CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AILIOMLELE

[Merged] Wasiat/Faraid/Hak isteri/harta sepencarian. (+ vios880, okiedokie)

[Copy link]
Post time 18-7-2008 12:38 PM | Show all posts
Originally posted by indah1285 at 18-7-2008 11:50 AM
so sad...

mengaku atau tdk, hakikatnya depa tetap ibu dan anak.. di akhirat kelak, akan dipersoal...


adakah B itu org yg layak terima psaka?


Layak atau tidak B terima, x tahu lagi.  A pernah cuba tanya pada ibu, tapi ibu x pernah mengiyakan dan menidakkan dan A pernah ajak ibu dan B buat DNA tapi ibu tak nak.  Sebab itu yang A buat sekarang dgn mengemukkan saman.  

A tidak menuntut harta ... dia setuju apa jua yang hukum faraid tetapkan cuma dia nak kebenaran pasal B.

Entahlah ... buntu otak ni memikirkannya ... x tahu nak buat sekarang ... Ayah dah dah meninggal hampir 10 bulan tapi begini jadinya ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2008 12:40 PM | Show all posts
Originally posted by teknisen at 18-7-2008 12:18 PM
Salam amira_safia,

Pandangan yang baik daripada niceghost2005 dan ibnur tu. Saya pun dapat faedah juge. Pengetahuan dan fahaman tentang hukum faraid ini adalah perlu dan penting untuk diketah ...


itulah I seboleh mungkin nak jumpa sorang yang boleh bantu selesaikan masalah ni ...

masalahnya I kat KL ... mak kat nun di selatan sana ...

kekerapan ambil cuti masalah lagi ....
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2008 12:57 PM | Show all posts
Persoalan sekarang di dalam kes yg miker sebutkan di atas.
1. tahap pendidikan/ilmu/amalan agama
    A lepasan U, berjaya dalam kerjaya dan berharta, ilmu agama sederhana
2. hubungan mereka (rapat, jauh)
    Boleh dikatakan macam ni, A sorang yang jenis out spoken cakap directly, hubungan naik turun ... boleh dikatakan rapat ... coz kalau mak ada masalah duit ke apa akan rujuk kat A ...
3. hasad dengki
    Punca sebenar menyaman ni sebab B menyatakan yang A nak membolot harta si mati dan menyebarkan kepada orang luar ... actually ni bukan pertama kali terjadi tapi dah banyak kali berlaku dan mak mempercayainya dan mengatakan A busuk hati ....

Adakah seorg ibu sanggup TIDAK MENGAKU anak nya??
Kerana mempertahankan B, mak sanggup berkata demikian.

Adakah seorg anak sanggup saman malu akan ibu nya??
A cuma nak membersihkan maruah yang tercalar, atas nasihat suami A.  Dan A amat tahu implikasi dan akibat drp saman ni.  Lawyer dah beritahu kalau bawa ke mahkamah luar dan dalam akan terburai dan A sanggup menghadapinya.


Dan apakah alasan sehingga sanggup berbuat sedemikian??
Alasan seperti yang di atas.

Adakah kerana HARTA dan $$$ ?
Bukan kerana harta, A tidak menuntut harta cuma dia nak mempertahankan harta untuk waris2 yang lain.

Adakah harta dan $$$ lebey tinggi nilai nya dari KASIH SAYANG keluarga?
Ibarat berkerat rotan berpatah arang, berpunca drp ungkit mengunkit apa yang diberi ...


Apakah sudah tiada lagi kasih sayang di antara mereka?
Mungkin ...

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2008 02:39 PM | Show all posts
Originally posted by amira_safia at 18-7-2008 12:57
Persoalan sekarang di dalam kes yg miker sebutkan di atas.
1. tahap pendidikan/ilmu/amalan agama
    A lepasan U, berjaya dalam kerjaya dan berharta, ilmu agama sederhana
2. hubungan mereka (r ...

Di antara mereka, ada yg sudah menjadikan duniya sebagai tuhan nya!!
Di antara mereka, menjadikan nafsu dan iblis sebagai RAJA nya.


amira_safia,

Ini yg miker tidak quote di dalam posting balas teman.

Nampaknya, kedua dua sudah lupa pada ALLAH n Hari Kemudian.
Sekiranya bukan HARTA dan $$$ yg menjadi rebutan, kenapa hendak SAMAN MENYAMAN???
Kekadang, manusia suka berselindung....................kunon nya demi maruah diri.
Tetapi sebenarnya kerana marah/geram/sakit hati/hasad dengki.

