|
HANTAR SURAT KEPADA UTUSAN,BERNAMA,KOSMO X DILAYAN....AKHIRNYA HARAKAH SIARKAN SURAT AKU..
Kecewa layanan KPM
Hj Saat Hj Sulaiman,
Saya menghadapi banyak karenah birokrasi dalam dunia pendidikan. Anak saya telah digigit oleh seorang murid sekelasnya tahun 1 hingga bengkak dan cedera lengan kirinya. Namun tiada tindakan susulan daripada guru sekolah. Cikgu disiplin, guru GPK 1. Guru Besar juga tidak memberi perhatian yang serius walaupun laporan polis telah dibuat. Malah semua guru sekolah tersebut tidak pernah bertanya khabar murid yang digigit. Adakah jika murid tersebut adalah anak Menteri atau seorang berpangkat Datok barulah guru sekolah bertanya khabar?
Lebih menyedihkan, pejabat Agama Tampin Negeri Sembilan dan Pejabat Pelajaran Tampin (PPD) Negeri Sembilan tidak pernah ambil tahu dan bertanya khabar sedangkan laporan polis telah dibuat pada 25 September 2012. Sehingga hari ini (19 Oktober 2012) tiada seorang pegawai dari kedua-dua pejabat tersebut membuat tindakan susulan.
Adakah jika murid yang kena gigit anak Menteri atau ayahnya berpangkat Datuk, barulah mereka ambil perhatian? Itulah dunia dua darjat dalam isu pendidikan.
Yang pelik, walaupun kes ini adalah benar, murid yang menggigit masih bersekolah dan tiada sebarang tindakan daripada pihak sekolah, PPD Tampin atau Kementerian Pelajaran Malaysia. Adakah jika murid menggigit 100 orang murid atau menggigit anak Menteri barulah diambil tindakan?
Pada 27 September 2012, saya telah menghantar surat aduan kepada Menteri Pelajaran di Kementerian Pelajaran Malaysia di Putra Jaya, namun saya mendapati surat itu tidak sampai ke tangan YB Menteri Pelajaran.
Setelah mendapat maklumat surat aduan tidak sampai kepada Menteri Pelajaran, penulis menghantar surat kali kedua kepada Pegawai Khas Menteri Pelajaran di tingkat 10, Kementerian Pelajaran Malaysia Putra Jaya pada 9 Oktober 2012, namun sehingga hari ini tiada balasan.
Itulah nasib rakyat biasa seperti saya. Slogan pencapaian diutamakan hanya retorik sampah. Rakyat didahulukan hanya moto gula-gula untuk perbodohkan rakyat.
Saya adalah ahli Umno dan isu ini amat mencabar pandangan politik saya. Sikap sekolah, Pejabat Agama Tampin, Pejabat Pelajaran Tampin serta Kementerian Pelajaran Malaysia amat mendukacitakan.
Mungkin berlaku banyak kes buli di sekolah, namun Kementerian Pelajaran mungkin sengaja menyorokkan kes demi menjaga nama baik sekolah. Berapa ramai ibu bapa tidak membawa kes buli ke Mahkamah kerana miskin dan buta undang-undang?
Saya semakin terkilan apabila mendapati GPK1 yang terlibat dalam kes ini telah dipindahkan sekolah dan dinaikkan pangkat kepada Guru Besar.
Yang menyedihkan lagi pelbagai surat telah dihantar mellaui emel dan faks kepada beberapa media utama tidak mendapat layanan setimpal. Itulah nasib seorang rakyat biasa yang dilayan seperti sampah.
http://harakahdaily.net/index.php/letter/13999-kecewa-layanan-kpm
|
|
|
|
|
|
|
|
Guru Besar,
SKPB
GEMAS N9
5 November 2012
Yang Amat Dihormati Tuan,
PENYELESAIAN TERBAIK DI MAHKAMAH
Dengan segala hormatnya surat ini ditujukan buat Tuan yang amat dihormati.
