|
Hisham challenges cluster schools to excel
KUALA KANGSAR: Cluster schools must prove their strength in planning, leadership and co-operation, Education Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein said.
He said adequate funds for infrastructure facilities had been set aside for the schools under the 9th Malaysia Plan but they must prove their worth first.
揟he time to look at education in the context of building (more facilities) is over.
揑 will only recognise those with strong plans, strong leadership and strong co-operation from all sides, |
|
|
|
|
|
|
|
Cluster school heads want link-up with community
KUALA LUMPUR, Sun:
Bowling and equestrian are some of the interesting niche areas cluster school heads have proposed for their schools.
The chairman of the Clusters of Excellence advisory board, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, said yesterday he was encouraged by the ideas proposed by school heads at their meetings.
He said this showed that the school heads were now clearer and "more definite" about the direction they would be taking.
"One of them said they wanted an equestrian focus, because they were close to a polo club," he said after a meeting between the board and the 11 cluster schools out of the 30 already announced by the ministry.
"And we thought 慦hy not? |
|
|
|
|
|
|
|
kena interview psl topic ni last week |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by adrienero at 13-8-2007 12:27 PM
kena interview psl topic ni last week
u cikgu kat cluster school ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Sekolah kluster Malaysia, Thailand jalin interaksi
Oleh Syuhada Choo Abdullah
Program pertukaran bantu tingkat kecemerlangan guru, pelajar
TIGA puluh sekolah kluster cemerlang negara akan didedahkan kepada rangkaian hubungan antarabangsa dengan sekolah terbaik di Thailand, tidak lama lagi.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata pihaknya sudah meminta Kementerian Pelajaran Thailand menyenaraikan 30 daripada 600 sekolah kluster cemerlang di negara itu bagi tujuan berkenaan.
Katanya, maklumat terbabit akan diperoleh dalam masa terdekat sebelum diedarkan kepada semua sekolah kluster cemerlang negara untuk menjana rantaian interaksi secepat mungkin.
Beliau berkata, program itu selaras pemeteraian memorandum persefahaman dalam sektor pendidikan antara Malaysia dan Thailand yang ditandatangani Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, serta rakan sejawat, Prof Dr Wichit Srisa-an, bulan lalu.
揔erjasama ini adalah saluran berkesan kepada pihak sekolah, guru serta pelajar terbabit di Malaysia dan juga Thailand untuk berinteraksi serta saling bertukar maklumat, terutama menerusi kemudahan internet.
揗alah jika berkeupayaan, boleh turut dianjurkan program lawatan atau pertukaran guru dan pelajar sesama sekolah kluster cemerlang dua negara ini, sekali gus mendapat pengalaman serta input berguna bagi manfaat jangka panjang.
Menerusi usaha pengantarabangsaan sebegini, pihak sekolah, guru dan pelajar negara berpeluang mendapat lebih banyak pendedahan globalisasi, |
|
|
|
|
|
|
|
i hope schools kat thailand yg chosen tu are at same level or better than our cluster schools la..... |
|
|
|
|
|
|
|
i won't be posted to cluster skul
must be there's a lot to do.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cluster School - 2nd batch
Few weeks ago dah keluar list sekolah-sekolah yang dapat jadi Cluster School. Kiranya 2nd batch la ni.
I wonder apa perkembangan Cluster School yang 1st batch dulu tu..... rasanya belum implement lagi kut. Still paperwork aje kut..... ada sapa2 yang tau? |
|
|
|
|
|
|
|
still tak nampak lagi implementation kan dan lagi kemudahan untuk cluster
school ni ape ek mac. dah baca dah artikel tentang cluster school kat
http://www.moe.gov.my tap tak nampak lagi |
|
|
|
|
|
|
|
school aku dpt jd sek kluster taniah |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hyie at 29-4-2008 14:51
school aku dpt jd sek kluster taniah
sekolah mana tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by macademia at 29-4-2008 14:05
Few weeks ago dah keluar list sekolah-sekolah yang dapat jadi Cluster School. Kiranya 2nd batch la ni.
I wonder apa perkembangan Cluster School yang 1st batch dulu tu..... rasanya belum implem ...
sekarang sedang siapkan kertas kerja
utk setiap area yang nak dibangunkan
contoh
kepimpinan..
sukan
then ada orkestra..
then ada english
then ada gak pengantarabangsaan.. |
|
|
|
|
|
|
|
30 lagi sekolah kluster diwujudkan: Hishammuddin
PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran mengumumkan kumpulan kedua 30 sekolah kluster atau Sekolah Kelompok Cemerlang (SKC) membabitkan sembilan sekolah rendah dan 21 sekolah menengah, menjadikan keseluruhan 60 sekolah kluster sejak dilaksanakan Mac tahun lalu.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata lebih banyak sekolah kluster akan diumumkan secara berperingkat sehingga sasaran 300 sekolah menjelang 2010.
"Pemilihan sekolah kluster ini dibuat Panel Penasihat Sekolah Kluster yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad berdasarkan pelbagai kriteria antaranya kecemerlangan akademik, kokurikulum, sahsiah, pengurusan sekolah, budaya, hubungan dengan pihak luar dan pembangunan modal insan.
