CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: BeachBoys

Memories of Terengganu (Benua Terqanun)

[Copy link]
 Author| Post time 14-9-2008 10:19 PM | Show all posts
Potensi Terengganu Sebagai Pusat Perkembangan Budaya Melayu-Islam (1)

BAHAGIAN PERTAMA
Oleh MOHAMAD ABU BAKAR

Saya kira ini adalah syarahan saya ke 40 di Negeri Terengganu sepanjang 30 tahun berlalu,dan sahubungan ini saya mahukan ia berupa suatu rumusan tentang suatu perjalanan yang menghubungkan masa lepas dengan masa kini, dan masa kini dengan masa depan. Bahan dan butiran yang terkandong di dalamnya diharap menjadi asas pemikiran dan pembentokan dasar dalam menghadapi alaf baru yang turut diiringi oleh globalisasi itu.


Dari segi sejarah nasional, Negeri Terengganu sudahpun sedia terkenal kerana penyertaannya dalam arus perdana pengislaman, pemerintahan beraja dan perdagangan antarabangsa semenjak awal-awal lagi. Dari sudut masa kini,ia juga berpotensi besar untuk bertindak sebagai pusat perkembangan budaya Melayu-Islam, sama ada dalam konteks kebangsaan maupun serantau.Pembugaran dan pemerkasaan nilai-nilai tempatan yang positif mampu mengangkat status negeri ini selaku penyumbang dan penyalur dalam proses Islamisasi dan interaksi peradaban alaf baru.


NEGERI TERENGGANU DARI SEGI SEJARAH NASIONAL: Perkembangan Budaya Melayu-Islam dalam Konteks Masa Lalu

PengIslaman dan perdagangan adalah aktiviti utama dalam sejarah Terengganu yang menjadikannya terkenal semenjak pertengahan alaf kedua. Ia menjadi lebih bermakna apabila perkembangannya berpaksikan pemerintahan kesultanan yang terasas pada Kurun ke 18. Sumbangan anak negeri dalam kedua-dua bidang ini begitu menonjol sehingga pada tahun-tahun kedatangan British dan penempatan Penasihatnya, aspek tersebut sering mendapat perhatian luar.


Pengenalan Islam di Terengganu tidaklah terakam sejelas penyibaran agama itu di Melaka,kerana tidak terdapat karya-karya saperti Sejarah Melayu atau Suma Oriental yang memuat adegan pertembongan antara pengaruh Islamiyyah dengan nilai-nilai tempatan. Namun begitu adalah dipercayai Islam sedia tersibar lebih awal di Terengganu berdasarkan penemuan Batu Bersurat di Kuala Brang. Tarikh 4 Rejab 702 Hijrah (bersamaan 22 Februari 1303)yang terpahat pada monumen itu.

Pemerintahan beraja yang terasas berikutan perlantikan Sultan Zainal Abidin 1 bukan sahaja telah merangkaikan Negeri Terengganu dengan negeri-negeri Melayu lain dalam suatu sistem kesultanan yang lebih besar, tetapi juga telah turut memantapkan lagi perkembangan Islam.


Baginda yang berketurunan Tun Abdul Majid Johor, dengan bantuan pembesar-pembesar tempatan terdiri dari golongan Megat khasnya, berperanan besar dalam pemerkasaan budaya Melayu-Islam. Pelaksanaan Islam dalam konteks politik kenegerian dan pergabungan ulama-umarak yang tercipta berikutan kerjasama Sultan dan ilmuan semasa, Syeikh Abdul Malik, atau Tok Pulau Manis, telah mengukuhkan lagi tradisi keIslaman dalam negeri. Ulama yang menjadi bapa mertua Sultan Zainal Abidin 1 itu bertindak sebagai penasihat dan penaong diraja.


Keislaman dan kemelayuan semakin mencirikan landskap Negeri Terengganu apabila ia mengambil bahagian aktif dalam perkembangan Islam serantau dan politik kebangsaan. Ulama seperti Sharif Muhammad adalah di antara pendatang luar yang pernah tertumpu ke Terengganu dalam siri pendakwahannya. Pada sekitar masa yang sama, pelarian politik dari Johor yang telah menerima tekanan dari Portugis turut memilih negeri itu untuk meneruskan kehidupan dan perjuangan mereka. Pendatang-pendatang dari Acheh juga telah menyumbang kepada perkembangan Islam tempatan menerusi penglibatan mereka dalam kegiatan keagamaan, di samping menjalankan aktiviti perdagangan.


