CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: haniman

Buah-buah Nadir

[Copy link]
Post time 24-11-2008 01:18 PM | Show all posts
Dunia Botani: Buah jentik-jentik unik, sukar ditemui
Oleh Ismail Saidin



Buah jentik-jentik merah.

Nama saintifik: Baccaurea polyneura (jentik-jentik merah) dan Baccaurea hookeri (jentik-jentik)

Famili: Euphorbiaceae

POKOK jentik-jentik berasal dari Malaysia, Sumatera hingga ke Borneo. Keunikannya, buah yang cukup masak apabila dijentik terus terbuka (asal usul namanya) dan bijinya yang berjus biasanya dimakan terus.

Sebilangan besar generasi muda sekarang ini mungkin tidak pernah melihat buah jentik-jentik, jauh lagi pernah memakannya. Satu ketika dulu, jentik-jentik menjadi tanaman dusun dan mudah ditemui di kampung.

Apabila tiba musim, kanak-kanak gemar memakan buahnya dan terus menelan bijinya.

Ada dua spesies jentik-jentik, iaitu Baccaurea Polyneura yang sering juga dipanggil jentik-jentik merah dan Baccaurea hookeri dipanggil jentik-jentik.

Pokok jentik-jentik merah sederhana saiznya mencapai ketinggian antara 20 meter hingga 25 meter. Pokoknya seakan-akan pokok rambai.

Daunnya oblong 12 hingga 15 sentimeter (sm) panjang, 4 hingga 6 sm lebar berwarna hijau tua. Bunganya kecil, banyak, bersesak-sesak pada tangkai jambak yang berjuntai sepanjang 20 hingga 30 sm dari dahan tua.

Buah jentik-jentik seakan-akan buah rambai, bergantung-gantung pada tangkai, berwarna kekuningan dan bertukar kemerahan apabila masak. Terdapat tiga biji dalam satu buah dan isinya berjus, berwarna merah. Rasanya masam-masam manis.

Spesies Baccaurea Hookeri yang juga dikenali sebagai jentik-jentik mempunyai buahnya yang seakan-akan buah rambai tetapi lebih besar sedikit daripada buah jentik-jentik merah.

Apabila cukup masak ia berwarna kuning keperangan. Buah yang cukup masak apabila dijentik terus terbuka. Tiga bijinya berwarna kemerahan, berjus dan rasanya masam-masam manis

Pembiakannya adalah dengan cara menyemai biji benih. Penanamannya memerlukan tanah yang subur. Di dusun tua, kebanyakan pokok ini ditanam secara tak formal hasil daripada buangan biji benih.

Sebagai pokok buahan yang pernah menjadi elemen dalam dusun Melayu dan kampung, pokok jentik-jentik ini sepatutnya ditanam dan dipulihara di taman awam supaya generasi muda dapat mengenali warisan negara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2008 01:27 PM | Show all posts
buah Tunjuk Langit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2008 06:31 PM | Show all posts


Buah tampoi dibeli semasa turun dari Cameron Highland.  Orang asli jual

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 09:51 AM | Show all posts
suka makan buah tampoi nie....
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2009 04:02 PM | Show all posts


ni buah apa ye?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2009 05:12 PM | Show all posts

Reply #145 Syd's post

yerlah terteleng teleng kepala nengok pokok nie...sebelah tau ler jambu...agaknya buah gajus kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2009 08:50 PM | Show all posts

Balas #124 alifinara\ catat

sapa ada benih pkk ni....
jambu susu
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2009 09:43 PM | Show all posts
kenal tak pkk terajang....
buah dia kecik merah hitam.........
rasa dia ada kelat ckit.........

buah tanjung termasuk ke buah nadir.
yg banyak kat tepi jln buah warna oren
rasa dia kelat gak

buah bunga tahi ayam (yg skrg niorg buat bonsai) pun leh makan jugak.....
pkk kemunting, senduduk purple, masih banyak kat semak2 cni.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2009 10:30 PM | Show all posts

Balas #139 alifinara\ catat

perrgghhh...jambu bol nie...masa kecik2 dulu...kalu musim panas, petang2 makan jambu bol nie kat pangkin tepi rumah... sambil cicah dgn sambal kicap...slurrrppp...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2009 08:48 AM | Show all posts
http://farm4.static.flickr.com/3168/2743985476_e7654a6667_m.jpg

ni buah apa ye?
Syd Post at 19-6-2009 16:02


ini soalan kuiz masarju

ni buah kana
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2009 11:34 PM | Show all posts
mcm nampak unik buah tu..
sbb tu tanya kat sini
kat thread buah nadir nih

nak tahu gak, samada buah nih
duluuuuu ditanam secara meluas ke mcm mana
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2009 02:15 PM | Show all posts
kenal tak pkk terajang....
buah dia kecik merah hitam.........
rasa dia ada kelat ckit.........