TEman ingin bertanya.
ADakah kerana 'maruah diri', dier sanggup menyaman ibu sendiri??
Sesungguhnya masih teman ingat akan pesanan arwah bapak ketika teman sedang bertengkar dgn kakak sendiri.

"Jangan bertengkar walaupun kamu benar...." - hadis

Di ulang arwah 3 x pada teman pada waktu tersebut.
SEhingga tidak semena mena teman berhenti bertengkar.
Seolah olah baru sahaja teman dengar akan hadis itu...................(padahal selalu dah baca)

INSAF teman.................
BAru lah teman tahu akan perkara yg TERSIRAT di dalam hadis itu.

amira_safia,

Ingin teman bertanya lagi.
Apa ada pada 'maruah diri' itu??
Pada pandangan mata sendiri dan juga pada pandangan Agama??
Apakah Hukum di sisi Agama pabila menyakiti hati ibu sendiri? (padahal di larang mengatakan 'uuhhh' sekali pung)

Yang paling penting ialah maruah diri di hadapan mata Allah swt.
Berundur or mendiamkan diri bukan lah bererti kita ini penakut/pengecut/kalah.

Apa lah ada pada harta dan $$$???
Adakah si pulan itu sudah papa kedana or bangkrap??
Ataupun si pulan sudah sampai ke tahap kebuluran??

Personally, bagi teman...............
SEkiranya mereka hendakkan harta dan $$$ itu, ambiklah...................sekiranya deme di pihak yg benar.
Akhirat nanti..............sendiri jawab laaa.

Jangan di ikutkan TARIAN mereka.

Waallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2008 03:07 PM | Show all posts
Saudara Nice,

Nampaknya, kedua dua sudah lupa pada ALLAH n Hari Kemudian.
Entahlah ... diharapkan tidaklah begitu ... cuma doa saya semoga kedua2nya berbaik semula ... buang yang keruh ambil yang jernih ... Ya Allah kabulkan doa hamba mu ini ...

Sekiranya bukan HARTA dan $$$ yg menjadi rebutan, kenapa hendak SAMAN MENYAMAN???
Saman disebabkan untuk menjernihkan nama yang mengatakan membolot harta.  Dan untuk mengetepikan B drp mendapat harta si mati.


Kekadang, manusia suka berselindung....................kunon nya demi maruah diri.
Tetapi sebenarnya kerana marah/geram/sakit hati/hasad dengki.
Marah/geram/sakit hati ... inilah yang dialami oleh A kerana orang menuduh dia hendak membolot harta si mati.

Hasad dengki .... orang lain yang takut kononnya harta si mati akan dirampas oleh A.


TEman ingin bertanya.
ADakah kerana 'maruah diri', dier sanggup menyaman ibu sendiri??  
'Maruah diri' ni ... A ingin menyaman B ... kerana menuduh/buat cerita kononnya hendak membolot harta

Sesungguhnya masih teman ingat akan pesanan arwah bapak ketika teman sedang bertengkar dgn kakak sendiri.

amira_safia,

Ingin teman bertanya lagi.
Apa ada pada 'maruah diri' itu??
Pertuduhan yang tidak benar dilemparkan dan orang lain menganggap itu benar ... bukan yang pertama kali dilemparkan ... sudah banyak kali sehingga ke tahap ni A rasa maruah diri dia benar2 dah tercalar dan orang mudah memperkotak katikkan dia ...


Pada pandangan mata sendiri dan juga pada pandangan Agama??
Apakah Hukum di sisi Agama pabila menyakiti hati ibu sendiri? (padahal di larang mengatakan 'uuhhh' sekali pung)
  ... dah diberitahu dan tahu apa hukumnya ... entahlah ...


Yang paling penting ialah maruah diri di hadapan mata Allah swt.
Berundur or mendiamkan diri bukan lah bererti kita ini penakut/pengecut/kalah.
Apa lagi yang boleh saya cakap ... semuanya bagaikan mencurah air ke daun keladi ... mengalah bukan bererti kita kalah ... dah x mampu nak menasihati lagi ...


Apa lah ada pada harta dan $$$???
Adakah si pulan itu sudah papa kedana or bangkrap??
Ataupun si pulan sudah sampai ke tahap kebuluran??

A bukan sampai ke tahap seperti 3 yang di atas ....

Wassalam ....

