soal lagi.
“Pick Imran and Rizal ye….”
“But….” Nadim terus mencium pipi ku, dia juga buru-buru masuk ke dalam kereta, malas nak melayan soal jawab. “You promise nak bawak us for ice cream treat kat Swensens…” aku tetap membebel dan Nadim hanya mengenyet mata sambil membuat isyarat dia tidak bisa mendengar apa yang aku katakan, kereta terus di undur membuatkan aku sangat geram dengan Nadim.
“Honey, I am spoiling you today…”
“Kita nak gi mana Babah ?”
“We are going to IT Centre…and you can just pick anything you want. No limits.”
“Serious no LIMITS ???”
Nadim mengangguk, “Tapi jangan bagitahu Mummy, you know Mummy is very much against showering you guys with this kind of treatment. OK ?”
Ensha terus mengangguk dan dia menepuk tangan sangat suka.
“I want the latest Mac Book, the latest iPhone, the latest iPod, the latest Konica DSLR….apa lagi eh …hmmm bestnya”
“Emm…I should have put some limit … Nadim ketawa kecil, sebelum menyambung, “I wanted to get you a car at first, tapi since you are going off soon, I changed my mind… ” dia terus memecut kereta menghala ke Sunway Pyramid.
“Babah should have told me earlier, I can prepare a list….”
“Emm…. I am smart too…the list can be very long, and left me penniless!”
Ensha ketawa mengekek. |
|
|
|
|
|
|
|
“Nope, here, right now…or you want to see me roll like Ijal ???”
weh sakit poyot baca ni tak blh bayangkan klu nadeem buat |
|
|
|
|
|
|
|
Rizal mundar mandir di teres rumah. Sejak aku ambil dia setengah jam yang lalu, pertanyaan demi pertanyaan bagaikan peluru keluar lancar dari mulutnya.
Mana Babah ? Kenapa Babah tak bawak makan ice cream ? Not Fair just take Kakak out. I am his child too. Not fair. Babah is too much.
Itu antara luahan hati anak yang sedang bengang dan geram. Aku hanya tergelak kecil mendengar dia membebel sendirian.
Imran menggeleng kepala dan terus berlari ke atas, tanpa perlu di suruh-suruh Imran tahu tugasnya setiap kali pulang dari sekolah.
“Ijal…masuk ! Take your bag to your room, hit the shower..NOW….”
Rizal yang duduk di anjung depan memeluk tubuh, tidak menguit, matanya tertumpu pada jalan dan setiap kali kereta lalu lalang dia akan memanjangkan lehernya mengharapkan Babah pulang.
“Ijal….dengar tak ???” aku berdiri di tepinya dan lengannya aku tarik.
“Mummy, Kakak dapat good results for her SPM eh ?” tanyanya, terus berdiri.
Aku angguk.
“Owh, that’s why Babah take her alone. Ijal pun nak study la…can you help me with my Maths ?”
“Sure.”
Rizal senyum dan berjalan malas, begnya di heret dan terdentum-dentum bunyi beg menghentam tangga.
“Ijal, how many times Mummy cakap, jangan heret the bag…”
Rizal mencebik tapi dia tetap mengheret, “I like the thumping sound..thump..thump…thump…” katanya seolah pada diri sendiri tapi jelas dapat di dengar oleh aku.
Nadim dan Ensha pulang sebelum Maghrib. Tangan Ensha sarat dengan barang-barang dan wajahnya jelas terpamer kegembiraan. Semua barang di lambakkan ke atas meja kopi selepas itu tangan aku di heret ke ruang itu.
“He spoilt me with all these…” bisik Ensha, dia sangat teruja dan tidak boleh tidak dari hendak memberitahu aku.
Aku geleng kepala dan merenung Nadim. Nadim batuk kecil dan terus berlari naik ke atas tanpa berani membalas pandangan aku. Kami sudah berjanji untuk memberi hadiah bernilai tidak lebih dari RM500 seorang, tapi apa yang di lambakkan di atas meja itu ternyata berlipat kali ganda nilainya.
“Don’t get angry with him….he’s just being generous to me…” bisik Ensha lagi.
“Mummy pun ada something for you.” Aku bisik pada Ensha. “Close your eyes.”
Tangan aku cepat menyeluk saku seluar dan mengeluarkan kotak kecil yang dari tadi tersimpan.
“Just a small token from Mummy…ye lah Mummy tak sekaya Babah….”
Ensha tergelak kecil dan terus mencium pipi aku. Rantai yang aku kalungkan di belek-belek. Ada loket berbentuk hati tergantung di hujungnya.
“Open the locket.” Suruhku. Jari Ensha terkial-kial membukanya dan matanya bersinar.
“Mummy, this is so lovely. Thank you so much.” Dia mencium aku sekali lagi dan terus menatap gambar di dalam loket itu. Di kanan gambar Nadim, di kiri pula gambar aku.
“When you are away and miss us, remember that we are always with you,” Mata aku bergenang dan aku tarik Ensha dan mendakapnya lama. “I’m sure gonna miss you Ensha….”
“Ensha pun will miss Mummy and Babah, and of course the two boys.”
“Promise Mummy, Ensha akan jaga nama baik Mummy and Babah, don’t do things that will let us down.”
“Ye Mummy, I will always remember that. Babah told me the same thing too…”
Aku naik ke bilik dan Nadim baru saja keluar dari bilik air. Dia masih tidak mahu lagi memandang ke arah ku.
