CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amieab

siapa Tamar Jalis? dah reveal identiti pg 8 (2013)

[Copy link]
Post time 26-1-2010 09:25 PM | Show all posts
zaman kejatuhan TJ ialah bila dia dah kehabisan idea & wat kisah yg sebijik kisah mona fendy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2010 10:52 AM | Show all posts
pelakon dulu dulu kotttttttt
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2010 10:59 AM | Show all posts
x penah baca buku2 dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2010 11:43 AM | Show all posts
memanglah, akupun dulu2 zaman sekolah suka sgt baca cerita oleh Tamar Jalis ni sebab gaya penceritaanya amat menarik pergi ke alam bunian... kalah harry potter ...
honeysue Post at 26-1-2010 19:07



maybe sebab tamar melalaui sendiri pengalaman itu secara realiti, manakala haryr porterpulak hanya imaginasi..  mungkin tak?


sbb u yg menggambar u pergi phuket, berbanding dgn org yg betul2 pergi phuket mana akan lebih hebat penceritaanya?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2010 05:05 PM | Show all posts
kak ni gossip pe??
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2010 05:18 PM | Show all posts
aku rasa paklah kawin dgn jeane pun sbb terpengaruh dgn siri bercakap dgn jin...
hzln Post at 26-2-2009 10:30


hahahaha...pecah perut aku gelakkan line ko nih!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2010 06:06 PM | Show all posts
aku pun suke baca buku2 dia.. best sangat!
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 01:17 PM | Show all posts
Siri mula2 memang tamar jalis yg tulis. Bila dah dekat last2 & ada kelainan, tu org lain yg tulis.

Tak tau pulak yg arwah Jalil Miran ni Tamar Jalis. Ada jugak kat Shah Alam yg kata dia Tamar Jalis. Memang misteri orangnya, asal dari Air Kuning, Taiping. Pernah dia bercerita pengalaman naik rimau dgn datuk dia.

Kalu tak silap, email dia [email protected]. Nanti akan double check.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2010 01:24 PM | Show all posts
Siri mula2 memang tamar jalis yg tulis. Bila dah dekat last2 & ada kelainan, tu org lain yg tulis.

Tak tau pulak yg arwah Jalil Miran ni Tamar Jalis. Ada jugak kat Shah Alam yg kata dia Tamar Jalis ...
tokki1 Post at 5-2-2010 01:17 PM


page kat dpan dpan tuh ckap die asal dr bruas, perak....yg ni taiping plak....mane satu ni...
lg misteri dari 'orang misteri era'....klo anda xtanye...anda x menang...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 01:25 PM | Show all posts
Sebelum terlupa, dulu ada kawan jumpa orang mengaku TJ jugak masa naik bas ke JB. Orang ni kerja bahagian komputer.

Nama Tamar Jalis ni asal dari satu karekter jin dalam hikayat Inderaputera. Cuma according to orang dari Shah Alam, dia dapat nama Tamar sebab suka buah kurma masa kecik.

Rasanya hati2 je la kalu ada orang ngaku TJ.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 01:28 PM | Show all posts
Kepada peminat Tok Awang Ngah (TAN), boleh rujuk blog almarhum Dharmala NS, abdulmulukdaud.blogspot.

Ada gambar Tok Aji (Hj Mat Kampar) & Bilal Hud, 2 karekter utama dlm buku2 TAN.

Btw, TAN pun dah meninggal tahun lepas.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 01:29 PM | Show all posts
Variasari dah diterbitkan semula & ada rerun SBDJ (siri bercakap dgn jin).

Look at the time. Gotta run.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 01:29 PM | Show all posts
aku pun tecik2 ske baca citer tamar jalis nie...
serom woooo..
nanti malam terbayang2 plak hantu tu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 01:30 PM | Show all posts
Variasari dah diterbitkan semula & ada rerun SBDJ (siri bercakap dgn jin).

Look at the time. Gotta run.
tokki1 Post at 5-2-2010 13:29


harharhar
aku ingat lagi majalah variasari ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 01:30 PM | Show all posts
Bapak aku mmg wat koleksi n aku pon ikut sama baca tp syg dh ke mana tah buku tu sbb umah aku slalu dilanda banjir...klu x bleh aku wat koleksi aku plak...mana nk cari lg buku2 nih??
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 07:14 PM | Show all posts
Kepada peminat Tok Awang Ngah (TAN), boleh rujuk blog almarhum Dharmala NS, abdulmulukdaud.blogspot.

Ada gambar Tok Aji (Hj Mat Kampar) & Bilal Hud, 2 karekter utama dlm buku2 TAN.

Btw, TAN pun  ...
tokki1 Post at 5-2-2010 13:28


tokki...Pak Dhar tu TAN ker...

aku memang membesar dengan buku2 tok awang ngah dan sbdj...cuma yang ada dalam koleski buku tok awang ngah..tu pun banyak kali ulang beli ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2010 07:30 PM | Show all posts
mmg suka TJ ni dr dulu lagi.. :pompom:

masih suka kumpul buku2 dia... sampai hari ni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2010 07:32 PM | Show all posts
TJ mmg pemes thn 80-an. aku antara pembaca tegar buku2 dia masa 2 w/pun tgh sek ren. smpi skrg aku ingat lg lukisan2 seram dlm buku 2.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 09:59 PM | Show all posts
siapa Tamar Jalis sebenarnya?? takkan penerbit Variasi tak tau siapakah geranganya orang ini.. Saya adalah peminat tlisan Tamar Jalis.. masa zaman budak2 dulu suka sangat bc kisah hantu ni... walaupun seram tapi menyeronokkan kerana ceritanya digarap dgn penuh perasaan..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2010 10:36 PM | Show all posts
Tamar Jalis manusia misteri-Bercakap dengan Jin



Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
[email protected]

A. Jalil Miran yang dikatakan menulis siri Bercakap Dengan Jin, tidur di tepi kubur dan berjanji untuk berkahwin dengan wanita bermuka gajah.