[ Last edited by  amira_safia at 18-7-2008 03:09 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2008 04:08 PM | Show all posts

Reply #145 amira_safia's post

Salam amira_safia's,

Saya cuma nak cerita pasal ibu mu. Ingat satu je. JANGAN DERHAKA KEPADA IBU WALAUPUN DIA BURUK.

1.  ALLAH memberi ganjaran kepada anak2 yang sayang, menjaga baik ibunya dari segi perkataan dan juga keperluan lain. Malah ada ulamak mengatakan "BAJA REZEKI ADALAH BERBUAT BAIK KEPADA ORANG TUA MU" . Jangan lupa perkara ini.

dan

2.  ALLAH melaknat anak2 yang derhaka kepada orang tuanya sehingga ALLAH menurunkan azab yang dasat secara tunai kepada mahkluk yang derhaka kepada orang tua.

So, pilihan ditangan amira_safia's sendiri. Samada memilih no.1 atau no.2. Tapi saya jamin 100% pasti amira_safia's memilih no.1 sebab amira_safia's adalah anak yang solehah.

Banyak lagi ganjaran yang Allah swt akan turunkan kepada hambanya sekiranya dia menghormati orang tua. Lihat kejadian2 yang berlaku di sekeliling kita pasal perkara2 ini. Jadikan ia sebagai iktibar dan mujahadah untuk kita memajukan hidup kita daripada insan yang baik dan mulia menjadi semakin mulia (from good to better).

Insyaallah, sekiranya Allah campakkan nur hidayah kedalam hati kita, akan putihlah ia dan senang untuk kita menerima teguran dan seterusnya muhasabah diri sebagai seorang insan yang terlalu lemah disisi Allah swt.

Wallahu 'alam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2008 09:14 PM | Show all posts

Balas #145 amira_safia\ catat

Saya rasa, dari posting-posting yang saya baca, macam belum ada perbicaraan faraid lagi.  Kalau belum buat apa-apa, belum ada surat kuasa atau belum bertukar nama...  nak saman atas kes apa?   

dah ada ke orang jual beli harta-harta tu?  kalau tiada, senyum ajer ler.  biarkan dia orang dengan angan-angan dia orang.  

tapi seelok-eloknya, selesaikan kes faraid secepat mungkin supaya nanti tak meleret pulak, yang waris tu dah meninggalkan waris, lagi poning.  macam kes tanah moyang saya yang lastnya semua main pakat biaq pi apa nak jadi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2008 02:52 PM | Show all posts
macam2 masalah berkaitan ngan harta lepas meninggal..susah jugak..kalau macam ni baik xde harta...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2008 01:13 PM | Show all posts
Originally posted by akumakanhati at 20-7-2008 14:52
macam2 masalah berkaitan ngan harta lepas meninggal..susah jugak..kalau macam ni baik xde harta...


Assalamualaikum akumakanhati,

SEbenar nya, TIDAK TIMBUL soal ada harta ataupun tiada.
BAnyak ataupun sedikit harta.

Cuba lihat kepada ASAS/AKAR masaalah ini semuer.
Iaitu mempunyai WARIS yg TIDAK TAKUT kpd Allah n Hari Kemudian.
Didikan, Ilmu, AMalan Agama yg tidak kukuh sehingga mudah mengikut perasaan, hasutan, dengki, iri hati dsb.
Seterus nya merka tidak dapat lagi berfikiran secara waras.

Ini lah yg di katakan IMAN.

Sekiranya IMAN seseorg itu LEMAH/SAKIT.....................
Maka, perkara sebegini sering berlaku.

Harap maklum

WSalam
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2008 01:08 AM | Show all posts

Reply #149 niceghost2005's post

Pada pendapat saya, seseorang itu perlu buat Wasiat secara dokumen dan lantik Wasi dari kalangan profesional seperti Amanah Raya Berhad, Lawyer dsb. Bila dia mati, wasiat dah ada, wasi bleh dipercayai dan pembekuan harta selepas mati pun tak lama. Dapat lah anak isteri menggunakan harta pusaka yg ditinggalkan untuk menyara hidup. Selain itu kelebihan nya ialah dapat membayar hutang2 tertunggak, niat untuk wakafkan harta kepada masjis dsb. Masyaallah, peyelesaian yang Allah SWT ilham kan kepada manusia sungguh bernilai sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2008 10:58 AM | Show all posts
Originally posted by teknisen at 23-7-2008 01:08
Pada pendapat saya, seseorang itu perlu buat Wasiat secara dokumen dan lantik Wasi dari kalangan profesional seperti Amanah Raya Berhad, Lawyer dsb. Bila dia mati, wasiat dah ada, wasi bleh diper ...


