CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: renjer

kecek kletee.

[Copy link]
Post time 6-9-2008 09:48 PM | Show all posts
Originally posted by BeachBoys at 6-9-2008 09:30 PM
11) Kopi = Kawa (KA-WA)
Di dalam loghat Terengganu, kopi disebut sebagai kawa.Kebanyakan remaja di Terengganu sudah tidak lagi mengenali perkataan ini.Kawa pernah ditanam di Kampung Beladau Sela ...


hok no 11,13,15 tu aku dok ajing paka  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2008 12:07 AM | Show all posts

Reply #1454 tuan_wu's post

kene start paka la kalu itu...........
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2008 12:25 AM | Show all posts
16) Nakal = Nano (NA-NO)
Seringkali merujuk kepada kanak-kanak yang suka buat hal tak kira tempat.

17) Bahagi = Kacong (KA-CO-NG)
Pada umumnya kebanyakkan orang hanya mengenali belalang Kacong atau Padang Kacong (sebuah kawasan di terengganu).Kacong bermaksud sesuatu yan dipotong-potong atau dibahagi-bahagikan samada kepada 2 bahaian atau lebih.Kadang-kadang kita biasa mendengar istilah' kacong kalang' (mengasah pensil).


Perang Padang Kacong 1928


18) Paksa diri = Tebeng (TE-BE-NG)
merujuk kepada tindakan mendesak diri untuk melakukan sesuatu.

19) Halang penglihatan = Tebeng (TE-BE-NG)
Walaupun perkataan ini sama cara ianya ditulis tetapi sebutannya berlainan.kerana tebeng(halang penglihatan) dibaca denga 'e pipih' atau 'Teybeng'.

20) Melimpah - Rumbu (RU-M-BU)
Lebih merujuk kepada situasi air yang melimpah.

[ Last edited by  BeachBoys at 14-9-2008 07:58 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2008 12:47 AM | Show all posts
21) Sempadan = Tara (TA-RA)
kebiasaannya merujuk kepada batu sempadan atau tara tanah (sempadan tanah).Kadang-kadang kita akan mendengar ungkapan seperti ini," tare (tara kadang-kadang dibaca dengan tegas, 'tarre') mane dier wak ke mung?"(sejauh mana die buat kat kau?).

22) Luah = Kehek (KE-HE-K)
Satu perbuatan  memuntahkannya kembali seesuatu yang ada dalam mulut sama ada makanan atau air liur.

23) Tahan = Ok (O-K)
Kadang-kadang perkataan ini jua sama makna dengan sabar.

24) Suka meminta = Ngato (NGA-TO)
Merujuk kepada sikap seseorang individu yang suka meminta pertolongan atau meminta dibelikan berbagai-bagai barang atau seseorang kanak-kanak yang cerewet dalam soal makanan dan lain-lain.

25) Rejam = Tago (TA-GO)
Lebih kurang sama mana dengan perkataan 'pelekong'.merujuk kepada tindakan seseorang yang membaling sesuatu objek secara terus ke sasaran.

[ Last edited by  BeachBoys at 7-9-2008 12:51 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2008 12:55 AM | Show all posts

Nama Serangga

26) Pepatung = Sibo (SI-BO)

27) Kumbang = Gabo (GA-BO)

28)Mentadak-Mentadu = Sedusenu (SE-DU-SE-NU)
kadang-kadang jentolak juga dipanggil sedusenu.

[ Last edited by  BeachBoys at 7-9-2008 01:11 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2008 01:03 AM | Show all posts
29) Sengaja = Sengeleng (SE-NGE-LE-NG)
melakukan sesuatu perkara dengan sebab-sebab tertentu tanpa rasa bersalah.

30) Merah Padam = Bera (BE-RA)
merujuk kepada perbuatan menahan rasa malu yang amat sangat sehingga muka menjadi kemerah-merahan.

31) Lemau = Leik (LE-I-K)
merujuk kepada makanan yang kite sebut sebagai 'masuk angin'.

[ Last edited by  BeachBoys at 7-9-2008 02:25 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2008 11:46 AM | Show all posts
32) Datok = Tokki (TO-K-KI)
Panggilan biasa untuk datuk di terengganu.sama maksud dengan perkataan 'aki'.

33) Kehendak = Ere (E-RE)
Contoh; 'Jangang ikuk ere sangak ke die tu' (Jangan ikut sangat kehendak dia tu)

34) Belukar = Rok (RO-K)
kadang -kadang 'rok' membawa maksud 'larat' atau keupayaan meneruskan sesuatu kerja.kalau ianya disebut dengan 'dok rok' membawa maksud sama ada tidak larat atau tidak sihat.

35) Larat = Cakak (CA-KA-K)
Cakak lebih sesuai digunakan berbanding 'rok' utntuk merujuk kepada 'larat'.