FARIDAH pernah rasa ditindih makhluk halus semasa tidur di bilik hotel orang mati dibunuh.

NOVEL mistik, Bercakap Dengan Jin amat popular di negara ini pada tahun 1980-an. Namun, pengarangnya, Tamar Jalis, masih misteri.

Ada yang mengatakan penulis sebenar sudah berusia lebih 70 tahun dan tinggal di Bruas, Perak tetapi beliau enggan dikenali.

Seorang lagi yang dikaitkan dengan nama Tamar Jalis ialah A. Jalil Miran yang pernah menulis untuk majalah Variasari dan Variapop.

Jalil meninggal dunia pada Oktober tahun lalu kerana sakit jantung pada usia 57 tahun.

Beliau yang juga bekas wartawan tabloid Buletin Rakyat dan Buletin Utama, dikenali dengan cerita seram dan hantu selain sensasi hiburan yang dihasilkannya.

Hotel berhantu

Menurut isteri arwah, Faridah Lah Omar, 46, Jalil bukan sahaja gemar menulis kisah-kisah hantu, malah beliau mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi dengan makhluk alam ghaib itu. Jalil turut memiliki sisi eksentriknya sendiri, kata Faridah.

Pernah arwah mengajak Faridah tidur di sebuah hotel lama di Kuala Lumpur.


Kami jadi seronok dapat tidur di hotel dengan anak-anak. Sebaik sahaja tengah malam, dia keluar sekejap. Apabila balik, dia tanya apa yang saya rasa semasa tidur.

Saya kata seram sejuk dan ada terdengar suara seperti orang menjerit.

Rupa-rupanya bilik hotel itu merupakan tempat orang mati dibunuh. Terus saya tidak menerima ajakan arwah untuk tidur di hotel lagi selepas itu, katanya ketawa.

Faridah yang berasal dari Jeniang, Kedah, berkahwin dengan Jalil selama 21 tahun dan dikurniakan dua orang anak.

Faridah menceritakan, beliau mengenali Jalil semasa membuka kedai makan bersebelahan dengan pejabat syarikat penerbit Variasari iaitu Variapop Group di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.


Pada mulanya saya tidak berminat untuk mengenalinya walaupun arwah selalu mengurat saya dengan datang makan berkali-kali dalam sehari di kedai makan saya. Dia juga selalu mengutus surat cinta.

Ambil masa setahun juga sebelum saya dapat menerimanya. Itu pun disebabkan kelembutan dan sifat sopan santun arwah, ujar Faridah ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Beliau menyifatkan Jalil seorang yang pendiam dan tidak suka diganggu semasa bekerja sepanjang perkahwinan mereka sejak tahun 1987.

Kadang-kadang seharian dia menghadap komputer sampai tak mandi. Malah jika bilik bersepah dengan buku kerana dia membuat rujukan, arwah melarang saya mengemasnya.

Dia juga suka pulang lewat malam dan hanya akan balik selepas mendapat berita yang dikehendaki, ujarnya.

Wanita bermuka gajah

Bicara Faridah lagi, Jalil mempunyai tabiat yang pelik iaitu gemar tidur di rumah tinggal yang dikatakan berhantu.

Dia ingin rasai sendiri pengalaman terserempak dengan hantu.

Malah jika ada individu mendakwa pernah berjumpa dengan hantu, arwah lantas pergi ke tempat yang dimaksudkan itu.

Bila balik ke rumah, arwah akan berceritalah pada saya yang dia jumpa hantu panjang, pocong, puntianak dan sebagainya.

Itu yang kadang-kadang membuatkan saya sukar tidur malam, ujarnya yang pernah mengalami gangguan tidur semasa mengandungkan anak pertama.

Kata Faridah, ketika itu, beliau terasa seperti ada makhluk yang menindihnya semasa tidur.

Selepas saya membaca ayat-ayat suci al-Quran, ia terus hilang, kata beliau.




BUKTI Jalil pernah menuntut ilmu di Indonesia.


Bercerita mengenai arwah suaminya, Faridah memberitahu, Jalil pernah mendapat gambar seorang wanita yang mukanya mirip rupa gajah. Gambar wanita itu pula belum pernah disiarkan oleh akhbar lain semasa beliau bekerja di Variasari.

Saya tidak ingat wanita itu dari negeri mana tetapi arwah ada berjanji akan mengahwininya jika dia dibenarkan menyiarkan gambar tersebut.

Namun dia tidak jadi berkahwin kerana wanita itu meninggal dunia beberapa hari selepas itu.

Banyak lagi aktiviti pelik arwah termasuk pergi berjumpa bomoh tarik duit dan sering ke Indonesia untuk menuntut ilmu dan mencari ilham.

Kadang-kadang seminggu sekali dia akan ke sana. Dia juga memperoleh ijazah dalam bidang mistik di negara itu, katanya.

Namun, adakah Jalil ialah Tamar Jalis yang sebenar tidak dapat Faridah menjawabnya.

Ini kerana saya berkahwin dengannya selepas siri Bercakap Dengan Jin berakhir dan arwah sendiri tidak pernah mengakui dirinya Tamar Jalis kerana dia sememangnya seorang yang kuat berahsia, ujarnya






- Kosmo -


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.060416 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list