CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_livingstone

SUDUT INFO :: KAMUS MASAKAN

[Copy link]
Post time 13-6-2008 01:21 PM | Show all posts
Asean herbs

Chinese celery / daun sup


Rasany lebih kurang dengan celery tapi rasa dan baunya lebih kuat. Guna sikit dalam sup atau stir fry. kadang2 ada yg masukkan sikit masa sediakan  inti untuk karipap . Alasan bagi wangi .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2008 01:39 PM | Show all posts

Reply #4 ain_ishah's post

Tima kasih ain_ishah . teringat mase mula2 masak terkial2 x tahu nak bezakan. dalam perancangan nak buat ikut topiclah .. skrang pasal herbs dulu
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2008 02:20 PM | Show all posts
Asean herbs



1 .Daun limau purut/ Kaffir lime leaves

Banyak digunakan dalam masakan thai macam tom yam, kerabu, paprik dan mcm lagi. Rendang pun banyak guna daun limau purut. Biasanya dihiris halus untuk kebanyakan masakan.

off topic... punyelah cerdik masa dulu .. nak masak tomyam .. kononnya nak bagi sedap letaklah sebijik limau purut ... padan muka pahit xboleh makn .... rasanya ambik kulit limau purut tu je baru betul kan

2. Daun kari / Curry leaves

Common dlm masakan berkari terutama masakan southern India dgn Sri Lanka. Elok tumis dulu dalam minyak untuk keluarkan rasanya sebelum dimasukkan bahan tumisan lain.

3. Daun kaduk /cha plu

Nampak macam daun sirih. Banyak digunakan untuk nasi ulam/kerabu, otak2 dan lain-lain. Kat Thailand ada snack dipanggil 'miang' guna daun kaduk sebagai wrapper.
note: sape2 jarang balik kampung jgn terambik daun sirih pulak bila mak mertua minta daun kaduk
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2008 02:23 PM | Show all posts
Sorry terpost dua kali ....
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2008 08:44 AM | Show all posts

Reply #2 ninoZ's post

Ninoz tolong check yea ..... kalu dah ade xnak sambung lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2008 11:26 AM | Show all posts
Originally posted by ea208964 at 14-6-2008 08:44 AM
Ninoz tolong check yea ..... kalu dah ade xnak sambung lagi.

ea continue jek posting kat sini..
nanti kalau dah ade saya mergekan jek
ok?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2008 12:30 PM | Show all posts
wahhh...tq pada pembuka thread...saya pon banyak benda2 yang tak tau...terutama ingredient untuk buat kek....harap2 thread nih boleh membantu....
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2008 04:17 PM | Show all posts
tima kasih nanti kita continue buku resepi banyak kat rumah ... drp berabuk kat rumah bik kita share knowledge.... pade kawan2 yg ada nak tambah jomlah kita same2 yea



Gambar dari buku resepi Zarina's home cooking ....

[ Last edited by  ea208964 at 16-6-2008 09:53 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2008 06:32 PM | Show all posts
Gambar dari kiri ikut arah jam

Serai / lemon grass
Pokok serai nampak lebih kurang macam lalang tapi pokok serai kat akar ada isi warna putih. Selalunya guna dlm 10-12 cm isi putih tu drp akarnya. Serai byk di guna dlm rendang,gulai , tomyam ,sate dan lain2. Ada terdapat dalam bentuk serbuk dan hirisan kering. Kalau yg kering guna 12 kpg untuk satu btg serai segar. sape2 yg susah jumpa serai boleh ganti dgn kulit lemon.

Daun pandan/ screwpine leaf
Bau daun pandan wangi.  Boleh mewangikan makanan . Kebanyakkannya digunakan  dalam kueh melayu dan nyonya, nasi ,gulai dan lain2. Untuk kueh-mueh biasanya daun pandan dikisar bersama sedikit air untuk jusnya. Jus pandan digunakan untuk rasa dan warna. Tapi untuk lebih menarik pewarna hijau dimasukkan sedikit untuk menaikkan seri kueh-mueh. Mcm pengantin pulak.
* tapisan yg diguna untuk menapis jus pandan sebaiknya jenis yang halus lubangnya sebab jus tu byk habuk.

Bunga kantan/ ginger bud
Bunga kantan lawa warna pinkish. Baunya delicate .. wangi. Byk digunakan untuk masak laksa dgn ape2 resepi asam ... asam pedas, asam laksa. Buat hiasan pun boleh

Halia tua/ old ginger
Halia tua pedas rasanya. Banyak digunakan dalam masakan melayu.  Ada terdapat dalam bentuk serbuk dan hirisan kering. Serbuk halia byk diguna utk buat kek dan biskut. Lebih2 lagi untuk gingerbread ... yg org putih suka buat masa christmas tu

Halia Muda
Banyak diguna dalam masakan cina seperti mee bermacm jenis yang berkuah ( mee cantonese, sang mee, mee hongkong ..), ayam atau udang yg dimasak dgn kicap. Jus halia muda boleh juga digunakan sebagai minuman. Kat kedai mamak ade teh tarik halia.

Daun kunyit/ turmeric leaf
Bau wangi. daun lebar dan berwarna hijau muda. Guna dlm rendang, masak gulai kuning, masak kerang rebus. dlm rendang kene hiris halus2. Sebaiknya guna pisau yg tajam ( slalu mak bagi pisau tumpul , keje senang jadi susah)

Kunyit/ Turmeric
Warna kuning ( ke orange?) dan ada bau wangi skit. Terdapat dlm bentuk serbuk dan kering. Jika resepi nak kunyit hidup ( kunyit segarlah tu) jika diganti dgn serbuk tak sesuai. Jgn tertukar dengan saffron. Warna yg dihasilkan je sama tp effectnya lain.