[ Last edited by  BeachBoys at 7-9-2008 01:44 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2008 12:08 PM | Show all posts
36) Tipu daya = Kecek (KE-CE-K)
Popular di Kelantan dan Terengganu.Jika ianya dibaca dengan 'Keccek' ianya membawa maksud 'bercakap' di dalam loghat Kelantan.

37) Uli = Kame (KA-ME)
Dibaca dengan 'Kamey'.boleh juga ditulis 'Kamir'.

38) Dusun = Bukek (BU-KE-K)
Sama sebutan dengan 'Bukit'.Sesetengah orang terengganu menggunakan istilah 'kapong' atau 'kampong' untuk merujuk kepada 'dusun'.

39) Beroh (BE-RO-H)
kawasan pantai yang mempunyai lopak-lopak yang dalam di beberapa bahagian.seringkali dilarang untuk mandi di kawasan ini terutamanya bagi yang tidak pandai berenang.

40) Selalu = Sokmo (SO-K-MO)
Semua dah biasa dengar kot istilah 'senyum sokmo'.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2008 12:27 PM | Show all posts
41) Hampiri = Nete (NE-TE)
Dibaca dengan 'neytey'.kadang-kadag menjadi nette (neyttey) apabila diucap dengan kasar atau tegas.kadang-kadang disebut 'tete'(teytey)

42) Pedih ulu hati = Medu (ME-DU)
Satu penyakit yang berkaitan dengan angin dalam badan.

43) Kinning (KI-N-NI-NG)
Sejenis buah yang mempunyai bentuk yang sama dengan mempelam tetapi berlainan bau dan rasa yang memang ketara.

44) Pauh (PA-U-H)
Sejenis buah yang mempunyai bau dan rasa sama seperti mempelam tetapi mempunyai saiz yang lebih kecil.

45) Teman wanita = Mek (ME-K)
'Mek' sama maksud dengan 'gewe' dalam loghat Kelantan.Ianya juga digunakan sebagai nama panggilan kepada perempuan seperti 'awang' untuk lelaki.

[ Last edited by  BeachBoys at 14-9-2008 08:39 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2008 01:29 PM | Show all posts
46) Pasak = Turuh (TU-RU-H)
Sebutannya dalam bahasa baku ialah 'Turus' tetapi berlainan maksud.Di terenganu, turus lebih membawa maksud tiang atau pasak.

47) Ubi Torok (TO-RO-K)
Sejenis ubi yang mempunyai isi berwarna ungu atau biru.


48) Padi (PA-DI)
Walaupun padi banyak di tanam di Kedah,Kelantan dan Selangor tetapi perkataan 'padi' berasal dari terengganu.

49) Senda (SE-N-DA)
Satu perbuatan bagi menahan sesuatu yang bersifat melawan.Contohnya,senda pintu dengan kerusi iaitu menahan pintu dari tertutup atau terbuka dengan menahannya dengan kerusi.Tidak pasti sama ada istilah 'senda gurau' diambil dari perkataan ini.

50) Tetak = Take (TA-KE)
Dibaca dengan 'ey' iaitu 'takey' atau dalam tulisan baku ditulis sebagai 'takir'.Nama seberang takir diambil dari perkataan ini.Mengikut sejarah, seberang takir mendapat namanya disebabkan hukuman pancung atau tetak dilakukan di sini oleh pihak istana.

[ Last edited by  BeachBoys at 7-9-2008 02:00 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2008 02:16 PM | Show all posts
51) Cerun = Tube (TU-BE)
Dibaca 'Tubey' .Ditulis sebagai 'Tubir' dalam bahasa baku.

52) Masak-masak = Danga ( DA-NGA)
Kebiasaanya merujuk kepada permainan masak-masak oleh kanak-kanak atau diistilahkan sebagai 'main danga'.Walau bagaimanapun pada pendapat aku, ianya lebih membawa maksud 'jual-beli'.

53) Makin = Koho (KO-HO)
'koho lama,koho itang'(makin lama,makin hitam).atau merujuk kepada pergerakan yang lambat.contohnya; 'buke koho je air paip tu'(buka perlahan saja air paip tu).

54) Cetek = Toho (TO-HO)
contoh ayat; 'toho je air laut pagi ni'(cetek je air laut pagi ni)

55) Bitto (BI-T-TO)
Sejenis alat yang digunakan untuk menangkap ketam di tepi-tepi pantai.

[ Last edited by  BeachBoys at 7-9-2008 02:22 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2008 05:23 PM | Show all posts
Originally posted by BeachBoys at 7-9-2008 12:07 AM
kene start paka la kalu itu...........


aku akn cuba...tp rs janggal lok waser...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2008 05:41 PM | Show all posts
bangat-kalu indon ,aksudnya sangat tapi kalu kelate maksudnya cepat
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2008 09:12 PM | Show all posts
56) Pelangi = Ganu (GA-NU)
Mengikut sejarah,ganu membwa maksud,pelangi dan disitulah antara sebab terengganu mendapat namanya.Tetapi bagi orang terengganu yang sekarang ini yang berumur 40 tahun ke atas, mereka pasti pernah mendengar ungkapan 'lanung minum air' iaitu satu ungkapan yang merujuk kepada pelangi yang muncul di laut.