2. Tarikh 24 September 2012 adalah tarikh paling celaka,di mana anak kesayangan saya Nur As Safa
digigit oleh NurSakinah bte Baharom dalam kelas.Tahniah diucapkan kepada Tuan Guru Besar dan Cikgu
Hairi bin Ismail dan lain-lain guru kerana berjaya mendidik murid-murid menjadi manusia penyayang
dan mempunyai akhlak mulia.Perbuatan menggigit adalah mulia,kan?
3. Tarikh 25 September 2012 adalah tarikh yang paling dan amat celaka dalam sejarah hidup saya,di
mana repot polis dibuat kononnya saya menampar NurSakinah bte Baharom.Terima kasih kepada guru-
guru yang baik hati dan penyayang kerana memberi perhatian sepenuh hati dan perasaan kepada
Nursakinah bte Baharom.
4. Lantaran saya dimalukan seperti anjing kurap dengan fitnah melampau,anak saya Nur As Safa
terpaksa bercuti panjang walaupun kerugian hilang pendidikan.Setiap hari dia merindui teman
sekelas,guru-guru dan buku,namun apa kan daya,takdir menentukan segalanya.
5. Penyelesaian terbaik adalah di Mahkamah.Mahkamah adalah institusi yang adil dan saksama.
Saya sudah bosan dan jemu dengan sikap sekolah,Pejabat Pelajaran Daerah Tampin,Jabatan
Pelajaran negeri Sembilan ,Pejabat Agama Daerah Tampin
dan Kementerian Pelajaran Malaysia.Kesemua mereka melayan saya
dan anak saya seperti anjing kurap walaupun saya dan anak saya adalah warganegara Malaysia,
bukan pendatang haram.
6. Saya yakin dan percaya dengan keadilan Mahkamah.Saya akan menerima apa sahaja
keputusan hakim di Mahkamah nanti.Sebagai warganegara,saya menghormati keputusan
Mahkamah.
7. Beg sekolah anak saya adalah milik saya.Sila pulangkan secepat yang mungkin.Adalah
payah untuk saya mengambilnya kerana repot polis telah dibuat mengatakan saya masuk ke
sekolah tanpa kebenaran.Walaupun pelbagai repot polis telah dibuat,namun masih lagi
belum dipulangkan.Saya tidak pasti apa muslihat sekolah tidak memulangkan beg sekolah anak
saya.Beg sekolah tersebut boleh dikirimkan melalui jiran saya yang kenal saya.
8. Saya belum mengambil keputusan di manakah sekolah anak saya pada tahun 2013.Kejadian
anak saya digigit meninggalkan kesan mendalam dalam diri anak saya dan keluarga.Amat bertuah
jika anak saya adalah anak guru sekolah kerana mengikut pengetahuan saya ,anak guru yang mengajar
di Sekolah Kebangsaan Pasir Besar ( F ) Gemas negeri Sembilan tidak pernah digigit.Itulah kelebihan
bergelar anak guru.Tiada siapa berani menggigit anak guru,betul tak?
9. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru yang mengajar anak saya terutama Cikgu
Jaafar.Anak saya Nur As Safa amat sayangkan Cikgu Jaafar walaupun Cikgu Jaafar tidak pernah
bertanya khabar keadaan anak saya yang kena gigit walaupun repot polis telah dibuat.Ilmu
yang diberikan Cikgu Jaafar amat besar nilainya dan saya tidak mampu membayarnya.Di sini
saya hadiahkan sebuah buku untuk Cikgu Jaafar kerana mendidik anak saya dengan baik.
Anak saya semakin pandai membaca dan menulis dengan baik hasil didikan Cikgu Jaafar.