Assalamualaikum teknisen,

And one more thing.........

Kalau nanti, biler di adakan mesyuarat utk WARIS, pastikan ada PENCATIT nya.
Di tulis HITAM PUTIH dan kesemuer WARIS menandatangani nya.

Ini agar ia tidak menjadi masaalah di hari kemudian. (mungkin 10 tahun, 20 tahun akan datang)

Wsalam
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2008 07:49 AM | Show all posts
Kita dah dengar bermacam2 masalah tentang harta pusaka. Sehinggakan saman menyaman dsbnya. Kita kena sama2 cari penyelesaian nya. Samada bagi yang telah mati dan meninggalkan harta dan juga terutamanya kita ynag masih hidup yang banyak harta.

Pada pendapat saya, kita perlu membuat atau menulis wasiat secara dokumen melalui Amanah Raya dsb. Biasanya Amanah Raya lah yang menjadi pilihan.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2008 01:30 PM | Show all posts
Assalamualaikum semua.

Saya ada masalah berkaitan dgn wasiat dari arwah bapa & ibu  saya yg telah meninggal dunia pada tahun 2005. Saya akan cuba ringkaskan cerita saya ini dan tolong lah bantu saya sbb saya memang tak reti berkenaan wasiat2 ni.

Adik beradik saya 7 org. 4 Lelaki dan 3 perempuan. Saya anak no. 5. Pada tahun 1989, ayah saya ada menulis surat wasiat yg pada masa itu kesemua adik beradik masih bersekolah lagi. Apabila masing2 telah berkahwin dan sebelum arwah bapa saya meninggal, seringkali ayah saya memberitahu kami bahawa dia mahu mengubah wasiat tersebut. Mengikut cerita arwah, wasiat asal adalah : -

1)  4 org anak lelaki akan mendapat tanah kebun yg dibahagi sama rata.
2)  Seorg anak perempuan (saya) mendapat tanah getah
3)  Kakak saya akan mendapat rumah peniggalan arwah (Di Kuala Lumpur)
4)  Adik perempuan saya akan mendapat rumah sewa di kampung.

Bapa saya telah berpesan berulangkali kepada kami semua bahawa dia mahu mengubah wasiat no 3. & 4. Maksudnyer arwah bapa mahu menukarkan wasiat iaitu kakak saya akan mendapat rumah sewa di kampung dan adik saya akan mendapat peninggalan arwah di KL. Tetapi bapa saya tidak sempat utk mengubah wasiat tersebut dan telah pergi meninggalkan kami. Ibu kamu juga telah pergi 3 bulan selepas kematian bapa saya.

Adakah harta akan dibahagikan berdasarkan wasiat asal?? Perkara ini sering menghantui saya dan selau teringat pesan arwah bapa saya. Abg sulung saya pula mahu mengambil jalan mudah & mahu mengikut wasiat asal sedangkan dia sendiri dan kami adik beradik tahu bahawa bapa saya ingin menukar wasiat tersebut. Apa yg perlu saya buat sekarang?? Adakah saya berdosa sekiranya tidak melaksanakan amanat bapa saya??

Tolong lah saya, saya cuma mahu berlaku adil dan amanah terhadap semua adik beradik saya walaupun saya bukan lah anak yg sulung. Abg sulung saya belum menguruskan wasiat tersebut dan mengambil sikap sambil lewa sahaja. Apa yg perlu saya lakukan??
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2008 01:43 AM | Show all posts

Balas #153 nurinq_07\ catat

Masaalah pembahagian harta seperti nurin hadapi sebenarnya masih di peringkat pendapat-pendapat waris-waris.  Untuk mengubah nama ke atas harta peninggalan tu, mesti dapat surat kuasa.  Untuk mendapat surat kuasa, mesti ada perbicaraan pembahagian harta pusaka dulu.  Kalau masing-masing dgn pendapat masing-masing hanya timbul nanti persengketaan waris-waris.  Tetapi kalau semua waris-waris bersetuju seperti yang abang nurin sebutkan itu dah jadi perkara lain.