“Pergi masjid ke ?” tanya ku perlahan.
“Tak…emm D. All the things I bought are essential needs.”
Aku angguk.
“How much you spent on her ?”
“Emm..close to X, XXX.”
Aku tergelak, “Berapa ??” aku jegilkan biji mata.
“9,980.” Nadim tipu. Dia tidak menyatakan harga sebenar.
“Jangan tipu !”
“Ala…you selalu buat camtu ok je. I know you bought the runner for RM55 instead of RM25 , the bowl RM89 instead of RM39…and many other things…” Nadim tergelak dan dia merapati aku, badan aku di tarik dalam dakapannya dan dia meraba belakang aku sedikit.
Aku mengetap bibir. Alamak rahsia aku terbongkar dah….
“Ye, macam I tak tau you bought the arowana fish for RM200 instead of ‘RM40 je D’….and after two months ikan tu pun dah mati !” Aku tolak dia sedikit dan mengulum senyum.
“OK la, kita dua-dua bohong sunat !”
“Tah apa-apa.”
“Entah, tah apa-apa. Why eh we like to do nonsense stuff like this ?”
“I tak, Abang la !”
Nadim tergelak dan mengigit pipi aku, “Malam ni malam Jumaat, you dah clear ke ?”
Aku mengangguk dan memerhati Nadim menyarungkan kain pelikat dan sehelai baju melayu yang sudah aku siapkan di atas katil.
“OK good….” Dia senyum meleret.
“Apa pulak..”
“Good la, kita baca Yassin sama-sama malam ni.” Dia mengenyet mata.
“Eleh, macam D tak faham….”
Nadim mengesel-geselkan kepalanya ke perutku membuatkan aku tergelak kuat dan terus menolaknya jatuh ke atas katil.
“Rizal ok ?” tanyanya.
“Not OK. Mengamuk and membebel kat luar tadi.”
“Saturday ni la we take them out and celebrate Ensha.”
“Where to ?”
“I don’t have any idea…yet.”
“Kita tanya Ensha la…” usulku.
“Good idea…..”
Aku angguk dan terus masuk ke bilik air. Sayup-sayup azan Maghrib berkumandang. Kami semua berkumpul di dalam bilik itu untuk solat Maghrib berjemaah dan di sambung pula dengan membaca Yassin. |
|
|
|
|
|
|
|
“Abang, she’s not your little girl anymore …”
“Whatever D, to me, even dia dah ada her own children, she’s still my lil girl.”
Yup yg ni buat kita rasa terharu..kasih sayang ayah....
Tetiba teringat kat arwah abah... |
|
|
|
|
|
|
|
perrghhh.. boleh mtk apa sj... syokkknyeeee ensha!!! |
|
|
|
|
|
|
|
ahhahaha...kelaka la nadim ni...hehehe...nadira gak t'piga2...hahahah...tau dek ijal akak die dpt mcm2 msti die jeles msti die nak gak......ehhehe |
|
|
|
|
|
|
|
wah....bestnyer detox. terubat rindu ngan n3 baru ni...
huhuhu...klu ler aku ni dilahirkan gitu ek, anak orang kaya, mintak apa jer pun dapat... (indahnyer bahasa kalau ni..) |
|
|
|
|
|
|
|
hh_hs, sekali sekala je.....Dira larang Nadim manjakan budak2 tu dengan kemewahan.... |
|
|
|
|
|
|
|
terharu sungguh dgn gelagat Nadeem.... terlalu kuat kasih sayang seorg ayah terhadap ensha...
adakah lagi ayah tiri cam nadeem kat dunia ni?
cool dan kelakar serta penyayang sgt2....
alangk ...
Jaza2008 Post at 25-3-2010 11:28
Nadim memang sayang sungguh kat Ensha kan, in fact klu ingat lagi layanan2 Nadim pd Ensha dari kecil sampai besar, even dah ada anak sendiri, dia lebihkan Ensha juga....tak pernah dia marah Ensha... |
|
|
|
|
|
|
|
Nadim memang sayang sungguh kat Ensha kan, in fact klu ingat lagi layanan2 Nadim pd Ensha dari kecil sampai besar, even dah ada anak sendiri, dia lebihkan Ensha juga....tak pernah dia marah Ensha. ...
detox Post at 25-3-2010 11:38
Yup ensha dimanjakan melebihi dari dira kan |
|
|
|
|
|
|
|
ina...kita x dpt x ape...so sekarang kita cube buat terbaik untuk anak2 pule...
Betul tak????
qimi08 Post at 25-3-2010 11:36
betul tu kak. time kita dulu2 dah berlalu, xperlah. asalkan nanti anak2 kita, kita cuba dapatkan yg terbaik |
|
|
|
|
|
|
|
Uda rasa terharu dgn kasih sayang yang Nadim tunjukkan kat Ensha
sampai Uda terlupa yg Easha tu hanya anak tiri sahaja....
Nadim mmg contoh bapa mithali di zaman millinium. |
|
|
|
|
|
|
|
Yup ensha dimanjakan melebihi dari dira kan
qimi08 Post at 25-3-2010 11:41
ha'ah... mmg betul pun. tengok nadim layan ensha, x sangka yg sebenarnyer nadim tu bapa tiri jer. beruntung sangat2 ensha |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|