|
Apa PDRM buat utk menangani gejala mat rempit?
[Copy link]
|
|
Balas #151 razhar\ catat
tak sabo nak jadik kan aku burger daging......... |
|
|
|
|
|
|
|
Giler panjang benang nih. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #125 jazim's post
kalau PGA yang meronda pakai kereta perisai salu dah dibuat kat swk nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #154 lipanlapan's post
bro, tak de ke pengalaman merempit masa muda2 dulu?
wa ada, cuma dah lupa dah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Mat rempit diperangkap polis
Oleh ZAINI SAMSU HADI
[email protected]
Sebahagian daripada motosikal yang terperangkap di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur malam
kelmarin apabila polis mengepung jalan itu bagi memeriksa mat rempit.
KUALA LUMPUR – Mat rempit masuk jerat!
Mat rempit dan orang ramai yang berkumpul di Dataran Merdeka di sini malam kelmarin gempar apabila lokasi melepak mereka dikepung dalam operasi besar-besaran yang dilancarkan agensi penguat kuasa bermula pukul 11 malam.
Operasi bersepadu oleh polis dan disertai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu bertumpu di Dataran Merdeka kerana kawasan tersebut memang terkenal sebagai lokasi lumba haram dan tempat melepak kumpulan tersebut pada malam minggu.
Sebaik sahaja kedua-dua hala jalan di sepanjang Dataran Merdeka ditutup, kawasan tersebut menjadi kelam kabut dengan semua kenderaan tidak boleh bergerak.
Tujuan pihak berkuasa menutup laluan itu adalah bagi mengelak kenderaan yang berkumpul di situ terlepas daripada pemeriksaan.
Wartawan Kosmo! yang turut serta dalam operasi itu mendapati mereka yang melepak dan melalui jalan itu cuba mengelak daripada diperiksa polis tetapi usaha mereka gagal.
Bagaimanapun, ada di kalangan mat rempit yang menunggang motosikal sanggup meninggalkan motosikal masing-masing dan bertempiaran lari.
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, ‘Ops Cegah Jenayah dan Lumba Haram’ di ibu negara dilancarkan bagi membanteras kegiatan lumba haram sama ada membabitkan kereta atau motosikal.
semula dalam tempoh 48 jam,” kata beliau.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0504&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
tenkiu abg polis yg macho²......!!!
selamat bertugas......!
jgn lupa jaga keselamatan diri semasa bertugas....!
masyarakat perlukan anggota yg berdedikasi cam korg......!
:victory::victory::victory::victory::victory::victory::victory::victory::victory: |
|
|
|
|
|
|
|
polis dan pemimpin je ke yang salah...?? habis tuh mak bapak tak salah? Paling salah si penjual motor hahahhaaaaa orang awam kena la ambik peduli juga. Asyik nak tunding jari kat org lain jerk. Cube pandang anak2 jiran korang, atau anak2 sedara korang ada korang ambik tahu?? betulkan yg dekat keliling kite baru kite pandang yang luas kat luar sana... Cube fikir dah betul ke korang semua.... |
|
|
|
|
|
|
|
patut tajuk title tu letak la..APA MAK BAPAK WAT UTK MENANGANI MASALAH MAT REMPIT?
ni la kalo kita ni asyik nak cari salah org lain ja....
ciitt porraaahh!! |
|
|
|
|
|
|
|
Errr kalau mat rempit tu jenis merantau camne? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #162 alphawolf\ catat
bwh 18thn tanggungjawab penjaga..atas 18 sumbat aja masuk dalam..kebanyakan perantau no longer juvana..tp tambah membazir duit tax payer.. |
|
|
|
|
|
|
|
definasi mat rempit?
-muda, 15-25.
-semesti lelaki.
-Motor cc kurang dari 250cc
-Pakai t-shirt shj.
-pakai selipar shj.
-badan kurus.
-kalau kerja, dia mesti dari bukan profosinal.
-berkumpulan dgn lagi satu atau lebih orang yg berciri -ciri di atas.
atau ? |
|
|
|
|
|
|
|
aku seronok sekarang... polis banyak....tangkap mat rempit |
|
|
|
|
|
|
|
Biar tentera plak handle mat rempit nih, amacam guys? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nando at 6-5-2009 20:37
definasi mat rempit?