Pada pertengahan Kurun ke 19, kehidupan Islam ternyata semakin mewajah dan mewarnakan persekitaran Negeri Terengganu. Pemerihalan oleh Abdullah Munsyi yang pernah singgah di negeri ini pada tahun 1838 sedikit sebanyak menunjukkan komitmen masyarakat tempatan terhadap Islam; beliau mendapati institusi pengajian keagamaan yang menggunakan kitab-kitab Arab berkembang maju, dan taraf literasi, atau kadar celek, di kalangan penduduk agak tinggi. Suatu kesinambungan dari perkembangan sebelumnya.


Pengamatan sinis oleh Graham bahawa "the land was full of holy men, and the cries of themiserable were drowned in the noise of ostentatious prayer..."mengukuhkan kepercayaan kita bahawa Islam telah menempa kemajuan yang meluas sekitar akhir kurun berkenaan. Para ulama yang menjadi golongan penting dalam pembentokan masyarakat dan proses sosiol merupakan suatu kehadiran yang bermakna. Kalaulah sebelumnya Tok Pulau Manis menjadi pembimbing Sultan, maka pada akhir Kurun ke 19 dan awal ke 20,nama-nama seperti Tok Ku Tuan Besar, Tok Syeikh Duyung, Tok Syeikh Bukit Bayas, dan Tok Ku Paloh, adalah peribadi yang berpengaruh dalam pemerkasaan nilai Melayu-Islam dalam negeri. Inilah persekitaran yang mendorong Hugh Clifford merumuskan bahawa "the people of Trengganu arethe most zealous Mohammadans in the Peninsula, and since religiousteaching among the Malays is the beginning of all learning, their standard of culture is comparatively high".


Penyata Tahunan NegeriTerengganu 1919 pula mengesahkan bahawa "Terengganu memang terkenal dengan pengajian agama, terdapat enam atau tujuh orang Arab di sekitar bandar terutamanya di Losong dan Pulau Duyong yang menarik pengikut-pengikut dari negeri lain dan dari Terengganu sendiri".Kehadiran pelarian dari Patani, termasuk ulamanya, telah turut mengukuhkan lagi tren keislaman, khasnya apabila mereka berkampong di Bukit Bayas dan Pulau Duyung. Sebenarnya, Negeri Terengganu juga telah turut didatangi oleh penganut Islam dari Benua Cina, dan semenjak awal Kurun ke 20 terutama sekali semakin ramai dari mereka, khasnya dari Daerah Guangdong, yang berhijrah dan memulakan kehidupan. Mereka yang lebih dikenali sebagai Orang Yunan, dan bercakap dalam dialek Hokkien,tertumpu di kawasan-kawasan Batu Buruk, Air Jernih, Jalan Banggol,Kampong China, Gong Kapas dan Simpang Tokku, dan umumnya terlibat dalam aktiviti perniagaan.

[ Last edited by  BeachBoys at 14-9-2008 10:38 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-9-2008 10:20 PM | Show all posts
Guangdong

Semenjak zaman ZainalAbidin 1 lagi, penyertaan aktif sultan dalam pentadbiran dan pengurusan negeri dan masyarakat begitu ketara, termasuk dalam bentok pengagihan daerah kepada kerabat diraja dan orang kenamaan yang berjasa,sebagaimana yang berlaku di negeri-negeri Melayu lain semenjak Kesultanan Melaka. Raja selaku pemerintah menjadi paksi dalam susunan birokrasi, yang melibatkan golongan istana, para pembesar dan慾uak-juak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2008 10:21 PM | Show all posts
Pinang kotai

Penglibatan anak Terengganu dalam bidang komersil telah menyebabkan lanskap kehidupan sosiol dan ekonomi mengalami perubahan sebegitu rupa sehingga Kuala Terengganu bertukar wajah menjadi sebuah bandar "typical of an Asian bazaar". Nukilan berikut memperihalkan kedudukan ibu negeri itu dalam babak-babak penting sejarahnya. Seorang pegawai pentadbir kolonial British, Sir William Maxwell, mendapati bahawa pada tahun-tahun 1890an,di sebuah pasar terbuka di Kuala Terengganu, setiap peniaga adalah wanita:


