|
Edisi KL : Kondo dalam binaan terbakar
Oleh Abdullah Wahab
KUALA LUMPUR: Panggilan kecemasan daripada pemandu kren supaya semua pekerja tidak menaiki tingkat atas bangunan 45 tingkat yang sedang dalam pembinaan di Jalan Stonor, berhampiran Kuala Lumpur City Centre (KLCC), berjaya menyelamatkan mereka daripada hangus terbakar.
Dalam kejadian jam 7.13 malam, semua pekerja pembinaan bangunan kondominium mewah 45 tingkat itu dikatakan baru hendak memulakan tugas selepas bertukar syif.
Difahamkan bangunan itu dalam fasa terakhir pembinaan dan dijangka siap Februari tahun depan.
Seorang saksi yang hanya dikenali sebagai Yassin, 34, berkata ketika kejadian semua pekerja berada di tingkat 44 dan bersiap sedia ke tingkat atas bangunan terbabit.
揃agaimanapun pemandu kren menghubungi saya supaya mengarahkan semua pekerja turun kerana ada kebakaran di tingkat atas.
揝aya tak sangka ada kebakaran kerana ketika berada di tingkat 44 saya tidak rasa apa-apa malah asap pun saya tak nampak, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Timur : Mengapa suami saya dibelasah?
Oleh Adnan Mohamad
KOTA BHARU: 揝epatutnya jika ada masalah atau tidak puas hati, mereka berbincang bukannya mengambil keputusan sendiri.
揝ehingga ini, saya tidak tahu kenapa suami saya dibelasah begitu teruk dan tidak sedarkan diri sampai sekarang, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Utara : Aksi jijik nenek di bilik air
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
GEORGETOWN: Gempar dan mengejutkan apabila rakaman aksi klip video dalam telefon bimbit yang memaparkan aksi seorang wanita warga emas bergelar `nenek |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Timur: Sebak rumah rentung
Oleh Zaid Salim
[email protected]
KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki sebak apabila melihat rumah peninggalan orang tuanya yang dibina lebih 40 tahun lalu menyembah bumi selepas hangus dalam kebakaran di Kampung Baru, Seberang Takir, di sini, pada kira-kira jam petang semalam.
Lebih memilukan Mohd Amran Mohd Ali, 40, apabila rumah pusaka yang dijadikan tempat pertemuan adik-beradik selepas ketiadan ibu, Raiha Abdullah, sejak tujuh tahun lalu, nostalgia bagi keluarga mereka.
Biarpun tinggal sehelai sepinggang, Mohamad Amran yang bekerja di Klinik Kesihatan Maras dan memiliki lima anak bersyukur apabila anak sulungnya, Ahmad Syakir, 15, yang bersendirian ketika itu terselamat.
揗emang setiap hari Ahmad Syakir bersendirian di rumah ini kerana saya dan isteri, Latifah Omar, 40, bekerja manakala empat adiknya, Ahmad Fatihi, 14 dan Ahmad Hassan, 9, ke sekolah sementara Nur Ain, enam tahun, dan Nur Raiha, empat, ditinggalkan di rumah pengasuh.
揔ebimbangan terhadap Ahmad Syakir menghantui fikiran saya kerana biasanya dia akan tidur selepas pulang sekolah.
揃agaimanapun, Allah masih sayangkan dia kerana beberapa minit sebelum kejadian, dia keluar ke kedai, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Tengah: Peniaga ceroboh tempat kereta
Oleh Ahmad Syahrul Derauh
[email protected]
SEREMBAN: 揝udahlah susah hendak dapat tempat letak kereta, bila dapat tidak boleh meletak kereta pula. |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Utara: 5 anak berhenti sekolah
Oleh Mohd Rifaat Abd Hamid
[email protected]
JITRA: Kerana kemiskinan, seorang penjual ubat tradisional dari Kampung Pulau Kecil, Tunjang, dekat sini, terpaksa memberhentikan persekolahan lima anaknya kerana tidak mampu menanggung persekolahan mereka.
Ahmad Harun, 46, berkata dengan pendapatannya kira-kira RM300 sebulan menjual ubat tradisional, dia tidak mampu menyediakan perbelanjaan persekolahan lima anaknya itu.
Menurutnya, keadaan bertambah perit apabila dia juga terpaksa menjaga isterinya, Chempawan Che Lam, 54, yang buta dan menghidap penyakit buah pinggang dan leukimia.
