|
Dialog Shaikh & Sheir:Dalil Kepercayaan Kpd Imam 12 Berdasarkan Syiah
[Copy link]
|
|
Originally posted by mulanku at 1-9-2006 05:20 PM
saya mintak sangat saudara sheir`ali menjawap soklan ni sebab soklan ni pon datang daripada kawan saya...harap di jelaskan...
APAKAH DALIL DRPD AL-QURAN YG MEWAJIBKAN KITA BAGI NAFKAH BATIN KAT ...
Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.(al-baqarah 223)
asal amar (perintah) memberi makna wajib kecuali ada suatu qarinah (bukti) yg menunjukkan makna sebaliknya
APAKAH DALIL DRPD AL-QURAN YG MEWAJIBKAN KITA IKUT SALAH SORANG DARI 4 ORANG IMAM (MALIK, AHMAD, SYAFI`I DAN HANAFI) DAN YANG KITA LABELKAN KALAU IKUT YANG LAIN TU SESAT.
ataupun
APAKAH DALIL DRPD AL-QURAN YG MEWAJIBKAN KITA SOLAT SUBUH 2 RAKAAT, ZUHUR 4 RAKAAT, ASAR 4 RAKAAT, MAGHRIB 3 RAKAAT, ISYA 4 RAKAAT.
sapa yg kata wajib ikut mana2 imam mazhab....
mereka sendiripun masing2 tidak pernah menyuruh supaya mengikut mereka bahkan imam syafie sendiri pernah mengatakan "bilamana sohih sesuatu hadis maka itulah mazhabku"
imam2 mazhab bahkan lebih dr empat imam ini spt imam bukhari, sufyan thauri, 'ataa bin rabah dll lg hanya mengemukakan pendapat masing2 melalui pengajaran, tulisan dan takdir allah taala yg menentukan hanya pendapat empat imam ini shj yg tersebar dgn meluas ke serata dunia..
walaubagaimanapun pendapat imam2 lain bukannya tak rajih (kuat) spt keempat2 imam ini
dalil yg mewajibkan solat........
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah (an-nisa'59)
Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya dia telah taat kepada Allah dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan).(an-nisa' 80)
dua ayat sebagai contoh:
bukankah quran menyuruh kita mentaati rasulullah s.a.w. dan ketaatan kpd rasul adalah terkandung dlm hadis dan kedudukan hadis adalah sebagaimana berikut:
1.
Secara ringkas dapat dikemukakan di sini bentuk-bentuk penjelasan dan huraian terhadap maksud Al Quran oleh Hadits:
1.
ayat-ayat Al Quran yang tersebut secara mujmal diterima oleh Hadits.
2.
Ayat-ayat yang mutlaq dimuqayyadkan oleh hadits sesuai dengan tempat dan keadaan yang menghendakinya.
3.
Ayat-ayat yang musykil diterangkan oleh hadits.
4.
Hukum-hukum di dalam Al Quran yang disebut secara umum dengan tidak menyebutkan kaifiat, sebab-sebab, syarat-syarat dan lainnya semuanya diperjelaskan oleh hadits.
5.
Hadits menerangkan hukum bagi peristiwa yang berlaku berpandukan Al Quran. Hukum halal dan haram yang tersebut di dalam Al Quran sebagai contohnya digunakan Rasullulah s.a.w. untuk memadankannya dengan perkara-perkara yang masih diragui da
http://www.darulkautsar.com/penghadis/mukaddimah/perananhadis.htm |
|
|
|
|
|
|
|
as'kum
minta tuan mod buat keputusan terhadap thread ini..
atau berikan peluang kpd syiah2 yg lain (sorang shj) utk menjawab apa yg terdapat dlm thread ini dgn buka thread yg lain
ataupun sudah memadai dgn adanya reveiw dailog utk memberikan respon kpd thread ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Selawat Keatas Nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...
Pertama-tama saya ingin meminta maaf atas keterlemabatan kata-kata akhir ini....walaupun saya tahu mungkin kata-kata ini akan diperlekehkan atau tidak dibaca tetapi saya tetap memenuhi janji-janji saya untuk mengulung hujjah saya....
Saya rasa tidak perlulah untuk menuntup dengan kata yang panjang lebar tetapi cukuplah dengan kata-kata mutiara ini.... "Akal yang sihat adalah akal yang suka kepada kebenaran"
Moga allah memperlihatkan kepada semua umat manusia kebenaran dan cahya ahlulbait...ILLAHI....
SOLAWAT |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih kpd sheikh diatas penggulungan yg ringkas tapi padat tersebut...
namun begitu saya memohon kpd pihak mod utk buat penggulungan diatas penggulungan yg diberikan oleh sheikh..
Saya rasa tidak perlulah untuk menuntup dengan kata yang panjang lebar tetapi cukuplah dengan kata-kata mutiara ini.... "Akal yang sihat adalah akal yang suka kepada kebenaran"
dan akal yg sihat perlukan kpd usul dlm menilai kebenaran..
dan usul disisi aswj adalah usul yg berdasarkan kpd wahyu dr allah taala
yg pertama adalah usul kebenaran berdasarkan quran mana yg bertepatan dgn quran maka itu lah kebenaran
dan mana yg bercanggah dgn quran maka itulah kesesatan dan perlulah ditolak....
krn itu akal yg sihat mestilah menyesuaikan kesihatan akalnya dgn alquran
dan bukannya menggunakan akal yg sihat utk memusingkan ayat quran supaya bersesuaian dgn akal sihatnya shj
krn kesihatan akal seseorang adalah berbeza
krn itulah kita lihat org2 yg sihat akalnya spt golongan ahli falsafah seringkali berbeza pendapat dlm mengenengahkan akal sihat mereka...
krn itulah sekali lagi ditegaskan akal yg sihat jg perlukan satu asas yg kukuh utk dia menyandarkan akal sihatnya itu |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Selawat Keatas Nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya....
Alhamdulilah..nampaknya saudara sheir'ali faham akan kata-kata mutiara itu dan saya amat berharap jika saudara dapat meyakinkan saya bahawa ASWJ adalah kebenaran....dengan usul al-quran dan HADIS yang mutawatir (jgn tinggal hadis nanti sesat).....
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sheir'ali at 24-12-2006 09:43 PM
namun begitu saya memohon kpd pihak mod utk buat penggulungan diatas penggulungan yg diberikan oleh sheikh..
I tidak punya byk masa utk menggulung hujah2 secara detail. Bagaimana pun secara keseluruhannya forumners memerlukan fikiran yg kritis & objektif dlm menilai hujahan2 & dalil2 yg telah dikemukakan oleh en shaikh & en sheir'ali. Seterusnya kita boleh bersikap dewasa dalam menghadapi pemahaman2 tersebut. InsyaAllah.
Menyentuh ttg kebenaran |
|
|
|
|
|
|
|
Salam n thanks to all..
Segala perkara berbangkit boleh post di thread review dialog.
Thread closed.
Take care |
|
|
|
|
|
|
| |
|