"Some came from the villages with poultry and eggs, fruits and vegetables an anything that their husbands, fathers or children grew, and others were the wives and daughters of the fisher-folk. All were dressed in the brilliant and flaunting colours of Terengganu-made silks and cloths". Beliau seterusnya menambah "...and their beauty and charm were equaled only by their business acumen. It was the gayest and most delightful scene imaginable"


W.W.Skeat dan F.F.Laidlaw, dalam pengamatan mereka pula merujuk kepada aktiviti industri penduduk ibu negeri Terengganu sekitar masa yang sama: "KualaTerengganu appeared to be a hive of industry, and we were truly astonished at the range of activities, and in parts at the high qualityof the work." Ringkasnya, sebagaimana yang pernah dirumuskan oleh seorang pegawai dan pemerhati British, Hugh Clifford, "The natives of Terengganu are of a very different type. First and foremost, they are men of peace. Their sole interest in life is the trade or occupation which they ply...." Sarjana J. De V. Allen, berpandangan serupa, ketika menghuraikan pendirian Clifford:"...this is not the only evidence wehave of the growth of something like a Malay middle-class and the development of a capitalist-style economy: there was the emergence of a large group of skilled craftmen; and the method of marketing the fishing-catch...clearly suggests a form of indigeneous capitalism".Gambaran-gambaran seperti ini mungkin tidak mewakili sepenuhnya kenyataan hidup yang terdapat di Negeri Terengganu umumnya, dan di Kuala Terengganu khususnya, namun ia sedikit sebanyak memperlihatkan suatu pembabitan yang telah menarik pandangan dan menyentuh perasaan banyak pihak lantaran ia begitu menyerlah dan menonjol.Keislaman-Kemelayuan penduduk Terengganu juga telah membolehkan bangsa lain yang bukan beragama hidup aman damai semenjak Kurun ke 18 lagi.


Seorang pelawat Perancis, Jean Francois de Surville, ketika mengunjungi Kuala Terengganu pada tahun 1769, mendapati tiga buah bazaar membeli belah,satunya Pasar Orang Melayu, satu lagi Pasar Orang Cina dan yang satu lagi Pasar Orang Siam. Pada tahun 1828, seorang pengembang agama Kristian, W. Medhurst, pula mengesahkan bahawa penduduk Cina di sekitar bandar bebas bertutur dalam bahasa ibunda mereka, suatu ciri yang kekal terdapat hingga kini. Kampung Cina dengan penempatan penghuninya seperti sediakala menjelaskan taraf toleransi yang telah diperlihatkan oleh golongan yang terlibat dalam pengembangan budaya Melayu-Islam.

[ Last edited by  BeachBoys at 14-9-2008 11:00 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2008 10:21 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2008 02:10 AM | Show all posts

Peta Baru Terengganu sekiranya kuala nerus dijadikan sebagai daerah ke-8
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2008 03:57 PM | Show all posts
BB, ade pernoh dengo x pasal sejaroh bendere Ghanu?
Ade kaitan nge Panji Hitam?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-9-2008 04:50 PM | Show all posts

Reply #138 nik2121's post

Terengganu mempunyai banyak sejarah tetapi kebanyakkan sejarah itu tidah ditulis untuk tatapan generasi sekarang.Sehingga terengganu menjadi 'hidden state' selama beberapa ratus tahun.sejarah terengganu hanya ditulis secara serius sejak bermulanya dinasti pemerintah yang ke-2 iaitu pemerintahan kesultanan terengganu selepas dinasti pertama iaitu pemerintah yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Telanai Terengganu'.