10. Jutaan terima kasih juga kepada Tuan yang menghantar surat bertajuk “PERJUMPAAN
PENYELESAIAN KES ANAK”.Namun dukacita saya tidak dapat hadir kerana trauma dengan
repot polis yang dibuat “MASUK KE SEKOLAH TANPA KEBENARAN”.Saya juga perlu ke Singapura
atas pelbagai urusan penting.Alangkah bagus jika perjumpaan dilakukan di masjid kerana masjid adalah
tempat yang mulia.Alangkah bagus juga jika Menteri Pelajaran dijemput hadir dalam perjumpaan
kerana Menteri Pelajaran adalah manusia mulia dan berjiwa penyayang.Saya berharap
Tuan tidak berkecil hati dengan balasan surat saya tempohari.Saya mempunyai
hak untuk hadir atau tidak sebagaimana Tuan mempunyai hak untuk peduli
atau tidak dengan kejadian menimpa anak saya.
11. Saya hanya masuk ke sekolah kerana ada perkara penting seperti berjumpa bekas GPK1,
Yang Amat Berhormat Puan Cikgu Rahmah bte Mat Salleh bagi mendapatkan senarai murid miskin
dan yatim.Pada 25 September 2012,saya masuk ke sekolah untuk menemani anak yang trauma
dan ketakutan akibat kejadian celaka sehari sebelumnya.
12. Tahniah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Puan Cikgu Rahmah bte Mat Salleh kerana
naik pangkat sebagai Guru Besar.Saya doakan selepas ini Cikgu Hairi bin Ismail dinaikkan pangkat
menjadi Pengarah Jabatan Negeri Sembilan pula.
13. Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Hairi bin Ismail kerana menghantar
sms ucapan selamat hari raya AidilAdha tempohari .Saya mohon maaf kerana tidak mampu membalas
sms mulia tersebut.Semoga Allah swt memberi pahala kepadanya kerana menghantar sms.
|
|
|
|
|
|
|
|
14. Saya memohon jutaan kemaafan bagi pihak anak saya Nur As Safa dari semua guru jika ada salah
dan silap sepanjang anak saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pasir Besar ( F ) Gemas negeri
Sembilan .Di sini saya memohon Tuan agar membenarkan anak saya untuk bertemu dan bersalam
dengan semua guru dan murid sekelas kecuali NurSakinah bte Baharom
( saya dan anak saya tidak mahu bertemu NurSakinah )
pada 9 November 2012 di hadapan pagar masuk sekolah jam
11.00 pagi.Cukuplah bertemu di hadapan pintu masuk sekolah kerana anak saya amat hina dan sampah
pada pandangan guru-guru.Sikap guru-guru yang tidak bertanya khabar anak saya menunjukkan
mereka menghina anak saya dan menganggap anak saya sampah.
Mungkin ia kali terakhir anak saya dapat bertemu rakan sekelas dan guru-
guru jika anak saya bersekolah di sekolah lain pada tahun 2013.Anak saya amat merindui teman baik
Afifah Mazni yang banyak berkongsi suka duka dalam alam persekolahan.Afifah Mazni tidak pernah
menggigit anak saya.
15. Saya juga memohon jutaan kemaafan dari semua guru-guru sepanjang berurusan dengan pihak
sekolah.Sebagai manusia bodoh,naïf dan tidak berharta,sudah tentu ada banyak kelemahan dan
kesilapan.
16. Sekiranya saya mengambil keputusan memindahkan anak saya ke sekolah lain pada 2013,
saya akan membawa anak saya ke sekolah untuk proses perpindahan sekolah.Saya berharap Tuan
dan kaki tangan sekolah memberi kerja sama baik dalam proses pertukaran sekolah.Tolong
jangan menghina saya dan anak saya apabila kami ke sekolah kerana saya dan anak saya sentiasa sedar
bahawa kami adalah manusia biasa,bukan jutawan atau ternama.Namun sedarlah,kami adalah manusia
yang ada hati dan perasaan.Layanlah kami sebaik mungkin sebagaimana Tuan melayan dengan baik dan
mesra Nursakinah bte Baharom.