"Sekolah kluster ini akan diberi kuasa, ruang dan autonomi untuk menguruskan sekolah dalam melonjakkan kecemerlangan mereka sehingga ke peringkat antarabangsa," katanya kepada media selepas menerima laporan Panel Penasihat Sekolah Kluster di sini, hari ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
sekolah my eldest is the 1st batch cluster school.
sekolah my other girls is the 2nd batch cluster school yg baru diumumkan few months ago.
Boleh la compare nanti. I have just submitted my name to sekolah my eldest.... I would love to get involved...... rasanya 1st meeting will be held soon kut.... |
|
|
|
|
|
|
|
just nak bagi pendapat kalau sekolah kluster tu lah katanya dpt macam-macam kelebihan, tapi kalau sikap guru-guru yang mengajar masih ditakuk lama
tak de langsung anjakan paradigma cammana sekolah anak aku sekolah
kluster tapi perangai cikgu masih macam tu gak tak de langsung perubahan,
pengetua pun cam tu gak syok sendiri je aku tengok. entahlah kalau banyak komen karang rasa berdosa plak memang ada 3/4 orang cikgu yang hebat kat sekolah tu tapi yang selebihnya macam melepaskan batuk di tangga |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by arasham at 10-6-2008 09:43 AM
just nak bagi pendapat kalau sekolah kluster tu lah katanya dpt macam-macam kelebihan, tapi kalau sikap guru-guru yang mengajar masih ditakuk lama
tak de langsung anjakan paradigma cammana s ...
betul tu....
cluster school....... PPSMI...... etc.... semua nak implement..... implementation and monitoring tu..... boleh caya ker? |
|
|
|
|
|
|
|
30 disenarai sekolah kluster
Oleh HELMI MOHD. FOAD
PUTRAJAYA 9 Jun - Sebanyak 30 sekolah lagi daripada pelbagai aliran telah dipilih bagi disenaraikan sebagai sekolah kluster, menjadikan keseluruhannya sebanyak 60 sekolah sejak ia diperkenalkan pada Mac tahun lalu.
Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jumlah sekolah kluster akan bertambah setiap tahun sehingga mencapai sasaran 300 sekolah kluster pada 2010.
Beliau berkata, sekolah-sekolah kluster fasa kedua itu turut layak memohon peruntukan khas berjumlah sehingga RM500,000 untuk melaksanakan program dan aktiviti yang telah ditentukan.
''Sehingga April 2008, sebahagian peruntukan telah disalurkan kepada 30 sekolah kluster bagi fasa pertama manakala baki peruntukan akan diturunkan berdasarkan prestasi perbelanjaan semasa setiap sekolah.
''Peruntukan untuk sekolah kluster fasa kedua pula akan diturunkan selepas permohonan sekolah-sekolah tersebut diluluskan,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Panel Penasihat Sekolah Kluster di kementeriannya di sini hari ini.
Pelaksanaan sekolah kluster adalah salah satu fokus utama yang digariskan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.
Hadir sama ialah Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom dan Pengerusi Panel Penasihat Sekolah Kluster, Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad.
Menurut Hishammuddin, pada masa yang sama kementerian akan menilai dan meneliti 75 perakuan dan cadangan yang dikemukakan panel penasihat bagi menambah baik dan memperkukuhkan pengurusan serta pentadbiran sekolah kluster di seluruh negara.
'' Perakuan dan cadangan ini diperoleh panel penasihat hasil daripada lawatan ke sekolah kluster, perbincangan bersama pemimpin sekolah kluster, serta lawatan ke beberapa buah negara yang melaksanakan konsep mirip sekolah kluster di negara ini.
''Perakuan dan cadangan itu boleh dijadikan panduan kepada pengetua dan gurubesar sekolah kluster serta pegawai di kementerian dalam menjayakan pelaksanaan sekolah kluster ini," katanya.
Beliau berkata, perakuan tersebut juga melibatkan beberapa aspek dan bidang utama termasuk pengurusan am kementerian, kepimpinan dan pengurusan, pengurusan sekolah, guru sekolah kluster, kurikulum, hal ehwal murid dan bidang kebitaraan (niche area).
Selain itu, katanya, ia turut membabitkan prasarana dan iklim sekolah, penglibatan ibu bapa dan masyarakat, jaringan, penaksiran dan pemantauan.
Sementara itu, Hishamuddin berkata, selaras dengan usaha memartabatkan profesion keguruan di negara ini, Jemaah Menteri telah meluluskan pindaan kepada Akta Pendidikan 1996 bagi mengemaskinikan bidang kuasa dan keupayaan kementerian melahirkan pendidik yang berkualiti, cemerlang dan berkebolehan.
''Rang undang-undang ini akan dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang untuk dibahaskan.
''Antara tumpuan usaha ini adalah menaiktaraf maktab perguruan di seluruh negara kepada Institut Pendidikan Guru (IPG)," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
my anak kat salah sebuah sekolah yang top 5 akt atas tu |
|
|
|
|
|
|
|
hopefully lepas ni banyak perubahan lebih positif dari guru dan murid dan tak ketinggalan ibubapa |
|
|
|
|
|
|
|
kelebihannya hanyala
sekolah kluster dapat duit lebey
utk jalankan all the programs yang dah dirancangkan..
tapi siksa..
aku tengok sendiri..
bulan depan dengar2 ada
program pengantarabangsaan di mckk..
tak bercuti la derang... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|