揑steri saya pernah mendapat rawatan mata di Hospital Alor Star (HAS) dan dinasihatkan ke Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut, tetapi saya tidak mampu kerana masalah kewangan.
揥alaupun berasa bersalah kerana tidak dapat menyekolahkan anak-anak, namun kesempitan hidup menyebabkan saya tidak dapat berbuat apa-apa selain menanggung isteri, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Utara: Ugut simbah asid
Oleh Badaruddin Mat Zakaria
[email protected]
GEORGETOWN: Seorang lelaki mengugut menyimbah asid kepada seorang kakitangan syarikat menjual kereta jika mangsa enggan turun dari kereta yang sedang dipandu ujinya, sebelum suspek melarikan kereta terbabit.
Suspek berusia 20-an sebelum itu berpura-pura mahu memandu uji sebuah kereta jenis Hyundai Sonata di premis terbabit di Jalan Burmah, di sini, jam 3.47 petang kelmarin.
Sumber berkata, suspek yang menunggang sebuah motosikal berhenti di depan syarikat penjual kereta itu dan masuk ke pejabat syarikat.
揇ia berpura-pura mahu membeli kereta dan meminta kebenaran kakitangan syarikat membuat pandu uji, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Utara: Along kempen judi Piala Dunia
Oleh Mazlan Hasan
[email protected]
IPOH: Beberapa sindiket peminjam wang haram atau along di bandar raya ini dikatakan mula melancarkan 憄erang |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Timur: Geng peras pelajar, peniaga
Oleh Rosliza Mohamed
KOTA BHARU: Dua lelaki dipercayai `geng pemeras |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Tengah: 60 kera serbu asrama
Oleh Mohamad Yatim Latip
MELAKA: Sekumpulan kera liar dianggarkan 50 hingga 60 ekor menyerbu asrama Sekolah Menengah Agama Syarifah Rodziah, Telok Mas, di sini, dan taman perumahan sekitarnya bagi mencari makanan.
Malah, kera itu turut menjadikan Klinik Kesihatan Telok Mas sebagai sasaran menyebabkan banyak harta benda rosak.
Tinjauan Harian Metro mendapati kebanyakan penduduk tidak tahan lagi dengan gangguan kera dipercayai datang ke rumah mereka setiap hari untuk mencari makanan.
Pada masa sama, ia turut merosakkan pelbagai barangan dalam rumah dan tanaman.
Seorang penduduk, Sapiah Rahman, 46, mendakwa kera memasuki rumah penduduk adalah perkara biasa di kawasan itu dan rumahnya juga tidak terkecuali.
Katanya, kumpulan kera itu turut merosakkan tanaman termasuk nanas, tebu dan pokok bunga yang ditanam di sekeliling rumah.
揔era berkenaan juga mencuri telur ayam terdapat di dalam reban selain membuat bising di atas bumbung rumah.
揔ami bimbang dengan keadaan ini terutama keselamatan kanak-kanak yang bermain di luar kerana kera itu merampas makanan yang ada di tangan kanak-kanak, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Utara: Bot pukat Apollo ancam 500 nelayan
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
[email protected]
GEORGETOWN: Lebih 500 nelayan pantai di empat kampung di daerah Seberang Prai mendakwa diancam bot pukat Apollo nelayan dari Perak yang menceroboh perairan negeri ini.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dalam kenyataan akhbar berkata, empat kampung terbabit ialah Kampung Changkat, Sungai Udang, Batu Kawan dan Sungai Sembilang.
Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata kehadiran bot pukat Apollo dari Tanjung Piandang dan Kuala Kurau, Perak itu menceroboh kawasan tangkapan nelayan pantai bermula dari petang hingga keesokan harinya.
Menurutnya, akibat pencerobohan berkenaan, pendapatan nelayan merosot dari RM70 kepada RM30 sehari dan tiada tindakan diambil pihak berkuasa.
Katanya, nelayan di situ sudah membuat aduan kepada Jabatan Perikanan tetapi tiada tindakan diambil.