buah tanjung termasuk ke buah nadir.
yg banyak kat tepi jln buah warna oren
rasa dia kelat gak

...
cdini Post at 19-6-2009 21:43


pokok terajang?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2009 02:30 PM | Show all posts
search pokok terajang
description sama ngan cdini ckp
tapi gambo lom jupe lagi
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2009 10:01 PM | Show all posts
itulah.............takleh nak tempek gambar lagik.............
lum berbuah kena tunggu coz baru lepaih................
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2009 10:02 PM | Show all posts
nak tempek gambar pkk kang tak nampak coz pakai hp cap lipan...............
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2009 04:19 PM | Show all posts


Pengenalan

Famili: Flacourtiaceae

Nama Melayu: Kepayang, Payang, Buah Keluak

Nama lain: Football fruit

Penerangan

Tumbuhan tinggi ini boleh mencapai ketinggian 40 meter. Ia mempunyai daun berwarna hijau berkilat dan berbentuk bujur sireh. Buahnya pula berukuran hampir sebesar sebiji bola sepak dan bewarna perang serta mempunyai permukaan yang kasar.

Kegunaan

Isi buah di makan begitu sahaja atau di masak. Biji pula diguna sebagai racun tikus.


Keracunan

Bahagian beracun: Biji , daun dan beberapa bahagian lain pokok


Bahan aktif:  Gyanocardin      



Kesan Keracunan

Kesan keracunan yang di tunjukkan ialah mabuk, muntah, sakit perut, hilang keseimbangan badan atau koordinasi anggota badan dan pening.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2009 01:55 AM | Show all posts
buah binjai...saper tahu..buah ni raser dier masam-masam manis...perghhh meleleh
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2009 07:08 AM | Show all posts
tahu pasal buah binjai, tapi tak penah makan.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2009 07:23 AM | Show all posts
sambal binjai








Kerepek binjai merujuk kepada kerepek yang dihasilkan dari buah binjai. Buah binjai yang dikopek akan ditumbuk bagi menghasilkan kepingan dan dikeringkan. Sekiranya buah binjai yang digunakan itu kecil, beberapa biji buah akan dikapuh menjadi satu dan ditumbuk untuk membentuk sekeping kerepek.

Kerepek binjai yang telah dikeringkan akan digoreng sebelum dihidangkan. Kerepek binjai goreng mempunyai rasa sedikit pahit yang mungkin tidak berapa digemari oleh mereka yang tidak biasa memakannya, tetapi bagi mereka yang biasa memakannya, rasa itu yang menyebabkan mereka menggemarinya.

Terdapat juga kerepek binjai yang digoreng dan disira dengan air gula bagi menghasilkan kerepek binjai sira. Kerepek binjai dan kerepek binjai sira amat digemari oleh penduduk pantai timur, terutamanya di Terengganu.
Buah Mawang.
Juga dikenali sebagai buah binjai. Besar macam buah macang, berkulit tebal dan isi berwarna putih jika muda dan kuning jika sudah tua. Biasa di buat jeruk atau pekasam. Lebih enak dicampur dengan lada untuk buat sambal belacan. Di Sabah dikenali sebagai buah bambangan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2009 04:21 PM | Show all posts
syd.........................

awak ni betoi...la......
sy dah 2 taun carik buah ni.............ayik terlepas musim jer..........
bila tanya anak buah yg ada pkk ni......dia jawab taun ni pun tak berbuah jugak.....
dah la taun lepas tak berbuah......
kat sini rega dia boleh tahan.....2 bijik $5 kalau kecik dpt ler 3 bijik.......
tpkan biji dia besar lah.... rasa macam kita beli durian la......beli kulit.......

biasanya sy jeruk jer buah ni.......
buang kulit, hiris isi, buang bijik rendam air garam semalaman and then rendam air gula simpan lam peti lama gak boleh simpan........

ari tu buat masa ngidam anak kedua(3thn lepas)......nak makan, makan sikit2 jer takut habis....maklumlah susah nak dapat.....setahun gak simpan.......masih boleh makan......

lagi satu tabur gula jer terus makan......mak ai..........
rindunya............sib baik tak ngidam......kalau tak sy tentu cari syd.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.300341 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list