Sebaik-baiknya, cepatkan perbicaraan pembahagian harta pusaka supaya nanti tak meleret sampai anak cucu.  Kemudian ceritakan apa-apa yang pernah disebut atau diwasiatkan arwah.  Nanti pegawai harta pusaka tu akan beri keputusan mengikut hukum-hukum faraid atau hibah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2008 12:01 PM | Show all posts

Reply #154 ibnur's post

Terima kasih sdr. ibnur diatas penjelasan yg diberikan. Saya dah faham apa yg perlu saya buat sekarang.. Jika ada apa2 masalah nanti, saya harap sdr. tidak keberatan utk menjawab soalan saya seterusnyer

Langkah pertama saya adalah utk mengumpulkan adik beradik saya dan memohon jasa baik abg sulung saya utk menguruskan perbicaraan pembahagian harta pusaka tersebut. Sudah 3 tahun, tidak ada sesiapa yg menguruskan hal tersebut. Selagi saya tidak tunaikan hasrat arwah bapa saya, selagi itulah hati saya tidak senang.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2008 12:08 PM | Show all posts
Adik beradik saya 7 org. 4 Lelaki dan 3 perempuan. Saya anak no. 5.Pada tahun 1989, ayah saya ada menulis surat wasiat yg pada masa itukesemua adik beradik masih bersekolah lagi. Apabila masing2 telahberkahwin dan sebelum arwah bapa saya meninggal, seringkali ayah sayamemberitahu kami bahawa dia mahu mengubah wasiat tersebut. Mengikutcerita arwah, wasiat asal adalah : -

1)  4 org anak lelaki akan mendapat tanah kebun yg dibahagi sama rata.
2)  Seorg anak perempuan (saya) mendapat tanah getah
3)  Kakak saya akan mendapat rumah peniggalan arwah (Di Kuala Lumpur)
4)  Adik perempuan saya akan mendapat rumah sewa di kampung.

Bapa saya telah berpesan berulangkali kepada kami semua bahawa dia mahumengubah wasiat no 3. & 4. Maksudnyer arwah bapa mahu menukarkanwasiat iaitu kakak saya akan mendapat rumah sewa di kampung dan adiksaya akan mendapat peninggalan arwah di KL. Tetapi bapa saya tidaksempat utk mengubah wasiat tersebut dan telah pergi meninggalkan kami.Ibu kamu juga telah pergi 3 bulan selepas kematian bapa saya.

Adakah harta akan dibahagikan berdasarkan wasiat asal?? Perkara inisering menghantui saya dan selau teringat pesan arwah bapa saya. Abgsulung saya pula mahu mengambil jalan mudah & mahu mengikut wasiatasal sedangkan dia sendiri dan kami adik beradik tahu bahawa bapa sayaingin menukar wasiat tersebut. Apa yg perlu saya buat sekarang?? Adakahsaya berdosa sekiranya tidak melaksanakan amanat bapa saya??

Tolong lah saya, saya cuma mahu berlaku adil dan amanah terhadap semuaadik beradik saya walaupun saya bukan lah anak yg sulung. Abg sulungsaya belum menguruskan wasiat tersebut dan mengambil sikap sambil lewasahaja. Apa yg perlu saya lakukan??


Masalah sdr di sini bolehkah setiap waris yg sah kepada si mati itu menerima harta berdasarkan wasiat yg dikeluarkan. Ini kerana menurut hukum Islam sesaorang ( dlm kes ini bapa sdr ) yg berwasiat meninggalkan harta kepada kepada ahli2 waris ( dlm kes ini anak2 ) maka wasiat itu sertamerta menjadi tidak sah.

Ahli2 waris berhak menerima harta melalui pembahagian faraidh bukan melalui wasiat. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW :
Dari Abu Umamah r.a bahawa telah bersabda Nabi SAW ketika berucap kepada umat Islam di tahun haji wadak : "Sesungguhnya Allah telah memberikan tiap2 orang yg mempunyai hak akan haknya. Oleh sebab itu tidak boleh berwasiat utk ahli waris."
( Hadis riwayat Imam Termizi )

Manakala di dalam sebuah ayat Al-Quran disebut :
Diwajibkan atas mu bila sesaorang kamu hampir meninggal dunia, kalau ada meninggalkan harta benda agar berwasiat bagi dua orang ibu bapa dan kerabat karib menurut yang sebaik2nya. Itu adalah hak atas orang2 yang bertaqwa kepada Allah SWT.
( Surah Al-Baqarah ayat 180 )

Menurut fatwa Ibn Abbas tentang ayat ini, bahawa kewajibapan berwasiat kepada orang2 yg berhak mewarisi ( ahli waris ) simati telah dimansuhkan. Tetapi yg masih tinggal ialah hak berwasiat utk ahli2 yg bukan waris. Pendapat Ibn Abbas ini disokong oleh hasan, Masruq, Tahus, Dhuhak dan Muslim bin Yasar.