Setakat ni aku dok jupe lagi bukti-bukti yang mengaitkan bendera terengganu dengan panji2 hitam.Tapi hok aku tahu,bedera terengganu ini menyerupai bendera Turki Uthmaniyyah.tetapi bendera turki uthmaniyya ada satu line lagi  kat luar selepas warna putih.tapi bedera terengganu xdok line tu.yang lain sume same.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2008 04:59 PM | Show all posts
Antara contoh-contoh bendera Turki Uthmaniyyah





The Islamic  Federated States of Ottoman Khaif flag

[ Last edited by  BeachBoys at 20-9-2008 05:06 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-9-2008 05:02 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2008 05:19 PM | Show all posts

Sejarah Islam Malaysia

Sejarah Islam di Malaysia mempunyai sumber bertulis yang terhad. Yang ada kebanyakannya adalah sumber lisan. Yang bertulis pula, cuma beberapa kerat sahaja, spt buku sejarah Melayu Tun Seri Lanang dan mungkin Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 1300 ++. Mungkin terfikir oleh kita, pada sekitar tahun 1300 M, kita dah ada rekod ttg batu bersurat trg, maka tentulah rakyat pada masa tu dah boleh menulis dan membaca. Dan tentunya zaman selepas itupun makin ramailah yang boleh menulis dan membaca. Tapi ke mana perginya kesan peninggalan ni?

Terdapat juga peristiwa peristiwa sejarah Islam yang tidak dimasukkan dalam buku teks, ataupun diolah agar tidak melambangakn suasana Islam. Contohnya, pejuang 'nasionalist' spt yang digambarkan dalam buku spt Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut yang menentang British semata kerana phak British mengenakan cukai yang tidak berpatutan kpd rakyat. Hubungan Abd Rahman Limbong dgn kerajaan Turki Uthmaniyah begitu rapat sehinggakan ketika bertempur dgn British, beliau mengibarkan bendera Turki Uthmaniyah.

Ingat lagi mengenai dahagi Singapura pada tahun 1925 ker 1916? Pejabat British di London saban tahun akan release fakta fakta sejarah yang dahulunya disembunyikan drp pengetahuan org ramai. Pada tahun 1986, fakta mengenai dahagi Singapura diterbitkan. Rupa-rupanya, org melayu memberontak ketika itu adalah kerana ada kaitan dgn kerajaan Uthmaniyah. Ketika itu, terdapat revolusi besar besaran utk menjatuhkan kerajaan Turki Uthmaniyah oleh puak Arab yang disuntik semangat kebangsaan oleh perisik British, namely Lawrence of Arabia. Namun, disebabkan kerajaan turki yang besar, maka British bercadang utk membawa org Melayu bergabung dgn org Arab utk menentang kerajaan Uthmaniyah. Namun, org Melayu menentang, dan itulah dinamakan dahagi Singapura. kalau kita masih ingat, bagaimana Kasim Ali Mansor memimpin org Melayu dan seraami 300 org terkorban di Singapura.

[ Last edited by  BeachBoys at 20-9-2008 05:21 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2008 05:42 PM | Show all posts
Bendera terengganu mungkin diambil dari bendera turki utmaniyyah yang ni kot




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2008 06:02 PM | Show all posts

Populasi Bagi Tahun 2006

Besut145,324
Dungun159,996
Hulu Terengganu73,912
Kemaman174,876
Kuala Terengganu361,801
Marang102,470
Setiu61,907


Pertambahan penduduk berlaku di dungun,marang dan kuala terengganu..........

[ Last edited by  BeachBoys at 23-10-2008 01:10 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2008 06:51 PM | Show all posts

Kubu Dari Madu

Adalah dipercayai bahawa kubu yang dibina oleh Baginda Umar ini diperbuat daripada batu-bata, madu dan kapur. Dari rentetan sejarah ini, jelas menunjukkan bahawa Bukit Puteri amat penting satu ketika dahulu sebagai kubu pertahanan yang kuat. Ini adalah mungkin disebabkan kedudukan fizikalnya yang begitu strategik yang menyukarkan pihak musuh menyerang. Kesan peninggalan kubu itu masih dapat dilihat dengan jelas hingga ke hari ini.

Apayang menarik perhatian dalam kawasan kubu ini ialah terdapat beberapa monumen dan artifek bersejarah. Antaranya ialah Rumah Api. Rumah Api ini tingginya lebih kurang 10 meter. Terletak di penjuru kawasan kubu dan boleh dilihat dengan jelas dari muara Sungai Terengganu.