揘elayan bot pukat Apollo ini bukan saja beroperasi di kawasan satu batu nautika dari pantai malah turut menceroboh ke muara sungai menyebabkan air laut dan sungai dicemari lumpur dan berbau busuk, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Selatan: Laman web gadis Melayu bogel beroperasi semula
MUAR: Tidak sampai sebulan menghentikan operasinya, laman web persendirian menggunakan `Yahoo! Groups |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Selatan: Padah majikan ingkar amaran
Oleh Mary Victoria Dass
[email protected]
JOHOR BAHRU: Keengganan tiga syarikat mematuhi peraturan ditetapkan kepada majikan berhubung keselamatan pekerja mereka akhirnya membawa padah apabila masing-masing akan didakwa di mahkamah tidak lama lagi.
Hasil pemeriksaan yang dijalankan di tiga premis berkenaan mendapati semua syarikat itu gagal mematuhi Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) (USECHH 2000).
Malah, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Johor (JKKPJ) mengambil tindakan mahkamah terhadap tiga syarikat terbabit selepas mengeluarkan beberapa notis amaran.
Dua syarikat itu menjalankan operasi berkaitan bahan kimia di Pasir Gudang, manakala sebuah ladang kelapa sawit di Kluang.
Pengarah JKKPJ, Zabidi Md Adib, berkata pihaknya mengambil tindakan mahkamah terhadap tiga syarikat terbabit kerana majikannya mengambil mudah peraturan dan prosedur keselamatan walaupun pernah diberi pendedahan mengenainya.
Katanya, jabatannya sudah mengeluarkan beberapa notis pembaikan dan larangan mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1949 kepada syarikat terbabit sebelum keputusan mereka ke mahkamah dilakukan.
揝etakat ini, hanya tiga syarikat yang degil tidak mahu membaiki tahap keselamatan di tempat kerja termasuk menubuhkan persatuan keselamatan selain penggunaan bahan kimia berbahaya.
揚emeriksaan mendapati pengusaha terbabit tidak mengambil langkah sewajarnya bagi melindungi pekerja daripada terdedah kepada kemalangan.
揗anakala syarikat lain akur dengan peraturan dan bekerjasama selepas menerima notis pertama atau susulan, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Timur: 'Puteri' ganggu 16 pelajar
SETIU: Sekumpulan 16 pelajar lemah dan lesu selepas mengalami histeria ketika berlatih tarian Ulik Mayang di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Chalok (Model Khas), di sini.
Kejadian Jumaat lalu yang masih berlarutan sehingga semalam, memaksa pentadbiran sekolah menangguhkan peperiksaan semester yang bermula minggu lalu dan sepatutnya berakhir Khamis ini.
Harian Metro difahamkan, anak perempuan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Muhatar Abdullah, Fardiah, 17, turut menjadi mangsa kejadian itu tetapi dikatakan sudah stabil.
Fardiah dikatakan dirasuk seorang daripada tujuh puteri yang merasuk enam pelajar lain ketika melakonkan watak puteri Ulik Mayang.
Pelajar, Nor Azreen Alias, 17, berkata sebelum kejadian, beberapa pelajar menjalani latihan Ulik Mayang kendalian pelajar lain secara perperingkat iaitu selepas solat Asar dan Isyak, sejak dua minggu lalu.
揝aya dan rakan melatih pelajar lain untuk pertandingan peringkat asrama di dewan sekolah sebelum bertanding peringkat sekolah.
揔etika berlatih tidak ada apa-apa berlaku sehinggalah malam 19 Mei lalu apabila seorang pelajar tingkatan enam menjerit dan meronta ketika membuka pintu almari asrama.
揟idak lama kemudian, 15 pelajar lain menjerit dan meracau sambil meminta dilepaskan ketika dipegang beramai-ramai, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Tengah: Pencuri kebas lori, tayar
Oleh Rozmanshah Abdullah
[email protected]
MELAKA: Sekumpulan penjenayah menggunakan pemotong besi untuk memotong rantai kunci sebuah gudang tayar di Jalan Abadi, Taman Malim Jaya, dekat sini, sebelum melarikan sebuah lori dengan muatan 500 tayar bernilai RM150,000 awal pagi semalam,
Kehilangan lori dengan muatan itu disedari pemandunya yang datang untuk memulakan tugas kira-kira jam 5 pagi.
Pemandu lori terbabit, Koh Geok Chuan, 63, berkata lori itu sudah dimuatkan dengan tayar petang kelmarin untuk dihantar ke Johor Bharu.
Katanya, ketika hendak memulakan kerja, dia terkejut apabila mendapati lori itu tiada di tempat ia diletakkan manakala pintu pagar gudang utama pula dirapatkan.