17. Jika saya dan ahli keluarga meninggal dunia dan tidak sempat memfailkan writ saman malu di
Mahkamah Tinggi Seremban,saya dan keluarga masih ada peluang di Mahkamah Akhirat.Malaikat
Raqib dan Atid yang mencatatkan dosa dan pahala akan menjadi saksi anak saya digigit dan menjadi
saksi bahawa saya tidak menampar Nursakinah bte Baharom.Di dunia,bawalah 1000 saksi ke
Mahkamah kerana itu hak Tuan.Saya tidak pernah gentar dengan manusia kerana yang Maha Perkasa
adalah Allah swt.Allah swt Maha Mengetahui dan Amat Adil.
18. Saya bersyukur dengan rezeki Allah swt Maha Pemurah.Walaupun miskin pada kaca mata
manusia,saya sayangkan Sekolah Kebangsaan Pasir Besar ( F ) Gemas negeri
Sembilan dan telah menyumbang buku untuk perpustakaan sekolah,memberi pakaian kepada murid
miskin/yatim.
Malah dengan bodohnya saya telah memberi ceramah motivasi kepada murid tahun 6 dan
ibu bapa murid tersebut dan dihadiahkan sekeping sijil penghargaan.
Sijil penghargaan itu digantung di dalam rumah sebagai menghormati pemberian
pihak sekolah.Pada hari guru juga saya hadiahkan ‘besi kosong’ yang ditempah khas di Segamat Johor.
Sumbangan saya amat kecil jika dibandingkan dengan ibu bapa lain.Mungkin ada ibu bapa lain
yang dermawan sudi menghadiahkan kenderaan berjenama BMW kepada sekolah agar memudahkan
guru membawa murid-murid ke balai polis Gemas sebagai saksi jika berlaku lagi kejadian menampar
atau buli di sekolah pada masa akan datang.Jika ada ibu bapa sedemikian,saya ucapkan tahniah dan
syabas.
19. Marilah kita semua berdoa agar Sekolah Kebangsaan Pasir Besar ( F ) Gemas negeri
Sembilan bergelar sekolah paling cemerlang dalam Malaysia kerana keputusan UPSR 100 % di mana
semua murid tahun 6 berjaya mendapat 5A setiap tahun.
20. Saya suka mengakhiri surat dengan ucapan gemilang bekas Presiden Amerika yang banyak
berjasa kepada orang kulit hitam.Beliau menghapuskan perhambaan dan bermulalah sejarah
orang kulit hitam bergelar manusia merdeka setelah ratusan tahun menjadi hamba abdi.Walaupun
berkulit putih,beliau melayan semua manusia sama rata termasuk bangsa kulit hitam.Itulah pemimpin
berjiwa rakyat.Sehingga hari ini ,bangsa kulit hitam menziarahi pusara beliau kerana berterima
kasih dan menghargai jasa beliau.
“You can fool all the people some of the time, and some of the people all the time, but you can not fool all the people all of the time.”
ABRAHAM LINCOLN, speech, 1856
Sekian,terima kasih
MAN WHO LOOK DUMMY BUT NOT DUMB!
…………………………………………………..
(SAAT SULAIMAN AL-HAJJ )
|
|
|
|
|
|
|
|
bUKU AKU BELI dr mph SAMPAI HARI NI....
|
|
|
|
|
|
|
|
50216 views.........
Thanks! |
|
|
|
|
|
|
|
Memandai je ko karang cerite karut ye |
|
|
|
|
|
|
|
APASAL X PERCAYA AKU BELAJAR UNIVERSITI?
|
|
|
|
|
|
|
|
buku ke 8 akan terbit awal 2013..........
|
|
|
|
|
|
|
|
Program bersama Ketua menteri Melaka di restoran Melayu Melaka..
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|