-muda, 15-25.
-semesti lelaki.
-Motor cc kurang dari 250cc
-Pakai t-shirt shj.
-pakai selipar shj.
-badan kurus.
-kalau kerja, dia mesti dari bukan profosinal.
-be ...
berhelmet apollo.. kalau ada visor , ditampal dgn selotape putih....heeheh |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #166 tangopapa\ catat
Boleh tapi mesti holistik bai, kalau nak tahan diorang kena buat satu lagi penjara tentera. Pagi2 diorang kena kawad mcm tahanan PTAT. Bagi diorang hazab yg sama mcm pesalah THTC dll. Lagi satu kena paksa diorang lumba atas jambatan medan RAJD yg tengah dipasang merentas sungai deras & dalam. Lepas tu kalau x insap gak x tau le. |
|
|
|
|
|
|
|
Heheh...
Tapi aku rasa lagi best kalau mat rempit yang kena cekup ni kena bagi community service tapi bentuknya kena chain gang dan cuci semua public toilet, kutip sampah kat chow kit, masuk sungai kelang kutip sampah.....2-in-1! |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #170 alphawolf\ catat
Sebagai tambahan,
Ski jump....perghhh yg ni baru betul2 mat rempit berani mati kalau sanggup lalu!
|
|
|
|
|
|
|
|
Saban hari gejala sosial ini nampak semakin parah dan disamping masalah membawa motor secara laju dan melulu, perkara lain yang berkaitan adalah masalah ragut yang mana telah menyebabkan kematian mangsa yang tidak berdosa dan ahli keluarga yang meratapi pemergian mereka.
Masalah kumpulan bermotosikal ini bukan baru akan tetapi sudah lama berlarutan. Semenjak tahun 70an dengan kumpulan Vespa 'klepet', 80an dengan kumpulan mat motor dan era 90an dan mellinium ini menular kepada mat rempit.
Pertumbuhan jumlah polar penduduk yang semkin ramai ditambah dengan warga asing yang berada di negara ini menjadikan indeks berkenaan semakin hari semakin bertambah.
Nisbah 1 anggota polis kepada bilangan penduduk masih berada di era 80an manakala proses pengambilan telah dibaiki dengan bertambahnya pusat-pusat latihan di pelbagai negeri bagi menangani keperluan ini. Di samping pusat latihan, keperluan logistik, penempatan tempat tinggal serta balai-balai baru perlu dirangka sejajar dengan proses pembesaran pasukan.
Masalah yang berlaku adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri dan seharusnya agensi yang berkaitan di bawah kementerian berkenaan digerak secara aggresif bagi membendung wabak terbabit.
Tugas utama ATM adalah untuk melindungi tanah air dari ancaman yang datangnya dari luar samada musuh Utara, Selatan, Timur mahupun Barat. Namun jikalau tahap keselamatan sudah meruncing, khidmat ATM akan dipohon sama seperti tugas yang dipikul bagi membendung ancaman PKM semasa zaman darurat.
Setuju juga masalah sebegini harus dipikul bersama dan bukan kepada agensi keselamatan semata-mata. Contoh di dalam hal pembelajaran, bukan hanya tugas guru untuk memberi didikan 100% kepada pelajar. Ibu bapa juga harus terbabit di dalam memastikan kecemerlangan akedemik pelajar berkenaan.
Di dalam mengatasi gejala rempit ini, sampai bila harus pihak PDRM senantiasa harus mengadakan sekatan jalanraya? Semasa proses berkenaan, bukan sahaja akan menimbulkan kesukaran kepada mat rempit ini, malah rakyat jelata yang bergantung kepada kenderaan motosikal juga akan menghadapi tindakan yang sama. Ada yang menyokong namun ramai juga yang merungut.
Di dalam peperangan konvensional, pihak musuh senang dikenalpasti melalui seragam mereka dan sebaginya. Jikalau peperangan memerangi insurgensi/gerila ada kesukaran untuk kenal pasti musuh kerana banyak perlindungan, halangan dan juga pakaia seragam. Ini pula di dalam bandar yang mana orang awam dan suspek kelihatan sama. |
|
|
|
|
|
|
| |
|