揝aya terkejut kerana lori tiada dalam gudang sebelum mendapati rantai kunci pagar gudang dipotong dan terus memaklumkan kepada penyelia mengenai kejadian terbabit, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi KL: Wira Everest hilang jari?
Oleh Nur Farhana Abdul Manan
[email protected]
KUALA LUMPUR: Pendaki pertama Asia Tenggara yang berjaya menakluk puncak gunung Everest secara solo melalui Tibet pada 15 Mei lalu, T Ravichandran, mengalami radang dingin (frostbite) serius pada semua jarinya.
Setiausaha Projek TR Ekspedisi Solo Kebajikan 2006, Noor Lizah Ibrahim, berkata Ravichandran, 41, mengalami radang dingin terutama pada jari tangan kanannya.
Menurutnya, Ravichandran yang tiba di Kathmandu Sabtu lalu, mendapatkan rawatan segera daripada pakar perubatan di hospital tempatan yang diatur Kedutaan Malaysia di Nepal.
Bagaimanapun, katanya, rawatan yang diterima Ravichandran tidak menjamin jarinya akan pulih sepenuhnya.
揢saha memberikan khidmat rawatan terbaik sedang dilakukan pakar perubatan Kathmandu dan Tibet bagi memastikan jarinya dapat diselamatkan.
揜awatan ke atas Ravichandran dijangka mengambil masa satu hingga dua minggu, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Timur : 'Pegawai Bank' dicekup
Oleh Nor Hairulnizam Wahid
KUANTAN: Kegiatan seorang lelaki menyamar pegawai bank dan sanggup menipu empat rakannya yang hendak membeli kereta sejak Januari hingga April lalu berakhir apabila ditahan di sebuah stesen minyak, di sini, kelmarin.
Lelaki berusia 25 tahun dari Muadzam Shah itu ditahan ketika mengisi petrol di stesen minyak, di Bukit Setongkol, kira-kira jam 9 pagi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Zaini Jass, berkata lelaki itu yang juga mengaku broker kereta dipercayai menipu empat lelaki membabitkan kerugian RM63,200.
揕elaki itu mendakwa boleh meluluskan pinjaman kenderaan dengan mudah kepada mangsa menyebabkan mangsa terpedaya dan menyerahkan wang kepadanya, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi KL : Seperti binatang
Oleh Nazarali Saeril
PETALING JAYA: 揚erangainya seperti binatang. Dia sanggup menjalin hubungan dengan wanita lain walaupun isterinya sedang mengandung tujuh bulan.
揝ifat keji dan tidak berperikemanusiaannya terserlah sehingga sanggup membunuh Ho Ping yang tidak bersalah, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Utara : HPP beri ubat luput tarikh
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
GEORGETOWN: 揗ata saya berdarah, berair dan sakit serta penglihatan menjadi kabur, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Timur: Tukang cuci kena kapur
Oleh Shahrul Nizam Mohamad
[email protected]
KUANTAN: Akibat terpedaya dengan helah seorang wanita, seorang tukang cuci kerugian RM3,000 selepas dua rantai tangan dan dua rantai leher dilarikan wanita berkenaan, Isnin lalu.
Sebelum itu, mangsa berusia 43 tahun yang sedang menunggu bas di stesen bas di Temerloh didatangi seorang wanita yang menunjukkan tiket loteri dimenanginya, dalam kejadian kira-kira jam 1.20 petang.
Wanita lingkungan 30-an itu kemudian menjelaskan dia tidak dapat menuntut hadiah berkenaan kerana tidak mempunyai kad pengenalan sebelum meminta mangsa menuntut hadiah RM62,000.
Bagaimanapun, wanita itu kemudian memberitahu mangsa dia memerlukan wang segera tetapi mangsa menjelaskan tidak mempunyai wang untuk diberikan kepada wanita berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan, Superintendan Zaini Jass, berkata mangsa yang seakan terpukau dengan wanita itu kemudian memberikan dua rantai tangan dan dua rantai leher bernilai RM3,000.
揝elepas mendapat barang berkenaan, wanita terbabit kemudian meminta izin untuk ke tandas sebelum mangsa didatangi seorang lelaki dipercayai rakan kepada wanita itu.
揕elaki terbabit berusia lingkungan 20-an kemudian memberikan mangsa tiket Toto bertarikh 17 Mei yang didakwa menang hadiah tempat pertama bernilai RM62,000, |
|
|
|
|
|
|
| |
|