Jadi, dlm masalah sdr nih pembahagian harta boleh dibuat dgn cara faraidh bukan wasiat. Wasiat ayah sdr boleh dibuat dlm keadaan misalnya jika ayah sdr mewasiatkan utk memberi harta utk tujuan wakaf atau utk ibu angkatnya dsbnya...walaubagaimana pun dlm keadaan ini wasiat tersebut tidak boleh melebihi satu pertiga dari harta yg ditinggalkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2008 10:37 AM | Show all posts
nak tanya, saya nak tahu samada surat ni surat wasiat:

Sebelum datuk meninggal pd th 1930an, beliau ada menulis surat yg sudah disetemkan. Kandungan surat itu adalah menyerahkan tanah tersebut kepada isterinya sebagai pemegang amanah sementara menunggu anak-anaknya sampai umur, masa itu anaknya kecil lagi.

Selepas datuk meninggal, nenek tidak menunaikan amanat seperti ditulis dalam surat itu sehinggalah nenek meninggal dunia pada th 1966. Geran tanah itu sekarang atas nama nenek, belum dibuat pusaka atau pindah milik. Anak perempuan datuk/nenek meninggal dunia pd th 1955, dua orang anak lelaki pd th 1976 dan 1996.

Kami, (cucu-cucu-waris 3 adikberadik) telah membuat surat perjanjian menjual tanah tersebut menggunakan khidmat peguam dan dokumen telah disahkan di  Mahkamah Tinggi (harta lebih RM600K) Nenek ada mempunyai satu lagi tanah ( tanah tersebut sudah dibuat pusaka kecil-mengikut hukum faraid) Perintah pembahagian tanah sudah dikeluarkan. Mengikut peguam itu, surat perintah itu boleh diguna pakai untuk tanah yang hendak dijual tu...konfius betul ni.....!

Benarkah surat itu surat wasiat atau hibah ?
Bagaimana pembahagian harta tesebut (bernilai lebih RM600K) mengikui faraid ?
Dapat kah anak perempuan itu bahagiannya mengukut hukum faraid ?
Kalau tanah nenek yg sudah dibuat perbicaraan harta pusaka kecil anak perempuan tidak mendapat bahagian, adakah tanah yg bernilai RM600K itu juga tidak mendapat bahagian ?

Maklum balas anda amat dihargai. Terima Kasih.

[ Last edited by  bromatt at 7-9-2008 10:44 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2008 01:24 PM | Show all posts

Balas #157 bromatt\ catat

Surat tu tak dibawa ke perbicaraan faraid ke?  kebiasaannya, pegawai harta pusaka tu boleh buat keputusan.

tapi surat tu kata pemegang amanah, bukan pemilik.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2008 04:52 PM | Show all posts
faraid digunakan jika si mati tidak meninggalkan sebarang wasiat/penama ke atas hartanya.kebiasaannya isteri dan anak lelaki yg mendapat bahagian yg palin banyak.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2008 01:26 AM | Show all posts
Sebelum datuk meninggal pd th 1930an, beliau ada menulis suratyg sudah disetemkan. Kandungan surat itu adalah menyerahkan tanahtersebut kepada isterinya sebagai pemegang amanah sementara menungguanak-anaknya sampai umur, masa itu anaknya kecil lagi.


Dari penerangan sdr, datuk sdr telah membuat hibbah semasa hidupnya. Pembahagian faraid cuba boleh berlaku kepada waris utk harta si-mati yg tanpa pembahagian ( hibbah ). Sebaiknya2 harta simati itu dibahagi2kan kepada waris yg hak secepat mungkin, kerana spt dlm kes sdr ianya telah berlarut sehingga waris yg paling hampir iaitu ketiga2 anaknya telah pun meninggal.

Apa yg sdr patut buat ialah merujuk kepada pihak yg berkenaan dlm hal pembahagian harta pesaka. Jika spt mana yg sdr katakan bahawa datuk sdr pernah membuat hibbah dgn jalan surat dokumen yg bersetem maka sudah tentu pembahagian harta ini lebih teratur secara hitam putih.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.056395 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list