Memandangkan penduduk-penduduk Terengganu ketika itu kebanyakkannya adalah nelayan,maka Rumah Api ini amatlah penting, bagi mereka lebih-lebih lagi untuk menentukan arah kepala muara Sungai Terengganu. Begitu juga bagi para pelayar yang sentiasa berulang alik berdagang ke serata Nusantara dengan perahu-perahu besar. Ini adalah kerana pada masa dahulu kegiatan perdagangan begitu pesat sekali.

Satu lagi bahan bersejarah yang penting, terletak di dalam kubu ini ialah tiang bendera. Tiang bendera ini mempunyai bentuk yang agak menarik dan canggih walaupun didirikan pada zaman lampau. Ianya tidak merupakan sebatang tiang semata-mata, tetapi mempunyai palang kayu ditengah-tengahnya sepanjang 5 meter.

Kegunaan utama tiang bendera ini adalah untuk menaikkan bendera raja apabila satu-satu istiadat kebesaran diadakan. Misalnya apabila diadakan istiadat pertabalan.

Mengikut fakta sejarah yang tercatat, tiang bendera ini telah didirikan dengan penuh istiadat kebesaran negeri dituruti dengan tembakan meriam sebanyak 16 das, semasa upacara menanam tiang dilakukan. Tingginya lebih kurang 18 meter dan ditanam sedalam 2 meter.

Hari yang penuh bersejarah itu telah dicatat bertarikh 22 April 1899 Masehi bersamaan 12 Zulhijjah 1319 Hijra iaitu ketika zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin Ketiga. Namun begitu tiang bendera yang tersergam sekarang ini telah didirikan pada masa pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah.

Berhampiran tiang bendera ini juga terdapat satu runtuhan pentas batu yang dipercayai digunakan sebagai singgahsana oleh pemerintah-pemerintah dahulu. Bersebelahan pentas batu ini terdapat pula sebuah lubang sebesar 1 meter persegi. Lubang ini dikatakan sebagai tempat menyimpan peluru meriam semasa perang dahulu.


Sumber:  ( Koleksi Terengganu PPAT )
               Berita Darul Iman: Mei - Ogos 1994
              Oleh: Syed Mohamad Bin Syed Abdullah


[ Last edited by  BeachBoys at 20-9-2008 06:54 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2008 06:58 PM | Show all posts

Ukiran Tembaga



Barangan tembaga yang dihasilkan di Terengganu adalah merupakan seni pertukangan yang memerlukan masa serta kemahiran. Kemahiran ini terus dipusakai dari satu generasi ke generasi yang lain dan terus hidup hingga sekarang. Pada keseluruhannya perusahaan kraftangan ini melibatkan 90%kerja-kerja tangan yang memerlukan kemahiran. Hanya kerja-kerja diperingkat mencuci sahaja yang menggunakan alat jentera ringan.

Adalah dipercayai seni ini diwarisi dari ahli seni ( tukang ) dari China yang berhijrah ke sini dari Funan, China. Tembaga Terengganu adalah hasil campuran tembaga putih, kuning dan zink.

Barangan logam yang dihasilkan seperti tepak sirih, pemegang lilin, bekas habuk rokok, ketur basuh tangan dan juga dalam bentuk cenderamata seperti penyu, keris, pasu dan lain-lain.Kemahiran dan sentuhan halus penghasilnya memberikan nilai astetik yang tinggi dan dijadikan bahan untuk perhiasan.



[ Last edited by  BeachBoys at 20-9-2008 06:59 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2008 12:32 PM | Show all posts
BB nak tahu pasal kisah pompuan yg jadi rebutan dulu kat Kemaman ngan Singapore ramai yg terkorbon.... Ala Lupa nama dia nie....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2008 12:51 PM | Show all posts

Reply #147 krayolan's post

Natrah.........seorang budak perempuan belanda yang diberikan kepada seorang wanita yang berasal dari kemaman oleh ibunya semasa serangan Jepun ke atas Indonesia.Natrah diasuh dalam persekitaran melayu dan Islam.Nama panggilannya ialah 'Putih'.