Lengkuas/Galangal/Blue ginger
Adik-bradik halia tapi tak boleh saling bertukar ganti. Selalunya diguna bersana serai. Jika ada resepi guna serai mesti lengkuas pun ikut serta. kat oversea ada dalam bentuk serbuk panggil 'laos atau layos'. 1/2 teaspoon equivalent to one fresh slice. ( Penat nak translate ... sorrylah bercampur2)

[ Last edited by  ea208964 at 16-6-2008 09:55 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2008 11:05 PM | Show all posts


Daun bawang / springonion/Choong(Chinese)
Popular ganish
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2008 11:58 PM | Show all posts
Baking ingredients
Tepung / flour
Ada banyak jenis tepung di pasaran.  Di antaranya tepung serbaguna, tepung rendah protein dan tepung berprotein tinggi dan bermacam2 lagi.

High protein flour atau kat sini panggil tepung roti.
Tepung ni gluten tinggi dan dah ditambah  慴romated
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 01:17 AM | Show all posts
Sambung  pasl tepung

Tepung terlalu banyak jenis biasanya tepung istimewa  mcm wheat,oat, graham adalah  jenis tepung yang dicampurkan dgn bahan2 tersebut.

Contohnya

Tepung graham

Tepung graham adalah tepung gandum yg dicampurkan dgn kulit bijiran(bran) wheat berry yg di cipta oleh Dr. Graham Sylvester Graham , awal abad ke 19. Ianya dipercayai boleh mengawal perangai tak sabar dan cepat marah (intemperance).

Tepung  suji/ semolina flour

Warna kuning pucat. Suji dihasilkan drp 'hard durum wheat'( nak tahu lbh lanjut refer kat Durum - wikipedia). Biasanya digunakan untuk buat pasta dan makanan mediterranean.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 01:37 AM | Show all posts
Corn meal
Tepung yan dihasilkan drp biji jagung berwarna kuning, putih atau biru.  Jika dicampurkan kedalam adunan untuk membuat roti akan menghasilkan roti yang agak kering dan sedikit manis.
coarse yellow cornmeal digunakan untuk membuat polenta.

Corn flour
Tepung yang dihasilkan dari biji jagung yang dikisar halus.

Cornstarch / kat malaysia panggil tepung jagung
Dihasilkan daripada bhg tengah jagung ( endosperm). Tekstur dia halus, silky dan digunakan sebagai pemekat  dan boleh jga digunakan untuk meringankan tepung semasa membuat pastry.

Masa harina
Corn meal yang dihasilkan daripada biji jagung yg telah direndam didalam air kapur ' lime water' sebelum dikeringkan. Bahan utama dalam pembuatan tortilla.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 01:59 AM | Show all posts
Pemanis /sweetener

Gula / granulated sugar
Memang bahan penting dalam semua bende. Dihasilkan drp tebu.

Gula perang  / brown sugar
A less refined form of sugar cane . Ada rasa yg istimewa dan sedikit lembab. Ada 2 jenis - dark dgn light. Yang gelap tu rasanya lebih kuat jika dibandingkan dgn yg jenis light.
Boleh digantikan dgn gula biasa. Tetapi bagi membuat caramel sauce xboleh berganti disebabkan rasa dan warna yg dihasilkan oleh gula perang penting.
Jika nak guna brown sugar bagi menggantikan gula biasa dlm resepi yg menggunakan baking powder/soda hendaklah dimasukkan lebih 1/4 tsp baking soda bagi setiap 1 cwn brown sugar.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 02:11 AM | Show all posts
Gula aising/ Powdered sugar
gula yg dikisar halus dan ditambah tepung jagung bagi menghalangyan drp berketul. Direkomen tapiskan dahulu sebelum digunakan. kalau tak berketul2 dlm adunan. Tak boleh menggantikan gula didalam resepi ape2 pun. Penggunaan buat icing, taburkan atas cake ... untuk perhiasan

Madu/honey
Manis drp gula. Jika digunakan dalam resepi akan menambah kelembapan dan menghasilkan rasa yg tersendiri.

Corn syrup
kemanisan dia kurang separuh drp gula. Terdapat dalam dua jenis light and dark form. Yang gelap --rasanya lebih kuat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 07:50 AM | Show all posts
the clearer the picture..the better
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2008 09:25 AM | Show all posts
tu lah rasenya kalu gambar tu besar lagi nampak ya ... tp takde yg komplen pages lambat ke sbb gambar besar
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 02:36 PM | Show all posts
bukan besar..
kecik tapi mesti clear
ataupun satu gambar utk satu bahan
actually bila org click gambar tu..imej original besar
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 02:55 PM | Show all posts
Sorry ninoz .. rasanya mase adjust gambar tu jadi blur ..thanks will take note .

p/s yang beso kat atas tu tak pelah yea ... lepas ni buat yang comel2 dgn clear
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 03:19 PM | Show all posts
Originally posted by ea208964 at 16-6-2008 02:55 PM
Sorry ninoz .. rasanya mase adjust gambar tu jadi blur ..thanks will take note .

p/s yang beso kat atas tu tak pelah yea ... lepas ni buat yang comel2 dgn clear

hehehehe
post je lah dulu apa yg ada..
janji infonyer ada
kalau saya ada gambar yg lebih clear..saya tolong add on eh..
thanx anyway
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 12:15 AM GMT+8 , Processed in 0.134808 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list