57) Gosok = Gaha (GA-HA)
contohnya; Gaha puyok ( gosok periuk semasa mencuci); gaha kaki (gosok kaki sama ada untuk mengurut atau membasuh).Perkataan ini juga dituturkan di Negeri Sembilan.

58) Peteh (PE-TE-H)
Dibaca dengan 'Peyteyh'. Satu tindakan fizikal atau 'body contact' yang dilakukan untuk menjatuhkan seseorang dengan menggunakan kaki.

59) Amah (A-MA-H)
Satu unit timbangan untuk mengukur berat emas atau boleh dikatakan sama maksud dengan 'gram'.Ianya juga membawa maksud '50 sen' mungkin disebabkan satu amah emas pada waktu dahulu bersamaan dengan 50 sen.Di Terengganu,emas banyak di lombong di Lubok Mandi,Rusila ( Kampong TG Haji Hadi)

60) Orang Barat
Orang Barat atau lebih dikenali sebagai 'sek barak' dikalangan orang terengganu.Istilah ini merujuk kepada orang Kelantan.Untuk mengetahui mengapa kelantan disebut sebagai 'barak', para forumer yang bertandang ke terengganu boleh mencuba ini.Pilih lokasi-lokasi di sepanajang muara sungai terengganu dan kemudian perhatian arah matahari terbenam.Anda akan dapati arah matahari terbenam adalah sama dengan arah jalan untuk ke kelantan.Disebabkan inilah orang-orang tua terengganu memanggil orang kelantan dengan panggilan 'sek barak' atau orang 'barat'.

[ Last edited by  BeachBoys at 9-9-2008 12:39 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2008 10:07 AM | Show all posts
Originally posted by tuan_wu at 6-9-2008 09:48 PM


hok no 11,13,15 tu aku dok ajing paka  


hok no. mung sebut ning mak aku ajing sebut dulu..

tapi leni jarang doh dengor..

kalu lele tu aku pnh dgr mak aku blebey.."mung ning wahi sungguh lele gelas.."
masa aku kecik2 nok minum air wahi tukor2 gelas, pah tinggal dlm sinki..nok minum ambik plok hok lain..
tinggal plok..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2008 03:14 PM | Show all posts
61) Kaki = Kateh (KA-TE-H)
Disebut 'kateyh'..bermaksud kaki atau jarak jangkauan yang mampu dicapai setiap kali berlari atau berjalan.Contohnya; 'Pemain jamainca tu menang 100m sebab kateh (kateyh) dier yang paling panjang'.

62) Tabung = Celeng (CE-LE-NG)
Disebut 'Ceyleyng'.Tempat khas untuk meyimpan duit.

63) Sandar = Sende (SE-N-DE)
Dibaca 'Seyndey'.Contoh;' sende penyapu tu molek sikit'

64) Perli = Nganjing (NGA-N-JI-NG)

65) Bingung = Bengong (BE-NGO-NG)

[ Last edited by  BeachBoys at 9-9-2008 12:35 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2008 06:05 PM | Show all posts

Reply #1469 BeachBoys's post

ngekok = ????
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2008 12:46 PM | Show all posts
66) Orang Darat
Orang darat atau 'sek darak' merujuk kepada gelaran yang diberikan penduduk di kawasan pesisir pantai terengganu kepada penduduk di bahagian hulu terengganu terutamanya Kuala Berang.

67) Orang Pangang
Panggilan ini merujuk kepada orang pagan atau orang asli.

68) Tampal = Tepek (TE-PE-K)
Dibaca 'teypeyk'.

69) Kemek = Kepek (KE-PE-K)
Dibaca 'kepeyk'.

70) Azan = Bang (BA-NG)

[ Last edited by  BeachBoys at 9-9-2008 01:11 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2008 01:06 PM | Show all posts

Perkataan pinjaman Inggeris

a) Koseng = Crossing atau cross-in atau passing
membawa maksud 'menghantar' atau 'memberi'.Contohnya,' azman koseng bola kepada Lim'.

b) Koseng = Kusyen
merujuk kepada sofa.

c) Tohok = throw out

d) wose = washer
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2008 01:22 PM | Show all posts
71) Gaharu = Depu (DE-PU)
Dituturkan di kelantan dan terengganu.Di kuala terengganu, sebuah kampong dinamakan sempena perkataan ini iaitu Kampong Bukit Depu.

72) Gerai = Gere (GE-RE)
Disebut 'Gerey'.

73) Paling akhir = Ngesuk (NGE-SU-K)
Paling akhir atau pengakhiran atau penghujung.

74) Perisai = Nyangge (NYA-NG-GE)
Merujuk kepada sesuatu yang digunakan untuk perlindungan diri.

75) Berselerak= Belembang (BE-LE-M-BA-NG)

[ Last edited by  BeachBoys at 13-9-2008 12:41 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.067637 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list