[ Last edited by  BeachBoys at 21-9-2008 04:18 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-9-2008 12:55 PM | Show all posts

creadit for che_nor from HML

Jika di Pulau Sumatera danPulau Jawa ditemui batu nisan orang Islam, di Tanah Semenanjung atautepatnya di Sungai Teresat, Kuala Berang di negeri Terengganu ditemuipula batu bersurat yang dinamai Batu Bersurat Kuala Berang bertarikh1303 M. Batu bersurat ini ditulis dengan huruf Jawi. Tulisan Jawi inimengambil huruf Arab dan menambah beberapa huruf lain sebagaimelengkapi bunyi Melayu yang tidak terdapat dalam bahasa Arab. BatuBersurat Kuala Berang ditulis pada empat bahagian. Perhatikan bahasayang tertulis pada salah satu bahagian batu tersebut (setelahditransliterasikan):

RasuluLlah dengan yang orang sahabi mereka (sekalian).
Asa pada Dewata Mulia Raya memberi hamba meneguhkan agama Islam.
Dengan benar bicara, derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya.
Di benuaku ini pembantu agama RasuluLlah SallaLlahu alaihi wasallamraja mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalambumi pebantu itu fardhu pada sekalian raja mandalika Islam menurutsetitah Dewata Mulia Raya dengan benar.
Bicara berbajikan betul pebantu itu maka titah Seri Paduka Tuanmenduduki tamra ini di benua Terengganu adi pertama ada Jumaat di bulanRejab di tahun Saratan di sasanakala.Baginda RasuluLlah telah lalutujuh ratus dua.



Daripada kutipan di atas terlihat perkataan Dewata Mulia Raya masihdigunakan walaupun yang dimaksud ialah Allah SWT. Beberapa perkataanlain, seperti: mandalika (ketua wilayah), berbajikan (kebajikan =kebaikan), tamra (perintah rasmi), dan sasanakala (masa perintah agama)memperlihatkan perkataan Sanskrit sudah semakin berkurang.
Berkenaan dengan aksara Jawi yang merupakan aksara Arab tersebut,aksara Persia telah menambahnya dengan empat huruf atau bunyi, iaitu p,ch, zh, dan g. Aksara Jawi mengambil huruf ch Persia menjadi c danmengubahsuai g Persia dengan mengguna-kan titik di atas. Bunyi atauhuruf p, ng, dan nya merupakan ciptaan bangsa Melayu sendiri. AksaraJawi ini kemudian dilengkapkan dengan bunyi atau huruf v sejak 1987.

Kembali ke Pulau Sumatera, di Aceh ditemui pula sebuah nisan yangdinamai Batu Nisan Minye Tujuh. Batu nisan ini bertarikh 1380 M danditulis dengan tulisan India. Namun, bahasa yang digunakan merupakangabungan bahasa Melayu, bahasa Sanskrit, dan bahasa Arab. Perhatikantranskripsinya seperti yang berikut ini:

hijrat nabi mungstapa yang prasida
tujoh ratus asta puluh sawarsa
haji catur dan dasa wara sukra
raja iman warda (?) rahmat Allah
gutra barubasa mpu hak kadah pasema
taruk tasih tanah samuha
ilahi ya rabbi Tuhan samuha
taruh dalam swarga Tuhan tatuha



Harun Aminurrashid mengutip terjemahan yang diberikan oleh C. Hooykaas tentang Batu Nisan Minye Tujuh di atas, sebagai berikut:

Setelah hijrah Nabi, kekasih yang telah wafat,
tujuh ratus delapan puluh satu tahun,
bulan Zulhijjah empat belas hari, hari Jumaat
raja iman rahmat Allah bagi Baginda (warda)
dari keluarga Barubasa mempunyai hak atas Kedah dan Pasai,
menarok di laut dan darat semesta (semua)
Ya Ilahi, ya Tuhanku semesta,
masuklah Baginda ke dalam syurga Tuhan.


Walaupun tarikh Batu Nisan Minye Tujuh initerkemudian daripada Batu Bersurat Kuala Berang, ternyata bahasa Melayupada Batu Bersurat Kuala Berang lebih maju.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2008 01:37 PM | Show all posts

Reply #148 BeachBoys's post

Yap...... alahai lupa lak nama dak tuh.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2008 09:47 PM | Show all posts

Reply #150 krayolan's post

tetiba tanye,kenape?kalau xsilap aku Natrah ni idup lagi dan die sekarang ada kat US.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2008 09:50 PM | Show all posts
up....................
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.094252 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list